You are on page 1of 11

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform (UB) PISMP Ambilan Jun 2017 Insititut

Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan. Kegiatan kokurikulum merupakan program penting demi
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui kegiatan kokurikulum, pelbagai input
dan nilai akan diperolehi oleh guru pelatih semasa melibatkan diri dalam unit beruniform yang
akan menjadi pemangkin kecemerlangan di bidang kurikulum dan kokurikulum pada masa yang
akan datang. Hal yang demikian, guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kent PISMP
Ambilan Jun 2017 berjaya mengikuti aktiviti perkhemahan unit beruniform pada 18 hingga 21
September 2018 yang telah dilaksanakan di . Perkhemahan ini telah dijalankan selama 4 hari 3
malam. Seramai 74 orang peserta dan beberapa pensyarah daripada pelbagai unit berunform
seperti Persekutuan Pengakap Malaysia (KLM 26), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah menyertai perkhemahan ini. Jumlah guru pelatih yang
sepatutnya menyertai perkhemahan ini ialah seramai 75 orang, tetapi terdapat seorang guru
pelatih daripada unit Bulan Sabit Merah Malaysia yang tidak dapat turut serta kerana faktor
kesihatan yang tidak mengizinkan.

FASA SEBELUM PERKHEMAHAN

Sebelum mengadakan perkhemahan, beberapa fasa atau perkara telah kami selesaikan
bersama-sama satu-persatu seperti mesyuarat untuk pembentukan Ahli Jawatankuasa dan
mesyuarat untuk persiapan terakhir sebelum aktiviti perkhemahan. Hasil akhir suara majoriti
semasa mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa, saudara Mohd Hanif Bin Raimi telah
dilantik sebagai pengerusi dan dibantu oleh saudari Nurshafiqah Binti Suhaimin sebagai Naib
Pengerusi. Saya dan rakan-rakan saya yang lain iaitu Mohd Amirul Ikmal bin Ahmad, aleesa
Dorod@Ronnie, Erina Nazihah Binti Mohd Johari, Claysa Jalil dan Vianney Ann Kunggin telah
diberikan amanah untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Jawatankuasa Peralatan. Sepanjang
persediaan sebelum mengikuti aktiviti perkhemahan, Ketua AJK kami iaitu saudara Mohd Amirul
Ikmal bin Ahmad telah menghadiri mesyuarat mewakili AJK Peralatan bersama dengan
penyelaras unit beruniform, Encik Fauzi untuk bertanya pengkhususan tugasan yang perlu
dilakukan. Hasil daripada mesyuarat, kami dikehendaki untuk menyenaraikan peralatan dan
bahan yang diperlukan oleh setiap unit beruniform, menyediakan dan memastikan semua
peralatan perkhemahan boleh digunakan dan dalam keadaan yang baik, dan mengumpul semula
peralatan yang dipinjam sebelum dihantar semula ke stor pusat setelah selesai perkhemahan.
Seterusnya, kami juga telah mengambil dan memotong buluh beramai-ramai di belakang
Dewan Serbaguna Insititut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran yang akan digunakan semasa
aktiviti perkhemahan. Pelbagai ragam dan reaksi dapat dilihat sepanjang aktiviti mengambil buluh
kerana terdapat guru pelatih yang tidak pernah merasai kenikmatan untuk melakukan aktiviti
sedemikian berasa sangat teruja. Segala kepenatan dan keletihan sangat tidak terasa pada hari
tersebut kerana saya dan rakan-rakan saya yang lain bekerjasama tanpa mengenal penat lelah
untuk mengambil dan memotong buluh tersebut kerana ada pepatah Melayu yang berbunyi “yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”.

FASA SEMASA PERKHEMAHAN

Pada hari pertama iaitu 18 September 2018 (Selasa), kami telah berkumpul di tepi Dewan
Serbaguna seawal pukul 6.00 pagi untuk bergerak ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
(Lama). Namun begitu, kami tidak dapat bergerak seperti yang telah dirancang kerana masalah
pengangkutan. Kami bergerak ke IPG Kampus Kent (Lama) pada jam 8.00 pagi. Setelah tiba,
kami berkumpul di hadapan stor IPG Kampus Kent (Lama), iaitu bersebelahan dengan masjid
untuk mendengar taklimat ringkas yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Encik Ahmad
Fauzi Bin Mohd Satnih selaku Penyelaras Unit Beruniform. Setelah selesai taklimat, semua ahli
unit beruniform telah mengambil barang-barang perkhemahan seperti khemah, barang
memasak, tong gas dan sebagainya mengikut giliran masing-masing di Stor Peralatan. Barang
ini telah disediakan, disemak dan diagihkan oleh Encik Bahtiar bin Loyar dan dibantu oleh AJK
Peralatan yang diketuai oleh Mohd Amirul Ikmal Bin Ahmad. Kami selaku AJK peralatan juga
telah memeriksa keadaan peralatan yang diterima dan juga menyemak senarai peralatan sama
ada barang yang diambil itu cukup atau sebaliknya.

Setelah selesai mengeluarkan kesemua barang-barang keperluan perkhemahan, lebih


kurang pada pukul 9.00 pagi guru pelatih bertolak ke lokasi perkhemahan di Pantai Dantai,
Kampung Lok Nunuk, Kota Belud, Sabah mengikut giliran bertolak masing-masing dengan
menaiki ‘coaster’ dan ‘urvan’. Perjalanan dari IPG Kampus Kent (Lama) telah mengambil masa
lebih kurang 1 jam.

Sebaik sahaja ketibaan lori, bas kecil, dan van di kawasan perkhemahan, pergerakkan
mengangkut barangan dari lori dilakukan bersama-sama. Sebahagian pelajar muslim melakukan
solat Zohor berjemaah di tempat yang disediakan. Setelah itu, masa rehat diberikan kepada
pelajar dan makanan yang diagihkan akan dimakan pada waktu tersebut. Sebahagian pelajar
pula mengambil peluang untuk berehat sebentar dan berbincang berkaitan aktiviti yang
dilaksanakan. Ahli BSMM berperanan membantu mengangkat barangan dapur, khemah, buluh
dan sebahagian perlatan yang diperlukan ke kawasan masing-masing. Setiap pelajar memilih
pasangan untuk satu khemah dan setiap pelantun diminta untuk menghasilkan kraf perkhemahan
yang merupakan sebahagian daripada penilaian unit beruniform. Pada sebelah petang, semua
platun BSMM memilih buluh untuk membuat kraf perkhemahan manakala ada sebahagian
mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Platun yang bertugas untuk memasak telah
disenaraikan bermula hari pertama perkhemahan sehingga tamat. Semua ahli bekerjasama
membuat kraf perkhemahan berupa rak kasut, ampaian pakaian, gerbang, tempat letak sampah
dan sebagainya. Pada pukul 4.00 petang, kami telah pun dinilai untuk kemahiran kawad kaki di
mana cikgu shobry sebagai penilai pada masa itu. Pada malam hari, perjumpaan diadakan
bersama Encik Shyibin berkaitan amalan perkhemahan, kata laluan, adab, peraturan dan
sebagainya. Seterusnya, pelajar yang bertugas untuk mengawal menjalankan tugas manakala
sebahagian masih membuat kraf perkhemahan dan ada pula yang tidur dan berehat supaya
bersedia melakukan aktiviti keeesokkan harinya.

Keesokkan harinya, pada 19 September 2018, semua ahli BSMM selesai sarapan pagi
bersama-sama. Setelah itu, kami telah pun menyambut tetamu iaitu dua orang pegawai BSMM
untuk memberikan kami pendedahan tentang masakkan bencana dan juga asas pertolongan
cemas iaitu bantuan pernafasan CPR.Kami diajar tentang bagaimana untuk memasak nasi
menggunakan periuk belanga yang besar dan kuantiti beras yang maksimum boleh dimasak
menggunakan alatan tersebut. Disamping itu, kami telah mendengar sedikit ceramah dan
penerangan serta demonstrasi bagaimana untuk melakukan bantuan pernafasan kepada
mangsa. Setelah selesai kira-kira dalam jam 12.00 tengah hari. . Kami ahli BSMM telah pun
berehat dan makan tengah hari. Seterusnya, ujian ikhtiar hidup dijalankan oleh semua ahli
BSMM di kawasan yang sesuai. Pengagihan barangan dan peralatan yang tersedia diberikan
secara adil dan saksama. Walaupun bahan dan baranga yang diberikan kepada semua platun
adalah sama, menu yang disediakan dan cara memasak membuat setiap platun menghasilkan
menu dan gaya memasak yang berbeza. Pada malam hari, ujian untuk bantu mula dijalankan
pada jam yang telah ditetapkan dan pelajar perlu menyediakan kain anduh masing-masing. Ujian
tersebut berjaya berjalan dengan lancar tanpa halangan dan semua ahli BSMM berjaya
menjalankan ujian tersebut dengan lancar.
Pada 20 September 2018, seperti biasa pelajar akan sarapan terlebih dahulu. Aktiviti pagi
dimulakan dengan aktiviti membuat darah tiruan. Kami telah pun diberikan resipi untuk membuat
darah tiruan sebagai bahan untuk dibawa bagi menjalankan aktiviti semasa Kembara dijalankan
bersama-sama dengan unit beruniform yang lain. Semua pelajar dan pensyarah serta kakitangan
yang membantu telah melalui hutan dan pantai semasa aktiviti kembara dijalankan. Semasa di
dalam hutan, setiap ahli akan diberikan tunjuk ajar dan pengetahuan-pengetahuan am berkaitan
kembara dan mengetahuai beberapa jenis tumbuhan yang boleh digunakan apabila hidup di
dalam hutan. Sebaik tiba di pantai, semua platun telah pun dikerahkan membuat luka tiruan
dengan menggunakan darah tiruan. Selesai aktiviti kembara, aktiviti bantu mula yang diketuai
oleh ahli BSMM dengan menerangkan cara-cara yang sesuai untuk menangani mangsa dan
menggunakan kain anduh. Setiap ahli unit beruniform akan dipecahkan dan diketuai oleh seorang
ahli BSMM bagi memberi tunjuk ajar dan pengetahuan asas dalam menangani mangsa yang
tercedara. Setiap kumpulan diminta untuk menyediakan alat untuk mengangkat mangsa yang
tercedera di kaki dengan bantuan rakan lain. Aktiviti berlangsung sehingga pelajar yang tercedera
berjaya diangkat ke tempat yang selamat.Pada sebelah petang pula, kami telah pun dinilai bagi
kraf perkhemahan sebelum menjalankan aktiviti khidmat komuniti. Setiap pelajar diminta untuk
menjalankan khidmat komuniti di kawasan khemah, perkampungan dan dan kawasan sekolah
supaya dapat menepati kehendak dan objektif unit beruniform dalam membentuk insan yang lebih
bertanggungjawab. Setiap unit beruniform dipecahkan kepada beberapa kumpulan supaya
kawasan gotong royong dapat dibersihkan dengan betul dan tepat pada masanya. Sebahagian
kumpulan terpaksa menunda aktiviti disebabkan hujan yang lebat serta angin kencang membatas
pergerakkan dan menyukarkan aktiviti pembersihan contohnya di kawasan pantai dan kawasan
perkhemahan.Pada sebelah malam pula, aktiviti malam kebudayaan telah berlangsung dan
dihadiri oleh semua pensyarah dan pegawai serta setiap ahli dalam Unit Beruniform masing-
masing. Antara contoh aktiviti malam kebudayaan lakonan, nyanyian, dikir barat dan tarian.
Aktiviti selingan yang dilakukan oleh pensyarah dan seterusnya aktiviti dijalankan bersama-sama
disertai pensyarah seperti Tarian Manuk-manuk.

Pada 21 September 2018 bersamaan pada hari Jumaat, iaitu hari terakhir kami
berada di Pantai Dantai, Kampung Lok Nunuk, Kota Belud seperti biasa kami bangun seawal jam
5.00 pagi untuk solat subuh, urus diri dan sesi tazkirah. Selepas itu, kami sarapan pagi, membuat
persediaan dan membersihkan kawasan khemah. Lebih kurang jam 9.00 pagi, pengarah tiba
sebagai perasmi majlis dan kami dikehendaki untuk berkumpul di dewan untuk bersama-sama
mengikuti majlis penutupan pada hari tersebut. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira
kerana majlis penutupan berjalan dengan lancar. Setelah selesai majlis penutupan, kami tidak
lupa untuk mengambil gambar kenangan bersama-sama dan kembali semula ke kawasan
khemah masing-masing untuk bersama-sama meneruskan aktiviti membersihkan kawasan
khemah dan membuka semula gajet-gajet yang telah kami hasilkan. Kebanyakan guru pelatih
berasa sangat sedih kerana banyak kenangan dan pengalaman baru yang telah diperolehi
sepanjang aktiviti perkhemahan unit beruniform. Setelah selesai mengemaskan dan
membersihkan kawasan tapak perkhemahan, kami turut bersama-sama membersihkan dewan
dan mengangkat barang-barang peralatan ke dewan utama. Semua kerja dapat dilakukan
dengan lancar kerana kesemua guru pelatih memberikan kerjasama dan tolong-menolong antara
satu sama lain.

FASA SELEPAS PERKHEMAHAN

Setelah selesai perkhemahan unit beruniform, pergerakkan guru pelatih balik semula IPG
Kent, Tuaran menggunakan bas kecil untuk mengangkut guru pelatih lelaki terlebih dahulu
kemudian perempuan diikuti van disebabkan bilangan perempuan yang lebih ramai. Lori yang
ditempah digunakan untuk mengangkut barangan dan perlatan yang telah digunakan semasa
perkhemahan dikembalikkan semula ke stor pusat. Ajk pengangkutan menjalankan tugas dengan
baik dalam pengurusan pengangkutan dan guru pelatih kerana pergerakkan yang berlaku
berjalan dengan lancar. Setelah semua guru pelatih tiba di stor pusat, sebaik sahaja ketibaan lori,
semua guru pelatih bekerjasama mengangkat barang daripada lori ke stor pusat di bawah
pemerhatian kerani yang bertugas pada hari tersebut. Proses pemulangan barang berjalan
dengan lancar walaupun berhujan dan setiap guru pelatih berjaya melaksanakan tugas dengan
baik serta kerjasama yang erat sebelum perkhemahan bermula sehingga selesai aktiviti
perkhemahan dijalankan.
REFLEKSI AKTIVITI PERKHEMAHAN

Sepanjang aktiviti perkhemahan unit beruniform tersebut dilaksanakan, saya dapati


beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam aktiviti
perkhemahan tersebut. Pertama sekali, dari awal proses pemilihan dan penubuhan Ahli
Jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan sehingga kepada
pelaksanaan aktiviti, peminjaman dan pemulangan alatan-alatan pada hari akhir aktiviti tersebut
kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas dapat dilihat, bak kata pepatah Melayu yang
mengatakan “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Semua Ahli Jawatankuasa
saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan dan merealisasikan aktiiviti ini berjaya
dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk menyediakan
pakaian seragam mengikut unit beruniform dan seragam supaya keterampilan diri sentiasa
terjaga.

Kekuatan seterusnya aktiviti ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami
dalam merancang sesebuah program dan aktiviti. Ramai di antara guru pelatih PISMP Ambilan
Jun 2017 yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program
seumpama ini sebelum ini. Hal yang demikian, kebanyakan tugas menjadi mudah. Contohnya,
banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan berurusan dengan
pihak luar dapat berjalan dengan lancar kerana mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang
diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

Kekuatan berikutnya yang dapat saya kesan dapat dilihat daripada sikap guru pelatih
sendiri. Hal ini kerana mereka mempunyai nilai peramah, tolong-menolong, rajin dan
bersemangat dalam melakukan aktiviti ini. Contohnya, dalam pengurusan mengambil buluh dan
menyediakan barang-barang peralatan perkhemahan, semua memberikan kerjasama sekaligus
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Selain itu, kami juga sentiasa mendapat
bimbingan dan sokongan daripada pensyarah-pensyarah yang turut merupakan tulang belakang
aktiviti ini, tanpa bimbingan dan sokongan daripada mereka sudah tentu aktiviti ini tidak berjalan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang


menganggu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai. Pertama sekali
adalah dari segi cuaca, sepanjang empat hari tiga malam berada di sana, iklim cuaca kadang-
kadang tidak begitu menentu. Namun begitu, apa yang sudah tentu, hujan tentu akan turun pada
sebelah pagi ataupun malam dalam sehari. Hal ini menyebabkan kami tidak dapat menjalankan
aktiviti khidmat komuniti dengan lancar dan terdapat juga beberapa khemah telah bocor.
Kelemahan yang seterusnya pula ialah dari segi pengangkutan. Sebagaimana yang telah
diketahui, pengangkutan kita sememangnya mempunyai sedikit masalah kerana hanya “Coaster”
dan “Urvan yang dapat digunakan. Hal ini menyebabkan perjalanan dan pergerakan tidal seperti
yang telah dirancang. Kelemahan yang seterusnya ialah tidak ada aktiviti riadah pagi atau petang.
Riadah pagi atau petang sememangnya sangat penting dan boleh merangsang perasaan guru
pelatih dengan menjalankan aktiviti yang menyeronokkan.

Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada
masa yang akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya dapat
merancang dan mengatur aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan dengan teratur dan betul. Pada
masa yang akan datang, aktiviti riadah pagi atau petang juga boleh dilakukan untuk memastikan
guru pelatih sentiasa sihat dan dapat mengeluarkan peluh mereka sepanjang aktiviti
perkhemahan berlangsung. Mengenai pengangkutan, seperti yang kita sudah sedia maklum
faktor ini sememangnya amat sukar untuk dielakkan kerana guru pelatih yang mengikuti kuliah
seperti biasa juga perlu dihantar dari IPG Kampus Kent Lama ke IPG Kampus Kent Baru sebelum
menghantar guru pelatih yang menyertai aktiviti perkhemahan ke lokasi perkhemahan.
Seterusnya, saya juga menyarankan agar guru pelatih sentiasa menanam dan mengaplikasikan
amalan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing kerana setiap kelemahan dan masalah yang
timbul sudah tentu akan dapat diatasi.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai pasukan unit beruniform, aktiviti perkhemahan adalah sangat


penting dan amat dititikberatkan kerana melalui aktiviti seperti ini akan dapat melahirkan
pemimpin yang berdedikasi yang bakal menjadi pemimpin di sekolah-sekolah setelah
ditempatkan di mana-mana sekolah kelak. Oleh itu, sangat penting untuk guru pelatih didedahkan
dengan pelbagai ilmu pengetahuan mengenai perkhemahan seperti cara mendirikan khemah
dengan betul, membina pelbagai gajet, menguasai pelbagai jenis iakatan dan simpulan,
pengurusan diri dan ikhtiar hidup di hutan, pertolongan cemas serta pelbagai jenis aktiviti sosial
kemasyarakatan. Tambahan pula, melalui aktiviti sedemikian juha, sikap kerjasama dan kesatuan
dalam melaksanakan tugasan dan kerja dapat diterapkan dalam setiap diri guru pelatih. Hal ini
akan menjadi punca kejayaan sesuatu pasukan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan
jayanya. Amalan nilai-nilai murni tersebut bukan sahaja dapat diterakan depanjang
perkhemahan, malah juga dapat diterapkan semasa, sebelum dan selepas perkhemahan. Selain
itu, pengajaran juga dapat dilaksanakan secara realistik, bukan hanya sekadar teori. Pengalaman
secara langsung sudah tentu dapat memberi kesan yang lebih mendalam dan lebih sukar untuk
dilupakan dalam setiap diri guru pelatih.

Disediakan oleh, 25 SEPTEMBER 2018

____________________________

(ASRAFEE BIN ASLEE)

Guru pelatih,

Bulan Sabit Merah Malaysia,

IPG Kampus Kent Tuaran


LAMPIRAN
FASA SEBELUM PERKHEMAHAN

Mesyuarat AJK bersama dengan Setelah selesai mengambil buluh, buluh


Encik Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih ditempatkan di satu kawasan sahaja

Para guru pelatih bersedia dan dalam Guru pelatih bersama-sama mengangkat
perjalanan untuk mengambil buluh buluh tanpa mengira lelaki atau perempuan
FASA SEMASA PERKHEMAHAN

Barang dan peralatan disediakan dan Para guru pelatih menaikkan buluh ke
disemak sebelum dinaikkan ke atas lori dalam lori

You might also like