You are on page 1of 14

GSA 1072

STATISTIK ASAS

TOPIK 3
UKURAN BERANGKA
Ukuran
Berangka

Sukatan
Sukatan
Kecenderungan
Serakan
Memusat

Mod Median Min Julat Varians Sisihan piawai


Pengiraan Ukuran Memusat
Pengiraan Mod, Median & Min
Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor.
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling
tinggi dalam satu taburan.
Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan
menaik atau menurun. Median boleh dikira dengan
membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua
bahagian yang sama.
Min, Median, Mod
( Ukuran Kecenderungan Memusat)
Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh pelajar
dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan
untuk tujuan membandingkan prestasi antara pelajar atau
kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna semasa
mengira sisihan piawai.
Pengiraan Min
Untuk data tidak terkumpul

Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang pelajar adalah:


35,42,55,67,75,88,90,94,96 and 98.
Kirakan min dengan menggunakan formula diatas.

Jawapan = 74.0
Pengiraan Min
Untuk data terkumpul

Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor


dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru-
guru untuk mengira nilai purata skor yang diperoleh oleh pelajar-
pelajar dalam ujian.
Pengiraan Median
Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil
atau nilai purata dua skor ditengah-tengah taburan jika jumlah bilangan
skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.
Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim
(melampau) dalam sesuatu taburan. Contohnya,
terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian,iaitu 20, 20
dan 80. Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi
ini tidak menggambarkan ukuran kecenderungan
memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah
lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan
memusat.
Penentuan nilai mod
Contoh 1:
76,55,34,80,60,95,70
Taburan skor ini tidak mempunyai mod
Contoh 2:
86,70,59,70,75,68,70
Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod) sahaja. Nilainya ialah
70.
Contoh 3:
76,62,54,68,62,54,88,71
Taburan skor ini mempunyai dua mod(dwi-mod). Nilai mod ialah 62
dan 54.
Pengiraan Ukuran Serakan
Julat, varians dan sisihan piawai.
Julat ialah perbezaan skor yang terrtinggi dengan
terendah, misalnya perbezaan markah tertinggi dengan
markah terrendah pelajar.
Varians (s)/ , ialah ukuran serakan yang mengambil kira
semua data yang ada, berbeza daripada julat yang bergantung
kepada dua ukuran sahaja, iaitu yang terrendah dan tertinggi
Sisihan piawai (standard deviation) adalah juga ukuran serakan
dan ia amatlah berkait dengan varians, iaitu sisihan piawai
adalah punca-ganda-dua varians:
Sisihan piawai (s)/ =
Sisihan Piawai
Selain daripada mengetahui tentang ukuran kecenderungan
memusat, kita perlu juga mengetahui berapa jauh skor-skor itu
tersebar (mengukur lebar sesuatu set data), iaitu sisihan piawai.
Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai iaitu:
1. Sisihan Piawai untuk Data TidakTerkumpul
=
ATAU

2. Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul


Contoh: Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul

Skor untuk 20 orang pelajar dalam mata pelajaran Sejarah:


Contoh: Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul
Jadual dibawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian sains. Cuba kirakan sisihan
piawai.
Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai
Sisihan Piawai ialah ukuran sebaran skor-skor.
Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min.
Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam
taburan.
Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain
(homogen).
Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai,semakin besar sebaran
skor dalam taburan.
Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).

You might also like