You are on page 1of 7

1.

Berdasarkan kepelbagaian pelajar, bagaimana anda merancang pengajaran berdasarkan


pendekatan induktif

Pendekatan induktif ini adalah bermula daripada spesifik kepada umum. Pendekatan induktif
juga melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah ini,guru akan memulakan
pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu
prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan. Murid-murid dibimbing
memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-
contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah
induktif ini juga boleh digunakan untuk semua mata pelajaran khususnya Matematik,Sains dan
Bahasa.

Bagi pendapat saya, saya akan mengemukakan dengan beberapa contoh yang khusus diikuti
dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-murid agar mereka dapat memerhati,
mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh yang
telah saya berikan itu. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya tidak
akan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan terlebih dahulu akan tetapi saya akan
membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dengan mentafsir dan membuat kesimpulan
daripada contoh-contoh khusus yang telah saya berikan.

Selepas contoh dikemukakan oleh saya, murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa.
Saya juga tidak terus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu
supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti ciri pada contoh itu
dengan lebih mudah. Saya juga akan menyediakan alat bantu mengajar untuk membantu murid
dalam membuat kesimpulan.

Oleh itu, secara tidak langsung dengan menggunakan kaedah induktif ini telah melibatkan
penggunaan deria-deria murid khususnya penglihatan, pendengaran, hidu dan juga sentuhan.

2. Pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran dalam bilik darjah. Sejauhmana kepentinganya.Huraikan

Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami
kesukaran dalam menguasai kemahiran asasmembaca, menulis, dan mengira. Ini kerana murid-
murid mempunyai perbezaan daripada segi pengalaman, minat, dan kebolehan. Perbezaan-
perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh menjadi punca masalah yang utama kepada
kegagalan pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Manakala
pengayaan pula merupakan akti'iti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid-murid.
Oleh itu, pemulihan dan penggayaan sangat penting dalam pengajaran di bilik darjah kerana
aktiviti seperti pengayaan dan pemulihan ini dapat memberi peluang kepada murid dalam
mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta
melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat
berbanding hanya untuk belajar sahaja.
Selain itu, ia juga penting kerana dapat meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar
dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Pengayaan ini juga dapat
membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang pelbagai berdasarkan aktiviti
yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan yang mereka ada. Manakala bagi pemulihan ia
sangat penting bagi murid yang bermasalah tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran dengan
menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka. Di samping
itu juga, pemulihan dan pengayaan juga bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran
yang lebih menarik dan menyeronokkan malah dapat memperkembangkan aspek fizikal, emosi,
minat, kebolehan daya cipta dan bakat murid secara menyeluruh sesuai dengan kehendak dan
keperluan yang ada.
Berdasarkan Model Pengajaran Gagne. Jika anda seorang guru bagaimana anda akan mengaplikasikan di
dalam bilik darjah?

Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang
mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih
tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiran asas yang perlu untuk
pelajaran baru.

Untuk pembelajaran menjadi lebih berkesan, Gagne turut menyatakan terdapat syarat
pembelajaran yang perlu dipatuhi iaitu syarat luaran dan syarat dalaman. Syarat luaran ialah
pengetahuan sedia ada pelajar. Arahan biasanya mengandungi satu set peristiwa sedia ada yang
direka untuk memudahkan pelajar belajar bahan pengajaran utama yang merupakan syarat
dalaman. Peristiwa-peristiwa ini hendaklah disusun secara bersistem oleh jurureka bahan
pengajaran ataupun tenaga pengajar.
Satu pengajaran yang rapi harus menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak
kira sama ada dalam bentuk media mahupun berasaskan model. Perancangan pembelajaran yang
dimaksudkan ini adalah pembelajaran dari pandangan Gagne. Pembelajaran ini berlaku sebagai
satu proses pembelajaran secara berperingkat. Gagne telah membahagikan proses penyampaian
pengajaran kepada 9 peringkat yang dikenali sebagai "Events of Instruction".
9 peringkat tersebut adalah berdasarkan cara saya sebagai seorang guru mengaplikasikan di
dalam bilik darjah adalah seperti berikut :

1) Tarik perhatian pelajar


Saya akan memberi perhatian kepada murid-murid ketika sesi pelajaran agar murid lebih fokus
terhadap apa yang saya ajarkan.
2) Menerangkan objektif pembelajaran
Saya juga akan memberitahu murid-murid supaya mengikut susur galur subjek yang dipelajari
agar mencapai objektif yang telah dibuat. Saya akan memberi penjelasan berkaitan subjek yang
diajar berdasarkan dengan objektif yang telah dibuat oleh di dalam RPH.

3) Cungkil atau kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar


Saya akan menanya semula kepada murid-murid apa yang telah dipelajari dan di samping itu
murid-murid boleh imbas kembali dan mengingati semula pelajaran yang telah saya ajar.

4) Sampaikan isi pelajaran


Saya akan memulakan sesi pembelajaran dengan merujuk kepada sumber rujukan yang utama
iaitu buku sumber dan menyampaikan dengan berbagai bentuk contoh agar murid dapat
memahaminya. Sebagai contoh di dalam subjek Jenis Air Mutlak, saya akan menunjukkan
berbagai contoh berdasarkan gambar bagi murid lebih mudah faham dan kenal bagaimana rupa
air mutlak itu.

5) Bimbing pembelajaran pelajar


Saya akan bertanya kepada setiap murid di dalam bilik darjah agar tiada yang tertinggal dan akan
berulang kali tanya agar murid fokus kepada tajuk pembelajaran.

6) Uji pelajar : aktiviti


Saya juga akan membuat latihan pengukuhan kepada murid-murid agar pengetahuan murid
bertambah dan berkembang. Selain itu, saya akan menyediakan bahan-bahan mengajar untuk
menarik minat murid-murid agar tidak bosan ketika belajar.

7) Beri maklum balas


Saya juga akan memerhatikan murid apabila saya membuka sesi soal jawab dan memastikan
murid-murid menjawab dengan betul.
8) Tafsir pencapaian pembelajaran
Saya akan merujuk kembali semua aktiviti dan jalan kerja agar selaras dengan objektif yang telah
ditetapkan.

9) Tingkatkan ingatan murid


Akhir sekali, saya akan menanya semula apa yang di ajar kepada murid untuk memastikan murid
mengingati apa yang diajar. Sebagai contoh, saya akan memanggil beberapa orang murid untuk
hadir ke hadapan dan menceritakan kepada murid-murid yang lain tentang apa yang dia fahami
apa yang telah saya ajarkan. Di samping itu, murid-murid dapat mempertingkatkan lagi ingatan
dalam pembelajaran.

Selain itu, terdapat banyak kelebihan teori pembelajaran Gagne dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid juga membantu murid-murid mengingat semula. Pembelajaran juga
mencapai murid yang celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Model ini
juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih berkesan.

Satu pengajaran yang rapi harus menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak
kira sama ada dalam bentuk media mahupun berasaskan model. Perancangan pembelajaran yang
dimaksudkan ini adalah pembelajaran dari pandangan GAGNE. Pembelajaran ini berlaku
sebagai satu proses pembelajaran secara berperingkat. Gagne telah membahagikan proses
penyampaian pengajaran kepada 9 peringkat yang dikenali sebagai "Events of Instruction".
9 peringkat tersebut adalah seperti berikut :

1) Tarik perhatian pelajar


2) Menerangkan objektif pembelajaran
3) Cungkil atau kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
4) Sampaikan isi pelajaran
5) BImbing pembelajaran pelajar
6) Uji pelajar : aktiviti
7) Beri maklum balas
8) Tafsir pencapaian pembelajaran
9) Tingkatkan ingatan pelajar

(a)Pembelajaran Isyarat

b)Pembelajaran Gerak Balas


(c)Pembelajaran Rangkaian Motor

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa

(e)Pembelajaran Diskriminasi

(f)Pembelajaran Konsep

(g)Pembelajaran Hukum

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Sebagai guru, bagaimanakah cara yang terbaik untuk anda melaksanakan tanggungjawab bagi
memastikan organisasi dan pentadbiran sekolah sentiasa cemerlang?
Kecemerlangan sesebuah sekolah itu akan diukur dari banyak aspek,antaranya kecemerlangan
akademik, kokurikulum, pentadbiran, hubung kait antara guru dan ibu bapa dan sikap dan
disiplin guru. Sebenarnya ciri-ciri kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada
setiap guru.
Sebagai seorang guru, cara yang terbaik saya dalam melaksanakan tanggungjawab bagi
memastikan organisasi dan pentadbiran sekolah sentiasa cemerlang adalah pertama sekali saya
perlu ada komitmen terhadap kecemerlangan. Ini kerana seorang guru perlu memastikan nilai ini
diterapkan dalam diri sendiri dengan menunjukkan komitmen yang ada kepada kecemerlangan
dalam apa sahaja yang dilakukannya. Sebagai contoh, saya akan bersiap sedia dari segi mental
dan fizikal dalam apa jua tugasan yang diberikan bagi memastikan organisasi yang saya sertai
berjalan lancar.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa menunjukkan aura positif (Positive Energy), proaktif dan
berdedikasi serta bersikap terbuka terhadap segala kritikan, kegagalan dan apa jua cadangan. Ini
kerana seorang guru yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan
menerima pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa. Selain itu juga,
sebagai seorang guru yang mahu memastikan kecemerlangan di dalam organisasi, saya juga akan
meluangkan masa untuk bercakap dengan murid, guru dan ibu bapa. Ia adalah dibuat supaya saya
mengambil tahu perkembangan murid, guru dan ibu bapa serta menghargai mereka dengan
mewujudkan hubungan yang ikhlas. Walau bagaimanapun, saya juga perlu pandai menguruskan
masa untuk kesihatan diri, kesejahteraan dan tahap tenaga supaya sentiasa dalam keadaan baik
dan sihat dalam memenuhi tuntutan tugas dan peribadi.
Akhir sekali, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan sentiasa memastikan
kecemerlangan sekolah adalah di mana saya perlu sentiasa di dalam kesediaan untuk belajar,
tinggalkan pemikiran lama dan kukuhkan pengetahuan (Willingness to Learn, Unlearn and
Relearn). Ini kerana, pertumbuhan minda adalah salah satu ciri-ciri yang paling penting yang
perlu ada dan harus dimiliki oleh setiap guru. Untuk memperkembangkan minda, guru perlu
melakukan tiga perkara iaitu belajar (learn), mengosongkan minda lama (Unlearn) dan
mengukuhkan pembelajaran (Relearn). Guru juga perlu sentiasa menambah pengetahuan dan
kemahiran dan cuba terokai peluang yang ada bagi menjadikan seorang guru itu kreatif dan
berinovasi.
Kesimpulannya, untuk menerajui sesebuah organisasi pendidikan terutama untuk mencapai
matlamat sekolah cemerlang, sebagai guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang relevan
serta mempunyai kepakaran dalam pendidikan di samping mempunyai kebolehan dalam
memimpin dan menguruskan sesuatu organisasi serta bertanggungjawab. Oleh itu, untuk
menjadikan kecemerlangan sekolah yang berjaya perlu akan semangat kerja berpasukan dan juga
perlu diutamakan. Ini kerana, tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin
gagal atau tidak berkesan. Amalan seperti ini boleh membawa kepada keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran serta memberi impak kepada tercapainya matlamat sekolah
cemerlang.

You might also like