You are on page 1of 6

kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

ii) Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.



1.0 Pengenalan.
1,1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diwujudkan kerana masyarakat
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Semua kaum mempunyai budaya yang
tersendiri. Kepelbagaian ini kalau tidak ditangani dengan berhati-hati akan menimbulkan
pelbagai permasalahan. Satu mekanisme bahasa diwujudkan untuk penyatuan untuk
mengeratkan hubungan kekitaan seluruh rakyat Malaysia. Maka, menurut Zulkifley. Ramli
Md. Salleh & Rahim Aman, 2007, Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa
kebangsaan telah menjadi bahasa penyatu rakyat Malaysia.
1.2 Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menyebut
bahawa Bahasa Kebangsaan Negara ini ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam
apa-apa tulisan sebagaimana BAHASA KEBANGSAAN. Iaitu,
Bahasa tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang
kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara berdaulat yang lain.
Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan
ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.
Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan
sesuatu bangsa atau negara secara unik.
Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara
yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.
Bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa
kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara.
Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri.

2.0 Kepentingan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan kebangsaan.
2.1 Kerajaan telah merancangkan pembinaan bahasa Melayu dengan tujuan supaya
bahasa Melayu berkembang dan maju perananya yang utama sebagai asas kebudayaan
masyarakat. Bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran Negara.
Dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu
sebagai pengantar ilmu pengetahuan.
2.2 Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa
Melayu. Dasar Pelajaran Kebangsaan, mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan
dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid.
2.3 Maka kepentingan bahasa Melayu secara umumnya adalah sebagai bahasa
kebangsaan, sebagai bahasa rasmi, sebagai bahasa perpaduan, sebagai bahasa
pengantar,
sebagai bahasa ilmu dan sebagai bahasa komunikasi.

3.0 Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
3.1 Bahasa Melayu lama bertapak sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab,
politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak
bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan.
3.2 Ratusan ribu siswazah telah berjaya menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.
Ribuan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam
Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan
perdana tentang pelbagai ilmu mengunakan Bahasa Melayu.
3.4 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar digunakan tidak terhad kepada orang
Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia yang
berkeupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.
3.5 Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima
pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan
pesat sebagai bahasa pengantar.
3.6 Laporan kabinet 1985 menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan kaum di negara Malaysia serta menjadikannya
sebagai bahasa pengantar untuk memperoleh ilmu.
3.7 Kewajaran mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan untuk
berkomunikasi antara para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya dapat
diperkukuhkan lagi melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.
3.8 Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidkan
kebangsaan yang terlihat secara langsung melalui aktiviti sosial seperti sukan, olahraga,
kesenian , kerja-kerja kebajikan, gotong royong dan sebagainya.
3.10 Sifat kepelbagaian bahasa Melayu yang sempurna dan mempunyai pelbagai cara
dan gaya boleh diaplikasikan penyampaian, fikiran, perasaan atau pendapat boleh
dilahirkan dalam pelbagai cara demi mendapatkan kesan yang berlainan menjadikannya
sebagai bahasa pengantar yang murni.
3.11 Sifat keberkesanan bahasa Melayu juga berupaya memberikan maksud dengan
tepat dan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan sebagai bahasa pengantar.
3.12 Keindahan bahasa Melayu yang mempunyai kosa kata yang lunak didengar,
bertenaga, menarik dan dapat menyentuh hati kerana wujudnya kepelbagai laras dan gaya
bahasanya yang sinonim sebagai bahasa pengantar.

4.0 Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
4.1 Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang
menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga akan tanah air.
4.2 Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan,
pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat dan sebagainya.
4.3 Bahasa Melayu berkepentingan sebagai bahasa perpaduan kerana ianya menjadi
lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan.
4.4 Oleh kerana pihak kerajaan menyedari bahasa Melayu merupakan agen penyatuan
rakyat Malaysia, maka beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu telah diadakan sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.
4.5 Cendekiawan negara, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keunikan bahasa
Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah
lama wujud.
4.6 Ungku Aziz menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan
perpaduan negara agar lebih mantap dan ampuh. "Kalau kita ada sistem pembelajaran
dan pengajaran bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita dapat lahirkan pelajar
berwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum," katanya.
4.7 Perihal ini adalah seiring dengan Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan
kepada matlamat pendidikan adalah untuk menyatukan dan menekankan kepada
perpaduan.
4.8 Bahasa Melayu dapat menjadi agen untuk mengeratkan lagi perpaduan kaum di
negara ini dngan lebih mantap sekiranya murid dan pelajar dapat menguasai bahasa
Melayu dengan baik kerana ia boleh menyatukan masyarakat melalui komunikasi.
4.9 Bahasa Melayu sudah menjadi sejarah dan sebati dengan diri kita sebagai pendidk
di Malaysia. Bahasa Melayu tidak semestinya hak milik orang Melayu tetapi milik kita
bersama. Sebelum penjajahan barat ke atas bumi asia, bahasa Melayu sudah pun menjadi
lingua Franca yang menjadi bahasa komunikasi yang berdaulat.
4.10 Pelbagai suntikan dilaksanakan bagi mengubah persepsi sesetengah pihak yang
masih lagi tidak memahami fungsi bahasa Melayu sebagai agen penyatuan pelajar. Bulan
bahasa setiap diadakan. Kehadiran Muhyiddin pada satu program bahasa harus menjadi
isyarat keseriusan kerajaan terhadap kedudukan bahasa Melayu.

5.0 Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan
kebangsaan.
5.1 Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu kerana kesediaan
pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
5.2 kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan terkini akan tetap
kekal berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu dari pringkat akar umbi hinggalah ke
menara gading..
5.3 Jati diri orang Melayu dengan sikapnya yang optimistik mencerahkan lagi
pengusaan bahasa Melayu secara warisan dalam sistem pendidikan kebangsaan.
5.4 Bahasa Melayu dalam latihan perguruan telah dilaksanakan pada tahun 1957.
Kerajaan telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di pusat latihan
guru. Bahasa Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib kepada
para guru pelatih.
5.5 Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa Melayu amat penting
kerana sekolah menengah kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat berkembang
dengan pesat dan baik jika gurunya disediakan.
5.6 Sejak tahun 1958, Maktab Perguruan Bahasa telah melahirkan guru yang
berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dan bahasa pertama.
5.6 Pada tahun 1958, kursus pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
telah diadakan bagi penuntut di maktab dan di Pusat Latihan Harian untuk membolehkan
mereka mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah jenis
kebangsaan.
5.7 Bahasa Melayu mampu menjadi medium menyampaikan ilmu pengetahuan moden
iaituberfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk
memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu terkini.
5.8 Bahasa Melayu juga mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang
sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.
5.9 Bahasa Melayu juga mempunyai ciri keilmiah iaitu berkeupayaan menyampaikan
buah fikiran dan hujah dengan tepat serta berkesan secara mudah bagi penggunaan laras
saintifik. Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata.
Kesempurnaan bahasa Melayu juga terserlah dengan ada ciri-ciri kestabilan, kelenturan,
kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan bahasanya sebagai medium penyebaran ilmu.

6.0 PENUTUP
Berdasarkan keterangan di atas, jelas menggambarkan peri penting peranan bahasa dalam
membina tradisi keilmuan, maka Bahasa Melayu harus diletakkan sebagai bahasa saintifik
serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda
negara. Kita juga harus ingat bahawa bahasa Melayu ini bukan sahaja berperanan sebagai
bahasa saintifik malah sebagai satu wahana buat masyarakat Malaysia menyatupadukan
pelbagai kaum dalam usaha mencapai perpaduan nasiona. Harus diakui bahawa sesuatu
bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa ilmu.

BIBLOGRAFI
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Hassan Othman. (1997).

Tranformasi Masyarakat dalam Konteks Pembinaan Negara bangsa Malaysia. Dalam M.
Yaakob Johari. (ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era Kebangkitan
Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Ahmat Adam. (1997). Budaya Popular dan Sepunya Dalam Konteks Pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Dalam
M. Yaakob Johari.(ed). Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia dalam Era
Kebangkitan Asia. Kota Kinabalu: Institut Kajian Pembangunan (Sabah).
Awang Sariyan. (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti
Faizal Othman. (1993). Pendekatan Bina Bangsa dalam Pengukuhan Tenaga Manusia
bagi Wawasan 2020. Dalam Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib.(ed). Wawasan 2020.
Kuala Lumpur:
Institut Kajian Dasar. Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah,
Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010,
http://www.moe.gov
Kerajaan Malaysia. (1999). Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-
2000. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad Nik Safiah Karim. (1986).
Bahasa Melayu Persoalan & Pergolakan. Kuala Lumpur: Gateway Publishing House Sdn
Bhd. Rustam A. Sani. (1993). Melayu Baru dan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Disributors Sdn.Bhd. Sumber Internet : http://mohdisa-
abdrazak.blogspot.com/2009/11/peranan- bahasa-malaysia-sebagai-bahasa.html
v.my/tayang.php?laman=lihat_ info&info=pengumuman&id=292&bhs=my. Diakses pada 30
Januari 2010 BUKIT BRONGA,SEMENYIH. 406
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Bahasa_dan_Pustaka) Diakses pada 30 Januari 2010
Posted by Cikgu Rozali Rajab at 11:03
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels:




Rujukan

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 (Pindaan dan Peluasan).
Akta Pelajaran 1961.
Akta Pendidikan 1996.
Awang Had Salleh. (1980). Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.
Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional,
hlm 70-71.
Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.
Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 14-19.
Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah Bahasa Kebangsaan Melalui Pemahaman
Perlembagaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 6-9.
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa, hlm 26-29.

You might also like