You are on page 1of 4

Memahami Istilah Sastera

Asonansi pengulangan bunyi huruf vokal, iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam satu baris.

Babak bahagian utama dalam satu drama atau lakonan yang terdiri daripada adegan.

Bahasa istana bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

Bahasa kiasan pengg unaan kiasan atau perbandingan untuk menimbulkan kesan.

Bait bahagian dalam sajak, rangkap

Balada puisi naratif yang romantis

Cerita asal usul cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan
manusia

Cerita penglipur lara suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan oleh tukang cerita secara lisan

Cerita rakyat cerita yang dituturkan secara lisan dan terkenal dalam masyarakat
Melayu tradisional

Dialek loghat atau pelat daerah

Diksi pemilihan dan penggunaan kata-kata dalam penulisan

Drama karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, televisyen, atau sandiwara

Epifora pengulangan kata-kata pada akhir baris puisi untuk penegasan

Epik prosa atau puisi panjang yang mengisahkan kepahlawanan tokoh penting yang menjadi legenda
sesuatu bangsa atau negara

Episod sebahagian cerita daripada cerita yang lebih besar dalam karya sastera atau drama

Gaya bahasa susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan
persoalan dalam karya

Genre jenis, bidang, atau cabang sastera atau seni

Gurindam - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada dua baris maksud dan mempunyai
rima akhir aa
Hiperbola gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan

Imbas kembali teknik plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang terdahulu dan
dikenang atau diingat semula

Imbas muka teknik plot atau cerita yang memungkinkan pembaca meramalkan atau menjangkakan sesuatu
yang akan berlaku

Imej gambaran yang timbul kesan daripada penggunaan kata-ungkapan, dan ayat dalam puisi

Imejan bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera

Inversi keterbalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim

Klimaks/kemuncak bahagian dalam cerita yang paling menarik atau penting daripada
bahagian-bahagian lain

Konflik ketegangan atau pertentangan antara dua watak

Kronologi susunan atau urutan peristiwa mengikut masa

Latar keterangan mengenai waktu, ruang, atau masyarakat yang terjadinya sesuatu peristiwa itu berlaku

Latar masa gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu peristiwa itu berlaku

Latar tempat gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku

Latar masyarakat gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesuatu cerita seperti
pekerjaan, agama, amalan, sikap, dan sebagainya

Mesej segala yang berupa gagasan, pengajaran, amanat, atau teladan yang hendak disampaikan

Metafora sejenis bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu dengan menggunakan kata konkrit
dengan kata abstrak atau perbandingan langsung yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama,
persis, laksana dan macam

Monolog dalaman rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya dalam fikiran atau dalam
hati watak serta tidak disuarakan

Monolog pembicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau suara hati yang terluah tanpa
disedari

Nada perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya
tekanan suara

Paradoks pernyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan
pendapat umum yang realiti

Peleraian peringkat akhir dalam binaan plot dalam sesuatu cerita; penyelesaian suatu cerita dalam karya

Pengajaran suatu perkara yang berkaitan dengan nilai murni yang dapat mengajar manusia supaya berbuat
baik dan meninggalkan yang jahat

Pengulangan hal berulang-ulangnya kata, ungkapan, baris, atau rangkap

Persoalan perkara-perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarang bagi memantap tema

Personifikasi pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan
atau peristiwa.

Perwatakan gambaran sifat-sifat luaran dan dalam sesuatu watak

Plot rentetan atau urutan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat

Prosa sebarang bentuk tulisan atau karangan yang mempunyai corak atau gambaran yang tertentu

Puisi suatu bentuk tulisan yang berirama dan dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif
daripada penyair atau penyajak

Rangkap beberapa baris yang merupakan satu kesatuan dalam puisi

Repitasi pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan penegasan yang
dikehendaki

Responsi pengulangan kata di tengah baris pantun atau sajak

Rima keselarasan bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu baris puisi atau rangkap

Romantis nada yang perlahan dan penuh dengan kelembutan dan kasih saying

Sampiran pembayang maksud bagi pantun

Saspens unsure ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak
dalam cerita yang menyebabkan pembaca tertanya-tanya

Seloka puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya mempunyai bilangan baris maksud yang bebas dan
rima akhirnya juga tidak terikat.

Simbol lambang-lambang tertentu yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu maksud

Simile perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan
menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, macam dan persis
Sinkof penyingkatan kata

Sinopsis ringkasan cerita atau sesuatu perkara penting dalam sesebuah cerita

Subplot plot sampingan kepada plot utama

Sudut pandangan cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangkan sesuatu plot

Syair - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada empat baris maksud dan mempunyai
rima akhir aaaa.

Tema gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang

Watak pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya

Watak antagonis- watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama

Watak bulat/bundar watak yang aktif ,iaitu ada perubahan pada fikiran ,aksi ,atau
perwatakannya dari semasa ke semasa

Watak dinamik watak yang bergerak bukan saja dari segi fizikal tetapi juga dari segi
pemikirannya

Watak kodi watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat

Watak pipih/statik watak yang tidak menampakkan sebarang perubahan dari mula hingga akhir cerita

Watak protagonis watak utama ,iaitu watak dasar atau watak pusat yang berperanan penting dalam cerita

Watak putih watak yang senantiasa melakukan tindakan yang positif dan baik

Watak sampingan watak pembantu yang membantu watak utama dalam suatu cerita

Watak utama watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan menggerakkan
keseluruhan cerita.

You might also like