You are on page 1of 7

TEMA

Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh
pengkarya, sama ada cerpenis, novelis, penyair, atau penulis skrip drama bagi
mendasari karyanya.

Dalam upaya mengumpulkan, memilih, dan menyusun bahan-bahan bagi


sesuatu karya, temalah yang menjadi panduan kepada pengkarya.

Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas
tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.

Itulah sebabnya tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah
karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya.

Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya
keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, dan lainlain sebagainya.
PERSOALAN

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya
dengan tema.

Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan


memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

PEMIKIRAN

Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.

Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.

AMANAT

Amanat yang dikenal juga sebagai pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang
ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.

Dalam karya sastera tradisional, amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan
secara langsung oleh pengarang.

Dalam karya sastera moden, amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak
langsung.

B. WATAK DAN PERWATAKAN


Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti
haiwan, tumbuhan, dan sebagainya.

Dalam drama pula, watak ialah pelakon-pelakon yang menggerakkan plot sesuatu
drama itu.

Watak inilah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot karya yang
menjadi pemikiran pengkarya melalui aksinya, tindakannya dialognya, dan konfliknya.

Sesuatu watak akan diberi sifat-sifat tertentu, termasuk perangai dan pemikiran yang
dikenal melalui percakapannya, iaitu dialog disamping perlakuannya, iaitu aksi.

Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan inilah yang
dikatakan sebagai perwatakan pula.

Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa,
dan tingkah laku serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan,
sikap, dan pemikiran.

Biasanya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu
atau watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah bertentangan.

Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur ketegangan atau konflik, sesuai
dengan tema dan persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengkarya.

Watak dan perwatakan manusia atau makhluk apapun yang diwujudkan bukan saja
berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk mengubah
persekitaran atau suasana latar tempat watak itu berada.

Selain itu, watak dan perwatakan berfungsi juga untuk menyalurkan buah fikiran dan
pandangan hidup pengkarya serta untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu kepada
pembaca.

Jenis-jenis watak:

a) Watak utamaadalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada


umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya itu.
b) Watak sampinganadalah watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada
watak utama dalam sesuatu karya.
c) Watak hitam / antagonisadalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam
sesuatu karya.
d) Watak putih / protagonisadalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilainilai yang murni dalam sesuatu karya.
e) Watak bundaradalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan
secara terperinci.

f)
Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam
sesuatu karya.
g) Watak dinamikadalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya
berkembang dan sering berubah.
h) Watak statikadalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya
tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.
i)
Watak kodiadalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek
kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.

C. LATAR

Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang, dan suasana terjadinya sesuatu
peristiwa dalam karya.

Bagi drama pula, latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang prop.

Latar cukup penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan,
di samping mengembangkan tema, persoalan, dan plot.

Dalam drama, latar memainkan peranan yang penting untuk menerangkan di mana
dan bila kejadian serta peristiwa dalam drama itu berlaku.

Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masa, dan latar masyarakat
seperti yang berikut.

a)

Latar tempatialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita.

b) Latar masaialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan
dalam sesuatu cerita.
c) Latar masyarakatialah keadaan masyarakat di tempat cerita yang berkenaan
berlaku. Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya termasuklah agama, kepercayaan,
dan pekerjaan.

D. PLOT

Plot lazimnya didefinisikan sebagai penceritaan peristiwa dengan berdasarkan hukum


sebab dan akibat.

Ada juga yang mentafsirkan plot sebagai rentetan peristiwa yang bersebab, yang
dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri dengan peleraian.

Plot dalam drama ialah satu skema aksi dan plot ini berbeza daripada plot dalam
cerpen dan novel.


Perbezaan tersebut adalah dari sudut gerak aksi dan teknik-teknik dramatik pada
tahap pengelana, kemudian muncul perisitwa yang semakin meruncing, lalu melonjak
menjadi klimaks cerita dan akhirnya menemukan penyelesaian.

Berdasarkan tafsiran-tafsiran di atas, ternyatalah bahawa plot tidak boleh disamakan


dengan jalan cerita.

Jalan cerita sebenarnya merupakan kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu,
sementara yang menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot.

BINAAN PLOT

Binaan plot terdiri daripada bahagian pengenalan, pertengahan, dan pengakhiran.

a. pengenalanmerupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar, atau


konflik yang wujud.
b. Pertengahanadalah peringkat berkembangnya sesuatu konflik atau masalah itu hingga
sampai ke puncaknya.
c. Pengakhiranadalah peringkat berakhirnya sesuatu masalah atau konflik. Pada
peringkat ini sesuatu masalah sudah dapat diatasi atau diselesaikan.

Dalam pada itu, penyusunan plot yang melibatkan suatu peristiwa dengan peristiwa
yang lain tidak semestinya berurutan mengikut kronologi.

Plot boleh bermula dengan bahagian tengah atau bahagian akhir cerita dengan
menggunakan teknik imbas kembali.

Biasanya, teknik penyusunan plot yang menarik ialah yang urutan peristiwaperistiwanya tidak menurut kronologi.

Setiap cerpen pada umumnya hanya mempunyai satu plot yang merupakan plot
utama.

Hal ini demikian kerana dikongkong oleh bentuk dan ciri cerpen, iaitu pendek, padat,
dan ekonomis.

Jadi dalam cerpen, peristiwa utama yang membangunkan cerita ditonjolkan manakala
peristiwa-peristiwa kecil, jika ada, bertujuan melengkapi dan menghidupkan peristiwa utama
itu.

Untuk novel pula, selain mempunyai plot utama, terdapat juga subplot atau plot
sampingan.

E. GAYA BAHASA/UNSUR KEINDAHAN

Gaya bahasa atau unsur keindahan merupakan cara bagaimana seseorang pengkarya
itu menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan tema dan
persoalan dalam sesuatu karya yang menjadi pemikirannya.

Gaya bahasa atau unsur keindahan merangkum semua aspek bahasa seperti
pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa, pembinaan ayat, dan lain-lain
sebagainya.

Daripada gaya bahasa atau unsur keindahan yang digunakan oleh pengkarya, akan
terpancarlah keindahan pada karyanya yang dapat menarik perhatian pembaca.

DIKSI

Diksi secara mudahnya ialah pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen,
novel, drama, dan puisi.

Diksi yang baik terlihat pada :-

a. pemilihan kata yang tepat, sesuai dengan maksud tertentu yang ingin disampaikan oleh
pengkarya;
b. penggunaan kata yang munasabah yang dapat diterima sebagai penggunaan diksi yang
baik;
c.

penggunaan kata yang jelas dan khusus.

Dalam pada itu, pemilihan dan penggunaan kata ini seharusnya sesuai juga dengan
tema serta nada cerita.

Di samping itu, setiap kata yang dipilih haruslah dapat memberikan gambaran
tentang sesuatu peristiwa dengan tepat, jelas, dan berkesan.

Seterusnya, pemilihan dan penggunaan kata ini harus dapat juga menghidupkan dan
menerangkan watak serta perwatakan dalam karya.

Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

SIMILE


Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak,
ibarat, dan sebagainya.

METAFORA

Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan


kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya.

HIPERBOLA

Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan


sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

SINKOPE

Sinkof bermaksud penyingkatan perkataan.

PEMBINAAN AYAT

Dalam hal pembinaan ayat, ada berbagai-bagai jenis ayat yang digunakan oleh
pengkarya dalam karyanya.

Penggunaan pelbagai jenis ayat ini disesuaikan dengan tema dan persoalan,
peristiwa, situasi tertentu, watak, dan lain-lain sebagainya.

Pelbagai jenis yanat yang digunakan itu antara lain termasuklah ayat yang ringkas,
yang sederhana, dan yang kompleks.

Antara jenis-nenis ayat itu termasuklah ayat inti, ayat tanya, ayat pasif, ayat penegas,
ayat seruan, ayat gabungan, ayat pancangan, dan lain-lain sebagainya.

RIMA

Rima merupakan unsur gaya bahasa yang bukan saja terdapat dalam puisi tetapi juga
terdapat dalam tulisan berbentuk prosa, yakni cerpen dan novel.

Rima ialah keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau pada suku kata terakhir
dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi.

Dalam sesuatu puisi, rima yang terdapat pada baris akhir disebut sebagai rima akhir.

ASONANSI

Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.

ALITERASI

Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak.

PENGULANGAN

Unsur pengulangan berlaku apabila kata, ungkapan, baris, atau rangkap diulang
dalam sajak.

Ada dua unsur pengulangan, iaitu anafora dan epifora.

Anafora ialah pengulangan pada awal baris secara berurutan.

Epifora pula ialah pengulangan kata pada akhir baris.

PERLAMBANGAN

Perlambangan atau simbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan


sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa.

PERSONIFIKASI

Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan. Maksud


personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi
perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau
hal-hal yang lebih abstrak.

You might also like