You are on page 1of 15

BMMB3063

KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI


• Pembelajaran masteri merupakan suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang memastikan
semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
• Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang
mencukupi dan dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.
• Pembelajaran masteri dilaksanakan berasaskan
beberapa sebab:
a) Kebolehan dan keperluan murid yang berbeza
b) Pendekatan PdP sesuai dan berkesan
c) Menguasai ilmu, kemahiran dan sikap
PRINSIP
ASAS PM

Arahan
jelas

Masa Murid
mencukupi normal

Unit
pembelajar
an
LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN
MASTERI
1. Menentukan hasil pembelajaran (HP)
2. Menentukan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
3. Penilaian
1. MENGAPA MENENTUKAN HP
• Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai.
• Memberi tumpuan dalam penguasaan HP.
• Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu
mengajar (BBM).
• Membantu membina ujian formatif dan sumatif.
2. PENENTUAN PdP
• PdP menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah iaitu:
o Inkuiri
o Konstruktivisme
o Pembelajaran kontekstual
o Pembelajaran interaktif
o Pembelajaran koperatif
o Eksperimen
o Perbincangan
o Simulasi
o Projek
o Kajian lapangan
3. MENGAPA PERLU PENILAIAN DALAM PM
• Mengesan pencapaian murid.
• Mengenal pasti jenis murid.
• Mengesan sama ada HP telah dikuasai atau belum.
• Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam
sesuatu unit pembelajaran.
• Menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan.
• Menentukan keberkesanan kaedah PdP.
PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

• Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu


program atau aktiviti luar bilik darjah yang
terancang dan berstruktur.
• Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk
menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan
kurikulum sekolah.
• Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran
yang progresif.
• Terdapat tiga Model PLBD iaitu Model PLBD 1
merupakan pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di
kawasan sekolah seperti makmal komputer,
makmal sains dan taman sekolah. 
• Model PLBD 2 pula ialah berhampiran kawasan
sekolah seperti taman permainan, kawasan
kampung dan luar pagar sekolah.
• Model PLBD 3 ialah pembelajaran jauh dari
kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)
merupakan satu lawatan yang terancang
dan berintegrasi ilmu). 
• Kawasan tersebut ialah kawasan sekolah lain,
taman sains, universiti, pusat sukan dan taman
rekreasi.
PERANCANGAN PLBD
• Perancangan PLBD dilakukan sebelum, semasa dan
selepas. 
• Sebelum PLBD
a) Menetapkan tujuan & objektif PLBD.
b) Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada
yang diperlukan untuk aktiviti PLBD.
c)  Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti
kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan
ibu bapa .
d) Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang
tujuan dan program PLBD.
e) Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya
senang dihubungi.
f) Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan,
peraturan dan tanggung jawab masing-masing.
g) Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada
murid.
h) Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti
lawatan.
i) Memahami keperluan-keperluan keselamatan. 
• Semasa PLBD
a) Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan
murid sentiasa terjaga 
b) Memberi bantuan bila diperlukan 
c) Mengalakkan murid menanya soalan untuk
mendapat maklumat 
d) Membuat pemerhatian secara langsung 
e) Mengumpul dan merekod maklumat 
f) Mematuhi peraturan-peraturan lawatan 
Berkerjasama dalam kumpulan 
• Selepas PLBD
a) Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid 
b) Membimbing murid membuat rumusan 
c) Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti
PLBD
d) Menyusun maklumat yang dikumpul 
e) Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan 
f) Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau
kumpulan lain 
g) Menyediakan laporan 
h) Menghantar / membentang hasil / laporan 
Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada) 

You might also like