You are on page 1of 9

ADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai
pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi
memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi
terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai
dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan
kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan
rapi.
Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif
pelajaran
Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
Bentuk dan panjangnya ujian
Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan
ujian itu.
Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam
pengajaran.
Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM


Penggunaan Kognotif Bloom amat penting bagi setiap guru. Pemahaman tentang tahap kognitif Bloom
amat penting khasnya dalam menyediakan item(soalan) dalam peperiksaan dan Ujian. Sebagai guru kita
harus boleh membezakan aras kesukaran soalan yang dibina samada soalan objektif atau subjektif.

Setiap item yang dibina perlu menepati aras kognitif Bloom kerana ia amat penting untuk memastikan
taburan aras kesukaran adalah tepat dan adil pada setiap pelajar. Lembaga peperiksaan menggunakan
kaedah 5:3:2 iaitu setiap 10 soalan perlu ada 5 arasnya rendah, 3 arasnya sederhana dan 2 arasnya
tinggi. Ini bertujuan untuk bersikap adil kepada pelajar dan memastikan ujian yang dibina bukan hendak
memerangkap pelajar untuk gagal.

Aras kognitif Bloom perlu dirancang oleh guru berdasarkan Jadual Penentu Ujian(JPU) atau Jadual
Spesifikasi Ujian(JSU) di mana pengagihan item berdasarkan topik dan masa perlu diambil kira.

Bersama ini, disertakan contoh aras kognitif Bloom berdasarkan kata tugas. Soalan yang bermula
dengan kata tugas di bawah boleh dianggap sebagai mengikut aras kognitifnya. Pengalaman saya ,
adakalanya rangsangan dan kedudukan jawapan akan menyebabkan aras kognitif Bloom itu boleh
berubah.Namun begitu , aras kognitif Bloom akan banyak membantu guru menyediakan item/soalan
yang bermutu.

Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:

Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)


TAHAP ISTILAH / KATA TUGAS

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran lepas
nyatakan,
terangkan,
namakan,
labelkan


Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam
ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep dan menterjemah draf.
pilih,
terangkan,
tulis semula

Penggunaan / Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf
daripada data dll.
selesaikan,
ramalkan,
cari,
kesilapan,
bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara
bahagian, kenali struktur organisasi.
bezakan,
pasti,
pilih

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan,
membuat klasifikasi.
bina,
hasilkan,
susun,
kembangkan

Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional,
atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan
mengkritik
pilih,
berikan,
alasan,
kritikan,
buktikan


Semoga dapat dimanfaatkan dalam penjelasan yang amat ringkas ini.




Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
1.0 PENGENALAN
Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk terlebih dahulu. Jadual
ini dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi
satu ujian yang berkenaan. Disamping itu ia juga disebut sebagai test blue print khas untuk sesuatu
situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JPU dibina hanya setelah pembina ujian
menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.

2.0 KONSEP JSU

Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu
senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk
menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek
pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item
soalan.

3.0 FUNGSI JSU

Fungsi utama pembinaan JSU adalah untuk :

mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
menjadi garis panduan kepada penggubal soalan
membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain
menentukan pemberatan terhadap bidang/topik tertentu
membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain
menyelaras aras kesukaran ujian
menstabilkan taraf dan mutu ujian

4.0 KEPENTINGAN JSU

kertas ujian dapat digubal secara sistematik
kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin
taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain.

5.0 CIRI-CIRI JSU

Ciri-ciri utama JSU ialah :
penentuan tajuk
aras kemahiran yang hendak diuji
paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran
paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan soalan, dan menentukan kesahan setiap
ujian

6.0 PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM DALAM JSU

Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif
yang disusun mengikut hierarki yang mengandungi enam aras kesukaran iaitu pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pun begitu bagi mata pelajaran pendidikan moral JPU dibuat
berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan pendidikan moral iaitu pemupukan nilai, bertimbang rasa,
rasional, tindakan sosial, perkembangan moral kognitif, penjelasan nilai dan analisis nilai.

Aras kemahiran domain kognitif Contoh kata tugas yang boleh digunakan
i. Pengetahuan

Mengingat kembali Takrifkan Padankan
Perihalkan Namakan Lakarkan
Kenal pasti Nyatakan Tuliskan
Labelkan Lukiskan Senaraikan

ii. Kefahaman

Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain, mentafsir bahan atau idea dan
merangkakan trend masa depan Ubahkan Anggarkan Buat Inferens
Anggarkan Terangkan Hubungkaitkan
Tukarkan Cirikan Banding bezakan
Berikan contoh Tambahkan Kelaskan
Ukur Ramalkan Sukat

iii. Aplikasi

Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit Kirakan Hitungkan Tunjuk cara
Jelaskan dengan contoh Ubahsuai

iv. Analisis

Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan
perhubungan antara komponen

Cerakinkan Jelaskan melalui contoh Pilih
Huraikan Kawal pemboleh ubah Asingkan
Kesimpulan Susun mengikut keutamaan
Buat urutan Buat andaian
Selesaikan masalah

v. Sintesis

Menggabungkan komponen-komponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru
dan kreatif Gabungkan Buat eksperimen Rancangkan
Ringkaskan Buat analogi Binakan
Rangkakan Buat reka cipta Konsepsikan
Buat gambaran mental Reka bentukkan

vi. Penilaian

Menilai idea/bahan/maklumat/kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan tertentu Taksirkan
Wajarkan Buat keputusan
Tafsirkan Sokong Kritik
Kesan kecondongan

6.0 PROSEDUR PEMBINAAN JSU

Dalam pembinaan JPU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2)
menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan.

You might also like