You are on page 1of 8

ASPEK KAJIAN KOMSAS

Sinopsis
1.     Sinopsis ialah suatu ringkasan keseluruhan cerita yang dibuat untuk mendapatkan
gambaran umum tentang sesuatu cerita atau perkara dalam sesebuah cerpen, drama, dan
novel.
2.     Sinopsis sangat penting bagi pembaca untuk membuat penilaian tentang kekalutan
cerita yang hendak disampaikan.
Tema
1. Tema ialah idea dasar atau persoalan utama yang menjadi dasar penceritaan.
2. Tema dinyatakan secara langsung (eksplisit) dan secara tidak langsung (implisit). Tema
akan diperoleh apabila seseorang itu membaca keseluruhan cerita dalam sesebuah karya.
3. Terdapat satu tema sahaja dalam sesebuah karya.
Persoalan
1.      Persoalan ialah sesuatu hal atau perkara kecil yang hendak diperkatakan dalam
sesebuah genre sastera dan mempunyai kaitan dengan tema.
2.     Dalam novel, terdapat persoalan yang sangat banyak berbanding dengan cerpen.
Kesimpulannya, semakin panjang sesebuah karya, semakin banyak persoalannya.
3.     Persoalan yang timbul dalam sesebuah karya adalah untuk menghidupkan dan
memperkukuh tema.
Plot
1.      Plot ialah suatu susunan, jalinan, jalan cerita, atau peristiwa yang digambarkan dan
diceritakan berdasarkan sebab dan akibat.
2.     Plot boleh dibina secara urutan (kronologi) dan tidak secara urutan (tidak kronologi).
Plot terbahagi kepada dua, iaitu binaan plot dan teknik plot.
3.     Binaan plot ialah cara cerita itu disusun, mengikut bahagian, iaitu permulaan,
perkembangan, klimaks, dan peleraian.
4.     Teknik plot pula dikenal sebagai teknik penceritaan, iaitu bagaimana cara atau
kepelbagaian cara yang digunakan untuk mempersembahkan sesuatu cerita supaya
menarik.

TEKNIK PLOT HURAIAN


DIALOG Pertuturan atau perbualan antara watak dalam sesebuah karya sastera.

MONOLOG Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang atau watak bercakap
secara bersendirian seperti dalam bentuk rayuan, ratapan, doa, dan kata-
kata harapan.

MONOLOG Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang watak. Keadaan ini
menampakkan watak itu bertutur seorang diri dalam hatinya untuk
DALAMAN
menunjukkan adanya pergolakan jiwa, tekanan perasaan, dan kekalutan
fikiran.

IMBAS Suatu cara untuk mengenang kembali peristiwa atau kejadian yang telah
KEMBALI berlaku. Peristiwa ini dikenang melalui cara dialog, monolog, monolog
dalaman, dan pemerian.

IMBAS Suatu cara yang digunakan untuk memberikan gambaran awal atau ramalan
dan kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku.
MUKA
PEMERIAN Untuk menyatakan, menceritakan, atau memberitahu sesuatu perkara
dengan jelas atau secara langsung.

LAPORAN Suatu teknik memberitahu sesuatu perkara, mengadukan sesuatu


maklumat, atau menerangkan perkara.

KOLAJ Teknik yang memasukkan petikan surat, berita, puisi, dan lain-lain dalam
sesebuah karya.

KEJUTAN Unsur dalam sesuatu urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan
dapat menimbulkan ketegangan perasaan.

SASPENS Sesuatu keadaan yang dapat menimbulkan kegelisahan, teruja, cemas, dan
bimbang ketika menanti sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks.
Teknik ini digunakan sebagai cara untuk menimbulkan keadaan tertanya-
tanya dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca bagi menarik minat
mereka untuk meneruskan pembacaan hingga akhir cerita.
Watak dan Perwatakan
1.      Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, sama ada manusia ataupun makhluk lain
seperti haiwan atau tumbuhan.
2.     Perwatakan ialah lukisan dan paparan atau gambaran seseorang pelaku atau
watak dalam sesebuah genre sastera.
3.     Gambaran pelaku ini dibuat secara luaran atau dalaman. Gambaran secara luaran
adalah seperti bentuk, paras rupa, dan tingkah laku, manakala dalaman pula adalah seperti
perasaan, sikap, dan pemikiran.
4.     Watak boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:
(a)   Watak utama - watak penting yang menggerakkan cerita dalam genre sastera. Watak
ini difokuskan secara terperinci dalam cerita dan berkembang luas.
(b)  Watak sampingan - watak yang berperanan sebagai watak pembantu untuk
menggerakkan jalan cerita. Peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu
karya.
(c)   Watak dinamik - watak yang sentiasa berkembang dari segi aksi, pemikiran dan
penonjolan serta keupayaannya.
(d)  Watak bundar (bulat) - watak yang bersifat rumit dan berkembang kerana mengalami
pelbagai keadaan seperti konflik, suka, sedih tekanan, dan sebagainya.
(e)  Watak pipih - watak yang tidak rumit dan berkembang, tetapi sekadar sebagai
penonjolan dalam sesuatu genre sastera untuk memegang satu aspek atau peranan.
(f)   Watak protagonis (putih) - watak yang bersifat baik atau mempunyai nilai murni.
(g)   Watak antagonis (hitam) - watak yang sentiasa berlawanan dan bersifat jahat.
(h)  Watak statik - watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau tidak
berkembang dari awal hingga akhir cerita.
Latar
1.      Latar ialah keterangan tentang keadaan masyarakat, tempat, dan masa terjadinya
sesuatu peristiwa yang terdapat dalam sesuatu cerita.
2.     Latar sangat penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan,
tema, persoalan, dan plot.
3.     Latar masyarakat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, aksi, cara
hidup, amalan, agama, pekerjaan, dan pemikiran masyarakat yang berada di sesuatu
tempat dalam cerita. Binatang juga termasuk dalam latar masyarakat.
4.     Latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana, peristiwa, ciri-
ciri, dan sejarah di sesuatu tempat dalam cerita.
5.     Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu peristiwa yang berlaku
dalam sesebuah cerita. Masa itu meliputi aspek saat, ketika, waktu, jam, zaman, musim,
ataupun era.
Gaya Bahasa / Unsur Keindahan
1.      Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk
menyampaikan sesuatu perkara, maklumat, persoalan, dan pemikiran dalam sesebuah
karya sastera.
2.     Gaya bahasa sangat penting untuk menarik minat pembaca dan mewujudkan
keindahan bahasa dalam sesuatu cerita.

Gaya Bahasa

Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa
(a)  Diksi  Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
 Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan,
latar, watak, dan mesej
(b) Ayat  Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya,
misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c)    Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
Personifikasi  Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama
ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati,
binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
 Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,   
benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile  Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung)
dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
 Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e)   Metafora  Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-
kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
 Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f)   Hiperbola  Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-
lebihan daripada maksud yang sebenarnya
 Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g)   Sinkope  Bermaksud penyingkatan perkataan
 Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

(h) Rima  Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris
atau lebih daripada dua baris daiam puisi
 Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i)   Asonansi  Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
 Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair
kupenuhi hidupku
(j)   Aliterasi  Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
 Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun
kekuatan
(k)   Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
Pengulangan  anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa
Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah
mengimbau sorotan kitab ESA !
 epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had
sepiku
 repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga
dia berbunga
(l)    merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda,
Perlambangan keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih
mendalam
 contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

  

Gaya Bahasa Huraian


Retorik Penggunaan bahasa yang indah dan menarik serta sengaja dibuat-buat untuk
menarik perhatian umum, memujuk, atau mempengaruhi seseorang.
Bahasa asing Kepelbagaian bahasa selain bahasa Melayu.
Inversi Penggunaan ayat songsang. Contohnya, "Terletak di sini rumahnya" dan
"Belum lagi dia menerima kiriman itu."
Anafora Pengulangan diksi pada awal baris ayat. Contohnya, perulangan kata "yang"
dalam baris-baris sajak di bawah.
Yang akan kucatat
Yang akan kupetik
Responsi Pengulangan diksi pada bahagian tengah baris ayat. Contohnya, pengulangan
kata "ialah" dalam baris-baris sajak di bawah.
Engkau ialah pusaka moyang
Aku ialah pelayar yang dahaga
Epifora Pengulangan diksi pada akhir baris ayat. Contohnya, pengulangan kata
"tanah air" dalam baris-baris sajak di bawah.
sastera yang mewarnai tanah air
sastera membesarkan tanah air
Kata ganda Perulangan kata sama ada secara penuh, berirama, berubah, ataupun separa.
Contohnya, layang-layang, lelayang, dedaun, bukit-bukau, dan sebagainya.
Repetisi Perulangan ayat. Contoh:
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"
"Jangan bawa pergi anakku"
Sinkope Singkatan sesuatu kata seperti ku, kau, mu, tu, dan sebagainya.
Perlambangan Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan atau
peristiwa.

Unsur Bunyi
1.      Asonansi, iaitu pengulangan bunyi vokal dalam satu baris sajak. Contohnya,
pengulangan vokal u, iaitu maju ke ruang buku.
2.     Aliterasi, iaitu pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris sajak. Contohnya,
pengulangan konsonan n, iaitu kedinginan yang menerpa.
3.     Rima, iaitu unsur bunyi akhir pada setiap hujung baris dalam sesuatu rangkap.
Contohnya, rima rangkap di bawah ialah abcbdef.
Di pohon sana (a)
pada dahan pohon tualang (b)
lihatlah lebah-lebah (c)
sudah membuat sarang (b)
serangga yang cergas (d)
sentiasa hidup sepakat (e)
sikap yang terpuji (f)
Nilai

1. Nilai murni ialah suatu perlakuan atau tingkah laku positif seseorang yang dapat


memberikan kesan baik dan teladan kepada orang lain.

2.     Setiap nilai murni dalam cerita dapat memberikan kesan terhadap pemikiran,


perasaan, tingkah laku, dan perhatian kepada seseorang untuk memperoleh ciri-ciri nilai
murni dalam kehidupannya.

Antara contoh nilai ialah:

1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.

Pengajaran

Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan


oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.

Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam


karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.

Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda
dengan
-     Kita hendaklah ……..
-     Kita seharusnya…….
        Jika  nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita jangan….
-     Kita tidak boleh…. …diikuti dengan contoh dalam teks. 

You might also like