You are on page 1of 3

Teks Ucapan

Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan


Peringkat Zon Pengerang
Assalammualaikum wbt, Salam perpaduan dan Salam 1 Malaysia,
Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat
kita bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Perasmian Penutup
Program Perkhemahan RIMUP Sekolah Rendah Zon Pengerang .
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada pihak Urus Setia kerana sudi menjemput saya
untuk majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil bagi program
ini.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran dalam kerangka memupuk
kerjasama antara masyarakat dengan pihak sekolah menerusi pelbagai
kegiatan dan aktiviti. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1986.
RIMUP diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah
Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia
merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan
masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di
sekolah. Program ini memberi penekanan kepada bidang kokurikulum,
sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi
Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul,
bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara
kolektif dan bersepadu.
Dalam perlaksanaan program ini, Kementerian Pelajaran telah
merancang program untuk dilaksanakan secara bersama di antara
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis
kebangsaan Tamil .
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Saya mengharapkan sepanjang program ini berlangsung ianya
dapat membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta
mampu berkomunikasi sesama mereka dengan komunikasi yang baik.

Sama-sama kita renungkan ucapan yang dilafazkan oleh Perdana


Menteri kita, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
semasa merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium
Islam di Nusantara pada 10 Jun 2011,
Pada zaman ini di mana masyarakat berbilang bangsa, agama dan
budaya, tinggal dan berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah
negara atau masyarakat antarabangsa, aspek perpaduan, tolenrasi
seterusnya penerimaan total merupakan faktor utama yang menjadi
penyokong kepada pembangunan negara dan keamanan dunia.
Petikan ucapan Perdana Menteri 2011, Perkhidmatan Awam:
Meneraju Perubahan, Melangkau Jangkaan ada menyebutkan:
Kita satukan usaha dan kita lupakan beza agama, bangsa dan
budaya. Kita satukan tenaga dan kita atur langkah sehaluan menuju ke
hadapan. Dengan semangat kebersamaan dan kekitaan inilah,
kejayaan yang dicapai akan dapat kita hargai dan raikan sebagai
bangsa Malaysia.
Dengan ini , dapat disimpulkan RIMUP merupakan program yang
tepat bagi menanam sifat kasih sayang . Selain memberi peluang
kepada murid-murid mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain.
RIMUP juga dapat menyemai semangat perpaduan dan kerjasama di
kalangan murid sejak mereka di bangku sekolah lagi . Semangat
bersatu padu inilah dapat menjamin pembentukan negara Malaysia
yang berdaya maju dan utuh yang disemai di kalangan anak-anak
sejak awal lagi.
Saya berharap semua peserta program RIMUP ini berasa seronok
dan gembira semasa menjalankan aktiviti dalam program
perkhemahan ini. Justeru itu, jadikan pengalaman yang ditimba di sini
sebagai pembuka jalan untuk anda semua mengenali budaya bangsa
yang ada di negara kita ini.
Kemudi bahtera hingga ke muara,
Mudik sebentar di Johor Lama,
Malaysia berdaulat bangsa sejahtera,
Semangat 1 Malaysia dijiwai bersama.
Rintitan daripada harapan ini, saya dengan lafaz Bismillahi Rahmani
Rahhim, menutup rasmi Program Perkhemahan RIMUP Sekolah Rendah
Zon Pengerang , 2013.
Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wasalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

You might also like