You are on page 1of 1

BIODATA PENGASAS KRS

Pengasas Kadet Remaja Sekolah ialah Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban.
Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan
anak bongsu daripada dua beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar Pulau
Pinang, dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menegah Raja Tun Uda, Pulau
Pinang. Allahyarham merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum.
Beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim,
Johor Bahru dalam Kursus Perguruan Asas sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti
Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di
SMK Raja Abdullah dan meneruskan kerjayanya sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah
Sains Selangor dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam.
Beliau merupakan pengasas bagi Kadet Remaja Sekolah yang telah ditubuhkan di
Sekolah Menengah Raja Abdullah pada 27 Jun 1987. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah ini
akhirnya bernaung di bawah Kementerian Pelajaran pada 10 Ogos 1993. Pada 20 Jun 1995,
upacara pelancaran KRS telah dirasmikan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
Kini KRS telah bertapak di semua sekolah di Malaysia dengan keahlian sebanyak 280 ribu
pelajar. Beliau akhirnya telah dijemput Illahi pada tanggal 10 April 2003 meninggalkan seorang
balu dan 4 orang cahaya mata.

You might also like