You are on page 1of 17

ANALISIS SKRIP Asrafee Aslee

(DRAMA DALAM PENDIDIKAN) Nurul Hasmira


TEMA
Tema ialah gambaran tentang gagasan, fikiran atau
persoalan pokok yang menjadi tunjang sesebuah cerita
atau persoalan utama yang diutarakan atau
dikemukakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun
isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh
pengarang.
Tema ialah persoalan pokok yang diberikan penekanan
oleh pengarang sesebuah karya. Terdapat hanya ada
satu tema dalam sesebuah drama
PEMIKIRAN
1. Pemikiran ialah persoalan pokok atau persoalan utama
yang menaungi sesebuah karya drama. Dengan kata lain,
pemikiran dalam drama dapatlah disama erti dengan tema
dalam cerpen atau novel.
2. Dalam sesebuah karya drama,hanya terdapat satu sahaja
pemikiran. Maka, oleh sebab itulah pemikiran dirumuskan
sebagai tema utama yang menaungi seluruh karya drama
tersebut.
3. Lazimnya, pemikiran sesebuah karya drama terdiri
daripada kasih sayang, pengorbanan, ketabahan,
kegigihan, kemasyarakatan, percintaan, kekeluargaan, dan
keagamaan
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak ialah pelaku yang mengembangkan tema, persoalan, dan
plot cerita. Perwatakan pula ialah sifat-sifat watak yang
digambarkan sama ada:

a) Secara langsung oleh pengarang sendiri iaitu dengan


menceritakan sifat-sifat watak, keinginan, fikirannya, dan
perasaannya atau
b) Secara tidak langsung oleh pengarang iaitu melalui dialog,
fikiran dan aksi watak itu sendiri.
LATAR
Latar masa Latar tempat
- menunjukkan masa sesuatu - Menunjukkan ruang atau
peristiwa dalam sesebuah lokasi geografi sesuatu
karya itu berlaku dengan peristiwa dalam sesebuah
merujuk zaman dan tempoh karya itu berlaku, misalnya
masa, misalnya pada Zaman di kampong, di pekan, Kuala
Perang Dunia Kedua, zaman Lumpur dan sebagainya.
selepas merdeka, waktu pagi,
tengah hari, petang dan
malam. Tempoh peristiwa itu
berlaku pula mungkin
seminggu, dua bulan, tiga
tahun dan sebagainya.
Latar masyarakat
- Menunjukkan komposisi masyarakat yang diketengahkan
dalam sesebuah karya, dari segi bangsa, budaya, anutan
atau kepercayaan mereka, pekerjaan, pendidikan, nilai
yang diamalkan, dan sebagainya.
Plot ialah susunan peristiwa dalam
sesebuah karya yang bersandarkan
sebab dan akibat. Plot biasanya
terbahagi kepada empat bahagian iaitu: PLOT
a) Bahagian permulaan atau eksposisi - menampilkan watak,
latar, dan sebagainya bagi mencetuskan aksi-aksi watak.
b) Bahagian pertengahan atau perkembangan - watak-watak
saling berkonflik, menimbulkan masalah dan kerumitan.
c) Bahagian puncak cerita (klimaks) - Tumpuan yang maksimum
yang menimbulkan ketegangan daripada konflik yang tercetus
antara watak.
d) Bahagian peleraian – penyelesaian bagi semua konflik.
TEKNIK PLOT
Teknik plot ialah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk
menjalinkan cerita supaya menjadi lebih menarik dengan
menggunakan beberapa teknik seperti yang berikut.
a) Imbas Kembali – Peristiwa masa silam yang dikenang semula
dalam ingatan seseorang atau beberapa orang watak.
b) Imbas muka – Ramalan peristiwa akan datang terhadap
sesuatu yang akan berlaku pada diri seseorang atau beberapa
orang watak.
c) Monolog – Pengucapan watak secara bersendirian.
d) Monolog dalaman – Pengucapan batin watak.
e) Saspens – Perasaan ingin tahu.
f) Kejutan – Kemunculan peristiwa secara tiba-tiba atau tidak
disangka.
g) Konflik – Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak
dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman,
iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara
watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam
sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan
pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.
h) Dialog - Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau
lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak
inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang
berkaitan dengan tema.
i) Pemerian – Gambaran tentang latar, masa, masyarakat, watak
dan sebagainya.
JENIS GAYA BAHASA
Diksi Ayat
Bermaksud pemilihan dan Merujuk kepada cara
penyusunan kata-kata oleh pengarang membina dan
pengarang daiam karyanya menyusun ayat daiam
Harus memperlihatkan karyanya, misalnya ayat
kesesuaian kata yang dipilih pendek dan ayat panjang
dengan tema dan persoalan,
latar, watak, dan mesej
Personifikasi Simile
Dikenal juga sebagai Merupakan perbandingan yang
perorangan atau penginsanan menggunakan kata konkrit
Membawa maksud tindakan (boleh dihitung) dengan kata
pengarang memberikan sifat abstrak (tidak boleh dihitung)
manusia, sama ada dari segi Contohnya: perahu duka,
perasaan, perwatakan, atau ladang kesabaran
tindak-tanduk kepada
bendabenda mati, binatang,
idea, atau hal-hal yang
abstrak. Contohnya:
...matahari pagi bangkit
daripada selimut gunung,
benaknya mendandan sejuta
persoalan
Metafora Hiperbola
Membandingkan sesuatu Merupakan sejenis bahasa
dengan yang lain yang kiasan untuk menyatakan
lazimnya menggunakan dua sesuatu secara berlebih-lebihan
perkataan, iaitu satu daripada maksud yang
perkataan abstrak dan satu sebenarnya Contohnya: serihu
perkataan konkrit Contohnya: lautan sanggup diharungi
samudera hampa, lautan
fikiran
Sinkope Rima

Bermaksud penyingkatan Bermaksud bunyi akhir suku kata


pada tempat yang bersetentang
perkataan Contohnya: "Apa antara dua baris atau lebih daripada
dah jadi ni?" dua baris daiam puisi Terdiri
daripada rima awal, rima dalam,
dan rima akhir
CONTOH ANALISIS SKRIP Drama :
DRAMA…
SEKIAN TERIMA KASIH…

You might also like