You are on page 1of 5

PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) merupakan satu proses yang kompleks. Ia

melibatkan langkah yang merangkumi ilmu, kemahiran dan kaedah yang perlu diketahui

oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi,

persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses pembelajaran yang

dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan wujudnya

interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru.

Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada

beberapa model pengajaran. Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada

guru bagi menghasilkan satu sesi PnP yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-

murid disamping dapat mengukur keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.

Sebuah model pengajaran merupakan huraian kepada persekitaran pembelajaran. Apabila

berlakunya proses penyebaran ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan cara

berfikir. Secara tidak langsung, kita akan mengajar pelajar kaedah belajar. Hal ini

dikatakan demikian kerana matlamat jangka panjang sebuah pengajaran ialah untuk

meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar dengan lebih kreatif dan efektif. Perkara

ini bertepatan dengan peranan utama sebuah pengajaran iaitu untuk melahirkan pelajar

yang kukuh dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Model pengajaran dapat dibahagikan kepada 10 jenis iaitu :

1) Model Pengajaran Sim

2) Model Pengajaran Glaser

3) Model Taba

4) Model Suchmen
5) Model Pendekatan Sistem

6) Model Pengajaran Bilik Darjah

7) Model Pengajaran Makmal dan Bengkel

8) Model ASSURE

9) Model ADDIE

10) Model Interaksi Pembelajaran Berkesan


Model Sim

Model sim terdapat empat unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, pelajar, isi pelajaran dan

objektif pengajaran. Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi antara satu sama lain seperti dalam

rajah berikut:

GURU

OBJEKTIF
PELAJARAN BAHAN
PENGAJARAN

MURID

PERSEKITARAN

Rajah: 5 Komponen Model Sim

Dalam membuat persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemen-elemen guru, objektif

dan isi pelajaran. Ia perlu dititikberatkan dengan mengambil kira objektif yang hendak dicapai dan

isi pelajaran yang sesuai seperti rajah di bawah:

Rajah: Persediaan untuk Pengajaran Guru


Berdasarkan rajah-rajah di atas dapat ditafsirkan bahawa model pengajaran Sim ini berkaitan

dengan interaksi antara guru dan murid, isi, objektif dan persekitaran. Guru dan murid memerlukan

kedua-dua pihak mempunyai pengalaman dan ilmu yang sedia ada, bersifat semulajadi serta gaya

PnP yang menarik. Isi yang dimaksudkan dalam Model Sim pula dikaitkan dengan isi atau intipati

pelajaran. Isi amat penting kerana isi atau ilmu merupakan perkata utama yang akan disampikan

oleh guru kepada murid. Objektif pula dapat merangkumi objektif jangka panjang dan objektif

spesifik iaitu dari aspek kognitif, afektif dan juga psikomotor. Hal ini dapat meningkatkan kualiti

murid dalam pelbagai aspek. Dari segi persekitaran pula, aktiviti yang terlibat sewaktu tempoh

PnP dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai budaya sistem organisasi dan lokasi,

sosioekonomi, masa dan lain-lain.

Model Sim juga ada menerangkan mengenai jenis-jenis interaksi iaitu interaksi dua hala dan

interaksi tiga hala.

INTERAKSI DUA HALA

A B

A dan B boleh berubah-ubah.

Contoh :

A- Guru , Murid  Keberkesanan interaksi guru dengan murid

A- Guru , Objektif  Kesesuaian objektif dengan minat murid

A- Murid , Objektif  Pengaruh objektif kepada murid


INTERAKSI TIGA HALA

GURU GURU

OBJEKTIF MURID OBJEKTIF ISI

Penilaian objektif Persediaan pengajaran oleh guru

GURU MURID

MURID ISI OBJEKTIF

Pendekatan kepada isi Perancangan pembelajaran oleh murid

Murid menjadi fokus dalam pencapaian objektif pembelajaran. Dalam menentukan objektif dan

isi pelajaran, fakta murid seperti kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid perlu diambil kira.

Isi pelajaran termasuk media dan teknik digunakan untuk penyampaian isi pelajaran itu. Isi

pelajaran ditentukan oleh guru setelah mengambil kira tentang kebolehan murid. Dalam setiap

pengajaran, objektif dinilai dari segi pencapaiannya oleh murid dan guru menggunakannya untuk

memperbaiki pengajarannya. Model Sim berfaedah kepada guru kerana membantu guru

merancang pengajarannya dengan mengambil kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan,

cara mengajar dan penilaian.

You might also like