You are on page 1of 4

SITI NUHA AZMI

REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

NAMA : SITI NUHA BINTI AZMI


No. KP : 960224-02-5396
KURSUS : PISMP PEMULIHAN
AMBILAN : JUN 2015
TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN BUKIT SEDANAN
TARIKH : 5 – 8 SEPTEMBER 2016

Pada 5 September 2016 hingga 8 September 2016 telah diadakan


perkhemahan unit beruniform yang menggabungkan empat unit beruniform iaitu Kadet
Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Persatuan
Puteri Islam Malysia (PPIM) dan Pengakap. Perkhemahan selama empat hari itu telah
diadakan di Bukit Sedanan, Melaka. Seramai 61 orang guru pelatih yang terlibat di
dalam perkhemahan tersebut.

Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menjayakan perkhemahan tersebut.


Satu mesyuarat telah diadakan sebulan lebih awal daripada tarikh perkhemahan untuk
melantik ketua serta jawatankuasa khusus pekehmahan. Saya secara sukarela telah
menjadi salah seorang jawatankuasa peralatan. Setiap jawatankuasa diarahakan
untuk segera melaksanakan tugas masing-masing. Jawatankuasa alatan bergerak
awal kerana perlu memohon barang-barang keperluan dari stor pusat. Kami juga
membuat kolaborasi bersama beberapa pensyarah dan staf sokongan yang mahir
dengan perkhemahan berkenaan barang yang diperlukan disana. Segala barang
keperluan telah disenaraikan secara sistematik dan disemak semula untuk
memastikan semua barang mencukupi.

Dari segi persedian ilmu pengetahuan pula, kami telah diajar beberapa
kemahiran asas perkhemahan secara teori dan praktikal oleh pensyarah yang
berkemahiran. Kami telah mempelajari teknik ikatan dan simpulan asas, kaedah
masakan solar, jenis-jenis masakan rimba dan memasang serta membuka khemah.
Memandangkan saya merupakan ahli Kader Remaja Sekolah, saya telah diajar cara
SITI NUHA AZMI

berkawad yang betul dan beberapa pergerakan kawad seperti tabik hormat dan kawad
menerima sijil. Saya sedaya upaya mengumpul ilmu yang secukupnya sewaktu
pensyarah mengajar supaya saya dapat menjalani perkhemahan dengan mudah.

Pada hari kejadian, jawatankuasa alatan sekali lagi bertanggungjawab untuk


memastikan semua barang yang diperlukan telah dimasukkan ke dalam bas. Semasa
di sana, semua guru pelatih bekerjasama untuk menurunkan barang-barang dan
meletakkan di tempat yang berkenaan. Ketika di sana, kami bergerak secara
berkumpulan yang terdiri daripada enam hingga tujuh orang. Semua aktiviti
memerlukan kerjasama semua ahli kumpulan contohnya ketika mendirikan khemah,
memasak dan membuat gajet. Setiap kumpulan perlu meklantik seorang ketua supaya
memudahkan urusan. Ketua kumpulan perlu melaporkan bilangan ahli pada setiap kali
aktiviti dijalankan bagi memastikan tiada ahli yang tercicir. Saya telah dilantik untuk
menjadi ketua kumpulan. Tugas saya sebagai ketua tidak sukar kerana semua ahli
kumpulan saya memberi kerjasama yang sangat baik kepada saya. Mereka tidak
pernah terlambat untuk setiap aktiviti. Mereka juga akan memberitahu saya terlebih
dahulu sekiranya mempunyai sebarang kekangan.

Saya sangat bersyukur mempunyai ahli kumpulan yang sangat membantu.


Contohnya ketika membuat gajet, semua ahli membuat kerja dan mencuri tulang.
Tugas dibahagikan mengikut kemahiran tertentu. Contohnya, saya dan dua orang
rakan kurang mahir dalam kemahiran ikatan, jadi kami melakukan tugas lain seperti
memotong bulu dan tali. Kami bertiga juga turut membantu ahli lain sekiranya
memerlukan bantuan serta memberikan idea untuk menghasilkan gajet yang menarik
dan berlainan daripada kumpulan lain. Kami juga menghasilkan kraftangan kerincing
angin sebagai tambahan sementara rakan lain menyiapkan gajet.

Bagi aktiviti kembara dan masakan rimba, kami diberi kumpulan lain yang terdiri
daripada empat orang ahli kumpulan yang baru. Ahli kumpulan ini juga sangat
memberi kerjasama yang baik. Kami masing-masing melakukan tugas tanpa perlu
disuruh sama ada ketika persediaan, semasa pengembaraan, semasa memasak dan
sewaktu mengemas barang. Setiap ahli bertanggungjawab untuk melakukan yang
terbaik. Kami sama-sama membantu dan tidak hanya melakukan tugas sendiri.
SITI NUHA AZMI

Walaubagaimanapun kami juga turut tolong-menolong dengan kumpulan lain untuk


berkongsi alatan seperti parang, tepung dan garam.

Semasa di sana, kami perlu memasak untuk semua guru pelatih dan pensyarah
secara bergilir-gilir mengikut kumpulan. Kumpulan saya ditugaskan untuk memasak
minum petang, makan malam dan sarapan pagi bersama kumpulan ustaz dan ustazah
Kursus Dalam Cuti (KDC). Kami bersyukur kerana ditugaskan bersama kumpulan
yang kebanyakannya sudah pandai memasak. Namu aku juga melakukan tugas lain
seperti menggoreng cucur, menggoreng ayam, membancuh air dan membasuh ayam.
Kami bekerjasama dari awal proses memasak sehingga proses mengemas. Semua
ahli bekerja dengan semangat dan tidak merungut walaupun agak sibuk kerana turut
perlu sertai aktiviti bersama guru pelatih lain.

Sebelum pulang ke IPG, jawatankuasa alatan sekali lagi bertangungjawab


untuk memastikan jumlah semua barang mencukupi seperti yang dibawa. Semua guru
pelatih membantu untuk memasukkan kembali semua barang ke dalam bas. Kami juga
bersama-sama membersihankan tapak perkhemahan seperti asal.

Sewaktu tiba IPG, kumpulan saya dan satu kumpulan lain segera menurunkan
barang-barang dari dalam bas dan terus membasuh khemah. Kami perlu membasuh
tiga khemah lain milik pelajar KDC. Setelah selesai, saya segera menjalankan tugas
jawatankuasa alatan. Semua alatan disimpan semula ke dalam stor dan dipulangkan
kepada stor pusat. Semua jawatankuasa alatan menyiapkan kerja dengan segera
walaupun masing-masing sudah keletihan. Kerja-kerja penyimpanan dan pemulangan
dapat diselesaikan dalam masa lebih kurang satu jam dengan kerjasama semua ahli.

Kelebihan yang saya dapati dari perkhemahan ini ialah semangat kerjasama
dalam bantu-membatnu yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan saya sewaktu
menjalankan aktiviti. Masing-masing bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan.
Saya juga dapat melatih sifat berdikari, kepimpinan dan menghargai masa sepanjang
aktiviti perkhemahan. Jawatankuasa alatan bergerak aktif dengan pimpinan ketua
yang berkaliber. Namun kelemahan yang saya dapati ialah kebanyakannya hanya
jawatankuasa sahaja yang melakukan tugas sewaktu dan selepas perkhemahan.
Hanya beberapa orang guru pelatih sahaja yang membantu jawatankuasa
SITI NUHA AZMI

menjalankan tugas. Penambah baikan yang boleh dilakukan ialah semua guru pelatih
perlu membantu dan hanya dibenarkan pulang apabila semua tugas selesai.
Jawatankuasa juga perlu mengajak dan memberitahu guru pelatih yang lain bantuan
apa yang diperlukan.

You might also like