You are on page 1of 3

1.

ANALISIS SAJAK BENTUK SAJAK

2. Perkara-perkara yang perlu dihuraikan dalam menjawab soalan:- • Rangkap • Baris • Suku kata •
Rima • Terikat • Bebas

3. Rangkap• Istilah ini hanya digunakan untuk puisi.• Dalam prosa, perkataan rangkap tidak
digunakan sebaliknya perkataan perenggan atau paragraf lah yang digunapakai.• Rangkap paling
minimum adalah satu rangkap.

4. Contoh:Bagaikan anjing yang menunggutuannyakerana hanya seketul tulangyang dilekati Rangkap


1cebisan dagingBagaikan bangau-bangaumencintai Rangkap 2 Sajak inisungai kerana ikannya
mempunyai tigaDemikian manusia mengikat rangkapdirinyakerana sesuatu yangdicintainya Rangkap
3bagaikan kelkatu-kelkatuyang mennyambar api lilinia mati keranacintanyapada sinar lilin

5. Baris• Bentuk sebenar sajak dikenalpasti dengan mengetahui barisnya.• Baris dikira mengikut
rangkap. (setiap rangkap dikira barisnya).• Jumlah baris bagi setiap rangkap menentukan nama atau
panggilan rangkap tersebut.

6. Monoton• Istilah yang digunakan bagi sajak yang hanya terdapat satu baris dalam serangkap.•
Teknik ini jarang kita temui namun pernah digunakan oleh Yusuf M.D. dalam sajaknya “Gadis di
Pantai” contohnya:Kini di pesisir pantai yang mengulum rindu geloraDan sepoi bayu yang
menyapaGadis di pantai berpesan jua‘Oh! Gelora akan sepikahHati yang rindu ini ke pelabuhan
sana?’ MonotonGadis di pantai rindu menunggu nur tiba.

7. Distikon• Perkataan ini berasal dari perkataan ‘dia’ yang bermaksd dua.• Istilah ini dugunakan
untuk menamakan sajak yang mengandungi dua baris dalam serangkap.• Contohnya sajak
“Sederhana Saja” oleh Masuri S.N:Dari Musim berlepas dengan kembang mengharum DistikonTanah
menerima rontokan bunga gugur tersenyum DistikonDari atas suara muzik suci mengiringSatria
berbakti dalam pertiwi terbaring

8. Terzina• Istilah ini merujuk kepada rangkap sajak yang mengandungi tiga baris serangkap.•
Contoh sajak yang mengandungi rangkap jenis ini adalah sajak oleh Usman Awang yang berjudul
“Dunia Sejahtera”:Sisa hidup ini akan kita pelihara,Dengan tanah bersama pohon menghijau indah,
TerzinaDi atas tulang yang kurus, daging dan darah.Sayang tanah yang sudah kerecikan api,Yang
lama bermula belum jua padam hingga kini, TerzinaMeski tawaran damai pernah diberi.

9. Quatrain• Istilah yang digunakan bagi rangkap yang mengandungi 4 baris dalam satu rangkap.•
Perkataan ini berasal dari kata quarter atau atau satu perempat dalam bahasa Inggeris.• Bentuk ini
terdapat dalam sajak “Senja di Desa” oleh Masman:Wajah senja berkilau-kilauan QuatrainSungai
Jengal beralun tenanglumba-berlumba bergalah sampanriang petani berdayung pulang.

10. Quint• Istilah ini adalah bagi rangkap yang mengandungi lima baris dalam satu rangkap.•
Contohnya sajak “Oh Tuhan” oleh Pungguk:Oh Tuhan…?Anugerahilah cinta-MuKe sanubari setiap
ronggaku QuintSudah bertahun aku tersemuSesak nafas lidahku kelu.

11. Sekstet• Istilah ini berasal dari perkataan Inggeris iaitu six atau enam.• Bentuk ini merujuk
kepada sajak yang mengandungi enam baris serangkap.• Contohnya sajak “Kemelut” oleh A.Samad
Said:• Bila diplomat bercanda di puncak• Bersama roket yang sedia meledak• Malam ini atau subuh
nanti Sekstet• Tak usah kita berdoa juga menadah• Bunga atau peluru terpaksa diterima dahulu•
Kerana suara kita, ya, angin timur diburu.

12. Septaim• Septaim ialah rangkap yang mengandungi tujuh baris dalam serangkap.•Contonya
sajak “percakapan antara dua buah benua” karya Masuri S.N: Benua XBerapa lama kita telah
mengharungi mayaBertanyalah kau pada bulanPada bintang yang menyinar tertuju rata SeptaimAku
ingat pada setan yang menyapaKita manusia katanya mudah diperkosaAku sekarang serasa tidak
mahu percayaPada ayah pada kau pada siapa saja.

13. Oktaf• Istilah ini digunakan untuk rangkap yang mengandungi lapan baris dalam
serangkap.•Dalam sajak “Sumpah Sakti” oleh Sanusi Pane terdapat bentuk ini:Terdengar suara
kepada kami,Melayang di atas gempar dunia,Percaya datang zamannya nanti, OktafKaum marhaen
jadi mulia,Akan sama pembahagi harta,Orang semua mendapat nasi,Sehingga bumi jadi
sentosa,Tidak tahu perbantahan lagi.

14. Soneta• Sajak ini mengandungi empat belas baris secara totalnya iaitu rangkap pertama dan
kedua masing-masing empat baris dalam serangkap kemudian rangkap ketiga dan keempat masing-
masing mengandungi tiga baris dalam serangkap.• Soneta juga terdapat dalam sajak yang: -
mengandungi dua rangkap sekstet dan satu rangkap distikon, - mengandungi tiga rangkap quatrain
dan satu rangkap distikon, - mengandungi dua rangkap quint dan dua rangkap distikon.• Sajak
“Gembala” oleh Muhammad Yamin mengandungi unsur ini:

15. Perasaan siapa takkan nyala,Melihatkan anak berlagu dendang,Seorang saja di tengah
padang,Tiada berbaju buka kepala.Beginilah nasib anak gembala,Berteduh di bawah kayu nan
rendang,Semenjak pagi meninggalkan kandang,Pulang ke rumah di senjakala.Jauh sedikit sesayup
sampai,Terdengar olehku bunyi serunai,Melagukan alam nan molek permai.Wahai gembala di
segara hijau,Mendengarkan puputmu menurutkan kerbau,Mahulah aku menurunkan dikau.

16. Contoh: Rangkap iniBagaikan anjing yang menunggutuannya mengandungi limakerana hanya
seketul tulang baris dalam satuyang dilekati rangkap iaitu Quintcebisan daging Rangkap iniBagaikan
bangau-bangau mengandungi tigamencintai baris dalam satusungai kerana ikannya rangkap
iaituDemikian manusia mengikat Terzinadirinyakerana sesuatu yangdicintainya Rangkap inibagaikan
kelkatu-kelkatu mengandungiyang mennyambar api lilin sembilan barisia mati kerana dalam satu
rangkapcintanyapada sinar lilin

17. Suku Kata• Suku kata juga ada kalanya boleh menentukan bentuk sesebuah sajak.• Dalam
pantun dan syair terdapat kira-kira lapan hingga dua belas suku kata.• Dalam sajak tidak terikat
kepada jumlah suku kata.• Contoh suku kata itu adalah seperti berikut: 11 Suku kataPe/ra/sa/an/
si/a/pa/ tak/kan/ nya/la, 11 Suku kataMe/li/hat/kan /a/nak/ ber/la/gu /den/dang, 10 Suku
kataSe/o/rang/ sa/ja /di/ ten/gah/ pa/dang, 11 Suku kataTi/a/da/ ber/ba/ju/ bu/ka/ ke/pa/la.{Suku
kata paling pendek dan paling panjang perlu dinyatakan}.

18. Rima• Rima terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Rima awal Rima awal terjadi pada suku kata awal
setiap baris puisi samada lama atau Moden (dikenal juga dengan anafora). 2. Rima tengah Rima
berselang atau bertentangan bunyi pada suku kata di tengah-tengah baris. 3. Rima akhir Rima akhir
ialah bunyi suku kata akhir dalam sesebuah puisi sama ada secara bertentangan atau secara sama
(dikenal juga dengan epifora).

19. Contoh ketiga-tiga rima:•Rima awal:Dari mana punai melayang,Dari sawah turun ke padi;Dari
mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.•Rima tengah:Buah cempedak di luar pagar,Ambil
galah tolong jolokkan,Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.

20. •Rima akhir:Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung
tanah,Budi yang baik dikenang juga.

21. Terikat• Terikat bermaksud sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada unsur puisi
tradisi khususnya pantun dan syair.• Kedua-dua puisi klasik ini mempunyai ciri-ciri yang ketat dan
syarat-syarat yang perlu dipatuhi dari segi bait, rima, baris, suku kata, dan sebagainya. 1. Terikat
kepada Pantun 2. Terikat kepada Syair

22. Ciri-ciri sajak yang terikat kepada pantun:• Dalam pantun terdapat empat baris serangkap
dengan rima akhir a/b/a/b/. Ia disebut juga pantun empat kerat.• Setiap baris pantun mengandungi
kira-kira empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku kata.• Dalam sesuatu rangkap
ada empat baris, baris pertama dikatakan sebagai pembayang maksud dan baris ketiga dan keempat
sebagai maksud.• Sesuatu rangkap pantun boleh berdiri sendiri dan membawa maksudnya secara
langsung.

23. Ciri-ciri sajak yang terikat kepada syair:• Sajak yang dipengaruhi sebahagian atau sepenuhnya
oleh ciri-ciri syair.• Syair juga mengandungi empat baris setiap rangkap dengan rima akhirnya sama
iaitu a/a/a/a/.• Setiap baris mengandungi empat perkataan atau antara lapan hingga dua belas suku
kata seperti pantun juga.• Syair merupakan gambaran peristiwa atau cerita.• Rangkap syair jarang
boleh berdiri kerana antara satu rangkap dengan rangkap yang lain saling berkesinambungan.

24. Bebas• Sajak-sajak terkini rata-rata berbentuk bebas.• Bentuk bebas ini memiliki ciri-ciri
tersendiri yang boleh diperhatikan dengan jelas dan dibuat perbandingan.• Keseluruhan sajak yang
terkandung dalam buku Antologi sajak Cermin Diri adalah berbentuk bebas.

25. CONTOH MENERANGKAN BENTUK SAJAK CONTOH SAJAK CONTOH HURAIANBagaikan anjing
yang menunggutuannya Sajak ini ada tiga rangkap.kerana hanya seketul tulang Rangkap pertama
sajak iniyang dilekaticebisan daging mengandungi lima baris iaitu quint dengan baris pertama
menggunakanBagaikan bangau-bangaumencintai sembilan suku kata, baris kedua tigasungai kerana
ikannya suku kata, baris ketiga sepuluh sukuDemikian manusia mengikat Kata, baris keempat ada
lima sukudirinyakerana sesuatu yang Kata dan baris kelima mengandungidicintainya lima suku
kata.bagaikan kelkatu-kelkatuyang mennyambar api lilinia mati keranacintanya ………………………pada
sinar lilin

You might also like