You are on page 1of 52

Tajuk 7 : Bahan Bantu Belajar

Ahli kumpulan: Piong Siy Siew


Auni Farhana Bt. Azman
Muhamad Azimin Bin Zulkifli
Nur Anis Farhana Bt. Mohd Nor

PISMP Pendidikan Pemulihan 1 SEMESTER 4

Kepentingan bahan
Jenis Bahan
Pemilihan dan penghasilan bahan
kemahiran menulis dan mengeja
Kepentingan bahan
Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan
membantu guru mengajar dengan lebih berjaya
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang mengutamakan kepentingan murid-murid.
Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia berusaha menjelaskan konsep
pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan
kurikulum selain memberi perhatian kepada
perkembangan individu khususnya dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat
dilihat sebagai medium yang berupaya
menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam
bahasa Melayu dan sastera.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
menggariskan beberapa perkara berkenaan
bahasa Melayu antaranya Bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan... (Yahya Don, 2005).

Dengan menggunakan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian, murid-murid akan
mengalami proses pembelajaran yang lebih
interaktif dan segar sekali gus menepis
tanggapan stereotaip yang menyatakan
bahawa pembelajaran Bahasa Melayu adalah
membosankan.

Jenis-jenis Bahan
Dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), bahan bantu
belajar merangkumi semua benda yang boleh
dilihat, didiengar, dipegang, dibaca,
dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan
sebagainya. Bahan ini boleh digolongkan
kepada bahan prosa, bahan puisi, dan bahan
grafik.


Bahan prosa meliputi majalah,
rencana, esei, cerita, drama, laporan
dan berita
Bahan puisi meliputi pantun, syair,
seloka, gurindam, dan sajak
Bahan grafik meliputi gambar rajah,
graf, carta, jadual,peta, dan pelan
Alat-alat yang digunakan seharusnya
mengandungi bahan yang sesuai bergantung
pada tajuk, kemahiran, dan objektif yang telah
ditentukan oleh guru dalam pembelajaran
yang hendak diajar dalam pengajaran.
Pada asasnya, perkataan bahan dapat
diertikan sebagai merangkumi segala benda,
alat, maklumat dan media yang dapat
memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Manakala penggunaan bahan pembelajaran
dapat membantu murid membuat hubung kait
antara benda konkrit dan abstrak, dapat
mengukuhkan ingatan dengan lebih lama, juga
dapat membantu menyelesaikan masalah
secara sendiri dan yang terakhirnya dapat
digunakan sebagai alat untuk aktiviti
pengayaan dan pemulihan.

Tiga kategori bahan bantu belajar
Bahan Maujud
Bahan Pelbagai Media
Bahan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (TMK)

Bahan Maujud
Bahan Maujud
Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan
maujud merupakan bahan konkrit atau bahan
sebenar yang boleh disentuh dan dipegang.
Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada
di lingkungan alam, baik digunakan dalam
keadaan hidup ataupun yang sudah
diawetkan.

Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong
dalam sumber pengajaran dan pembelajaran
sahaja malah kota atau bangunan yang kekal
serta alam persekitaran juga boleh dikatakan
sebagai bahan maujud.
Manakala dari segi sumber pengajaran dan
pembelajaran pula bahan-bahan yang
mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat
tulis dan perkakas sains.

Jenis
Bahan
Maujud
Realia
asli
Realia
awet
spesimen
Realia asli
Bahan hidup
Bahan hidup yang
sebenar dalam dunia
realiti dan masih hidup
contohnya cacing
tanah
Bahan bukan hidup
Bahan bukan hidup
adalah seperti jentera
ataupun bangunan
Jenis bahan kedua ialah realia awet, bahan ini
mestilah berasal daripada benda hidup yang
kemudiannya diawet dan disimpan di dalam
bendalir kimia (formalin).
Jenis bahan maujud yang ketiga ialah
spesimen.

Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan
yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan
tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-
ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan
hidup tersebut.
Kebiasaannya spesimen selalu didapati dalam
bentuk bahan awetan.
Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan
spesimen ialah daun-daun.
Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh
menggunakan situasi, gambaran atau
kenyataan sebenar.
Murid akan didedahkan dengan pengalaman
sebenar yang melibatkan pengalaman sedia
ada mereka serta merangsang penggunaan
deria penglihatan, pendengaran, rasa,
sentuhan dan bauan murid-murid.


Bahan
Pelbagai Media
Bahan Pelbagai Media
Media merupakan alat atau perkakasan yang
digunakan bagi menyampaikan maklumat
kepada manusia.
Media yang digunakan sebagai bahan bantu
mengajar terdiri daripada media cetak dan
media elektronik.

Media menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
Cetakan Kedua 2007 merupakan pelbagai alat
saluran atau perantara komunikasi, alat atau
saluran komunikasi amnya atau
keseluruhannya yang berupa bahan cetakan
atau terbitan.
Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf
pada kertas atau kain.

Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah
dinyatakan secara konseptualnya bahawa
media cetak merujuk kepada segala jenis
bahan yang bercetak.
Antara contoh bahan bercetak ialah gambar,
keratan akhbar, poskad, risalah dan
sebagainya.
Manakala media elektronik pula ialah media
yang menggunakan alat elektrik dan
komponen-komponennya seperti jaringan
internet, televisyen, radio, cakera padat (CD),
video cakera padat (VCD) dan kaset.
Bahan cetak
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai
bahan yang mempunyai tulisan dan wujud
secara fizikal.
Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca
secara terus.
Ciri penting pada bahan bercetak ialah bahan
ini mestilah dihasilkan melalui cetakan dan
bukan hasil daripada tulisan tangan mana-
mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah,
jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog,
kamus, buku teks dan sebagainya yang
dihasilkan secara bercetak.
Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di
pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di
arkib.
Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau
pereka-pereka yang mahir dan terkenal di
bidang masing-masing.

Sumber pengajaran dan pembelajaran ini
telah digunakan secara meluas oleh guru-guru
di sekolah sejak beberapa lama kerana
kelebihan yang terdapat pada bahan ini.
Bahan ini murah dan senang didapati di mana-
mana.
Selain itu, bahan ini kekal dan mudah dirujuk
pada bila-bila masa.

Kelebihannya yang lain ialah bahan cetak
mudah alih dan mudah diakses untuk
dijadikan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang terkenal dan selalu
digunakan.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan
yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati
dalam bentuk buku yang tebal contohnya
buku teks.

Jadi sukar untuk dibawa kerana berat, juga
tidak boleh disunting dan akan menjadi
masalah apabila berlakunya peredaran zaman.
Isi kandungan buku tersebut menjadi
ketinggalan dan tidak terkini.

Teknologi
Maklumat & Komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi
Bahan teknologi maklumat merupakan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang
semestinya mendapat perhatian daripada
murid-murid.
Teknologi Maklumat (Information Technology)
ataupun IT merupakan teknologi dunia yang
terkini dan dapat memberi banyak manfaat
jika digunakan secara betul.

Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan
oleh guru yang berkemahiran kerana
penggunaan IT secara terancang dan
bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber
pengajaran dan pembelajaran ini, mereka
boleh menggunakan portal pendidikan,
internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir
sekali ialah multimedia.
Komputer ialah alat atau bahan utama yang
perlu digunakan oleh guru untuk
menyampaikan isi pelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai
kemudahan kerana terdapat perisian- perisian
yang percuma disediakan oleh kerajaan.
Isi perisian tersebut bertepatan dengan
sukatan pelajaran yang sedia ada.
Banyak kelebihan bahan ini, jika digunakan
secara betul jadi guru perlu selalu memantau
pergerakan murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung.

Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat
mudah faham kerana mereka akan tertarik
dengan grafik yang ada pada bahan ini secara
tidak langsung telah menarik perhatian
mereka.
Selain itu murid-murid mudah untuk
mengulang kaji perkara yang telah dipelajari
dan guru juga mudah untuk membuat
suntingan sekiranya guru mendapati terdapat
perubahan yang perlu dibuat.

Secara keseluruhannya kelebihan penggunaan
bahan teknologi maklumat ini adalah banyak
berbanding kelemahan yang ada.
Walau bagaimanapun kelemahan yang ada
akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya
pengisian yang menarik daripada guru
dihasilkan.

Pemilihan dan Penghasilan Bahan
Kemahiran Menulis dan Mengeja
Keberkesanan sesuatu pegajaran turut
bergantung pada bahan sumber yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Bahan-bahan ini sama ada dihasilkan sendiri
oleh guru ataupun dibeli perlulah bersesuaian
dengan kumpulan dan keperluan murid.

Tujuan Pengunaan
Bahan-bahan Bantu
Belajar
Memberikan rangsangan dan meningkatkan
tumpuan perhatian murid.
Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan
kefahaman murid.
Menjimatkan masa dalam pelaksanaan
pengajaran & pembelajaran.
Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid
dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Memberi keseronokan belajar dan keinginan
untuk berjaya dalam pembelajaran kepada murid.
Semasa merancang dan menyediakan
bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran untuk murid pemulihan,
anda perlu memberi perhatian kepada
beberapa aspek seperti berikut:

Umur murid
Masalah bahasa yang dihadapi oleh
murid
Tahap keupayaan intelek murid
Jangka masa bahan digunakan
Penggunaan secara individu, kumpulan
kecil atau secara kelas.

CIRI-CIRI BAHAN
Apabila anda menghasilkan bahan
bantu mengajar, anda harus
memastikan bahawa bahan sumber
tersebut menepati beberapa ciri
seperti yang berikut:

Menarik dari segi warna, saiz, bentuk dan
bentuk 3D
Berkesan dan sesuai dengan pengetahuan
dan kemahiran yang hendak di sampaikan
Kos penghasilan adalah tidak terlalu tinggi
Tidak membahayakan pelajar dan selamat
digunakan
Fleksibiliti (Mudah Alih)
Pelbagai Penggunaan
Kesesuaian Pembinaan dan
Penggunaan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran

Bahan yang
sesuai
Bahan yang
dipilih mestilah
mencabar
Menepati
objektif
Menarik Minat
Murah
Luwes
Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis sebenarnya
berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan
berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif
dan matlamat pengajaran bahasa Melayu.
Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran;
keadaan dan keselamatan murid-murid,
suasana dan kecenderungan pembelajaran
murid.

Bahan yang dipilih mesti mencabar
Tiga perkara penting dalam proses pengajaran,
iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah
laku.
Dalam hal ini, aspek rangsangan akan
menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya
mempengaruhi tindakan (tingkah laku)
seseorang.
Sehubungan itu, bahan yang pilih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu memiliki ciri-
ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan
mendorong minat murid-murid untuk belajar.
Bahan yang menepati objektif
pengajaran.
Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu
ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa
Melayu.
Oleh yang demikian, bahan yang dipilih itu
mestilah mempunyai potensi untuk
memperkukuh kemahiran berbahasa.
Selain itu, bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dipilih itu semestinya juga
mengandungi maklumat tertentu.
Bahan yang menarik minat murid-
murid
Bahan bantu belajar ini perlulah mempunyai
tarikan dari segi reka bentuk, saiz, ilustrasi dan
grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid
serta mengandungi arahan yang jelas.

Bahan yang jimat dan murah
Perkara penting yang perlu diberi
pertimbangan adalah kerana kewajaran
kosnya.
Guru digalakkan untuk menggunakan bahan
buangan (recycle) untuk menghasilkan BBB.
Boleh menguji kreativiti guru dan menjimat kos
Fleksibiliti
Dari segi boleh guna, mudah alih, ekonomik,
bahan boleh digunakan secara berulang kali,
bahkan boleh dimanfaat juga dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
lain.
Bahan yang bersifat luwes
Bahan yang boleh ubah cenderung untuk
diguna pakai dalam kalangan pelajar dan
antara mata pelajaran, kelas dan antara
sekolah dan wilayah.

Sekian, Terima Kasih

You might also like