You are on page 1of 11

KONSEP SAJAK

DISEDIAKAN OLEH :
NURUL AKMAL BINTI BAKHARI

ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts


PENGENALAN
Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan 
berangkap , berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah
baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan
sebagainya.

Tema - Persoalan pokok atau persoalan utama yang


dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan
sebagai idea pusat atau idea dasar.Contoh - Perpaduan.

Persoalan
- Hal-hal yang dipersoalkan dalam sesebuah karya (sajak) untuk
memantapkan tema. Contoh persoalan – Hubungan kerjasama,
amalan saling menghormati dan perasaan muhibah antara kaum
yang menyokong tema perpaduan.
PENGENALAN

Sajak ialah hasil kreatif berangkap moden yang dapat dilihat bentuknya.
Panjangnya kira-kira satu muka surat dengan pecahan-pecahan baris dan bait
yang tersusun. Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan lihat dari kaca
mata luaran atau fizikalnya sebelum jauh menyelami kandungan sajak itu.

RANGKAP

 Selain 'rangkap', istilah-istilah lain yang digunakan untuk membicarakan


sajak ialah 'bait' dan 'stanza'.
 Istilah ini ada hubungannya dengan perenggan atau paragraf dalam karya
prosa tetapi mempunyai aturan sendiri.
 Paling minimum, sesebuah sajak mempunyai SATU rangkap.
 Ia boleh mencapai seberapa banyak rangkap.
BARIS

 Kita memahami bentuk sajak daripada baris-baris dalam sesuatu rangkap.


 Kita dapat mengenalpasti jumlah baris dalam rangkap-rangkap yang ditulis.
 Baris-baris itu memperlihatkan bentuk sebenar sajak.
 Jumlah baris dalam rangkap-rangkap boleh berbeza dalam sesebuah sajak.
 Monoton - hanya ada SATU baris dalam rangkap.
 Distikon - bentuk sajak yang mengandungi DUA baris dalam satu rangkap.
 Terzina - merujuk kepada sajak yang mengandungi tiga baris serangkap.
 Quatrain - sajak yang mengandungi empat baris dalam satu rangkap.
 Quint - sajak yang mengandungi lima baris bagi setiap rangkap.
 Sekstet - berasal dari kata six atau enam. Merujuk kepada sajak yang
mengandungi enam baris serangkap.
 Septain - sajak yang mengandungi tujuh baris serangkap.
 Oktaf - sajak yang mengandungi lapan baris bagi setiap rangkap
 Soneta- Sajak yang mengandungi empat belas (14) baris yang semuanya dengan
empat rangkap. Rangkap pertama dan kedua mengandungi masing-masing empat
baris. Rangkap ketiga dan keempat masing-masing mengandungi tiga baris.
SUKU KATA

 Bagi menentukan bentuk sesebuah sajak, perlu juga membuat


penelitian terhadap jumlah suku kata (syllable) dalam sesuatu baris
sajak.
 Dalam sajak tidak terikat kepada jumlah suku kata.
 Bagaimanapun, ada sajak yang secara tidak langsung terpengaruh
dengan jumlah suku kata. Ini dikaitkan dengan jumlah suku kata
yang terdapat dalam pantun dan syair.
 Jika sajak itu terpengaruh dengan bentuk puisi tradisi; dikatakan
sajak itu terikat( persis bentuk pantun dan syair)
RIMA

 Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara


pengulangan atau bertentangan yang terdapat pada baris-
baris puisi bagi bait-bait tertentu.
 Rima mungkin terdapat di awal, di tengah atau di hujung.
 Ia memberikan nada atau rentak yang menarik bagi
sesebuah puisi lama mahupun puisi moden.
 Rima Awal
o Rima awal terjadi pada suku kata awal setiap baris puisi lama atau moden.
o Rima ini bersamaan dengan istilah ANAFORA.
Contoh :
 
Jika engkau angin duka
Jika engkau merpati putih
Jika engkau laut terbuka
Jika engkau awan-gemawan berarak mesra
Jika engkau kali mengalir beriring ke kuala
Jika engkau bunga mentari di taman indah
Di luar diri: engkau adalah musuh
mimpi - jahat anak manusia
 Rima Akhir
o Rima akhir pula adalah berlawanan dengan konsep
rima awal, iaitu bunyi suku kata akhir dalam sesebuah
puisi sama ada secara bertentangan atau secara sama.
o Rima sama di hujung; dalam sajak disebut sebagai
EPIFORA.
o Contoh : Pulau pandan jauh ke tengah Gunung Daik
bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi
yang baik dikenang juga.
Terikat

 Terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi
tradisi khususnya pantun dan syair. Kedua-dua puisi tradisi ini kadang-kadang
mempengaruhi penulisan sajak mutakhir. Ia mempunyai ciri-ciri yang ketat dan syarat-
syarat yang perlu dipatuhi dari segi bait, rima, baris, suku kata dan sebagainya.
 
 Terikat kepada pantun
o Terikat kepada pantun dikatakan pada sajak-sajak yang dipengaruhi oleh semua atau
sebahagian daripada ciri-ciri dalam pantun.
o Dalam pantun, terdapat empat baris serangkap dengan rima akhir a/b/a/b/ atau
dalam pantun enam kerat rima akhirnya a/b/a/b/a/b/.
o Setiap baris dalam pantung mengandungi kira-kira empat perkataan atau lapan
hingga dua belas suku kata.
o Dalam sesuatu rangkap empat baris, baris pertama dan baris kedua dikatakan sebagai
pembayang maksud dan baris ketiga dan keempat sebagai maksud.
o Sesuatu rangkap pantung boleh berdiri sendiri dan membawa maksudnya secara
langsung.
 Terikat kepada syair
o Terikat kepada syair merujuk kepada sajak yang dipengaruhi sebahagiaan atau
sepenuhnya ciri-ciri syair.
o Syair mengandungi empat baris setiap rangkap dengan rima akhirnya sama iaitu
a/a/a/a/.
o Setiap baris mengandungi empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku
kata.
o Syair merupakan gambaran sesebuah peristiwa atau cerita.
o Syair jarang boleh berdiri sendiri bagi satu-satu rangkap tetapi ia bersambungan
antara satu rangkap dengan rangkap berikutnya.
o Cerita lama yang berbentuk syair ialah Syair Siti Zubaidah dan Syair Perahu.
 Sajak Bebas
o Bentuk bebas ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang boleh
diperhatikan dan dibuat perbandingan.
o Sajak-sajak yang ditemui mutakhir ini umumnya berbentuk
bebas.
 Sajak Visual
o Visual bermaksud pembentukan benda dalam sesebuah sajak.
o Selalunya sajak jenis ini tidak dimulakan dengan ayat-ayatnya
pada awal baris seperti kebanyakan sajak.
o Kadang-kadang, terbentuk suatu objek apabila disambung
susunan bentuk ayatnya.

You might also like