You are on page 1of 16

Laporan Perkhemahan unit beruniform

PISMP Ambilan Januari 2014 telah dibagagikan kepada 2 unit


beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Persatuan Bulan Sabit
Merah akan mengadakan program perkhemahan di Telok Gorek. Setelah
kami telah mendapat tahu bahawa kami akan berkhemah di Telok Gorek,
kami telah membuat mesyuarat untuk melantik Ahli Jawatankuasa. Kami telah
bercadang melantik ajk-ajk seperti pengerusi, naib pengerusi, bendahari dan
sebagainya.
Pada petangnya, kami telah bermesyuarat tentang apa yang akan
dibuat semasa malam kebudayaan nanti dan kami diberi tema iaitu 1
Malaysia. Setelah bermesyuarat, kami telah bercadang iaitu setiap kelas akan
mempersembahkan skesta, tarian dan nyanyian.Oleh itu, setiap kelas akan
berlatih persembahan malam kebudayaan dengan menggunakan masa
lapang masing-masing supaya dapat melakukan persembahan yang terbaik.
Selepas itu, kami akan bermesyuarat dengan pensyarah sehari
sebelum pergi ke perkhemahan. Pensyarah memastikan dengan kami
bahawa semua alatan dan pengangkutan perlu disediakan sebelum pergi ke
perkhemahan. Beliau juga memberi arahan agar kumpul di astaka pada jam
berapa dan masa kita akan bertolak ke Telok Gorek.

Page | 1

Pada 07 September 2015, kami PISMP Ambilan Januari 2014 telah


mengikuti perkhemahan unit berunifom di Telok Gorek Camp dan Chalet,
Pantai Teluk Gorek, Kampung Tanjung resang, Mukim Endau, Mersing, Johor.
Pada jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di Unit Gerko. Kami telah
menolong AJK alatan menyemak alatan yang perlu dibawa ke perkhemahan
dan kami juga membawa beg-beg kami untuk diletakkan ke dalam bus Iptho.
Pada jam 7.30 pagi, kedua-dua bus Iptho telah datang dan kami mengangkat
alatan dan beg-beg kami ke dalam bus tersebut. Alatan yang dibawa oleh
kami ialah buluh, kompas, Life-Jacket dan sebagainya. Selepas itu, kami
telah bertolak ke Telok Gorek.
Pada jam 8.30, kami telah berhenti di Jentayu Corner untuk
bersarapan pagi di tempat itu. Selepas 30 minit, kami telah bersedia untuk
menaiki bus dan meneruskan perjalanan kami ke Telok Gorek untuk
perkemahan unit beruniform kami. Pada jam 12.00 pm, kami pun tiba di Teluk
Gorek. Kami telah mengangkat alatan dan beg-beg kami dan diletakkan di
dewan tersebut. Selepas itu, kami telah makan tengah hari yang dibawa oleh
AJK makanan dan kami makan di dewan tersebut
Pada jam 2.00 petang, kami telah diberi taklimat oleh Encik Faizal.
Beliau telah memberi taklimat tentang kami akan membina khemah di tepi
pantai dan selepas membina khemah, kami akan membuat gajet berdasarkan
buluh yang ada pada kami. Selepas itu, kami telah membuat khemah dan
gajet hingga jam 4.00 petang. Pada jam 4.00 petang, kami telah pergi minum
petang di dewan makanan. Selepas minum petang, kami telah meneruskan
kerja kami dengan membuat gajet dan khemah hingga jam 7.00.
Pada jam 7.00 malam, kami telah bersedia makan malam di dewan
makanan. Selepas itu, kami telah meneruskan kerja membuat gajet dan
khemah hingga jam 9.00 pagi. Selepas itu, kami telah berkumpul di dewan
dan mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Mokhtar berkaitan dengan
aktiviti yang akan dijalankan pada keesokan hari. Pada jam 11.00 pm, kami
telah pergi ke khemah untuk tidur. Bagi yang belum menghabiskan kerja
mereka, mereka akan meneruskan kerja mereka hingga kerja mereka selesai.
Pada masa yang sama, rondaan malam juga dijalankan hingga jam 6.00 pagi
Page | 2

dan guru pelatih akan menjalankan tugasan rondaan malam berdasarkan


jadual yang telah ditetapkan.
Pada keesokan hari iaitu 08 September 2015, pada jam 6.30 pagi,
kami telah berkumpul untuk senaman pagi. Pada jam 7.00 pagi, kami telah
menikmati sarapan kami di dewan makanan. Selepas sarapan pagi, kami
telah menukar pakaian unit-beruniform masing-masing di dalam khemah
untuk mengikuti perhimpunan pagi. Selepas perhimpunan pagi, kami
disaingkan dengan KRS akan mengikut pensyarah KRS dan BSMM akan
mengikut pensyarah mereka menjalankan aktiviti masing-masing. Bagi KRS,
kami akan berlatih kawad kaki hingga jam 10.00 pagi.

Gambar tersebut
menunjukkan kami sedang
makan sarapan.

Pada jam 10.00 pagi, kami telah menikmati minum pagi kami di dewan
makanan.Pada jam 10.30 pagi, kami telah berkumpul di dewan untuk aktiviti
kompas dan membaca peta yang dipimpin oleh Encik Sallehudin. Kami telah
diberikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kompas
dan kertas A4. Pensyarah telah mengajar kami membaca kompas dan beliau
telah meminta setiap kumpulan membaca kompas dan mencatatkan
kedudukan yang berada dalam dewan tersebut. Contoh, dalam dewan
tersebut mempunyai 8 tiang. Pensyarah meminta setiap wakil dalam
kumpulan untuk bermula berjalan di titik permulaan dan akan berjalan dari
titik permulaan ke tiang. Selepas itu, pencatat akan mencatatkan sudut yang
ada pada tiang yang akan dijalankan oleh wakil tersebut. Kami menjalankan
aktiviti tersebut hingga jam 1.20 petang.Selepas itu, kami telah menikmati
makanan petang di dewan makanan. Kemudian, kami telah balik ke khemah
untuk membawa alatan yang seterusnya iaitu pengembaraan.
Page | 3

Pada jam 2.30 petang, kami telah berkumpul di depan dewan untuk
aktiviti pemgembaraan. Pensyarah telah memberi taklimat bahawa guru
pelatih perlu membawa sekurang-kurang 1 sampah dan dimasukkan ke
dalam plastik sampah yang akan dibawa oleh Ajk Kebersihan semasa
pengembaraan dijalankan. Kami telah mengembara di tepi pantai dan hutan.
Kami mengembara hingga jam 4.00 petang. Selepas itu, kami telah pergi ke
dewan makanan untuk minum petang.

Gambar tersebut
menunjukkan kami sedang
mengembara.

Pada jam 4.30 petang,


kami telah berkumpul di
dewan untuk aktiviti yang
seterusnya ialah ikatan atau simpulan tali. Dalam aktiviti ini, kami telah diajar
cara membuat ikatan dan simpulan tali seperti ikatan manuk, buku sila dan
sebagainya. Kami telah menjalankan aktiviti tersebut hingga jam 6.00 petang.
Selepas itu, kami telah berada di dewan makanan pada jam 7.00 malam
untuk makan malam. Selepas makan malam, kami telah balik ke khemah dan
mengambil kain anduk untuk aktiviti yang seterusnya iaitu Asas Pertolongan
Cemas.

Page | 4

Gambar tersebut menunjukkan kami sedang


belajar cara ikatan tali.

Pada

jam

8.30

malam,

kami

telah

bermulanya aktiviti Asas Pertolongan Cemas


(APC). Aktiviti tersebut disampaikan oleh Encik
Mokhtar. Kami ahli KRS akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan ahli
BSMM akan mengajar kami menggunakan kain anduk untuk membalut luka di
bahagian-bahagian tertentu. Selepas aktiviti Asas Pertolongan Cemas
dijalankan, kami telah mengikuti aktiviti yang seterusnya dalam masa yang
sama iaitu casualiti make-up. Aktiviti ini juga dikendalikan oleh Encik Mokhtar
dan ahli BSMM. Aktiviti tersebut merupakan cara membuat luka dengan
menggunakan bahan-bahan tertentu seperti tepung pulut, ink merah dan
sebagainya. Beliau telah mengambil seorang model dengan menggunakan
seorang ahli dari BSMM dan membuat luka dengan bahan-bahan yang ada.
Kemudian, beliau meminta wakil dari kumpulan membuat luka dengan
menggunakan bahan-bahan yang ada dan mempersembahkan kepada para
guru pelatih. Aktiviti tersebut akan diadakan sehingga jam 11.00 malam.

Page | 5

Gambar tersebut menunjukkan cara


menggunakan kain anduk membalut
luka.

Selepas

itu,

kami

mendengar

taklimat yang akan diberikan oleh Encik


Mokhtar yang berkaitan dengan aktiviti
keesokan harian. Selepas itu, kami telah
balik ke khemah. Pada jam 12.00 pm,
kami telah pergi ke khemah untuk tidur. Pada masa yang sama, rondaan
malam juga dijalankan hingga jam 6.00 pagi dan guru pelatih akan
menjalankan tugasan rondaan malam berdasarkan jadual yang telah
ditetapkan.
Pada keesokan hari iaitu 09-09-2015, jam 6.30 pagi, kami telah
berkumpul untuk senaman pagi. Pada jam 7.00 pagi, kami telah menikmati
sarapan kami di dewan makanan. Selepas sarapan pagi, kami telah menukar
pakaian unit-beruniform masing-masing di dalam khemah untuk mengikuti
perhimpunan pagi. Selepas perhimpunan pagi, kami disaingkan dengan KRS
akan mengikut pensyarah KRS dan BSMM akan mengikut pensyarah mereka
menjalankan aktiviti masing-masing. Bagi KRS, kami akan berlatih kawad kaki
hingga jam 09.00 pagi. Selepas itu, pensyarah KRS dan BSMM memasuki
kawasan kem kami dan memberikan markah kepada gajet yang dilakukan
oleh kumpulan KRS dan BSMM.

Page | 6

Gambar

tersebut

menunjukkan kami sedang


membuat senaman pagi.

Kemudian, kami telah


menyediakan

alatan

dan

untuk menjalankan aktiviti ikhtiar hidup. Kami telah diberi botol air, beg
perkhemahan, bekas makanan, keledek, telur dan sebagainya. Kami telah
berjalan ke tempat ikhtiar hidup yang berada di dalam hutan. Kami telah
dibahagikan mengikut teman yang tidur bersama anda semasa perkhemahan
dalam kumpulan ikhtiar hidup. Kami telah mencari tempat yang sesuai dalam
membuat ikhtiar hidup. Kami bermulanya dengan mencari dahan-dahan
pokok yang lebih kecil atau daun pokok yang telah layu untuk memudahkan
pembakaran. Kemudian, kumpulan kami akan membahagikan tugas dengan
saya mencari kayu dan dahan pokok yang lebiih besar untuk memudahkan
pembakaran manakala teman saya akan menyediakan makanan dan
memasakkan makanan tersebut. Setelah saya telah mencari kayu, saya juga
menolong teman saya dalam menyediakan dan memasak makanan seperti
mencuci keledek, jagung dan sebagainya. Pada jam 12.30, kami telah
mengambil makanan kami kepada pensyarah dan pensyarah akan cuba
makanan kami dan memberikan markah. Selepas itu, kami telah berkumpul
dan berjalan balik ke Telok Gorek.

Page | 7

Pensyarah

mencuba

makanan
dimasak

kami
pada

yang
ikhthiar

hidup.

Kemudian, pada

jam

1.30 petang, kami telah


menikmati makan tengah hari di dewan makanan. Kemudian, pensyarah
memberi taklimat tentang beliau akan memberikan masa pada tengah hari
sehingga malam untuk menyediakan persembahan malam kebudayaan pada
malam yang akan datang. Kami menggunakan masa tersebut untuk melatih
malam persembahan. Pada jam 4.00, kami telah minum petang dan jam 8.00
malam, kami juga telah makan malam di dewan makanan. Pada jam 9.00
malam, kami telah bermulanya malam persembahan di dewan. Pelbagai
persembahan telah dijalankan iaitu tarian, nyanyian dan sebagainya yang
berkaitan dengan tema 1 Malaysia.

Gambar
menunjukkan

tersebut
malam

persembahan.

Page | 8

Gambar
menunjukkan

tersebut
malam

persembahan.

Malam

Persembahan

telah dijalankan sehingga 11.00 malam. Selepas itu, Encik Jabar selaku ketua
komander telah memberikan taklimat berkaitan dengan aktiviti yang akan
dijalankan pada esok. Selepas itu, kami telah balik ke khemah. Pada jam
12.00 pm, kami telah pergi ke khemah untuk tidur. Pada masa yang sama,
rondaan malam juga dijalankan hingga jam 6.00 pagi dan guru pelatih akan
menjalankan tugasan rondaan malam berdasarkan jadual yang telah
ditetapkan.
Pada keesokan hari iaitu 10-09-2015, jam 6.30 pagi, kami telah
berkumpul untuk senaman pagi. Pada jam 7.00 pagi, kami telah menikmati
sarapan kami di dewan makanan. Selepas sarapan pagi, kami telah
diberitahu oleh pensyarah untuk menceraikan khemah dan gajet yang
dilakukan serta membawa beg peribadi masing-masing dan dikumpulkan di
dewan. Selepas itu ahli KRS mempunyai majlis pentauliahan sarjan muda
yang dilakukan oleh Encik Daud dan Puan Khalidah.
Pada jam 10.30, majlis penutupan telah dijalankan dan ditutup secara
rasmi oleh Encik Jabar. Kami juga ada mengambil gambar bagi unit KRS dan
BSMM. Kemudian pada jam 12.00, kami telah menikmati makan tengah hari
di dewan makanan. Pada jam 12.30, Bus telah datang dan kami telah
bekerjasama dalam memindahkan alatan ke dalam bus iptho. Pada jam 1.00,
bus telah bergerak ke Iptho dan kami telah tiba di Iptho pada jam 5.00
Petang. Di Iptho, kami telah mengangkat alatan seperti life jacket, buluh dan
sebagainya ke dalam Unit Gerko.

Page | 9

Gambar tersebut
menunjukkan majlis
penyampaian bendera oleh
Encik Mokhtar bin Yacob.

Gambar tersebut
menunjukkan Ketua
komander, Encik Abdul
Jabar Bin Rahman
memberi ucapan dan
menutupkan program
perkhemahan PISMP
Ambilan Januari 2014.

Selepas perkhemahan, kami berasa penat dan berasa gembira kerana


dapat menyertai program perkhemahan tersebut. Bagi kami, kami telah dapat
mempelajari nilai-nilai murni seperti bekerjasama, displin diri dan sebagainya.
Page | 10

Nilai-nilai tersebut adalah sangat penting kerana ia dapat membolehkan


sebuah perkhemahan dijalankan dengan lancar.
Selain itu, banyak cabaran yang telah kami hadapi. Antaranya ialah
kekurangan air, hujan, khemah basah dan sebagainya. Saya bersyukur
kerana kami telah dapat mengharungi cabaran tersebut dengan aman.
Akhirnya kami ahli KRS telah mendapat pentauliahan kepada Pangkat
Leftnan Muda.

REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


Page | 11

KADET REMAJA SEKOLAH

Nama: Peng Eng Chien


No. Kad Pengenalan: 940926-01-5135

Sebagai mukadimah saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan


terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakanrakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Unit Beruniform. Kami berjaya
menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.
Kerjasama

dalam

kalangan

ahli

jawatankuasa

dan

peserta

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform ini merupakan tunggak utama


kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
ribuan terima kasih kepada Unit Gerko Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru
yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan
kepada pensyarah yang sudi hadir bersama kami di sepanjang perkhemahan
ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman
dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari
semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di
Kem Telok Gorek pada 07 hingga 10 September 2015. Pelbagai aktiviti yang
menarik telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya
dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya
dalam pelbagai hal. Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru
pelatih Program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (PISMP). Semua guru
pelatih PISMP menyertai dua unit uniform yang berlainan iaitu

badan

beruniform Kadet Remaja Sekolah dan BSMM.

Page | 12

Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang


berkeyakinan untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana
nanti. Namun persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem
tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan
memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga
telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan yang lain.
Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum telah menjadi
rapat di kem Taman Pertanian. Ia telah membina semangat setiakawan di
antara satu sama lain.
Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah
dilantik untuk mengendalikan perkhemahan kami di Kem Taman Pertanian
Semambu. Perkhemahan ini telah diketuai oleh Saudari Vivian Wong. Kami
telah berbincang mengenai perkara-perkara penting yang perlu disiapkan
untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari IPGKTHO, Batu
Pahat. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu sebelum
perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masingmasing dengan sikap penuh bertanggungjawab. Saya sangat menghormati
sikap kawan-kawan Kadet Remaja Sekolah yang menguruskan perkhemahan
ini kerana mereka sangat bertanggungjawab dan berkaliber.
Dalam Program Perkhemahan, saya berpendapat bahawa komunikasi
adalah sangat penting dalam kalangan ahli KRS. Tidak banyak masalah yang
timbul semasa komunikasi dengan semua ahli KRS. Semua ahli memberikan
komitmen yang tinggi apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka.
Cara menguruskan sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan
semua orang tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya
pelajari.
Selain itu, saya telah mempelajari nilai bekerjasama dalam program
Perkhemahan. Dalam perkhemahan, kami perlu memasang khemah selepas
tibanya di Teluk Gorek, Mersing. Dengan adanya kerjasama antara kawan,
kami boleh mendirikan khemah dengan lancar dan tidak memakan masa

Page | 13

yang lama. Hal ini kerana kami memberikan tugasan antara satu sama lain
semasa memasang khemah.
Selepas khemah dibersihkan semua guru pelatih telah dipanggil oleh
En. Faizal untuk memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan
diadakan, memperkenalkan Komenden Kem dan peraturan-peraturan yang
perlu diikuti semasa mengikuti perkhemahan ini. Penerangan yang terperinci
telah diberikan kepada semua guru pelatih. Selepas selesai perjumpaan itu,
semua guru pelatih telah pergi untuk menyiapkan diri untuk perjumpaan pada
pukul 9 malam. Selepas makan malam kami telah mandi dan bersiap sedia
untuk makan dan seterusnya pergi ke dewan terbuka untuk mendengar
taklimat malam itu.
Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah
perjumpaan semua ahli unit beruniform yang diadakan serentak. Dalam
taklimat yang diberikan En. Mokhtar memperkenalkan Komenden Kem secara
rasmi kepada semua guru pelatih. Semua guru pelatih diberi nasihat agar
mendengar segala arahan Komenden Kem dan mematuhi arahan tersebut.
Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan kawalan
keselamatan juga turut diberi. Semua ahli unit beruniform tertakluk kepada
undang-undang kem dan tindakan akan diambil jika ada guru pelatih yang
engkar mendengar arahan. Talimat pada malam itu tamat pada pukul 11.30
malam dan semua guru pelatih dibenarkan balik ke khemah masing-masing
untuk berehat.

Acara pertama pada pagi hari kedua ialah upacara menaikan bendera
diadakan. Kadet Remaja Sekolah

telah mengetuai upacara menaikan

bendera pada pagi itu. Kami telah menyanyikan lagi Negara Ku dengan
penuh semangat. Selapas upacara menaikan bendera pada pagi hari kedua
tamat, kami telah dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan dan
mempelajari untuk membuat ikatan dan simpulan yang berlainan. Saya dapat
mempelajari 10 jenis ikatan dalam tempoh waktu 2 jam sahaja. Seronok
rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana. Dalam waktu
Page | 14

itu, saya belajar tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak
bekerjasama tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.
Kami membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang
diberikan dengan penuh amanah sekali.
Seterusnya aktiviti yang amat mencabar saya bagi saya berlangsung.
Iaitu aktiviti kembara untuk masuk ke hutan. Letih sekali rasanya kerana kami
terpaksa memasuki hutan yang tebal yang dan

trak laluannya adalah

panjang. Memasuki hutan ialah satu pengalaman yang amat bermakna sekali
ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya memasuki hutan. Sungguh
indah ciptaan tuhan dan ini membautkan saya rasa bersyukur sekali. Tidak
cukup dengan itu, aktiviti didalam hutan adalah amat terkesan sekali di hati
saya.
Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti
malam kebudayaan. Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara
kemuncak bagi Perkhemahan Unit Beruniform kali iniTerdapat pelbagai aktiviti
yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami dikehendaki mereka
tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan menambahkan lagi
kehangatan majlis pada malam itu.
Tema pada pada malam itu adalah 1 Malaysia. Terdapat 7 kumpulan
yang membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama
ialah daripada unit beruniform BSMM. Sesungguhnya persembahan mereka
pada malam itu sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada
semua guru pelatih. Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan
pengakap dengan dikir yang sangat kreatif dan menghiburkan hati.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada
mengikuti perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak
yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara
dan benda baru dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat
kali pertama tetapi saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna
dan mengisi ilmu dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan
Page | 15

tidak berminat dengan perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini
saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada
langsung rasa menyesal saya selama mengikuti perkhemahan ini.
Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya
mempelajari ikatan dan simpulan. Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak
murid saya di sekolah kelak. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial semasa perkhemahan ini.
Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar, setiakawan,
bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara yang
dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya
akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan
juga guru yang cemerlang. Saya bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah.
Sekian, terima kasih.

Page | 16

You might also like