You are on page 1of 10

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk

seperti sifat, rupa dan keadaan. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi
pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini adalah selaras
dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar
yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya merupakan satu
tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat
menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat.
Justeru, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada
proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.
Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
dengan memperkenalkan sistem pentaksiran yang holistik iaitu Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat
bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi
memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem
PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif
dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan penambahbaikkan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR.
Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga
peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan
dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk
mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.

PBS iaitu Pentaksiran berasaskan sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang
bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Ia juga merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh
pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan
dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan
pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
PBS melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian
akademik dan bukan akademik yang terangkum menerusi 4 komponen pentaksiran seperti
berikut:Melalui empat komponen PBS pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid adalah
lebih komprehensif melalui profil, pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan
penglibatan (involvement) dan mampu memberi gambaran lebih tepat tentang potensi dan
prestasi murid.Pertamanya ialah pentaksiran pusat. Lembaga Peperiksaan (LP) menghasilkan
tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan. Sekolah
yang mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan. Pentaksiran ini
bertujuan mengukur proses dan produk yang autentik, dengan menggunakan pelbagai kaedah
seperti :
;.
Kerja kursus

Pemerhatia
n

Ujian
lisan/bertuli
s

Kemahiran
amali

Tugasan/foli
o

pembentan
gan lisan.

Pentaksiran dilaksanakan oleh guru, pentaksir luar, rakan sebaya, ibu bapa, agensi luar
dan ahli masyarakat dan dilaksana dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Penjaminan kualiti dilaksanakan melalui proses pemantauan oleh pihak sekolah dan proses
Penyelarasan oleh moderator. Penskoran merujuk standard yang telah ditetapkan. Prestasi bagi
murid untuk Tahun 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 dilaporkan bersama pelaporan
peperiksaan pusat (UPSR/PMR/SPM/STAM). Prestasi murid juga dilaporkan melalui Laporan
Perkembangan Murid, Carta Perkembangan Murid dan Rekod Pembelajaran Murid di peringkat
sekolah. Pencapaian skor setiap murid dihantar kepada LP mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.

Seterusnya ialah pentaksiran sekolah. Pentaksiran sekolah yang dirancang, dibina,


ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah, di dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan
seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja, pemerhatian,
kuiz, senarai semak, laporan, tugasan dan tugasan rumah) dalam bentuk pentaksiran sumatif di
akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian bulanan, ujian semester). Ia berfungsi sebagai
pentaksiran

untuk pembelajaran (assessment

for

learning) dan pentaksiran tentang

pembelajaran (assessment of learning) dengan merujuk kepada Standard Prestasi.


Proses-proses pentaksiran adalah seperti berikut:i. mengenal pasti konstruk/perkara yang hendak ditaksir;
ii. merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi
peluang keada muri mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang relevan.
iii. menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor/kriteria dalam standard perstasi
dan menentukan tahap pernguasaan murid.
iv. memberi maklumbalas kepada murid tentang prestasinya berdasarkan kekuatan dan
kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan; dan
v. merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibu bapa.
Seterusnya

ialah

pentaksiran

psikometrik.

Suatu

instrumen

pentaksiran

yang

direkabentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan
seseorang untuk bertindakbalas dalam suatu cara tertentu. Ia mengukur kebolehan semulajadi

dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran, dan dibangunkan atas nasihat pakar
psikometrik dan ahli psikologi. Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer
oleh guru atau murid itu sendiri. Laporan pencapaian murid dibuat dalam bentuk deskriptif.
Jenis Pentaksiran Psikometrik seperti berikut:
i) Ujian Aptitud Am
Ukuran gabungan beberapa kebolehan berkaitan :a. Visual ruang bukan verbal (pintar ruang);
b. Linguistik/verbal (pintar perkataan);
c. Logik-matematik/numerikal (pintar nombor/penakulan); dan
d. Minat dan kecenderungan.
ii) Ujian Aptitud Khusus
Ukuran kebolehan khusus yang berkaitan dengan potensi diri murid dalam sesuatu bidang
pekerjaan atau khusus;a. muzik (pintar muzik);
b. kreatifviti (pintar minda);
c. interpersonal (pintar orang pengalaman sosial);
d. intrapersonal (pintar diri refleksi kendiri);
e. kinestatik jasmani (pintar jasmani); dan
f. naturalis (pintar naturalisme).
iii) Inventori Personaliti
Ukuran ciri-ciri perilaku istimewa/unik dan stabil yang ada pada
setiap individu yang membezakannya dengan orang lain untuk:a. membantu guru mengenal pasti aspek-aspek sahsiah/personaliti individu murid supaya
strategi pengajaran yang sesuai dapat digunakan;
b. membantu murid memahami personaliti diri sendiri dan orang lain untuk tujuan berinteraksi;
dan
c. mengenalpasti stail pembelajaran dan bukan untuk melabel murid.

Seterusnya ialah Pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum. Ini merupakan satu
bentuk pentaksiran yang mengukur kecergasan dan kesihatan murid dalam pelbagai aktiviti
jasmani, serta menilai dan mengukur penyertaan, penglibatan dan prestasi murid dalam
pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum. Instrument dan panduan pentaksiran sedia
ada dimantapkan oleh LP bersama organisasi yang berkenaan berdasarkan bidang kepakaran
masing-masing. Aktiviti Jasmani diukur berdasarkan Standard Prestasi Jasmani iaitu:i. Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani;
ii. Format Pelaporan Body Mass Index (BMI);
iii. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK); dan
iv. Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan
PENTAKSIRAN BERPUSAT
Pentaksiran berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat
memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. Pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia bertanggungjawab mengendalikan dan mengelola penilaian ini termasuk pembinaan
item-item ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan dan penentuan pendekatan penilaian. Semua
ini diurus secara rasmi mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Semua item-item
soalan digubal berdasarkan kandungan sukatan pelajaran. Segala perkara atau maklumat
berkaitan dengan penilaian akan diberitahu kepada calon-calon yang akan mengambil
peperiksaan awam seperti syarat-syarat menduduki peperiksaan, pendaftaran, peraturan am,
maklumat tentang kertas peperiksaan dan syarat pelaporan keputusan akan dinyatakan dengan
jelas melalui risalah dan diedarkan kepada calon berkenaan tempoh satu tahun sebelum
peperiksaan bermula.
Tujuan pentaksiran berpusat adalah untuk menentukan pencapaian pembelajaran
sesuatu tahap persekolahan. Dengan adanya penilaian ini maka pelajar akan dapat
menentukan bidang atau jurusan yang patut dan perlu diikuti oleh mereka. Penilaian ini juga
menentukan gred dan markah mengikut prestasi dan pemberian sijil kepada calon yang berjaya
dalam peperiksaan mengikut prestasinya. Disamping itu , pihak bertanggungjawab seperti
Kementerian

Pelajaran

Malaysia

di

bawah

Pusat

Perkembangan

Kurikulum

dapat

mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum dan seterusnya mengubahsuai mengikut

maklumat dan objektif yang ditentukan. Dengan adanya penilaian secara berpusat pihak-pihak
tertentu akan dapat menjalankan penyelidikkan berdasarkan maklumat dan data yang
diperolehi daripada pengukuran dan tindakan seterusnya beberapa program akan dapat
dijalankan diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah untuk membantu para pelajar.
Pentaksiran berpusat akan diuruskan oleh sebuah badan luar yang diterima umum sebagai
badan rasmi. Selain daripada itu, Item-item soalan dibina oleh sekumpulan pakar ujian.
Pentadbiran ujian dijalankan mengikut peraturan dan pengawasan yang rapi dan Pemeriksaan
dijalankan oleh pemeriksa yang berpengalaman dan mengikut skema pemarkahan yang
ditentukan.

Item-item soalan digubal secara menyeluruh berdasarkan kandungan sukatan

pelajaran. Segala maklumat mengenai penilaian hendaklah dinyatakan jelas dalam risalah dan
diedarkan kepada calon yang berkenaan. Skop pentaksiran berpusat hendaklah meliputi
sebahagian besar perkara yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Keputusan peperiksaan
dinilai secara objektif. Pelaporan pentaksiran berpusat adalah dalam bentuk gred.takrif dan juga
tahap pencapaian. Contohnya,
A
B
C
D

Cemerlang
Kepujian
Baik
Mencapai tahap penguasaan minima

Tidak mencapai tahap penguasaan minima

Tahap pencapaian seperti kerja kursus:Baik


Memuaskan
Tidak mencapai tahap pengusaan minima

Terdapat juga beberapa jenis ujian dalam pentaksiran berpusat. Contohnya, ujian
objektif,ujian subjektif, ujian bukan bertulis dan juga ujian pemerhatian. Ujian objektif adalah
memberi respons paling tepat dengan jawapan-jawapan yang disediakan. Ia juga menguji
perkara yang spesifik. Kekuatan bagi ujian ini ialah banyak item dijawab dan diperiksa dalam

masa singkat. Manakala kekurangan ialah tiada kebebasan menyusun idea. Contoh ujian
objektif aneka pilihan.
Seterusnya ilalah Ujian Subjektif. Ujian subjektif ialah ujian berbentuk esei dalam ayat
atau karangan. Kekuatannya adalah boleh menyusun dan memberi idea manalaka kekurangan
ialah asedikit perkara disoal dan diperiksa dalam masa agak lama. Digubal mengikut aras
kemahiran Taksonomi Bloom.
Ujian bukan bertulis merupakan ujian berbentuk perbincangan dan temu bual bagi
mendapatkan idea dan juga pendapat para pelajar. Justeru itu, ujian pemerhatian adalah
mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid dalam bidang afektif dan psikomotor seperti
Pendidikan Islam dan Kemahiran hidup berpandukan kepada senarai semak yang jelas dan
mudah serta tersusun.

PERBANDINGAN

PENTAKSIRAN

BERASASKAN

SEKOLAH

DAN

PENTAKSIRAN

BERPUSAT

Pentaksiran Berasaskan
Sekolah

Pentaksiran Berpusat

1. Mengesan perkembangan dan


penguasaan murid secara
menyeluruh
2. Berasaskan ujian rujukan
kriteria
3. Berbentuk formatif

1. Mengesan pencapaian kognitif

5. Bagi tujuan tindakan susulan

5. Bagi tujuan pemilihan,


perbandingan dan pengaliran
6. Dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan

6. Dikendalikan oleh guru

2. Berasaskan ujian rujukan norma


3. Berbentuk sumatif

Terdapat beberapa perbandingan dalam pentaksiran berasaskan sekolah dengan


pentaksiran yang dilaksanakan sebelumnya di sekolah- sekolah di Malaysia iaitu pentaksiran
berpusat.

Pertamanya

melalui

pentaksiran

berasaskan

sekolah

dapat

mengesan

perkembangan dan penguasaan murid secara menyeluruh manakala pentaksiran bepusat


dapat mengesan pencapaian kognitif. Melalui pentaksiran berasaskan sekolah guru boleh
mengesan tahap para pelajar secara menyeluruh. Contohnya di sini, guru mentaksirkan para
pelajar dari semua aspek JERI seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek. Setiap komponen
tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-murid mengikut bidang yang
ditetapkan. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah
pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard
prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Manakala dalam pentaksiran berpusat,
guru-guru memberi penekanan terhadap pencapaian kognitif sahaja. Contohnya, pentaksiran
dibuat melalui intelek yang ada pada para pelajar. Para pelajar yang mempunyai keintelektuan
yang tinggi, mereka dapat menguasai pembelajaran dan pengajaran pada hari tersebut.
Manakala, pelajar yang tidak mahir tidak dapat menguasai pdp nya.
Seterusnya adalah dari segi ujian. Pentaksiran berasaskan sekolah mengamalkan ujian
berasaskan ujian rujukan kriteria manakala pentaksiran berpusat pula telah mengamalkan ujian
norma. Ujian rujukan kriteria adalah ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan
kriteria yang telah ditetapkan. Ianya tidak melibatkan perbandingan antara calon. Ianya
digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut piawaian atau kriteria tertentu yang
telah ditetapkan dalam sesuatu bidang dan kemahiran pembelajaran.
Ujian ini dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah diajar dan keputusannya
digunakan untuk membandingkan kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya. Contohnya,
ketetapan atau kriteria telah ditetapkan bahawasanya murid harus dapat menjawab sekurangkurangnya 6 soalan daripada 10 soalan dengan betul tetapi jika murid hanya dapat menjawab 4
soalan dengan betul maka murid itu dianggap gagal untuk menguasai kemahiran yang telah
ditetapkan.
Ujian yang dijalankan atau ditetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil ujian
berasaskan objektif atau rujukan objektif. Ujian rujukan kriteria merupakan salah satu cabang
dalam ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan.

Manakala ujian norma bermaksud ujian untuk membandingkan pencapaian pelajar.


Perbandingan ini dibuat antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain atau antara satu
kumpulan dengan kumpulan yang lain dalam ujian yang sama. Misalnya ujian PMR, SPM,
STPM dan sebagainya.
Ujian ini juga bertujuan untuk menentukan kedudukan seseorang murid itu di kalangan
murid-murid yang lain. Ujian ini adalah sejenis ujian sumatif. Aras kesukaran ujian ditetapkan
pada tahap 25% mudah, 50% sederhana dan 25% lagi sukar. Kekurangan ujian rujukan forma
ialah keputusan ujian tidak menggambarkan sama ada murid adalah bersedia untuk bergerak
keperingkat yang lebih tinggi atau lebih baik.
Ujian ini juga tidak sesuai untuk mengukur objektif afektif dan psikomotor contohnya nilai
dan sikap adalah bersifat peribadi, oleh itu membandingkan murid adalah tidak sesuai. Untuk
mengukur pembeljaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat
penghakiman ke atas individu. Ujian rujukan norma lebih menjurus kepada sikap pilih kasih
Justeru itu, pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk formatif manalaka pentaksiran
berpusat berbentuk sumatif. Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru
untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop
pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru
menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran.
Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta.
Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang
pendek. Manakala, Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh
pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan
murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina
secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
Selain daripada ini, perbandingan anatara pentaksiran berasaskan sekolah dan juga
pentaksiran berpusat adalah dari segi tujuan. Tujuan pbs adalah bagi tindakan susulan
manakala pentaksiran berpusat adalah untuk pemilihan,perbandingan dan juga pengaliran bagi
para murid. Dalam pentaksiran berasaskan sekolah guru memainkan peranan penting dalam
mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan
hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian,
melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor
dan membuat tindakan susulan. Hal ini demikian kerana, elalui aktiviti penilaian guru dapat

memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Manakala dalam

You might also like