You are on page 1of 3

LAPORAN AJK KEPEGAWAIAN DAN STATISTIK

Pada 23 Oktober 2016, telah diadakan Kejohanan Hoki 6 Sebelah IPG Kampus
Kota Bharu bertempat di Padang IPG Kampus Kota Bharu. Kejohanan ini telah disertai
oleh 10 buah sekolah rendah di Kelantan. Penyertaan dari sekolah-sekolah ini amat
menggalakkan. Antara sekolah-sekolah rendah yang menyertai kejohanan ini iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

SK Wakaf Stan
SK Sering
SK Salor
SK Ketereh
SK Banggol Saman
SK Kedai Buluh 1
SK Datu Hashim
SK Islah
SK Kubang Golok
SK Demit

Bagi aspek kepegawaian, kami telah melantik beberapa orang pengadil yang
terdiri daripada guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu yang telah mengikuti kursus
kepegawaian hoki. Tambahan pula, dengan adanya kejohanan ini, pengadil-pengadil
tersebut boleh mempraktikkan ilmu kepegawaian yang telah dipelajari semasa kursus
kepegawaian.
Bagi kejohanan ini, perlawanan terbahagi kepada dua pusingan iaitu pusingan
awal dimana sekolah-sekolah ini berlawan dalam peringkat kumpulan. Manakala,
perlawanan pusingan kedua ialah perlawanan suku akhir, separuh akhir, tempat ketiga
dan keempat serta perlawanan akhir. Bagi peringkat perlawanan di antara kumpulan
iaitu pusingan awal, sekolah-sekolah ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan
seperti berikut.

Kumpulan A
SK Wakaf Stan
SK Salor
SK Ketereh

Kumpulan B
SK Banggol Saman
SK Datu Hashim
SK Islah

SK Sering
SK Demit

SK Kedai Buluh 1
SK Kubang Golok

Perlawanan pertama peringkat kumpulan telah bermula pada jam 8.30 pagi,
sedikit lewat daripada jadual sebenar kerana kelewatan ketibaan sekolah-sekolah ke
IPG Kampus Kota Bharu. Setiap sekolah akan bermain sebanyak empat kali bagi
peringkat kumpulan. Setiap perlawanan peringkat kumpulan berlangsung selama 10
minit one way. Kesemua perlawanan peringkat kumpulan telah tamat pada jam 1
tengahari. Tempat keempat terbaik bagi setiap kumpulan memasuki perlawanan
pusingan kedua. Keputusan perlawanan pusingan awal adalah seperti berikut:
Kumpulan A
Johan A
Naib Johan A
Ketiga A
Keempat A
Kelima A

SK Demit
SK Sering
SK Wakaf Stan
SK Salor
SK Ketereh

Kumpulan B
Johan B
Naib Johan B
Ketiga B
Keempat B
Kelima B

SK Kubang Golok
SK Banggol Saman
SK Datu Hashim
SK Kedai Buluh 1
SK Islah

Perlawanan pusingan kedua telah bermula pada jam 1.15 petang dimulai dengan
perlawanan suku akhir 1 di antara SK Demit melawan SK Kedai Buluh 1 di padang A
manakala perlawanan suku akhir 2 di antara SK Wakaf Stan melawan SK Banggol
Saman di padang B. Perlawanan pusingan kedua berlangsung selama 20 minit (10-110). Keputusan penuh bagi perlawanan pusingan kedua adalah seperti berikut:
No. Per
21

Pdg
A

Pasukan
Suku Akhir 1
Johan A x Keempat B

Catatan
2-0

SK Demit x SK Kedai Buluh 1


Suku Akhir 2
22

Ketiga A x Naib Johan B

0-2

SK Wakaf Stan x SK Banggol Saman


Suku Akhir 3
23

Johan B x Keempat A

2-0

SK Kubang Golok x SK Salor


Suku Akhir 4
24

Ketiga B x Naib Johan A

0-3

SK Datu Hashim x SK Sering


Separuh Akhir 1
25

Menang 21 x Menang 22

1-2

SK Demit x SK Banggol Saman


Separuh Akhir 2
26

Menang 23 x Menang 24
SK Kubang Golok x SK Sering
Tempat Ketiga dan Keempat

27

Kalah 25 x Kalah 26
SK Demit x SK Sering
Perlawanan Akhir

28

Menang 25 x Menang 26

2-0

0-1
(Penalty Shootout)

0-1

SK Banggol Saman x SK Kubang Golok


Kejohanan Hoki 6 Sebelah IPG Kampus Kota Bharu telah dimenangi oleh SK
Kubang Golok dengan keputusan 1-0 melawan SK Banggol Saman. Setelah selesai
kesemua perlawanan, majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah berlangsung
dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu iaitu Dr
Abdullah bin Yusuf.

You might also like