You are on page 1of 3

INDEKS KESUKARAN ITEM

Sesuatu item itu boleh didefinisi sebagai kadaran murid yang dapat menjawab
item itu dengan betul. Nilai p terletak antara 0-1. Bagi mencari nilai kesukaran item, p,
formula yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

Bilanganmurid mendapat betul


p=
jumlah murid

Contoh pengiraannya ialah seperti berikut :

Jika 15 orang murid daripada 30 orang murid mendapat jawapan yang betul bagi

15
sesuatu item itu maka indeks kesukaran bagi items tersebut ialah = 0.5.
30

Merujuk kepada Bloom, Hastings dan Madaus (1971), dalam Pentaksiran dalam
Pendidikan oleh Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria (2017),
sebaran yang baik bagi keputusan ujian dapat diperoleh jika indeks kesukaran, p,
berada dalam julat 0.20 hingga 0.80, dengan min antara 0.50 hingga 0.60. Jika p <
0.20, item dianggap terlalu sukar dan jika p > 0.80, item dianggap terlalu mudah. Oleh
itu, jika indeks kesukaran sesuatu itrem itu kurand daripada 0.20 atau lebih daripada
0.80, maka item itu perlu diubahsuai atau digugurkan terus.

Oleh kerana ujian yang dilaksanakan mengandungi dua bahagian iaitu bahagian
A dan bahagian B maka indeks kesukaran dibahagikan kepada dua. Bahagian A
merupakan soalan objektif berbentuk aneka pilihan A, B, C dan D manakala bahagian
pula merupakan soalan berbentuk mengemukakan respons maka ia tidak mempunyai
pilihan jawapan dan ianya sama ada betul atau salah. Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah
menunjukkan indeks kesukaran bagi item 1 hingga item 20 mengikut bahagian.
Bahagian A
INDEKS
ITEMS A B C D KESUKARAN,
p
1 14 0 0 16* 0.53
2 18 0 12* 0 0.40
3 25* 4 0 1 0.83
4 0 29* 0 1 0.97
5 6 0 22* 2 0.73
6 2 0 3 25* 0.83
7 0 0 0 30* 1.00
8 30* 0 0 0 1.00
9 20* 0 0 10 0.67
10 1 28* 0 1 0.93
Jadual 1 : Indeks Kesukaran Item Bahagian A
Petunjuk :
Terlalu Mudah,
p>0.80
Sederhana
Terlalu Sukar, p<0.20

Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa soalan 1, 2, 5 dan 9 mempunyai indeks


kesukaran yang sederhana dan item ini boleh diterima. Manakala soalan 3, 4, 6, 7, 8
dan 10 mempunyai indeks kesukaran terlalu mudah kerana ianya telah melebihi 0.80.
Oleh itu, kesemua item ini perlu diubahsuai atau digugurkan terus. Jadual 1 juga
menunjukkan bahawa tiada item yang mempunyai indeks kesukaran terlalu sukar untuk
diubahsuai atau digugurkan terus.
Bahagian B
INDEKS
ITEMS BETUL SALAH KESUKARAN,
p
11 19 11 0.63
12 13 17 0.43
13 16 14 0.53
14 9 21 0.30
15 9 21 0.30
16 8 22 0.27
17 13 17 0.43
18 22 8 0.73
19 29 1 0.97
20 29 1 0.97
Jadual 2 : Indeks Kesukaran Item Bahagian B
Petunjuk :
Terlalu Mudah,
p>0.80
Sederhana
Terlalu Sukar, p<0.20

Jadual 2 di atas pula menunjukkan bahawa soalan 11 hingga 18 mempunyai


indeks kesukaran item sederhana dan boleh diterima. Manakala soalan 19 dan 20
mempunyai indeks kesukaran item terlalu mudah dan mesti diubahsuai atau digugurkan
terus. Bagi bahagian B juga tiada item yang mempunyai indeks kesukaran item terlalu
sukar untuk diubahsuai.

You might also like