You are on page 1of 15

1) SEJARAH PERKEMBANGAN BULAN SABIT MERAH DI DUNIA

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah atau International Committee of the Red Cross (ICRC)
adalah sebuah pertubuhan kemanusiaan yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dan
kesihatan manusia. Pertubuhan ini merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang bersifat
persendirian iaitu bebas dan tidak dinaungi oleh mana-mana pihak kerajaan.

Sejarah penubuhan pertubuhan ini bermula apabila seorang ahli perniagaan bernama Henry
Dunant yang berasal dari Geneva, Switzerland telah mengembara ke Algeria atas urusan
perniagaan.

Henry Dunant (1828-1910)

Dalam perjalanan beliau, terdapat satu peperangan antara kerajaan Perancis dan Itali dengan
tentera Austria di Solferino, Itali pada 24 Jun 1859. Lebih 40 000 tentera dan orang awam cedera
1
dan terkorban. Sedih melihat kejadian tersebut, Henry Dunant telah tampil menghulurkan
bantuan kepada mangsa dengan memberikan bantuan awal ke sebuah gereja berdekatan. Melihat
kepada situasi tersebut, Henry telah menceritakan pengalaman dan kenangan peristiwa tersebut
melalui bukunya yang diberi nama ‘A Memory of Solferino’. Buku ini telah dicetak dan
dihadiahkan kepada semua ketua negara Eropah. Buku ini telah mencadangkan dua idea iaitu:

1) Cadangan pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu


tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

1
Wikipedia, The Free Encyclopedia, 2017, Persatuan Palang Merah
2) Cadangan kedua: mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-
mana pasukan hendaklah dibantu.

Hasil daripada tindakan Henry Dunant, sebuah Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)
telah dibentuk pada tahun 1864.

Pertubuhan Palang Merah mempunyai tugas-tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-
undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasnya
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Pertubuhan ini mempunyai tiga kepentingan iaitu:

1) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva,
Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini bertujuan
melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
2) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International
Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Persatuan
ini berfungsi bagi merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat
bagi organisasi ini terletak di Geneva, Switzerland.
3) Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Peranan utama ICRC adalah koordinasi tetapi beransur-ansur, ICRC terlibat dalam operasi
lapangan kerana keperluan perantara neutral dan pemprotes lebih jelas. ICRC memperluaskan
kegiatannya sementara beberapa perhimpunan nasional telah dibangunkan (pertama di negara
bahagian Jerman Wurttemberg pada bulan November 1863) dan Konvensyen Geneva disesuaikan
untuk memasukkan perang di laut.

Perang Dunia Pertama, 1914-1918

Apabila Perang Dunia Pertama berlaku, berdasarkan pengalaman dari konflik lain, ICRC
membuka Pusat POW di Geneva untuk memulihkan hubungan antara tentera yang ditangkap
dengan ahli keluarga meraka. Kunjungan kepada tawanan perang berkembang selama tempoh ini
dan ICRC bersuara lantang mengenai penggunaan senjata yang menyebabkan penderitaan
berlebihan. Pada tahun 1918, ICRC meminta pihak yang berperang untuk tidak menggunakan gas
mustard. Pada tahun yang sama, ICRC buat kali pertama melawat tahanan politik di Hungary.

1918-1939

Pada tahun 1919, Liga Perhimpunan Palang Merah (kini menjadi Persekutuan Antarabangsa
palang merah dan Bulan Sabit Merah – IFRC) ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi badan
koordinasi dan penyokong Gerakan di masa akan datang. Namun konflik yang terus berlangsung
pada tempoh 1920-an dan 1930-an menunjukkan pentingnya perantara neutral. ICRC
menggalakkan kerajaan untuk mengadopsi Konvensyen Geneva baru pada tahun 1929 untuk
memberikan perlindungan yang lebih besar bagi tawanan perang.

Perang Dunia Kedua, 1939-1945

Perang Dunia Kedua menjadi titik permulaan pengembangan aktiviti ICRC secara besar-besaran
apabila organisasi itu berusaha untuk membantu dan melindungi mangsa dari semua pihak. ICRC
dan Liga sedang bekerjasama untuk menyampaikan bekalan bantuan di seluruh dunia. Delegasi
ICRC meawat tawanan perang di seluruh dunia dan membantu pertukaran berjuta-juta mesej
Palang Merah (RCM) dalam kalangan ahli keluarga. Walaubagaimanapun, tempoh ini juga
merupakan kegagalan terbesar ICRC. Kekurangan tindakan kemanusiaan untuk mangsa-mangsa
Holocaust dan kumpulan-kumpulan yang dilanggar. Dasar undang-undang yang tidak mencukupi,
terikat dengan prosedur tradisional telah menghalang keupayaannya bertindak kerana
hubungannya dengan kerajaan Switzerland, ICRC tidak boleh mengambil tindakan tegas atau
bersuara dengan kuat.

2) SEJARAH PERKEMBANGAN BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA

Penubuhan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) wujud di Persekutuan Tanah
Melayu dibawah penjajahan British Palang Merah sebagai a branch of the British Red Cross.
Sewaktu pemerintahan tentera Jepun dan Peperangan Perang Dunia Kedua, kemusnahan berlaku
di beberapa kawasan Tanah Melayu dan ramai rakyat hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Bukti PBSMM telah wujud sebelum kemerdekaan Malaysia adalah melalui laporan tahunan
Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup mencatatkan:
“Kerana akibat peperangan, borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di
Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan
Jepun. Oleh yang demikian, peluang bagi aktiviti-aktiviti Palang Merah adalah banyak dan
sekarang asasnya telah diwujudkan, adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam
tahun-tahun akan datang”.

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang terdapat dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan
bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948, namun mengikut rekod
satu permohonan rasmi bagi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak dibuat lebih awal
iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia

Pulau Pinang merupakan cawangan Palang Merah yang pertama ditubuhkan di semenanjung
Malaysia iaitu pada tahun 1950. Pada bulan Februari 1951, Cawangan Perseketuan Tanah Melayu
ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang
Merah British, manakala Palang Merah Pahang ditubuhkan pada tahun 1952.

Akta Pertubuhan

Bulan Sabit Malaysia ditubuhkan dibawah Akta Parlimen seperti berikut:

i. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan
Palang Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu
Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross
Society Act of Parliament (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

ii. Apabila Malaya di tukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak
dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysia Red Cross Society
(Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540)
di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.

iii. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysian Red Crescent
Society atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia,
Act 162).

Ibu pejabat lama BSMM

3) STRUKTUR ORGANISASI BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA DAN


KEBANGSAAN

Pada permulaannya, Jawatankuasa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
(International Committee of Red Cross) dinamakan sebagai ‘Jawatankuasa Antrabangsa untuk
Perawatan orang-orang Cedera Semasa Perang’ dan ditubuhkan pada 17 Februari 1863.
Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima kerana mempunyai lima orang pengasas.

GENERAL
JEAN
GUSTARVE GUILLAUM- DR. LOUIS THEODORE
HENRY
MOYNIER EHENRI APPIA MAUNOIR
DUNNANT
DUFOUR
Ahli Jawatankuasa Berlima

Nama jawatankuasa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (ICRC) mula digunakan
dari tahun 1876 dan kekal sehingga kini. ICRC yang berpusat di Geneva kini dianggotai oleh 25
orang ahli jawatankuasa dan kesemuanya berwarganegara Switzerland. Hal ini demikian bagi
mengekalkan sifat neutral ICRC dalam sebarang konflik sesuai dengan reputasi Switzerland
sebagai negara yang neutral. ICRC mempunyai beberapa buah pejabat serata dunia dengan
kakitangan dan delegasi dari pelbagai bangsa.
Struktur organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai:

i. Senat PBSMM
ii. Majlis Kebangsaan
iii. Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
iv. Jawatankuasa – jawatankuasa Kebangsaan

Senat PBSMM

i. Senat PBSMM adalah badan tertinggi dalam struktur organisasi PBSMM.


ii. Tidak mempunyai kuasa eksekutif
iii. Tidak lebih 25 senator pada suatu masa
iv. Pelantikan senator PBSMM ditentukan atas budi bicara Majlis Kebangsaan dan dilantik
dalam kalangan ahli – ahli PBSMM yang terkenal sebagai pengiktirafan kepada
perkhidmatan mereka yang terpuji dan cemerlang kepada persatuan dan negara.
v. Peranan utamanya adalah bagi meningkatkan imej dan matlamat persatuan sejajar dengan
prinsip – prinsip pergerakan.

Majlis Kebangsaan

Majlis Kebangsaan adalah badan terpenting yang berkuasa mengendalikan pengurusan serta
mengawal segala hal ehwal persatuan. Majlis Kebangsaan memperuntukkan sekurang-kurangnya
tiga kali mesyuarat dalam setahun dan memerlukan satu pertiga kehadiran ahli bagi membentuk
korum.

Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan

Pengurusan berkenaan hal-ehwal persatuan adalah tanggungjawab Jawatankuasa Eksekutif


Kebangsaan bertanggungjawab menguruskan hal ehwal persatuan yang harus pada sebilang masa
bertindak sejajar dengan arahan dan keputusan Majlis Kebangsaan.
Jawatankuasa Kebangsaan

Semua aktiviti – aktiviti PBSMM di bawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa Kebangsaan.


Pada masa ini, ada sepuluh Jawatankuasa Kebangsaan dan setiap satu diketuai oleh pengerusinya
masing – masing. Pengerusi jawatankuasa ini adalah ahli Jawaankuasa Eksekutif Kebangsaan dan
juga ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam mesyuarat agung tahunan.

1. PERANAN PERSATUAN PALANG MERAH ANTARABANGSA


(INTERNATIONAL COMMITTEE OF RED CROSS, ICRC) DI MALAYSIA

Adalah menjadi tanggungjawab PBSM atau Persatuan Bulan Sabit Merah untuk melaksanakan
tanggungjawab seperti yang dinyatakan:

i. Untuk mengekalkan satu organisasi yang tetap dan aktif untuk melegakan
kesakitan, penderitaan atau tekanan terutama mangsa konflik bersenjata, bencana,
atau lain-lain kecemasan tanpa mengira warganegara, bangsa, kelas, jantina,
keturunan atau pendapat politik, organisasi sepertimana disebut mampu untuk
memobilisasi dan berkembang dengan efektif untuk memenuhi keperluan konflik
bersenjata, bencana dan lain-lain.
ii. PBSM juga berfungsi untuk mempromosikan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa dan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan.
iii. Menggalakkan penubuhan Cawangan, Cabang dan Unit Subsidiari dan
melaksanakan kawalan umum terhadap kerja-kerja mereka termasuk mendapatkan
ahli yang menyumbang dan mengawal perkembangan, latihan dan menyelenggara
badan-badan tersebut untuk melaksanakan pelbagai aktiviti persatuan.
iv. Menggalakkan dan mengekalkan kepentingan awam dalam kerja-kerja Persatuan
dan melaksanakan kutipan derma.
v. Bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dan organisasi
sukarela lain yang terlibat dalam kerja-kerja yang sama dengan persatuan
laksanakan dengan persatuan mengekalkan kuasa pentadbiran terhadap dananya
sendiri, kakitangan dan barangan nya dan tidak berkongsi nama dan lambing Bulan
Sabit Merah untuk rayuan dana dan tujuan lain.
vi. Untuk bergantung bagi menjalankan pentadbirannya apabila yang mungkin kepada
sumbangan dan derma sukarela sebanyak yang boleh bagi memberi khidmatnya
secara percuma di mana persatuan boleh mendapatkan pendapatan daripada harta
hak milik persatuan atau pelaburan yang disediakan dan juga geran bantuan boleh
diterima daripada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan organisasi persendirian
bagi memenuhi perbelanjaan mana-mana khidmat persatuan yang khusus
dilaksanakan oleh persatuan.
vii. Untuk menerima tugas menurut prinsip-prinsip yang disebutkan (7 Prinsip Asas)
dan fungsi tertentu untuk melindungi alam sekitar dan untuk membekalkan kursus-
kursus latihan bagi subjek-subjek di atas yang mana boleh dibuka kepada awam.
viii. Untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah penggunaan yang
tidak sah san pencabulan terhadap lambing Palang Merah / Bulan Sabit Merah atau
penggunaan nama persatuan, uniform, medal dan lencana yang tidak diberi
kebenaran.
ix. Untuk mempertimbangkan dan meluluskan dalam kes-kes yang sesuai bagi
pencalonan untuk penganugerahan pangkat kecemerlangan, pingat dan lencana
persatuan.
x. Untuk menggalakkan dan mempromosikan Ahli Belia, dengan sasarannya iaitu
untuk mendidik pembentukan tabiat kehidupan yang sihat, kepentingan
berkhidmat kepada orang lain, membangunkan rasa tanggungjawab social, dan
menguatkan ikatan persahabatan antarabangsa yang wujud di antara ahli Palang
Merah / Bulan Sabit Merah di seluruh dunia.

2. KAJIAN KES AKTIVITI KEMASYARAKATAN PBSM DI PERINGKAT


ANTARABANGSA DAN MALAYSIA

5.1.1 ICRC MENYEDIAKAN BEKALAN AIR KEPADA PENDUDUK BURUNDI


Pada 23 Februari 2018, Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) melalui artikel di
laman sesawang rasminya ada menyatakan bantuan kemasyarakatan yang telah diberikan
kepada rakyat Burundi iaitu menyediakan bekalan air bersih. Penduduk Burundi sering
jatuh sakit akibat meminum air yang tidak dirawat. Mereka terpaksa berjalan jauh untuk
mendapatkan bekalan air yang dirawat dan hal ini telah menyebabkan mereka mengambil
keputusan untuk menjadikan air sungai yang berada berhampiran dengan rumah mereka
sebagai sumber air utama mereka.
Pada tahun 2017, ICRC telah memperluaskan sistem pengedaran air di Burundi dengan
kerjasama utiliti Burundian REGIDESO. Melalui kerjasama ini, secara keseluruhannya,
56,000 orang di kawasan tersebut telah mempunyai akses air bersih yang lebih baik.
Bukan itu sahaja, ICRC turut membantu untuk membina takungan 150m persegi untuk
penduduk Kamesa dan Musaga (kawasan di sekitar Burundi). Limpahan air daripada
kedua-dua kawasan ini akan disalurkan ke kawasan Burundi.
https://www.icrc.org/en/document/burundi-enfin-de-leau-potable-pour-joelle
5.1.2 PERANG KOLERA DI YAMAN
Pada 5 Mei, Kementerian Kesihatan dan Penduduk di Sana’a mengistiharkan keadaan
kecemasan. Sejak pengumunan itu dibuat, dalam masa tiga minggu sahaja, sebanyak
55,206 kes telah dilaporkan dan 500 orang telah terkorban. Dengan sistem penjagaan
kesihatan negara berusia dua tahun yang hancur, pekerja kesihatan bergelut untuk
menanggung bebanan tersebut. Pada masa ini, hanya 45% daripada hospital yang
beroperasi sementara ubat-ubatan dan bekalan perubatan tidak mencukupi. Menurut
Pengarah Operasi ICRC Dominik Stillhart, “Pada masa ini kita menghadapi wabak kolera
yang serius.” Pada sidang akhbar di Sana’a bulan lepas. Hospital mengalami kekurangan
tenaga kerja dan tidak dapat menampung lebih ramai pesakit.
Rajah 1: Respon kemanusiaan ICRC untuk Wabak Kolera di Yaman

Hujan lebat dan sampah yang terkumpul akan meningkatkan penyebaran penyakit ini.
ICRC berada di tempat kerja untuk menyediakan cecair intravena, garam oral, antibiotic
dan tablet klorin kepada 12 kemudahan kesihatan di kawasan yang paling terjejas. Mereka
juga berusaha memperbaiki keadaan sanitasi di 11 kemudahan tahanan di seluruh Yaman.
Tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

5.1.3 PBSM BANTU MANGSA BANJIR


ALOR SETAR 17 Mac - Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) akan terus menyalurkan
bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir tahun lalu selagi pihak-pihak
korporat menyumbang bantuan kepada PBSM.

Pengerusi PBSM Cawangan Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul
Halim berkata, sehingga kini bantuan pihak-pihak korporat untuk diberikan kepada mangsa
banjir masih diterima oleh pihak PBSM.

"Hari ini PBSM menyalurkan bantuan kepada 300 mangsa banjir di Mukim Padang Hang,
Gunong dan Anak Bukit di sini.

"Antara bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah barangan Nestle, Milo dan
lain-lain lagi," kata beliau ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan bencana di
Masjid Sungai Baru di sini semalam.

Menurut Tunku Puteri Intan Safinaz, walaupun bencana banjir telah lama berlaku, namun
mangsa-mangsa banjir tidak pernah dilupakan.

"Saya melihat ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak,
terutama pihak korporat untuk terus membantu keluarga mangsa banjir.
"Saya turut menggalakkan orang perseorangan yang ingin menderma supaya tampil
berbuat demikian," kata beliau.

Sementara itu, penerima bantuan daripada PBSM hari ini, Siti Minah Ismail, 54 berkata,
dia bersyukur kerana masih lagi menerima bantuan walaupun bencana banjir telah lama
berlalu.

"Ketika banjir saya tidak menerima apa-apa bantuan dan saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada PBSM yang telah memberikan bantuan kepada saya.

"Bahan makanan yang telah diberikan sekurang-kurangnya dapat bertahan sehingga


beberapa minggu untuk keluarga saya,"jelasnya.

Seorang lagi penerima bantuan, Fatimah Hamzah, 67 berkata, bencana banjir memang
menyebabkan dia berasa sedih kerana barangan seperti perabot dan barangan elektrik di
rumahnya rosak.

Artikel Penuh :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Utara&pg=wu_05.htm#ixzz5AxxLzvnb
© Utusan Melayu (M) Bhd

5.1.4 BANTUAN AIDILFITRI


KOTA BHARU: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bersedia memberi
bantuan kecemasan sepanjang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Naib Pengerusinya, Datuk Nordin Razak, berkata pihaknya mengarahkan semua PBSM
negeri memperkemaskan sukarelawan bagi membantu masyarakat yang menghadapi
situasi kecemasan.
"Sukarelawan PBSM di seluruh negeri akan diberi tanggungjawab dan peranan membantu
masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

"Bilangan kenderaan yang akan memasuki negeri dijangka berganda, maka kami akan
menempatkan keperluan ambulans di setiap lebuh raya utama.

"Ia bagi memberi pertolongan cemas dengan cepat jika berlaku situasi tidak diingini seperti
kemalangan, sekali gus dapat mengurangkan risiko," katanya ketika ditemui selepas
menyerahkan sumbangan zakat kepada 148 asnaf di Sekolah Menengah Agama Al-
Khautar, Peringat, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perkhidmatan


Masyarakat PBSM, Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor.

Nordin berkata, ia adalah antara usaha PBSM membantu agensi keselamatan di negara ini
pada musim perayaan.

"Kita turut membantu jabatan kesihatan memberi pertolongan cemas kepada pengguna
jalan raya bagi mengelak kejadian kelewatan ambulans.

"Kami ingin memperlihatkan PBSM sebagai organisasi yang mampu memberi bantuan
sukarelawan tanpa mengira masa dan keadaan kepada masyarakat," katanya.

6.0 SENARAI RUJUKAN


https://books.google.com.my/books?id=1Z3OSXRbJmEC&pg=PA43&lpg=PA43&dq=c
arta+organisasi+persatuan+bulan+sabit+merah+malaysia&source=bl&ots=6opense8y0&
sig=nj9zW_3HxwHcSXHZiPqBVKEEmTA&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q
=carta%20organisasi%20persatuan%20bulan%20sabit%20merah%20malaysia&f=false

http://bsmmipgtawau.blogspot.my/2010/11/sejarah-bsmm-di-malaysia.html

https://www.icrc.org/en/who-we-are/history

https://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Palang_Merah_dan_Bulan_Sabit_Merah_Antara
bangsa

7.0 LAMPIRAN

http://blogs.icrc.org/indonesia/myanmar-icrc-tambah-bantuan-untuk-pengungsi/

http://blogs.icrc.org/indonesia/yaman-perang-di-masa-kolera/

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pbsm-bantu-6-keluarga-mangsa-kebakaran-
1.425348

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/hsa-terima-sumbangan-pbsm-rm462-000-
1.588548

You might also like