You are on page 1of 4

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM

MALAYSIA

Pada 4 September 2018 sehingga 7 September 2018, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam
Malaysia (PPIM) telah terlibat dengan perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Perkhemahan ini juga melibatkan unit-unit beruniform yang lain seperti
Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pandu Puteri dan juga
Pengakap. Perkhemahan ini adalah diwajibkan bagi setiap guru pelatih semester 3 bagi
memenuhi sukatan unit pembelajaran Korikulum –Unit Beruniform masing-masing.

Pada hari pertama iaitu pada hari selasa, 4 September 2018, ahli-ahli PPIM dan ahli
persatuan yang lain telah berkumpul di dataran air pancut di hadapan bangunan Menara
IPGKBM seawal 6.30 pagi. Selepas itu, kami bersama-sama memunggah barang-barang
yang perlu dibawa ke tapak perkhemahan di Ulu Bendul tesebut termasuk barang keperluan
harian. Setelah itu, tepat pada pukul 8.00 pagi kami berkumpul di dalam unit beruniform
masing-masing untuk mendengar taklimat yang diberi oleh pensyarah iaitu Encik Aizuddin
dan ucapan daripada Pengarah IPGKBM iaitu Dr Hjh Maridah bt Alias.Setelah itu, setiap ketua
dari unit beruniform masing melaporkan bilangan ahli kepada kem komander. Tepat jan 9.00
pagi kami bertolk ke tapak perkhemahan yang mengambil masa lebih kurang sejam. Pada
pukul 10.00 pagi, kami tiba di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah tersebut.
Kemudian kami bersama-sama memunggah kembali barang yang akan digunakan pada
waktu perkhemahan seperti barang-barang masakan, peralatan membuat gajet, peralatan
perkhemahan dan sebagainya. Ahli –ahli PPIM telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan
dan kami dikehendaki mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Beberapa
orang dari setiap unit beruniform telah diberi tugas untuk menyediakan makan tengahari dan
telah diberi kebenaran untuk tugasan itu. Setelah khemah didirikan, kami bersama-sama
membersihkan kawasan sekitar tapak perkemahan. Pada jam 1.00 tengahari, kami diberi
perlepasan untuk makan makanan tengahari yang telah disediakan sehingga jam 2.00
petang. Pada waktu petang kami telah diberi tugas untuk membina gajet. Setiap khemah
hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga gajet dan gajet rak kasut merupakan gajet
yang wajib dibina bagi setiap kumpulan. Bagi kumpulan Zinnirah, kami telah membina gajet
rak kasut, tempat membuang sampah dan juga papn kenyataan bagi kumpulan. Kami
berkejasama dalam melaksanakan tugasan tersebut dengan menggaplikasi ikatan dan
simpulan yang telah kami pelajari sebelum menyertai perkhemahan. Kemudian pada pukul
4.00 petang sehingga 5.00 petang kami diberi ruang untuk solat dan minum petang. Setelah
itu, kami menghadiri taklimat bantu mula. Kami telah diajar tentang bantuan pertolongan
cemas serta melipatk kain anduh dan cara kegunaan dengan tepat. Pada sebelah mala pula
iaitu selepas solat isyak, ahli-ahli PPIM serta ahli unit beruniform yang lain telah menjalani
ujian amali pertolongan cemas bersama pensyarah masing-masing. Tepat pada pukul 12.00
malam , kami berkumpul untu “recall” dengan memberi taklimat keselamatan diri dan
kemudian kami bersurai dan pulang ke khemah masing. Namun. Setiap ahli-ahli unit
beruniform telah diberi tugas mengikut jadual masing-masing untuk berjaga pada waktu
malam bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan baik dan selamat.

Pada keesokan harinya, ahli-ahli PPIM bagun seawal 5.00 pagi untuk membersihkan
diri dan bersedia untuk sola subuh. Setlah solat subuh, kami dikehendaki berkumpulan di
dataran yang telah disediakan untuk beriadah dan telah diketuai oleh kem komander kami.
Kami telah beriadah dengan menjalankan aktiviti kawad statik. Pada pukul 7.30 pagi kami
telah mengadakan tatacara perjumpaan dan adat istiadat menaikkan bendera mengikut unit-
berunitform masing-masing. Pada pukul 8.00 pagi, kami diberi peluang untuk bersarapan dan
menyambung kembali menyiapkan gajet. Setelah itu, pada pukul 9.00 pagi telah menyertai
aktiviti Jalan Lasak dan Pandu Arah dengan mengesan simbol-simbol yang ada pada laluna
tersebut. Kami dikehendaki memahami dan mengikut simbol-simbol tersebut sampai ke
tempat yang hendak dituju. Pada pukul 12.00 tengahari pual kami diberi peluang untuk
mempelajari penggunaan kompas dan mengapliksikannya. Aktiviti berjalan dengan lancar
dengan mengikut arah kompas dan kata kunci yang di letakkan di tempat yang tertentu.
Penggunaan kompas ini amat penting bagi seseorang apabila memasuki hutan. Setelah
aktiviti ini, kami dibenarkan untuk menikamti hidangan tengahari yang telah disediakan dan
menunaikan solat zohor. Tepat jam 2.00 petang, kami dikehendaki berkumpul di astaka dan
kami telah diberi taklimat tentang amali masakan rimba. Terdapat beberapa bahan disediakan
dan diberikan kepada setiap ahli kumpulan iaitu ayam, telur, kentang, tepung, pisang,
mentega, garam dan gula. Kami dikehendaki menyediakan liamhidnagan melalui bahan-
bahan yang diberi dengan mengaplikasikan liam teknik memasak. Pelbagai masakan yang
telah disediakan antaranya telu rebus, ayam bakar, cucur pisang, lempeng pisang dan
sebagainya. Pensyarah unit-unit beruniform akan menilai masakan tersebut. Terdapat
pelbagai rasa makanan tersebut namun kegigihan penyediaan makanan tersebut merupakan
perkara yang amat dihargai oleh para pensyarah. Seterusnya, pada malam tersebut, kami
telah menjalani ujian amali tentang ikatan dan simpulan yang telah kami pelajari, Antara ikatan
dan simpulan yang telah dipelajari ialah ikatan seraya, ikatan lilit kacang, simpulan balak,
simpulan manuk dan sebagainya, Tepat jam 11.00 malam kami pulang ke khemah masing-
masing.

Pada hari khamis iaitu 6 September 2018, iaitu hari ketiga perkhemahan. Hari ini
merupakan hari yang amat penting kerana kami akan menjalani ujian kawad kaki statik dan
ujian kawad kaki dinamik dan pertandingan kawad kaki formasi antara unit beruniform. Pada
awal pagi kami diberi ruang dan peluang untuk berlatih untuk menjalani ujian kawad kaki.
Kami diwajibkan untuk memakai baju kawad unit beruniform masing-masing. Pemarkahan
akan dinilai melalui pemakain, kelantangan suara dalam memberi arahan kawd, kecekapan
menerima arahan kawad dan sebagainya. Pada pukul 10.00 pagi setiap ahli-ahli PPIM dinilai
kawad kakinya mengikut kumpulan-kumpulan kecil. Ujian kawad kai ini tamat sekita 12.30
tengahari. Selepas solat zohor, pertandingan kawad kaki formasi antara unit beruniform
namun cuaca pada petang itu tidak mengizikan dan kami dikehendaki berkumpul di astaka
bagi memastian keselamatan diri terjamin kerana hujan lebat pada ketika itu. Pada masa yang
sama terdapat beberapa orang teah ditugaskan untuk membantu untuk menydiakan bahan-
bahan BBQ yang akan dijalankan pada malam tersebut. Pertandingan kawad kaki formasi ini
telah dijalankan selepas hujan reda iaitu selepas asar, lebih kurang pada pukul 5.00 petang.
Pada malam tersebut, kami telah mengadakan aktiviti BBQ dan pelbagi jenis makanan yang
enak disediakan antaranya ialah ikan bakar, ayam bakar, nasi goreng dan sebagainya.
Setelah aktivti tersebut, aktiviti Malam Kebudayaan telah dilaksanakan. Aktiviti ini amat
dinantikan oleh semua peserta pekhemahan. Setiap unit beruniform dikehendaki menghantar
2 kumpulan bagi malam kebudayaan tersebut. Unit beruniform PPIM telah menyertai malam
kebudayaan tesebut dengan mempersembahkan dua buah persembahan iaitu tarian
tradisonal dan juga “action song”. Malam kebudayaan ini tamat pada pukul 12.00 malam dan
peserta pulang ke khemah masing-masing.

Pada hari terakhir, kami dikehendaki menurunkan kembali khemah dan membersihkan
kembali tapak perkhemahan yang telah digunakan bersama-sama. Setelah itu, majlis
penutupan diadakan di astaka. Pelbagai cenderahati yang diberikan kepada para pensyarah
sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Pada majlis penutupan ini, pemenang kawad
kaki telah diumumkan iaitu kadet remaja sekolah telah mendapat joha, PPIM mendapat
tempat kedua dan tempat ketiga telah disandang oleh Pengakap. Pemenag malam
kebudayaan juga diumumkan pada majlis penutup tersebut dan pemenang bagi malam
kebudayaan yelah disandang oleh kumpulan ‘action songs” iaitu dari unit beruniform PPIM.
Selepas majlis penutupan tersebut, kami bersama mengemaskan kembali barang yang telah
digunakan sepanjang perkhemahan dan mengangkat kembali barang-barang tersebut
bersama-sama masuk ke dalam bonet bas. Setelah itu, kami bertolak pulang ke IPGKBM.
Saya berharap melalui perkhemahan ini, guru pelatih dapat menambah imu pengetahuan dan
pengalaman serta membentuk jati diri menjadi lebih baik dan cinta pada negara, agama dan
bangsa.
Disediakan oleh: 13 September 2018

________________

(NURUL AISHAH BT MOHAMAD HAZALI)

Ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,

IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai.

You might also like