You are on page 1of 1

Pengurusan bilik Darjah dan pengurusan hubungan

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.
Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid
supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik
darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya.
Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi
yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi dalam kelas
yang mempunyai pelbagai kaum. Bagi merapatkan lagi hubungan sesama murid, guru
bolehlah mencampurkan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk semeja. Hal yang
sedemikian adalah untuk mengalakkan komunikasi antara mereka di samping saling
mengenali budaya rakan yang pelbagai. Jika mereka sudah saling mengenali, mereka akan
saling menghormati antara satu sama lain.

You might also like