You are on page 1of 13

DRAMA DALAM PENDIDIKAN (PRKA 3012)

Sejarah Perkembangan Drama


Kanak-Kanak
PENGENALAN
01 Drama kanak-kanak merupakan buku-buku drama
untuk kanak-kanak.

Di Malaysia, drama kanak-kanak dipercayai telah


02 wujud pada awal abad ke-20 selepas drama-drama di
Barat berkembang meluas.

Drama-drama tersebut telah disadur, diterjemahkan


03 oleh PKM (Persatuan Kanak-kanak Malaysia) malahan
turut dipentaskan serta disiarkan di kaca televisyen
serta di corong-corong radio.

04 Drama kanak-kanak dihasilkan dengan pelbagai tema,


motif, gaya dan stail mengikut perkembangan zaman.
PERKEMBANGAN DRAMA KANAK-KANAK
MENGIKUT TAHUN

Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun 1990-an


1950-an 1960-an 1970-an 1980-an sehingga kini
Tahun 1950-an

Pada awal abad ke-20 maka, pada tahun 1950-an drama kanak-kanak
diterbitkan dan dibukukan daripada hasil terjemahan drama Barat oleh
para penterjemah tempatan.

Tahun 1957 karya klasik Inggeris yang popular bertajuk “Macbeth” oleh
Shakespeare telah diterjemahkan oleh Hussien Ahmad ke dalam bahasa
Melayu penerbitan Syarikat Saudara Sinaran Berhad (Hadijah Rahmat,
2006:27).
Para penulis tempatan telah mula menceburi bidang penulisan drama kanak-kanak dan
bergiat menghasilkan drama.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk bekerjasama dalam mempertingkatkan
lagi taraf drama kanak-kanak di Malaysia.

menjadikan buku-buku drama kanak-kanak sebagai keperluan di sekolah-sekolah


rendah kerana drama-drama sedemikian dapat membantu perkembangan pendidikan
kanak-kanak.
melancarkan program peraduan menulis drama kanak-kanak yang terbuka kepada
semua pihak. Peraduan penulisan ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu, cerita
lakonan untuk kanak-kanak sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah.

Syarikat penerbitan lain khususnya, Syarikat Saudara Sinar menganjurkan peraduan


penulisan dan menerbitkan menjadi bahan bacaan untuk dipasarkan atau keperluan di
Tahun sekolah.

Contohnya, drama bertajuk “Mari Berlakon I” dan “Mari Berlakon II” merupakan hasil
1960-an daripada peraduan penulisan drama yang telah dianjurkan oleh pihak DBP yang
memenangi peraduan tersebut telah dibukukan dan diterbitkan pada 1967 dan menjadi
bahan bacaan yang penting.
Terdapat juga drama kanak-kanak yang berbentuk antologi iaitu pengumpulan
berbagai-bagai jenis drama seperti cerita yang berunsurkan kemanusiaan,
kekeluargaan, hiburan dan lain-lain yang dibukukan dalam satu buku.
Contoh drama kanak-kanak berbentuk antologi ialah drama “Panggong Kanak-
Kanak” dalam
siri pertama adalah disesuaikan sebagai bacaan kanak-kanak berumur sepuluh
tahun. Antara tajuk yang terdapat dalam drama ini ialah “Lili Kucing Suzi”, “Siapa
Bercakap Bohong I dan II” dan “Buat Baik Dibalas Baik”.
siri kedua dan ketiga adalah untuk kanak-kanak darjah lima dan enam. Contoh
tajuknya ialah “Biar Puteh Tulang”, dan “Kerja Baik Jangan ditangguh”
Berdasarkan siri yang disesuaikan mengikut usia kanak-kanak adalah secara
tidak langsung drama antologi tersebut mempunyai identiti yang tersendiri.
Tahun 1970-an
Kemunculan drama kanak-kanak yang berbentuk muzikal.

Lebih bersifat longgar berbanding drama tahun sebelumnya dan amat sesuai dibaca atau
dilakonkan oleh watak kanak-kanak kerana dapat menghiburkan pembaca atau penonton yang
terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak.

Peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam drama muzikal telah diselang-selikan dengan


diselitkan dengan unsur hiburan seperti unsur tarian, nyanyian lagu muzik.

Contohnya, drama muzikal yang bertajuk “Lagu Tiga Kupang” yang telah wujud pada 1970-an
dan dicipta oleh Abdul Aziz Abas.
Tahun 1980-an
Lebih bersifat Complete kerana lebih menekankan kepada isu-isu
01
permasalahan yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat sekeliling.

Contohnya, drama-drama yang terdapat dalam antologi “Lagu Anak Perawan”


02
yang dikumpulkan bersama-sama puisi moden, tradisional dan diterbitkan pada
tahun 1980-an.

Penerbitan antologi ini bersesuaian dengan pembacaan pelajar-pelajar Sekolah


03
Menengah Rendah yang berusia sekitar umur 13 tahun hingga 15 tahun.

Contoh drama “Kasih Tidak Terbeli”. Terdapat gambaran yang menyentuh emosi
04
kerana peristiwa dalam drama tersebut telah menimbulkan persoalan yang berkaitan
dengan kemiskinan, peperangan, keganasan walaupun temanya membawa unsur
kasih sayang.
Tahun 1990-an Sehingga Kini
Melahirkan drama kanak-kanak yang berbentuk tradisional dan moden.

Terdapat lukisan gambar hitam putih yang menarik perhatian kanak-kanak.

Antaranya, drama kanak-kanak yang berbentuk tradisional adalah


merupakan drama yang mengandungi cerita-cerita rakyat dan mudah
dikenali. Hal ini kerana, cerita-cerita tersebut sering kali diceritakan oleh
nenek moyang mahupun ibu-bapa kepada cucu-cucu dan anak-anak
mereka.

Cerita ini telah dibentuk menjadi sebuah drama dan mempunyai ciri-ciri
tersendiri tambahan pula menjadi bahan bacaan di Sekolah Rendah.

Contoh drama kanak-kanak yang berbentuk tradisional yang wujud pada tahun
1990-an ialah drama antologi “Drama Klasik: Untuk Tahun Enam”. Dalam drama
ini terdapat beberapa jenis drama bertajuk “Pak Belang dan Pak Kura”.
Drama ini sebenarnya ingin menyampaikan teladan kepada kanak-kanak
secara simbolik dengan menggunakan watak-watak binatang.

Perkara ini adalah berbeza dengan drama kanak-kanak berbentuk moden


yang lebih kepada hiburan.

Drama kanak-kanak yang berbentuk moden mengandungi unsur-unsur moden


yang menggalakkan kanak-kanak akan berfikir dengan lebih jauh dan
berimaginasi.

Contohnya, drama “Mimpi Yang Amat Menyeramkan” yang terdapat


dalam antologi “Drama Moden: Untuk Tahun Lima”.

Walau bagaimanapun, tema yang terdapat dalam kedua-dua bentuk drama ini
adalah masih membawa tema kemanusiaan walaupun drama kanak-kanak
berbentuk moden lebih bersifat hiburan.

Di samping itu, bahasa yang terdapat dalam kedua-dua bentuk drama ini adalah
ringkas dan mudah kerana untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
berusia sebelas dan dua belas tahun.
PENUTUP
Perkembangan drama kanak-kanak telah mengalami
perubahan dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain.
Perubahan yang ditonjolkan dalam sebuah drama itu mengikut
tempoh tertentu telah memberi satu tanda kepada dunia
kesusasteraan bahawa dunia drama kanak-kanak akan terus
berkembang menjadi sebuah genre yang penting dan setaraf
dengan genre lain.
Sekian,
Terima Kasih

You might also like