You are on page 1of 4

PELAJAR : ROSYAZILA IZWA BINTI MOHD SAFUAN MATRIK : D05203285

TARIKH / MASA : 22.02.2021 / ISNIN

EDUP 2122 PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH


Topik 6: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Kelas Tidak Segerak (KTS). Arahan: Jawab semua soalan berikut.

1. Apakah yang anda fahami berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?


Apa yang saya faham mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah satu
pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

2. Jelaskan elemen-elemen PBS.


Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
a. Pentaksiran Sekolah
b. Pentaksiran Pusat
c. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
d. Pentaksiran Psikometrik

3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses berterusan dalam sesi


PdP. Jelaskan perkara-perkara penting berkaitan PBD seperti berikut:

I. Konsep PBD
Konsep PBD ialah merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

II. Tujuan PBD


PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran
murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.

A) Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat:


- mengesan pengetahun sedia ada murid
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa
ke semasa.
- mengetahui keberkesanan PdPc
- merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc
- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

B) Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat:


- mengesan perkembangan diri
- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- meningkatkan pencapaian pembelajaran.

III. Ciri-ciri utama PBD


1. Dirancang oleh guru
2. Bersistem
3. Formatif dan dan sumatif
4. Pelbagai kaedah
5. Berasaskan kriteria
6. Menekankan perkembangan individu
7. Mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh
8. Membolehkan tindakan susulan
9. Menggalakkan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya.

IV. Aspek yang difafsir.


1. Pengetahuan
2. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran berbahasa
4. Kemahiran mengira
5. Kemahiran belajar
6. Kemahiran bersosial
7. Kemahiran manipulatif
8. Kemahiran amali
9. Kemahiran kinestatik
10. Kreativiti
11. Kesihatan dan kecergasan
12. Amalan nilai murni
13. Sikap
4. Standard dalam dokumen kurikulum merujuk suatu penyataan tentang
perkara yang murid perlu tahu dan boleh lakukan selepas mempelajari sesuatu
topik atau unit dalam mata pelajaran.Dalam hal ini, guru perlu merungkai dan
merangkai standard khususnya Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) untuk sesuatu mata pelajaran.

i. Jelaskan konsep merungkai standard.


Konsep merungkai standard ialah strategi untuk guru mengenal pasti kemahiran dan
pengetahuan kandungan yang diperlukan dalam sesuatu matapelajaran untuk
memastikan murid dapat belajar dengan jayanya. Guru perlu menganalisis dan
mengenalpasti pengetahuan (konsep) dan kemahiran yang terdapat dalam standard
dan indikator.

Proses dlm bilik darjah tentang perkara yang murid perlu tahu dan boleh lakukan
bagi sesuatu mata pelajaran. Merujuk kepada DSKP:
 Standard Kandungan
 Standard Pembelajaran
 Standard Prestasi 

ii. Apakah proses-proses merungkai standard


1. Kenal pasti Bidang dan Kandunganmengikut tahap/tahun/tingkatan
2. Kenal pasti Standard Kandungan
3. Kenal pasti Indikator
4. Kenal pasti Konsep (Pengetahuan) -Apa yang pelajar perlu tahu?
5. Kenal pasti Kemahiran - Apa yang pelajar boleh buat?
6. Topik atau Konteks - Apa yang akan digunakan untuk mengajar konsep dan
kemahiran – unit khusus, pengajaran dan aktiviti-aktiviti
7. Kenal pasti Idea-idea utama
8. Kenal pasti soalan-soalan penting
9. Bina soalan-soalan penting daripada idea-idea utama untuk memandu Pengajaran
dan Pentaksiran
10. Bina Perancangan Pengajaran dan Pentaksiran
11. Membuat rumusan konsep
iii Jelaskan konsep merangkai standard
Konsep merangkai standard ialah prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran untuk mencapai objektif pembelajaran
yang telah ditetapkan. (Biggs dan Tang, 2011)

iv. Apakah proses-proses merangkai standard


Proses-proses merangkai standard ialah :
1. Mendefinisikan hasil pembelajaran yang dikehendaki
2. Memilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mencapai
hasil pembelajaran.
3. Mentaksir hasil pembelajaran sebenar pelajar untuk melihat sejauh mana ianya
tercapai.

RUJUKAN

1. Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran
Dalam Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
2. https://coggle.it/diagram/X4kWhS4exbFlP9sA/t/merungkai-dan-merangkai-
standard
3. https://padlet.com/norazmah1/ua9vk2j81qg3

You might also like