You are on page 1of 113

BUKU LOG PENGAKAP

NAMA : AHMAD QARDHAWI BIN MOHAMED@ISMAIL

KELAS :PDPP PC1

NO IC : 960316-11-5567

NAMA PENSYARAH : MOHAMAD AKHIR BIN AWANG

TARIKH HANTR :3/4/2020


BIAODATA PERIBADI

Nama : Ahmad Qardhawi Bin Mohamed@Ismail

No kad pengenalan : 960316-11-5567

Tarikh Lahir : 16.03.1996

Pekerjaan : Pelajar

Alamat sekolah : Instititut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun


14000 Mengkuang, Bukit Mertajam Pulau Pinang

Kumpulan Sekolah :

Nama Pensyarah :Mohamad Akhir Bin Awang

Pangkat : Ahli biasa

Alamat Surat Menyurat : 460c Jalan Kenanga, Jalan Kamaruddin ,

20400 ,Kuala Terengganu

No Tel : 019-3685263
ISI KANDUNGAN

1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN


2.0 SEJARAH UNIT BERUNIFORM
3.0 STRUKTUK DAN ORGANISASI PERTUBUHAN,PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN
4.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
5.0 SIMPULAN DAN IKATAN
6.0 ASAS KAWAD KAKI
7.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
RUJUKAN
LAMPIRAN
1.0 Perlembagaan Pertubuhan

1.1 Perlembagaan Pertubuhan

Fasal 1 : Nama dan Alamat.


i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama :

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM.

PPMKLMIPGM

PPMKLM 36 – IPG KAMPUS TUANKU BAINUN.

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah :

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM , PULAU PINANG.

Fasal 2 : Prinsip & Tujuan Asas PPK


i. Untuk melatih dan menunjulkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah
disiplin murid.
iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli PPM PKK ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.


i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam
semua aktiviti PKK.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan
dalam PKK.
Fasal 5 : Mesyuarat.
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun
untuk:
– Memilih ahli Jawatan Kuasa PKK.
– Kewangan
– Ucapan penangguhan
– Cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun
berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan PKK.
v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan
ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli
jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK PKK.


i. Pengerusi
Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan
aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Setiausaha
Menjalankan urusan PKK mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan
mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan PKK.
iii. Bendahari
Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan PKK, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu
menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.


i. Kewangan PKK ini diperolehi melalui :
a. Wang SUWA (Kokurikulum).
b. Sumbangan PIBG.
c. Derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti PKK perlu mendapat
kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan PKK.


i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara
itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa
mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.
i. PKK ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir
Sekolah.
1.2 Lambang Pengakap

LAMBANG PENGERTIAN

 Pecahan 3 kelopak Melambangkan Persetiaan Pengakap :

Taat kepada Tuhan , Raja , Negara


 Warna kuning, Melambangkan unit-unit pengakap :
hijau, merah Kuning : PKK , Hijau : PM
Merah : PR
 Dua Butir Bintang Melambangkan Undang-Undang
Pecah Lima Pengakap – 10 elemen
Berwarna Hijau [ dipercayai taat berguna bersaudara
Pada Kelopak Kiri berbudi kasihkan binatang menurut
Dan Kanan perintah tabah hati berjimat suci fikiran
suci perkataan suci perbuatan ]

 Ikatan Hijau Melambangkan ikatan Persaudaraan


Pengakap

 Lingkaran Tali Melambangkan perpaduan rakyat


Berwarna Biru Tua Malaysia dan Persaudaraan Pengakap
Sedunia

 Anak Bulan & Menunjukkan agama rasmi Malaysia


Bintang ialah Agama Islam

 Warna Kuning Melambangkan warna DiRaja bagi


Pada Anak Bulan & Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja
Bintang
 Bintang Pecah 14 Melambangkan negeri-negeri yang
( Warna kuning ) terkandung di Malaysia termasuk WP
1.3 Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik


Pengakap Muda – Selalu Sedia
Pengakap Remaja – Pandangan Luas
Pengakap Kelana – Berkhidmat
Pengakap Budika – Berkhidmat
Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto)

1.4 Bendera pengakap


1.5 Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia


Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda


Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa


Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita


Pengakap, Pengakap Malaysia
1.6 Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan

Ikrar Pengakap

Undang – Undang Pengakap


UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Dipercayai taat berguna


Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan
2.0 Sejarah Unit Beruniform

2.1 Sejarah pengasas

Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth
Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell
dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8
Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang
mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British
bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau
bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell
banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan
menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu
pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam
peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam
tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta
sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu
peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar.
Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan
beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897,
BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard
ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik
dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya
semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India.
Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua
rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu
puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking,
iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang
dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai
1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan
periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan
orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell
berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat
Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas
perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik
sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika
berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-
budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan
kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-
budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah,
memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada
malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati
oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting
For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di
India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati
budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja
Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New
Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di
Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

2.2 Sejarah penubuhan

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi
pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari
Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak.
Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya.
Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai
"Father of Malayan Scouting".

Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan
Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

• 1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan


• 1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School
• 1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari
1930).
• 1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield
• 1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
• 1926 - Melaka, oleh R. Brunstone
• 1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
• 1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar
• 1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle
• 1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
• 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu
Bakar).
• 1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan,
disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet

Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada
daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan
juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para
pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di
bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).
Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang
Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi
ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan
Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang
mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan
Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan
Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos
1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor,
Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang,
Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan
telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan
ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap
seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja
Persekutuan Pengakap Malaysia.

2.3 Tujuan penubuhan

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan
kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran
dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan
PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan
fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai
aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa
tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan
matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna
kepada agama bangsa dan negara.
2.4 Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

1. Objektif

o Menandakan permulaan dan penamatan sesuatu aktiviti atau perjumpaan.


o Cara memberi hormat kepada tetamu.
o Memberi pengiktirafan kepada pengakap dan pemimpin pengakap.
o Memberi motivasi kepada pengakap dan pemimpin pengakap supaya terus
berusaha.
o Menjadi kenangan dan ingatan yang mendalam dan berkesan di hati pengakap
kerana telah diterima sebagai anggota.
o Melahirkan semangat kerjasama, kekitaan, dan bertanggungjawab di kalangan
anggota pengakap.
o Melatih pengakap dengan disiplin dan peraturan yang khusus dalam setiap istiadat
yang dilaksanakan.

2. Jenis-jenis Istiadat

o Istiadat laung agung (khusus untuk Pengakap Kanak-kanak);


o Istiadat bendera (Pengakap Muda dan Pengakap Remaja);
o Istiadat melantik;
o Istiadat meningkat naik;
o Istiadat menyampaikan lencana;
o Istiadat pemeriksaan pagi (khusus waktu perkhemahan);
o Istiadat penganugerahan manik kayu (bagi Pemimpin Pengakap)
2.1 Istiadat Laung Agung

Pengakap Kanak-kanak mempunyai pasukan yang dipanggil sekawan yang terdiri


daripada 6 orang setiap pasukan. Segala istiadat dan gerakerja hendaklah secara
berpasukan:
• Akela berteriak “PEK” kepada PKK, PKK diam dan berdiri tegak
• Akela berteriak “PEK ! PEK ! PEK ! ! ! ! ! !” - PKK menyahut panggilan Akela
sambil berlari menelilingi Akela dan menyebut “P….E….K ! ! ! !”
• Akela memberi perintah membuat bulatan. PKK lantas memegang tangan
sekawan sambil membuat bulatan. Bila bulatan sudah siap, PKK akan
menjatuhkan tangan
• Akela mendepa tangan, PKK angkat tumit, Akela merapatkan tangan ke peha,
PKK akan mencangkung dengan kedua belah tangan mencecah tanah di luar
peha dan berkata “A..KE..LA !! KITA BUAT HABIS BAIK”, PKK bangun
serentak, berdiri tegak dan bersedia.
➢ Ketua sekawan bertugas akan mencabar dengan hormat sambil berkata dengan
intonasi mencabar “KAMU BUAT HABIS BAIK”.
➢ PKK akan memberi hormat kepada Akela sambil menjawab cabaran “KAMI BUAT
HABIS BAIK”.
➢ Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuh tangan sehingga Akela menjatuhkan
tangannya.

Laung Agung adalah menjadi tradisi dalam istiadat PKK. Laung Agung yang dibuat oleh
PKK adalah untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik. Istiadat ini
mesti dijalankan setiap kali perjumpaan diadakan, iaitu pada permulaan dan akhir
perjumpaan. Selepas Laung Agung bendera dikibarkan/diturunkan dan diikuti dengan
doa.

2.2 Istiadat Bendera

 Istiadat mengibarkan/menaikkan bendera

• Bendera telah diap dilipat dan diikat pada tiang bendera.


• Anggota berbaris dalam keadaan “SEDIA” di hadapan tiang bendera dalam bentuk
ladam kuda atau berjajar.

• Ketua patrol bertugas keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri
satu langkah di hadapan tiang bendera untuk mengibarkan bendera sebaik sahaja
pemimpin menyebut “BENDERA”.

• Ketua patrol kemudian menarik/menyentap tali bendera dengan tangan kanan,


bergerak satu langkah ke belakang dan memberi tabik hormat kepada bendera,
diikuti oleh semua anggota pangakap yang lain.

• Semua pengakap menjatuhkan tangan apabila ketua patrol bertugas menjatuhkan


tangan.

• Lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja pemimpin menyebut “NEGARAKU”.

• Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja
pemimpin menyebut “DOA”.

• Anggota pengakap yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke


paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa
menyebut “AP”. Pengakap yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak,
tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masing-masing.

• Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa
dan menyebut “AP”.

• Pengakap kemudian berada dalam keadaan senang diri apabila pemimpin


menyebut “SENANG DIRI”, diikuti dengan beberapa pengumuman oleh pemimpin .

 Istiadat menurunkan bendera


• Bendera telah diap dilipat dan diikat pada tiang bendera.

• Anggota berbaris dalam keadaan “SEDIA” di hadapan tiang bendera dalam bentuk
ladam kuda atau berjajar.

• Ketua patrol bertugas keluar dari barisan, bergerak ke tiang bendera lalu berdiri
satu langkah di hadapan tiang bendera untuk mengibarkan bendera sebaik sahaja
pemimpin menyebut “BENDERA”.

• Ketua patrol kemudian menarik/menyentap tali bendera dengan tangan kanan,


bergerak satu langkah ke belakang dan memberi tabik hormat kepada bendera,
diikuti oleh semua anggota pangakap yang lain.

• Semua pengakap menjatuhkan tangan apabila ketua patrol bertugas menjatuhkan


tangan.

• Lagu Negaraku dinyanyikan sebaik sahaja pemimpin menyebut “NEGARAKU”.

• Pembaca doa keluar selangkah ke hadapan untuk membaca doa sebaik sahaja
pemimpin menyebut “DOA”.

• Anggota pengakap yang beragama Islam mengangkat kedua-dua belah tangan ke


paras bahu secara serentak untuk mengamimkan doa apabila pembaca doa
menyebut “AP”. Pengakap yang bukan beragama Islam pula berdiri tegak,
tundukkan kepala dan berdoa mengikut agama masing-masing.

• Tangan diturunkan secara serentak apabila pembaca doa selesai membaca doa
dan menyebut “AP”.

• Pengakap kemudian berada dalam keadaan senang diri apabila pemimpin


menyebut “SENANG DIRI”, diikuti dengan beberapa pengumuman oleh pemimpin .
3.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan, Pengurusan dan
Pentadbiran

3.1 Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG


CARTA ORGANISASI PPM
3.2 Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan

3.3 Fungsi majlis tadbir


FUNGSI MAJLIS TAKBIR PPMKLM IPGM

1. Memberi sokongan perjalanan semua program yang diatur dan disusun oleh PPM .
2. Merancang dan melaksanakan program PPMKLM seperti yang telah ditetapkan oleh
jawatankuasa tertinggi.
3. Memastikan program – program yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
4. Memastikan semua AJK tertinggi berfungsi dengan baik untuk dapat melaksanakan
program tanpa ada masalah.
3.4 Pakaian seragam ahli dan pemimpin

Pakaian pemimpin

Pakaian seragam ahli


4.0 Kemahiran Perkhemahan

4.1 Kraf Perkhemahan

Untuk melatih para anggotanya:


 mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima arahan,
melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktriviti-aktiviti yang lasak;

 mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang dipelajarinya secara teori dalam


pergerakan pengakap, seperti mendirikan khemah, memasang gejet, ikatan, dan
sebagainya;

 menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan, khususnya


semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukit-bukau, danau,
lopak, dan sungai;

 melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan


kumpulan;

 mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan;

 tidak mencuri tulang tetapi sebaliknya berdisiplin, suka bantu-membantu dan


bekerjasama di antara satu sama lain;

 mencintai alam sekitar dengan memelihara kebersihan dan tumbuh-tumbuhan


yang ada di kawasan tapak perkhemahan;

 sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk
hati dengan anggota kumpulan yang lain;

 berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah.

 Perkhemahan Tetap

 Aktiviti perkhemahan yang dijalankan dan didirikan secara tetap di sesuatu


kawasan perkhemahan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan tanpa
perlu berpindah ke tempat lain, sama ada berpindah kawasan, daerah atau
pun negeri.
 Perkhemahan Bergerak

 Aktiviti perkhemahan yang berpindah-randah dari satu kawasan, daerah atau


negeri ke satu kawasan, daerah atau negeri yang lain.

 Perkhemahan jenis ini lebih menyeronokkan kerana para peserta tidak akan
berasa jemu berkhemah hanya di satu kawasan sahaja.

 Walau bagaimanapun, perkhemahan jenis bergerak kurang popular kerana


masalah penyelenggaraan, kos, dan masa yang agak rumit.

 Biasanya perkhemahan bergerak memerlukan kenderaan untuk kemudahan


berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

 Perkhemahan Ringkas

 Perkhemahan yang hanya disertai oleh tiga atau empat orang anggota sahaja.

 Tapak perkhemahan biasanya di sekitar tempat tinggal mereka dan dilakukan


pada hujung minggu selama satu atau dua malam sahaja.

 Contoh - perkhemahan pada peringkat Kursus Kepemimpinan Manikayu


Peringkat Satu.

 Perkhemahan Kumpulan

 Perkhemahan yang disertai oleh semua anggota dalam sesebuah kumpulan


atau patrol sebagai pengukuhan kepada perkhemahan ringkas.
 Biasanya perkhemahan jenis ini dijalankan selama dua atau tiga malam.

 Tapak perkhemahan boleh di sekitar tempat tinggal atau dalam kawasan


sekolah/maktab atau di kawasan luar.

 Contoh - perkhemahan pada peringkat Kursus Kepemimpinan Manikayu


Peringkat Dua.

 Perkhemahan Besar-besaran

 Perkhemahan pengakap yang dianjurkan di peringkat zon atau daerah, negeri,


negara, malah di peringkat dunia..

 Biasanya menggabungkan beberapa kumpulan pengakap dari tempat-tempat


lain dan melibatkan beratus-ratus orang peserta.

 Perkhemahan jenis ini biasanya mengambil masa selama lima hingga tujuh
hari.

 Tapak perkhemahan - di kawasan luar maktab.

 Contoh - perkhemahan pada peringkat Kursus Kepemimpinan Manikayu


Peringkat IVA yang menggabungkan beberapa buah kumpulan pengakap
maktab-maktab perguruan dari zon yang sama atau gabungan zon-zon
tertentu yang dianjurkan oleh Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Contoh-contoh lain - jambori yang diadakan setiap empat tahun sekali di


Malaysia. Jambori turut dihadiri oleh kumpulan-kumpulan pengakap dari
negara-negara jiran, di samping negeri-negeri di Malaysia.
4.2 Pengurusan dan penjagaan khemah

■ Tanah atau tapak yang rata


■ Corak tapak perkhemahan
■ Berhampiran punca air
■ Tapak yang lebih tinggi dari punca air
■ Mudah untuk mendapat bantuan
■ Mudah untuk mendapat bahan bakar
■ Keselamatan kawasan perkhemahan
■ Jangkamasa perkhemahan
■ Bilangan peserta perkhemahan
■ Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
■ Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
■ Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman
haiwanperosak dan ditempat yang kering.
■ Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum
disimpan.
■ Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi
bahan kimia.

4.1.2 Matlamat Program Perkhemahan :

1. Melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab.


2. Meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah.
3. Memberi peluang mempraktikkan segala kemahiran.
4. Melatih Berdikari.
5. Mengeratkan tali persaudaraan antara pengakap mahupun di antarabangsa
6. Menggalakkan mendapat lencana-lencana kemajuan dan kepandaian.
7. Menyedarkan pengakap agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.
Daripada berkhemah, pengakap dapat melatih hidup berdikari serta mengamalkan pelajaran
yang di ajar dalam pengakap. Pengakap dapat berlatih memasak, bermain, belajar, bekerja dan
bersuka ria bersama rakan-rakan pengakap lain.

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL

Perancangan Awal Sebelum Berkhemah :


1.1 Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan :
. Objektif perkhemahan.
. Bilangan peserta.
. Tempoh perkhemahan.
. Kemudahan asas yang ada dan diperlukan.

1.2 Ciri-ciri tapak atau kawasan yang sesuai :


. Mendapatkan kebenaran dan maklumat.
. Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air.
. Banyak bahan baker.
. Kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta
. Tiada gangguan bahaya.
. Tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.
. Hutan yang tidak terlalu terlidung daripada cahaya matahari.
. Tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumput.
. Ciri-ciri lain yang perlu diperhatikan :
. Cuaca dan arah angin.
. Dahan atau pokok yang reput.
. Tebing runtuh atau batu besar yang bahaya.
. Kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.
1.3 Pembentukan Ahli Jawatankuasa :
~ Mengikut keperluan program.
1.4 Perancangan :
~ Merancang program :
. Pemilihan kawasan yang sesuai
. Keselamatan terjamin.
. Bersesuaian dengan objektif.
. Berkaitan setiap aktiviti.
. Mengembirakan peserta .
. Keseimbangan masa.
. Persiapan peralatan.
~ Aktiviti yang dirancang dalam bentuk :
~ Penilaian
~ Pengujian
~ Pertandingan / kuiz
~ Berhalangan
~ Merancang makanan :
. Tempoh perkhemahan.
. Mempunyai sumber air yang bersih.
. Cara memasak berpusat atau latihan memasak.
. Memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar.
. Memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.
~ Surat-menyurat :
. Surat kebenaran.
. Surat keselamatan.
. Surat pemberitahuan dll.

1.5 Persiapan Untuk Menghadiri Perkhemahan :


~ Sebelum Berangkat perlu ada perbincangan :
. Tempat yang hendak dituju.
. Hari dan masa bertolak.
. Tempat berkumpul.
. Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan.
. Pengangkutan yang digunakan.
. Pembahagian tugas.
~ Semasa hendak berangkat perlu memeriksa dan meneliti :
. Maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga telah diperolehi dan lengkap.
. Semua peserta berada dalam keadaan sihat.
. Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan dalam keadaan baik.
. Memakai pakaian seragam pengakap.
~ Semasa tiba di tapak perkhemahan :
. Menghubungi orang berkenaan.
. Mendapatkan sedikit maklumat.
. Memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah.
~ Sepanjang perkhemahan :
. Semua peserta terlibat secara langsung dalam program.
. mengetahui segala peraturan.
. Digalakkan melibatkan penduduk kampong seperti program gotong-royong
~ Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan :
. Perlukan ada mesyuarat khas.
. Meruntuhkan khemah dan binaan seperti gedjet.
. Membersihkan kawasan perkhemahan.
. Mengemaskan dan menyemak keperluan peribadi dan kumpulan.
. Memastikan tiada bara api.
. Menimbus lubang yang dibuat.

1.6 Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan ( bergantung kepada tempoh masa


perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta )
~ Keperluan peribadi :
. Pakaian seragam
. Baju-T
. Pakaian sukan / pakaian beribadat
. Selipar / kasut
. Duit poket
. Berus gigi dan ubat gigi
. Sabun mandi dan sabun basuh
. Jam
. Kompas
. Mancis
. Pisau dan parang
. Lampu suluh
. Tali
. Alat tulis
. Sudu dan garpu
. Pinggan, mangkuk dan cawan atau gelas.
. Bekas air
. Perkakas memasak
. Wisel
. Tikar
. Ubat peribadi
. Dan lain-lain
1.6 Keperluan Kumpulan :
. Khemah
. Cangkul
. Tali
. Parang / Kapak / Pisau / Gergaji
. Tukul besi
. Lampu gasoline atau lain-lain.
. Ubat nyamuk
. Dapur minyak atau lain-lain
. Mancis
. Baldi
. Bendera kumpulan
. Lilin
. Dan lain-lain

1.7 Mendirikan Khemah :

~ Ciri-ciri yang perlu diketahui :

• Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam bagi khemah yang tidak
berpintu. Pastikan cahaya tidak terus memancar ke dalam khemah.
• Didirikan berlawan dengan arah tiupan angin bagi mengelakkan hujan masuk ke dalam
khemah tetapi boleh mengadap tiupan angin ketika musim panas.
• Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah yang rata atau lereng bukit atau
pergunungan.
• Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah tumbang dan
juga jangan mendirikan di tempat yang berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya
mengelakan serangga atau binatang berbisa.
• Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai
melakukan aktiviti pada siang hari.

Mendirikan Khemah :
1. Bersihkan kawasan tapak khemah.
2. Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah.
3. Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang khemah.
4. Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.
5. Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.
6. Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi khemah ke
pancang.
7. Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan
air hujan bertakung.
8. Kemudian taburkan serbuk belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan
binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.
Menurunkan Khemah :
1. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.
2. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.
3. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman.
4. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.
5. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.
6. Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali khemah
hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.
7. Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.
8. Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan.
9. Bersihkan kawasan perkhemahan
Cara melipat khemah

PERATURAN PERKHEMAHAN

1. Nama Kursus : Kursus Kepimpinan Asas (Peringkat II) – PM & PKK

Penganjur : MPKLM / BPG Zon Timur, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Tarikh Kursus: 16 – 19 April 2006 ( Ahad – Rabu )

3. Tempat Kursus : Kem Persatuan Nelayan, Setiu, Terengganu


4. Peserta : Ahli berdaftar Pengakap Muda & Pengakap Kanak-Kanak (PKK) dari
KLM – 30 (MPKT), KLM – 18 ( MPSM ),

KLM – 03 ( MPKB ) , KLM – 34 ( MPTAA ).

Pendaftaran : 15 hb. April, 2004

5. Kehadiran Peserta :
 Semua peserta wajib hadir setiap sesi yang dijalankan. Ketidakhadiran dalam mana-
mana sesi boleh menyebabkan peserta gagal kursus ini. Kegagalan kursus wajib ini
boleh menjejaskan pengajian KPLI seluruhnya. Jadual Kursus akan dimaklumkan
dari masa ke semasa dan tidak dibekalkan kepada peserta.
 Peserta tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan kawasan perkhemahan / kem
kecuali mendapat kebenaran khas dari Penyelaras Kursus atau Ketua Jurulatih atau
Ketua Kursus. Peserta yang meninggalkan kem dengan kebenaran dimestikan
melapor diri kepada pihak berkenaan setelah kembali ke kem.
 Peserta dikehendaki membuat / menyediakan catatan semasa hadir setiap sesi.
Buku catatan akan disemak oleh Ketua Jurulatih atau Ketua Kursus atau wakilnya
dari masa kesemasa.
6. Pakaian :
 Peserta hendaklah memakai uniform lengkap sepanjang masa kursus kecuali
diberitahu untuk tidak berbuat demikian.
 Peserta hendaklah berpakaian kemas sepanjang masa berada di kem.
7. Keselamatan :
 Peserta dimestikan menjaga keselamatan diri dan kumpulan masing-masing.
 Barang-barang kemas atau berharga tidak digalakkan disimpan di dalam khemah.
Kehilangan atau keciciran barang-barang pribadi adalah tidak boleh dipertanggung
jawabkan kepada pihak penganjur kursus atau Pengurusan Kem..
 Peserta dimestikan menyediakan jadual berjaga malam untuk tujuan keselamatan.
Sediakan jadual dengan nasihat Ketua Kursus masing-masing.
 Sebarang kehilangan atau kemalangan hendak dilaporkan kepada Ketua Kursus
untuk tindakan susulan dan keselamatan
 Keperluan pribadi khusus ( ubatan dan lain-lain ) hendaklah disediakan sendiri oleh
peserta. Urusetia Kursus hanya menyediakan ubatan am sahaja untuk tujuan
kecemasan.
 Jurulatih yang akan meninggalkan kem perlu memaklumkan kepada Penyelaras
Kursus atau Ketua Jurulatih atau Ketua Kursus untuk tujuan pentadbiran.
8. Kawasan Larangan Peserta :
 Kawasan Khas untuk Wanita adalah Kawasan Larangan bagi peserta lelaki
 Kawasan Khas untuk Lelaki adalah Kawasan Larangan bagi peserta wanita
 Kawasan Khas untuk Jurulatih / Urusetia adalah Kawasan Larangan bagi semua
peserta kecuali dengan kebenaran
9. Ucapkanlah salam / selamat kepada semua Jurulatih / Urusetia / Peserta sepanjang
masa, semoga semuanya dalam keadaan selamat
10. Peraturan Maktab-maktab, Peraturan Kem serta Arahan yang diberikan dari masa ke
semasa adalah sebahagian dari Peraturan Perkhemahan yang perlu dipatuhi oleh
semua peserta sepanjang masa.

4.2 Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

Jenis-jenis gajet

a. Gajet kawasan pintu (pintu gerbang)


Kegunaan Gajet Kawasan Pintu

■ Mercu tanda perkhemahan iaitu pintu gerbang dan tiang bendera


■ Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
■ Penanda kawasan sempadan dan kawalan keselamatan

1) Bahagian pintu hadapan


2) Bahagian pagar
3) Bahagian pintu belakang

Variasi-variasi pintu hadapan


■ Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
■ Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type)
■ Pintu gerbang bukan gajet tetapi projek perintis.

Bahagian Pagar TEPI
■ pelbagai pagar boleh dibuat.
■ Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

Kawasan
Lakaran pintu Lakaran pintu
bendera
gerbang belakang
b. Gajet kawasan dapur

Kegunaan Gajet Kawasan Dapur

■ Melindungi makanan dari tercemar


■ Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidangkan makanan
■ Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
■ Peralatan dapur tersusun rapi dan kemas
■ Tempat menyimpan bahan-bahan masakkan

Gejet ini diperbuat dari bahan semulajadi.Selain membuat gajet-gajet dapur, terdapat juga gajet
sampingan di dapur seperti:
– Rak pinggan mangkuk
– Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
– Meja makan
– Penyangkut cawan / gelas
– Rak menyimpan kayu api / tong gas
– Gajet gerobok (camp larder)
– Gajet lubang basah dan kering
c. Gajet kawasan tempat tinggal

Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur dan disusun dengan baik, di samping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.

Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan adalah seperti :


• rak kasut
• penyangkut baju
• meja tulis / meja makan
• kerusi
• gajet katil
• penyangkut lampu
• tempat letak beg
contoh gajet rak kasut:
Contoh gajer tempat letak beg

Contoh gejet meja makan


d. Gajet kawasan pengeringan

• Juga dikenali sebagai gajet tempat menjemur kain


• Merupakan sebuah ampaian yang kekal
• Gajet ini tidak boleh digerakkan maka ianya dibina dikawasan tempat membasuh
4.3 Ikhtiar Hidup

1.1 Istilah Ikhtiar Hidup Mengikut Kamus Oxford; ikhtiar hidup atau survival boleh didefinisi
sebagai keadaan untuk terus hidup. Ia juga boleh diertikan sebagai the will to live, to outlive,
the will to survive, state of continuing to live dan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk
terus hidup. Menurut buku Teknik Ikhtiar Hidup oleh Mejar (B) Mohd Yusof Abdullah; ikhtiar
hidup boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
supaya dia terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Menurut Wikipedia; Survival
Skills adalah kemahiran yang dapat membantu seseorang mengharungi keadaan merbahaya
(seperti ribut petir atau gempa bumi); atau dalam kawasan merbahaya (seperti di gurun,
kawasan pergunungan dan di dalam hutan rimba). Kita seharusnya bersikap selalu
mengingatkan diri bahawa ikhtiar hidup itu adalah melakukan sesuatu yang perlu dilakukan
untuk meneruskan hidup dan mati itu bukanlah satu pilihan.

1.2 Situasi Situasi yang mungkin berlaku ketika melakukan kegiatan luar adalah seperti
kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman hidupan liar, masalah perlindungan
dan sebagainya. Cara mengatasinya adalah dengan melakukan perancangan atau
persediaan dari segi mental, fizikal, teknikal dan material. Di dalam situasi ikhtiar hidup
berfikir secara bijak bermakna anda membuat keputusan yang tepat dan jangan berputus
asa.

1.3 Kepentingan Pengetahuan dan kemahiran dalam ikhtiar hidup merupakan satu perkara
terpenting yang harus diketahui oleh individu yang melibatkan diri dalam kegiatan luar. Ini
disebabkan mereka ini terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko yang tidak menentu.

1.4 Perkara yang perlu dibuat ketika ini adalah

• Membuat Tempat Berteduh


• Mencari sumber air
• Membuat perangkap binatang
• Unggun api
• Ikhtiar hidup memasak
• Mencari arah pulang

4.4 Jalan Lasak dan Pandu Arah

(a) Jalan lasak dan pandu arah

Tujuan

▪ Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, symbol dsb)


▪ Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
▪ Untuk menikmati keindahan alam di hutan
▪ Memberikan pengalaman baharu
▪ Mendisiplinkan pengakap untuk patuh kepada arahan

(b) Peraturan dan Persediaan Jalan Lasak

❖ Tinjau kawasan dahulu sebelum aktiviti jalan lasak ( selamat? Sesuai? )


❖ Dapatkan kebenaran daripada pelbagai pihak seperti pesuruhjaya pengakap, sekolah
dan ibu bapa.
❖ Maklumkan juga kepada pihak hospital agar segala urusan kemalangan dapat
diutamakan.
❖ Peralatan seperti kotak first aids, persendirian, buka log perlu disediakan.

(c) Prosedur Jalan Lasak

▪ Pemeriksaan kesihatan peserta.


▪ Pengawasan pengerakan para peserta sentiasa dalam keadaan selamat.

(d) Mengesan tanda dan symbol

▪ Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting, anak panah, lakaran
atas pokok dsb.
▪ Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.

(e) Laporan Pengembaraan


➢ Disediakan oleh setiausaha aktiviti.
➢ Kandungan adalah seperti maklumat umum iaitu masa, tempat, aktiviti.
➢ Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan.
➢ Catatan perjalanan.
➢ Pembahagian tugasan ahli.
➢ Gambar-gambar sepanjang aktivti jalan lasak disertakan.

4.5 Masakan rimba

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap. Aktiviti
seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk membawa
barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara
contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak
sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan
menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh
ahli pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan,
sesat atau kemalangan ringan.

Keperluan Memasak ( sekiranya dibawa oleh individu atau kumpulan )


. Pisau ( pelbagai jenis ) / Parang kecil
. Kuali / Cerek
. Baldi / Besen
. Papan cincang
. Penapis
. Pencedok air
. Kain pencuci / Kain pelapik
. Pembuka tin
. Tali
. Span / Serbuk pencuci
. Berus dawai / sabut
. Beras
. Rempah-ratus
. Bahan mentah
. Bahan-bahan lain

4.6 Membuat perangkap

Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian.


Antaranya ialah

· Jenis binatang yang hendak dijerat


· Kawasan laluan binatang tersebut.
· Habitat binatang tersebut.

4.7 Membaca kompas


Ilmu menggunakan kompas adalah salah satu ilmu berguna yang perlu dipelajari dan
diketahui sebelum para peserta kem perkhemahan menyertai sebarang aktiviti di dalam hutan.
Kompas pada dasarnya digunakan untuk menentukan sesuatu arah. Jenis kompas yang sering
digunakan oleh ahli Pengakap semasa membuat pengembaraan adalah jenis kompas Silva.
Beberapa perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap ahli perkhemahan mengenai
kompas ini adalah seperti jarum magnet, panah orienting, movable house, panah arah, skala
darjah dan garis indeks. Istilah-istilah ini adalah sangat membantu para ahli pasukan yang
menyertai perkhemahan semasa menunjukkan arah.

Justeru, melalui penerapan ilmu menggunakan kompas ini adalah penting untuk ahli
memahami maksud setiap istilah di atas. Sebagai contoh, jarum kompas yang elok seharusnya
sering bergerak-gerak sambil menunjukkan kepada satu arah sahaja. Arah yang ditunjukkan oleh
jarum kompas tersebut pula adalah arah Utara Magnet. Berpandukan arah ini, ahli pasukan akan
dapat menentukan arah-arah lain seperti Timur, Barat dan Selatan. Kompas juga hendaklah
sentiasa diletakkan dalam keadaan rata semasa pembacaan arah bagi memastikan arah yang
ditunjukkan adalah tepat. Kompas bearing sudut mempunyai 360 darjah dan semua darjah diukur
mengikut pusingan jam.

Selain daripada itu, antara perkara-perkara lain yang perlu diperhatikan oleh ahli pasukan
dalam ilmu menggunakan kompas ini juga adalah mereka hendaklah sentiasa memeriksa bearing
kompas iaitu arah yang dituju semasa berjalan bagi mengelakkan arah mereka berubah. Jika
boleh, bawalah bersama alat yang dipanggil altimeter untuk mengukur ketinggian aras laut.
Mereka juga perlu menentukan sesuatu bahan sebagai tanda atau lebih dikenali sebagai
checkpoint supaya mereka boleh terus menuju ke arah yang dituju dengan mudah sebagai contoh
pokok-pokok besar, batu besar atau tanda-tanda lain yang luar biasa dan mudah diingati.

Selain empat istilah arah yang dinyatakan di atas, ada empat lagi istilah arah yang perlu
diketahui oleh ahli pasukan sebelum memulakan pengembaraan iaitu, Timur Laut, Tenggara,
Barar Daya dan Barat Laut. Kesemua arah ini akan membantu para pengembara sekiranya
dianalisis dengan tepat

4.8 Mengesan tanda dan simbol


Tanda atau simbol digunakan semasapengembaraan di dalam
hutan ataumendaki bukit. Kita perlu mempelajarisupaya apabila
sesat di dalam hutan, kitaboleh memberikan isyarat supaya ahli
yanglain boleh menjejaki dengan mudah. Isyaratboleh dibuat
menggunakan batu, rumput,ranting kayu, lorekkan pada tanah dansebagainya.

TANDA & SIMBOL


SEMASA PENGEMBARAAN
5.0 Simpulan dan Ikatan

SIMPULAN

SEJARAH TALI

Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan
tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu
unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama
Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim,
1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani prasejarah,
iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin, 1981).
Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke zaman.
Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari
Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu longgokan tali.
Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari hujung tali
beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak berjaya.
Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus
pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali.
pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah
pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi
terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat
masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.jojjjjhhuhuhuhuhuhuhhhuhuhh

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan
akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas,
rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz
lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan
untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan
sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan
untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti rekreasi

yang melibatkan penggunaan tali ialah:;;; ;;;;;;;;; :

1) Aktiviti panjat-mamanjat……………………………………………………………………….
2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gajet dan permainan……………
3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang
tinggi.
4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat………………………………………………
5) Aktiviti memancing……………………………………………………………………………..

Simpulan

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan
pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku
sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya.
Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat
kasut, bungkusan dan memulakan jahitan……………………………………………………..

Ikatan

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan
kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting
dan lilit balak.

Enam jenis simpulan asas

IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada
kayu atau sebagainya.

Fungsi

• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.


• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.

Teknik

1. Mulakan simpul pada kayu.


2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3. Tarik hujung tali.
IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini
direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsinya ialah:
• Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat
leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja
menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi

• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.


• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik

1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.


2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut.

IKATAN BUNGA GETI

Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi

• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.


• Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik

1. Mulakan simpul.
2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

Simpul Balak
• Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

Simpul Belit
Tiga jenis ikatan

Seraya
Serong
Digunakan untuk membina jembatan, menara , gejek, dan aktiviti pioneering.
Apabila kayu atau buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang,
ikat serong digunakan
Lilit Kacang
Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa mengikat gejek.
6.0 Asas Kawad Kaki

6.1 Bahasa Hukuman

Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya
sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini,
terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat.
Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15
cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar,
buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat
memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa
kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti
kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas
tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras
punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu
melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan
hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak
kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama,
pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan
kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan
hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus,
hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang
depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan
ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak
kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak
kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah
pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki
kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua
langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang
berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke
hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan
supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah
kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila
mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan
meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak
di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke
sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira
20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke
hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman
diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3
langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,
1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan….,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.

6.2 Kawad statik dan dinamik

PERBARISAN MASUK PADANG / LITAR


1. Peserta memasuki litar pertandingan dari laluan masuk sebelah kanan secara berjalan
lalu dan berhenti di tengah litar menggunakan bahasa hukuman Skuad....henti.
2. Ketua Platun memberi arahan supaya semua ahli menghadap ke pentas utama
menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan....kanan pusing.
3. Sekiranya posisi Ketua Platun agak rapat dengan barisan hadapan, Ketua Platun boleh
berundur dengan kaedah melangkah ke belakang ( kaedah Buka Barisan).
Pergerakan adalah mengikut bahasa sendiri tanpa sebarang bahasa hukuman.
4. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan maju 1 langkah dan barisan
belakang berundur 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik.
Bahasa hukuman yang digunakan ialah Buka barisan ...gerak.
5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah dibuka diluruskan dengan
menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan
setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.
6. Ketua Platun kemudiannya akan berpusing menghadap ke hadapan pentas utama melalui
arah kanan. Seterusnya mara ke hadapan ( beberapa langkah) jika perlu. Ketua Platun
akan berhenti di hadapan Ketua Pengadil dan memberi tabik hormat, seterusnya
memberi lapor pertandingan selepas tabik dijatuhkan. Bahasa hukuman lapor
pertandingan ialah ;

Assalamualaikum / Selamat sejahtera Tuan. Platun ......... seramai 31


orang siap sedia untuk diuji, Tuan.

Setelah diberi keizinan Ketua Platun sekali lagi memberikan tabik hormat dan menyebut
Terima kasih Tuan selepas tabik dijatuhkan. Selepas itu Ketua Platun akan bergerak ke
kiri dan berjalan menuju semula ke posisi asal dan berhenti mengahadap ke arah ahli
untuk memulakan pergerakan kawad statik.

KAWAD STATIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa
hukuman Begerak ke kanan....belakang pusing.
3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa hukuman
Ke kanan...pusing.
4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat menggunakan
bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing.
5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan
barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik.
Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak.
6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan dengan
menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan
setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.

KAWAD DINAMIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan
bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan
bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.
3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri
menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan
ini.
4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa berjalan
menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kali sebutan secara berturut-turut
selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan tukar
langkah yang ketiga.
5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri
menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan
ini.
6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun
mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa
berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa
ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli
menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang...depan.
7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan
tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kanan...bertiga-
tiga...belakang pusing.
8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk
berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.
9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri pusing.
10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan mara
mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama – sama keseluruhan platun
menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara menghadap...dari tengah...cepat
jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim.
Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim
dengan menggunakan bahasa hukuman Hormat ke hadapan...hormat ( perbuatan tabik
hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan / saat sahaja ).

6.3 Kawad formasi

• Ia juga dikenali sebagai kawad persembahan


• Melibatkan asas asas kawad static dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk
formasi supaya lebih menarik
7.0 Asas Pertolongan Cemas

7.1 TUJUAN & PRINSIP


LANGKAH 1 :

MENGHURAIKAN KONSEP BANTU MULA

BANTUAN KECEMASAN
Bantuan kecemasan ialah bantuan awal atau pertolongan serta-merta yang diberikan
kepada pelajar / atlet / orang yang sakit atau yang mengalami kecederaan (dipanggil
pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar perubatan yang berkelayakan.

KONSEP DAN OBJEKTIF

• Untuk menyelamatkan nyawa dari ganguan saluran pernafasan, gangguan


pernafasan dan gangguan sirkulasi..
• Jika tidak sedarkan diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak
terganggu.
• Mengurangkan kesemua pergerakan mangsa dan bahagian yang tercedera.
• Mengurangkan kesakitan yang dialami mangsa.
• Hentikan pendarahan dan mencegah keadaan bengkak menjadi lebih serius.
• Bantuan kecemasan kepada lain-lain kecederaan mengikut keutamaan.

UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN MENJADI BERTAMBAH TERUK

• Alihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan dan elakkan sebarang


kecederaan daripada berlanjutan.
• Berikan lindungan kepada mangsa daripada kesejukkan, berikan kehangatan
sekiranya pesakit dalam kesejukan (basah atau lembap).

MENDAPAT BANTUAN KECEMASAN


• Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar
segera yang boleh.

• Pastikan anda sentiasa di sisi mangsa sehingga bantuan sampai.

SIKAP YANG PERLU ADA PADA PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS

• Berpengetahuan.
• Tenang.
• Berkeyakinan.
• Lemah lembut.
• Tajam pengamatan.
• Bertanggungjawab.
• Pantas bertindak.
• Amanah.
PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN

Prinsip-prinsip pertolongan cemas.

• Menyelamatkan nyawa.
• Mengurangkan kesakitan.
• Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.
• Mendapatkan bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital.

Peraturan Am Pertolongan Cemas.

• Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.


• Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar, terutamanya pernafasan mangsa
itu.
• Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya sahaja yang bertujuan memudahkan pernafasan mangsa.
• Membuat pengerusan segera bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas.

• Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.


• Memberi rawatan renjatan dengan segera.
• Cuma memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

• Anduh dan balutan , Merawat luka dan gigitan

1. ANDUH & BALUTAN

Pembalut Segi Tiga

KEGUNAAN

- mengampu bahagian cedera

- menahan darah

- membalut bahagian cedera/patah

Terdapat 3 jenis anduh

- anduh besar / lebar

- anduh leher dan lengan

- anduh segi tiga.


JENIS BALUTAN ANDUH

PEMBALUT CINCIN

- Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.

- Diperbuat daripada pembalut tirus.

- Digunakan untuk menutup luka.

ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN


- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan

- bucu atas kain anduh di atas tangan.

- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.

- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN


- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.

- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.

- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam
supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:

- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.

- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

CARA MEMBUAT ANDUH

ANDUH LENGAN.
- Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .

- Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.

- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam
untuk lebih kemas.
ANDUH PERGELANGAN TANGAN

- Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu
atas kain anduh di atas kaki/tangan.

- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.

- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yangditunjukkan di
gambarajah di bawah.

- Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kakiyang mesti
di balut.
BALUTAN LUKA DADA HADAPAN

BALUTAN LUKA DADA BELAKANG


BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA SIKU


BALUTAN LUKA PEHA

BALUTAN LUKA LUTUT


BALUTAN LUKA KEPALA
SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA

Tema Mistik Bhd.. Dikuasakan ol

2. MERAWAT LUKA & GIGITAN

Jenis Kecederaan Sukan Tisu Lembut

A Abrasi ( Lelasan ).

Melelas pada kulit yang biasanya disebabkan


geselan pada permukaan yang kasar.
B Melepuh (blister).

Bahagian kulit yang mengelembung dan berair.


Luka dan Pendarahan.
LUKA DAN PENDARAHAN

Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu


kecederaan. Luka terbahagi kepada dua iaitu:

LUKA TERBUKA

Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.

A Luka Terhiris
- Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh
darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum
semula.

B Luka Terkoyak.
- Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah
terkoyak dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku
akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang
tercarik dan senang tercemar.

C Luka Tusukan
- Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada
jangkitan kerana kuman yang terbawa bersama
kedalaman luka itu.

D Calar Balar
- Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di
bawah kulit. Hanya saluran bawah kulit telah pecah
disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga.
Kehitaman mata/lebam juga termasuk calar balar.

• Melecur, pitam dan patah , Keracunan dan terseliuh

3. MELECUR, PITAM DAN PATAH


PENYEBAB paling biasa melecur berlaku pada kanak-kanak adalah daripada stim, air mandian
panas, cecair masakan dan air panas tertumpah.

SIFAT ingin tahu yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak ada kalanya mengundang bahaya
dan risiko kecederaan. Ketika berada di rumah sekalipun, kemalangan sukar dielak melainkan
ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risikonya.

Kecederaan akibat terkena benda panas adalah paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-
kanak. Daripada mandi di bawah pancuran air yang terlampau panas hinggalah tertumpah
minuman panas, kejadian ini antara yang sering kita dengar atau sekurang-kurangnya pernah
dialami anak sendiri.

Jadi, sebagai ibu bapa, persediaan ketika berdepan situasi seperti ini selain pengetahuan
mengenalpasti tahap kecederaan amat penting bagi memastikan anak anda mendapatkan
rawatan awal yang betul.

Walaupun sesetengah luka terbakar atau melecur ringan boleh dirawat dengan selamat di
rumah, luka lain yang lebih serius mungkin memerlukan rawatan perubatan segera di fasiliti
kesihatan.

Oleh itu, mengambil langkah berjaga-jaga khususnya menjadikan persekitaran rumah anda
lebih selamat dapat menghalang kejadian tidak diingini.
Menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Fadzlina Abd Aziz, luka
terbakar dan melecur adalah bahaya yang berpotensi terjadi di setiap rumah.

Katanya, melecur terkena air dan cecair panas adalah salah satu kemalangan yang paling
biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak, dengan golongan bayi dan kanak-kanak kecil
khususnya paling berisiko kerana sifat ingin tahu yang menebal pada peringkat umur ini.

“Bagaimanapun, kecederaan terbakar dan melecur ringan tidak memerlukan perhatian khusus
dan kebanyakannya boleh dirawat sendiri di rumah.

“Sekiranya kecederaan lebih serius, rawatan perubatan segera mungkin diperlukan. Jadi, amat
penting bagi ibu bapa mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan untuk mengenal pasti
keadaan anak mereka sekiranya berlaku (melecur),” katanya ketika ditemui pada Program
Bantuan Kecemasan Keluarga di hospital berkenaan, baru-baru ini.

Pada asasnya terdapat tiga peringkat lecur atau terbakar yang perlu diberi perhatian:

1. Luka lecur/bakar tahap pertama

- Membabitkan hanya lapisan atas kulit (epidermis)

- Kulit berwarna merah, kering dan biasanya berasa sakit

- Kawasan lecur/bakar ini boleh membengkak

- Selalunya sembuh dalam masa seminggu tanpa meninggalkan parut

2. Lecur/bakar tahap kedua

- Turut membabitkan lapisan atas kulit

- Kulit berwarna merah, melecur dan terdapat gelembung cecair, menjadikan kulit kelihatan
basah

- Kulit yang melecur/terbakar berubah warna


- Biasanya berasa sakit dan membengkak

- Tempoh sembuh mengambil masa tiga hingga empat minggu

- Boleh meninggalkan parut

IBU bapa perlu bersedia berdepan kecemasan seperti tangan anak melecur.

3. Lecur/bakar penuh tahap ketiga

- Memusnahkan semua lapisan kulit dan boleh mencederakan struktur di bawah lapisan kulit -
lemak, otot, tulang dan saraf

- Kulit menjadi perang atau hitam (hangus) dengan tisu di bawahnya kelihatan putih

- Tidak berasa sakit sekiranya saraf turut terbakar

Dapatkan bantuan perubatan segera apabila anda mendapati:

- Anak anda mengalami pembakaran kedua atau ketiga.

- Kawasan yang terbakar/melecur besar (diameter dua ke tiga inci)

- Luka terbakar berasal disebabkan kebakaran, wayar atau soket elektrik, atau bahan kimia.
- Luka terbakar pada wajah, kulit kepala, tangan, permukaan sendi atau alat kelamin.

- Luka terbakar kelihatan dijangkiti (dengan bengkak, nanah, peningkatan kemerahan, atau kulit
merah berhampiran luka)

Pencegahan luka terbakar atau melecur

- Pastikan mancis, pemetik api, bahan kimia, dan lilin menyala daripada jangkauan kanak-
kanak.

- Letak perlindungan keselamatan kanak-kanak di semua punca elektrik.

- Selalu uji air mandi dengan siku sebelum meletakkan anak anda di dalamnya.

- Sentiasa hidupkan air sejuk pada awal dan sebelum menutupnya apabila mengalirkan air ke
dalam tab mandi atau sinki.

- Letakkan pemegang periuk ke arah belakang dapur setiap kali anda memasak.

- Sekat akses ke dapur sebanyak mungkin.

- Elakkan menggunakan pelapik meja besar yang boleh ditarik mereka dan membalikkan
minuman panas atau pinggan makanan.

- Jauhkan minuman panas dan makanan daripada jangkauan kanak-kanak.

- Jangan memegang bayi atau anak kecil semasa memasak.

- Jangan sekali-kali panaskan botol bayi dalam ketuhar gelombang mikro. Cecair di dalamnya
mungkin tidak panas dengan sekata hingga melecurkan mulut bayi.

PITAM
TEKANAN DARAH RENDAH

penyakit pitam ni biasanya disebabkan oleh tekanan darah yang rendah, lebih susah diubati
berbanding tekanan darah tinggi. tapi penyakit ni tak lah sampai membahayakan atau
menyebabkab gangguan kesihatan yang kronik. dan sebab tu jugaklah, penyakit ni biasanya tak
dipedulikan..ehem..macam saya la..hoho

TANDA-TANDA PITAM

1. muka dan bibir jadi pucat


2. kepala pening
3. perut bergelodak, memulas-mulas
4. rasa tak berak *ini betol okeyy..ehehe*
5. berpeluh yang terlampau
6. pandangan jadi pekat, dan gelap
7. banyak kali sendawa
8. bila tutup mata, jadi perit lain macam
9. rasa nak termuntah
10. badan seram sejuk
11. pengsan

ini adalah antara tanda-tanda yang biasanya terjadi pada saya kalau rasa nak pitam.
pandangan akan jadi pekat..maksudnya, kalau nampak kaler biru, akan jadi biru pekat, sharp
dan menikam-nikam mata..alahai..tak reti nak asepelin laa..

ELAKKAN

1. berdiri terlalu lama


2. terlalu lama terdedah dengan sinaran matahari
3. diet yang tidak sihat *ehemmmmm*
4. bangun dari duduk atau baring secara mengejut
5. meminum banyak air bergas dan cafen
6. kurangkan makan bawang putih, lobak dan timun

GALAKKAN
1. Bangun dari duduk atau baring secara pelahan
2. Banyakkan minum air masak
3. Makan lebih banyak daging dan kerang
4. Diet yang seimbang.

PATAH

PATAH

Maksud Kepatahan
Kecederaan yang di alami di bahagian anggota tulang yang patah atau retak akibat dari
kemalangan yang dialami mangsa.

KEPATAHAN

1.Tanda-tanda kepatahan

-kecacatan, bengkak dan lebam pada kawasan tulang yang retak

-Sakit dan kesukaran untuk menggerakkan bahagian tercedera

-Anggota tubuh yang tergeliat, menjadi pendek dan bengkok

-Hujung tulang berkeriut(crepitus) dan bunyi kasar yang boleh dirasa dan dengar,tetapi tidak
dapat dicari

-Tanda-tanda renjatan, terutamanya jika keretakan atau patah berlaku pada tulang paha atau
pelvis

-Kesukaran untuk menggerakkan anggota secara normal atau tidak dapat bergerak langsung

-Luka dengan hujung tulang tertonjol

2.Merawat kepatahan

-Berikan rawatan kepada pendarahan terlebih dahulu


-Berikan rawatan di tempat kejadian

-Elakkan pergerakan yang tidak perlu. Jangan gerakkan bahagian yang patah

-Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada

-Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar

-Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, surat khabar, dan sebagainya di atas dan di
bawah sendi tulang yang patah

-Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak tercedera

-Dapatkan rawatan lanjut dengan segera

Patah tebahagi kepada dua:

Patah tertutup – tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit

Patah terbuka – tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit

Ciri-ciri patah

Patah melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya,
paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak disebabkan tengkorak
pecah.

Patah rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-
kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting
muda dan lembut.

Tanda-tanda patah
1.Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya
2.Bengkak berserta lebam
3.Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera
4.Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta kaki yang
cedera dengan anggota yang tidak cedera
5.Wujudnya tanda-tanda renjatan

Apa yang perlu dilakukan?

1.Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut
2.Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama
3.Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan
bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen
4.Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah
kepada jari di sebelahnya
5.Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera

Jenis- jenis PATAH


1. Patah tertutup ( kulit permukaan tidak luka)
2. Patah terbuka ( terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang)
3. Patah berkomlplikasi (melarat) ( kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti
otak,paru-paru dan lain-lain)
4. Patah ranting muda ( terjadi di kalangan kanak-kanak)
5. Patah penghancuran ( tulang patah lebih dari dua)
6. Patah simple ( tulang patah dua sahaja)

Tanda- tanda kecederaan tulang


1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
2. Mangs mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
3. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
4. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera
5. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.
7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.
Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada
kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada
bahagian 2 penjuru bertentangan.

Lipatan anduh tiga segi


Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada
bahagian besar badan.
Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.
Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan
KERETAKAN TULANG
Tulang yang retak ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti
sama ada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat
sebagaimana rawatan patah.

Punca Patah Tulang.

1.Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima hentakan
2.Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan

TERKEHEL

Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian
sendi mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.
Maksud terseliuh adalah kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut.

Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.


Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran
dengannya.
Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan daya rasa
atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau saraf saluran darah.
Apa yang perlu dilakukan?
1. Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa
2. Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak
3. Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah
4. Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit
untuk setiap 4 jam
5. Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan kemas, tinggikan dan rehatkan
6. Kecederaan perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada tulang patah

4. KERACUNAN DAN TERSELIUH

KERACUNAN MAKANAN

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau
minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden
26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:

• Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus


• Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
• Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
• Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut
bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :


• Keracunan tersebut
• Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
• Umur seseorang
• Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

• Rasa loya
• Cirit-birit
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Berpeluh/demam
• Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga
boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan
(kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

• Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
• Makanan tidak dimasak dengan sempurna
• Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan
makanan yang telah dimasak)
• Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
• Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum
dimasak
• Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
• Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
• Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang
disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

• Sentiasa menjaga kebersihan


• Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
• Basuh tangan selepas keluar dari tandas
• Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan
yang digunakan untuk menyediakan makanan
• Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan
yang lain
• Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
• Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
• Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan
makanan yang belum dimasak
• Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk
mengelakkan dari pencemaran silang
• Sentiasa masak dengan sempurna
• Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
• Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
• Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
• Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
• Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
• Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
• Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
• Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
• Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam,
salad)
• Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
• Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan


• Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
• Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
• Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

TERSELIUH

Terseliuh buku lali (sendi pergelangan kaki)

Terseliuh buku lali merujuk kepada ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak/tercedera.
Kecederaan am ini biasa berulang dengan kadar yang tinggi, akibat daripada mendarat di atas
kaki plantarflexed dan terbalik. Kejadian terseliuh buku lali melibatkan 85% daripada
keseluruhan kecederaan sendi pergelangan kaki dan 85% daripada kecederaan ini melibatkan
struktur ligament sisi lateral.

Kecederaan ini merangkumi 25% daripada semua kecederaan yang berkaitan dengan sukan.
Risiko boleh meningkat jika individu mempunyai berat badan berlebihan dan kurang aktif secara
fizikal. Mereka yang jarang bersukan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Ligamen sisi
lateral lebih terlibat, diikuti ligament sisi medial. Terseliuh buku lali selalunya dirawat secara
konservatif (tanpa pembedahan).

Tanda-tanda dan Gejala

Pesakit mengadu kesakitan selepas sendi pergelangan kaki terpintal, selalu berlaku semasa
bersukan.
Pesakit akan mengadu sakit di bahagian luar pergelangan kaki mereka serta tahap bengkak
dan pendarahan di bawah kulit (lebam) yang berbeza.

Samada seseorang dapat pijak dengan kaki yang tercedera akan bergantung kepada
keterukkan kecederaan yang di alami.

Diagnosis

Terseliuh buku lali boleh didiagnosis dengan mudah kerana ianya adalah kecederaan yang
selalu berlaku. Buku lali di sisi luar yang sakit dan bengkak, dan yang akan bertambah sakit
apabila di sentuh atau di gerakkan itu, boleh di katakan sebagai ‘kecederaan buku lali’.

Bagaimana fisioterapi boleh membantu?

Merawat terseliuh buku lali dengan betul boleh mencegah daripada sakit kronik dan
ketidakstabilan. Semua jenis terseliuh dari ringan hingga teruk, memerlukan tiga fasa
pemulihan:

Fasa I – rehat, mengurangkan bengkak dan melindung buku lali anda yang tercedera.

Fasa II – memulihkan fleksibiliti, julat pergerakan sendi dan kekuatan otot kaki.

Fasa III – beransur kembali ke aktiviti asal dan bersenam selalu.

Bagi Fasa akut, matlamat adalah bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan,
melindungi daripada kecederaan lagi dan membantu berjalan ikut kemampuan tahan sakit yang
ada. Ikut garis panduan P.R.I.C.E. :

Lindung (Protect) mengelakkan pergelangan kaki yang tercedera daripada melakukan aktiviti
yang berat.

(Rest) Rehatkan kaki anda dengan tidak menangung berat. Hadkan galas berat badan.

Ais (Ice) untuk mengawal atau mengurangkan bengkak. Untuk mengelakkan frost bite atau ice
burn, jangan letakkan ais secara langsung pada kulit dan jangan letakkan ais lebih daripada 20
minit pada satu masa.

Compression – Balutan bandage boleh membantu mengawal bengkak serta mengurangkan


pergerakkan yang menyakitkan dan menyokong kecederaan anda.

Elevation – Baring dan rehatkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung anda.
Kaki boleh di ampu atas bantal.
1. Mengurangkan Kesakitan

Haba dan terapi sejuk digunakan untuk meningkatkan relaksasi dan mengurangkan kesakitan.
Adalah penting untuk menggunakan ais selepas senaman dan selepas apa-apa aktiviti yang
menyebabkan ketidakselesaan. Rangsangan dengan elektrik berdenyut (TENS) juga boleh
digunakan untuk melegakan kesakitan. Rangsangan elektrik ini dapat membantu meningkatkan
peredaran darah, seterusnya meningkatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak
atau ketidak selesaan.

2. Senaman

Senaman regangan dan kekuatan perlu dilakukan secara teratur. Senaman akan memulihkan
pergerakan dan mengekalkan kekuatan yang mencukupi dan kestabilan sendi buku lali.
Mobilisasi awal akan membantu dengan keselesaan serta balik berkerja lebih awal Senaman
perlu di lakukan secara berperingkat selepas sakit awal dan bengkak telah surut, biasanya
dalam masa 5-7 hari. Pertama adalah pemulihan julat pergerakkan sendi yang sepatutnya
bermula apabila anda boleh meletakkan berat pada kaki yang terlibat. Dibawah ini contoh
senaman yang boleh dilakukan dirumah jika anda mengalami terseliuh buku lali. Lakukan dua
kali sehari.

Dari kedudukan permulaan, tolak kaki anda


Ketika duduk, gerakkan kaki anda ke atas
kebawah sejauh yang mungkin. Lakukan
dengan perlahan-lahan dan rasa tegangan
perlahan-lahan.dan rasa regangan di sendi
di bahagian betis anda, Tahan untuk kiraan
pergelangan kaki.Tahan untuk kiraan 10.
10. Ulang 10 kali
Ulang 10 kali
Sambil duduk, bawa kaki anda ke bawah Dalam kedudukan yang sama, kaki anda ke
dan ke dalam. Tahan untuk kiraan luar dan ke atas. Tahan untuk kiraan 10. Ulang
10.Ulang 10 kali 10 kali.

Tolak objek yang tetap seperti sofa, Tolak objek yang tetap seperti sofa dengan
dengan bahagian dalam kaki anda. Tahan bahagian luar kaki anda. Tahan untuk kiraan
untuk kiraan 10.Ulang 10 kali. 10.Ulang 10 kali.
Tolak getah elastik sejauh yang boleh
Tarik getah elastik dengan kaki anda. Kembali
dengan tapak kaki sambil memegang
ke kedudukan permulaan dan ulang sebanyak
hujung nya. Kemudian kembali ke
10 kali.
kedudukan permulaan. Ulang 10 kali.

Tarik getah elastik ke arah atas dan keluar. Tarik getah elastik ke arah bawah dan ke
Kemudian kembali ke kedudukan dalam. Kemudian kembali ke kedudukan
permulaan. Ulang 10 kali. permulaan. Ulang 10 kali.
Regangan ini boleh dilakukan hanya apabila sakit di
buku lali anda telah kurang dengan ketara.

Berdiri di tepi tangga seperti di gambar rajah. Turunkan


kedua dua tumit anda sejauh yang boleh dan tahan
dengan kiraan 10. Ulang 10 kali.

Sebaik sahaja anda telah mendapat semula pergerakan dan kekuatan otot di pergelangan kaki
anda, anda sudah bersedia untuk aktiviti sukan ringan seperti berjoging dan berbasikal.

Pencegahan

Cara terbaik untuk mengelakkan terseliuh buku lali adalah dengan mengekalkan kekuatan,
keseimbangan dan fleksibiliti otot yang baik.

Amalkan pemanasan badan sebelum melakukan senaman dan aktiviti lasak

Beri perhatian kepada tempat/permukaan anda berjalan, berlari atau bekerja.

Pakai kasut yang baik

Beri perhatian kepada tanda-tanda amaran badan apabila anda merasa sakit atau keletihan.

PEMULIHAN PERNAFASAN

BANTU MULA CPR


CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation
DEFINISI
• Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng terhenti pernafasan
dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan
hembusan pernafasan.
SEJARAH CPR
• Bermula di Baltimore, Amerika pada tahun 1960.
• Teknik mulut ke mulut ditemui oleh Dr. James Elam dan Peter Safar.
• Teknik cardiac compression (tekanan dada) ditemui oleh Dr.
Kounwenhowen.

• Kedua-dua teknik digabungkan dan dilaksanakan secara


menyeluruh
pada 1973.

• Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada 1986.


• Pindaan Garis Panduan oleh CPR (American Heart Association)
dari
CPR 2000 ke Garis Panduan CPR 2005.
PROTOKOL CPR
D – Danger (Bahaya)
R – Response (Tindakbalas)

C – Compressions ( Tekanan )
A – Airways (Saluran pernafasan)
B – Breathing (Pernafasan)

DANGER

Periksa kawasan persekitaran sama ada


selamat dan anda boleh menyelamat,
gunakan peralatan keselamatan diri dan
pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh
mencederakan diri anda ataupun mangsa.
Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.

RESPONSE
Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti
tahap kesedaran mangsa, panggil nama
(jika tahu) atau “Encik …encik kenapa ni ?”.
Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk
mangsa.

COMPRESSIONS ( Tekanan )

Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas


dada dengan menggunakan kedua-dua
tangan. Kekuatan tekanan adalah melalui
bahu.

Memberi tekanan yang kuat dan pantas


terhadap kedudukan di bahagian tengah
jantung. Ulangi 30 tekanan tersebut secara
berterusan.

AIRWAYS

Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “.


Angkat dagu donggakkan kepala bagi
membuka saluran pernafasan.

Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi


mangsa kemalangan yang teruk.
L : Look (melihat) Pergerakan turun naik
dada
L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari
mulut

BREATHING

Jika mangsa tak bernafas, berikan 2


hembusan pernafasan dari mulut ke mulut.
Jika dada tak naik posisikan semula kepala
mangsa.

Pastikan hidung dipicit semasa membuat


hembusan dan lepaskan picitan ketika
selang hembusan.

Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2


jari pada nadi karotid selama 5 saat.

RECOVERY POSITION

Jika mangsa tersedar atau menunjukkan


tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan
mangsa pada posisi pemulihan.
RUJUKAN

Aliah Rushdi (n.d). Kawad formasi. Diakses pada 1 April 2020 dari
https://www.academia.edu/10282389/m16_kawad_formasi.

Nor Ainee (2014). 62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs. Diakses pada 1 April 2020 dari

www.slideshare.net › gurusmkbs › 62208146-mod...

Nurlidyawati Jasmin (2018). Jalan Lasak Dan Pandu Arah. Diakses pada 1 April 2020 dari
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/jalan-lasak-dan-pandu-arah
LAMPIRAN

You might also like