You are on page 1of 22

1.

0 PUISI KESUSASTERAAN
Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia.
Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang
berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk
melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Puisi dalam konteks lain dikatakan
sebagai medium untuk berkongsi perasaan, idea dan sebagainya serta medium
untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain iaitu pendengar.
Menurut Awang Had Salleh (1989), puisi adalah karya sastera bertulis yang paling awal
ditulis oleh manusia. Antara pendapat tokoh seperti Abdul Halim Ali (2004), Harun Mat Piah
(1998), Siti Hajar (2009) dan tokoh-tokoh lain, mereka membahagikan puisi kepada dua
jenis iaitu puisi Melayu Tradisional dan puisi Melayu Moden.
Seterusnya, Siti Hajar (2009) meletakkan puisi sebagai satu karya yang
melambangkan pemikiran seorang iaitu penulis sama ada pemikiran yang bersifat terbuka
mahupun pemikiran bersifat umum. Dalam pernyataan beliau, Siti Hajar memperincikan
unsur-unsur yang terdapat dalam puisi iaitu :

perwajahan

imejan

diksi
unsur dalam
puisi

ritma / irama

gaya bahasa

Rajah 1. unsur-unsur dalam puisi

Perwajahan Puisi (Tipografi), adalah bentuk puisi seperti halaman yang


tidak dipenuhi kata-kata, tepi kanan-kiri, pengaturan barisnya, hingga baris puisi
KESUSASTERAAN MELAYU | 1

yang tidak selalu dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda titik. Hal
tersebut menentukan pemaknaan terhadap puisi.
Diksi ialah pemilihan kata-kata yang dilakukan oleh penyair dalam
puisinya. Oleh kerana puisi adalah bentuk karya sastera yang sedikit katakatanya dapat mengungkapkan banyak, perkara atau makna, maka setiap
pemilihan perkataan harus dilakukan secermat mungkin. Pemilihan kata-kata
dalam puisi sangat berkaitan dengan makna, keselarasan bunyi, dan urutan
kata. Puisi memiliki pemilihan kata yang khas, kata-kata dalam puisi tidak sama
dengan yang dipakai seharian. Penyair biasanya memilih susunan kata yang
indah, enak didengar, dan juga memiliki makna yang mendalam sehingga
pembaca atau pendengar dapat menikmati puisi tersebut.
Gaya

Bahasa merupakan

satu

penggunaan

bahasa

dengan

menghidupkan atau meningkatkan efek dan menimbulkan konotasi tertentu


dengan bahasa figuratif yang menyebabkan puisi menjadi prismatik, iaitu
memancarkan banyak makna atau kaya makna. Gaya bahasa disebut sebagai
metafora, anafora, simile, personifikasi dan sebagainya. Dasar daripada suatu
susunan puisi adalah bahasanya. Setiap penyair memiliki gaya bahasa yang
berbeza gaya bahasa ini menjadi pilihan penyair sesuai dengan pemikiran dan
perasaan semasa mengkaryakan suatu puisi. Terdapat beberapa hal yang
menyebabkan

perbezaan

pemilihan

kata

pada

puisi,

antaranya

adalah

perbezaan zaman, pengalaman hidup penyair, perbezaan tempat, budaya dan


sebagainya.
Ritma / Irama ialah persamaan bunyi puisi dibaik awal, tengah, dan akhir
baris puisi. Rima merangkumi Onomatope iaitu tiruan terhadap bunyi seperti /ng/
yang memberikan efek magis puisi. Selain itu, Bentuk intern pola bunyi seperti
aliterasi, asonansi, repetisi dan sebagainya sera pengulangan kata atau
ungkapan ritma yang merupakan tinggi rendah, atau panjang pendek bunyi
tersebut. Rima sangat menonjol dalam pembacaan puisi. Irama digunakan untuk
memperindah puisi sehingga nilai puisi tersebut baik untuk menarik minat
pendengar. Ritma / irama dapat dilihat dari setiap baris yang boleh dihayati oleh
pendengar melalui baris dalam satu bait.

1.1 PUISI TRADISIONAL

KESUSASTERAAN MELAYU | 2

Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan


berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa
berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan
sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan
logika. Penciptaan puisi oleh golongan bijak pandai Melayu adalah secara
anonimus, kolektif dan akumulatif dalam deretan perjalanan sejarah dan
perkembangan suatu masyarakat (Awang Had Salleh, 1989).
Puisi Melayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan
pemilihan kata dapat memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam
ingatan. Puisi tradisional juga merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman
berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan
peribahasa. Begitu juga dalam konteks sastera Melayu. Genre puisi misalnya
merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh
kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh daripada puisi tradisional seperti
nazam, seloka, syair dan gurindam menggabungkan antara estetika bahasa dan
ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu.

1.1.1 Ciri-ciri puisi tradisional


Puisi tradisional merupakan satu karya penulisan yang masih terikat oleh aturanaturan seperti jumlah kata dalam 1 baris, jumlah baris dalam 1 bait, persajakan
(rima) dan jumlah suku kata pada tiap baris serta irama. Puisi lama tidak
diketahui nama pengarangnya. Penyampaian dari mulut ke mulut, sehingga
menjadikan puisi sebagai sastera lisan. Selain itu, puisi tradisional sangat terikat
dengan aturan-aturan misalnya mengenai jumlah baris tiap bait, jumlah suku
kata mahupun rima.
Selain itu, puisi tradisional merupakan puisi yang berkisarkan cerita
rakyat. Puisi-puisi yang dikaryakan oleh pengarang yang tidak dikenali ini sangat
berkait rapat dengan kehidupan dan latar masyarakat yang hidup pada zaman
tersebut. Puisi tradisional terhasil daripada hasil pemerhatian atau ilmu
pengetahuan seseorang, contohnya pantun. Pantun pada dasarnya merupakan
puisi tradisional yang diguna pakai sebagai medium komunikasi. Selain itu, puisi
tradisional seperti pantun telah menjadi satu kemestian dalam adat perkahwinan
iaitu berbalas pantun antara pihak rombongan pengantin lelaki dengan pihak
pengantin perempuan semasa merisik dan berkahwin.
KESUSASTERAAN MELAYU | 3

1.1.2 Jenis puisi tradisional

Pantun
Pantun merupakan salah satu bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam

bahasa Nusantara sejak dulu kala. Pada awalnya pantun digunakan sebagai
media menyampaikan pesanan atau nasihat kepada orang lain. Namun seiring
perkembangan waktu, pantun sering digunakan sebagai media hiburan atau
budaya asli daerah. Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri
daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima
a,b,a,b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi
kepada dua iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. ecara ringkas,
pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada
empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813).
Contoh pantun :
tumbuh merata pohon tebu,

pergi ke pasar membeli daging,

banyak harta miskin ilmu,

bagai rumah tidak berdinding,

rima akhir

Syair
Syair merupakan salah satu puisi lama, syair berasal dari bahasa arab

yaitu Syi'ir atau Syu'ur yang artinya perasaan yang mendalam. Awal mula syair
berasal dari Persia dan masuk ke Indonesia bersama dengan agama Islam. Kini
syair mengalami banyak modifikasi seiring denagan perkembangan zaman
sehingga menjadi satu puisi yang dipelopori masyarakat Melayu. Antara ciri-ciri
syair termasuklah setiap bait terdiri daripada empat baris, setiap baris terdiri
daripada 8-14 suku kata, rima akhirnya a-a-a-a, semua baris adalah isi, dan syair
biasanya menggunakan bahasa kiasan.
Contoh syair :
Adalah raja sebuah negeri
Sultan Agus bijak bestari

a
a

rima akhir
KESUSASTERAAN MELAYU | 4

Asalnya baginda raja yang bahari

Melimpahkan pada dagang biaperi

Gurindam
Gurindam merupakan satu bentuk puisi lama yang terdiri daripada dua baris. Baris

pertama dipanggil syarat (protatsis) dan baris kedua dipanggil jawab (apodotis). Perkataan
gurindam merupakan bahasa sanskrit yang berasal dari India iaitu Kirindam yang
bermaksud perumpamaan. Gurindam adalah bertujuan untuk mendidik, menghibur,
menggambarkan masyarakat Melayu lama dan diguna pakai dalam majlis-majlis formal
seperti hari perkahwinan, upacara kerayaan dan sebagainya. Gurindam juga merupakan
puisi bebas yang tidak terikat seperti pantun dan syair yang mempunyai jumlah perkataan
sebaris tidak sekata, jumlah suku kata yang tidak tetap dan rima akhirnya a/a atau a/b.
Contoh gurindam :
Orang yang rajin membaca buku

Banyak ilmu ia tahu

rima akhir

Seloka
Sama seperti gurindam, Seloka ialah puisi tradisional Melayu yang berbentuk

bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap. Jumlah baris,
sama ada mempunyai irama atau pun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek,
menyindir, secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat
negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat. Menurut Harun Mat Piah (1998),
seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun
jenaka.kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka'. Seloka biasanya
ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih daripada
empat baris.
Contoh :
Sudah bertemu kasih sayang,
Duduk terkurung malam siang,
Hingga setapak tiada renggang,
Tulang sendi habis bergoncang.
Atau
KESUSASTERAAN MELAYU | 5

Orang selsema sakit berhingus,


Lubang hidung rasa terkambus,
ibarat laksana telur kemungkus,
Benci nak pandang, rasa cemus

Nazam
Nazam berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu

tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri.
Biasanya nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya
juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau
dinyanyikan

dengan

lagunya

yang

tersendiri.

Kebanyakan

lagu

nazam

bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan syurga


dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat.
Contoh :
Kami nama nazam ini mukadimah,
Bagi yang baru belajar ilmu Allah,
Kami harap bagi Allah Tuhan Esa,
Mana salah faham kami ampun dosa,
Ya Rabbana kami harap akan rahmat,
Dari dunia sampai kami ke akhirat,
Ya Rabbana bila sampai mati kami,
Dengan iman supaya kami tidak rugi,
Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena,

KESUSASTERAAN MELAYU | 6

Sampai sini nazam kami akhir kata,


Mana salah faham kami ampun dosa.

1.2 PUISI MODEN


Puisi moden adalah bentuk puisi yang bebas dari segi bentuk mahupun isi. Jenis
puisi moden tidak lagi terikat oleh aturan jumlah baris, rima atau ikatan lain
yang biasa digunakan dalam puisi lama atau puisi baru. Zaba (1993)
menyatakankan puisi moden adalah puisi-puisi yang wujud ketika masyarakat
telah mendapat pengaruh kebudayaan dunia, bukan hanya kebudayaan yang
berasal dari Barat tetapi juga kebudayaan Rusia, Perancis, Cina dan lain-lain.
Puisi moden atau puisi bebas tidak mengutamakan bentuk atau bilangan
baris dalam satu bait dan irama atau ritma tetapi lebih mengutamakan isi yang
ingin disampaikan oleh pengarang. Sehingga dapat disimpulkan bahwa puisi
moden adalah puisi yang tidak lagi terikat oleh aturan jumlah baris dan lebih
mengutamakan isi.

1.2.1 Ciri-ciri puisi moden


Puisi Melayu moden, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris,
perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Bentuknya
bebas tetapi mengutamakan ekspresi jiwa. Penulisannya puisi moden lebih
cenderung kepada aspek-aspek yang dapat dinilai dengan mata kasar iaitu dapat
dinilai secara tersurat oleh pengarang atau pembaca serta pendengar. Bentuk
penulisan atau tipografi puisi moden menjurus kepada keindahan bahasa yang
digunakan. Setiap kata atau bunyi diterjemahkan kepada makna yang lebih jelas
kerana puisi moden tidak menggunakan bahasa kiasan seperti puisi tradisional
atau

pisi

lama.

Puisi

moden

juga

membangkitkan imaginasi

dan

bernilai estetik iaitu mengandung keindahan atau seni bahasa yang digunakan.

1.2.2 Jenis puisi moden

Sajak
KESUSASTERAAN MELAYU | 7

Puisi moden yang terkenal terdiri daripada satu jenis sahaja iaitu sajak. Sajak
didefinisikan sebagai karangan bertulis yang berangkap dan satu-satunya genre puisi dalam
kategori Puisi Melayu Moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris,
perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Za'ba (1993)
mendefinisikan sajak sebagai karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang
cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Ini
bermakna sajak padat dengan imaginasi mental, pemilihan kata yang tepat dan metafora
kerana sajak kebiasaannya dikarang oleh penyajak berdasarkan pengalaman dan kisah
hidup untuk menyatakan perasaan dan isi hati seseorang khususnya para penyajak.
Selain itu, sajak juga menggunakan kemahiran bahasa yang tinggi seperti metafora
iaitu gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Selain itu, gaya bahasa yang biasa
terdapat dalam sajak termasuklah personifikasi, inversi, pengulangan, sinkop,
melankoli dan sebagainya. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi
dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu
bersifat konkrit, iaitu nyata (maujud) dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu
perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi
pembanding.
Contoh :
Pada Tanah Yang Indah A. Samad Said
Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih
aku sama menagih kemerdekaan kekasih,
dalam dada yang mesra tenang telaga cinta
aku janji setia membela tanah pusaka.
Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah
setapak tiada kurela untuk melutut kecewa,
biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya
untuk kekasih pusaka hatiku tetap rela.
Dalam lari berlari berbaja kasih di hati
azam besi berumbi: melebur penjajah di bumi!
Dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam
aku terlalu merindu fajar cemerlang menjelang.
Hati ini seluruh kasihkan kekasih sepenuh

KESUSASTERAAN MELAYU | 8

beri janji yang teguh hingga badanku luluh!

2.0 BANDING BEZA PUISI MELAYU TRADISIONAL DAN PUISI MELAYU MODEN
Jadual 1. Persamaan dan perbezaan Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden
PERSAMAAN

Pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif dari

seseorang penulis atau penyair.


Sebagai medium untuk berkomunikasi, mengungkapkan perasaan dan idea.
Mempunyai makna dan maksud tertentu.

PUISI MELAYU TRADISIONAL

PERBEZAAN

PUISI MELAYU MODEN

KESUSASTERAAN MELAYU | 9

susunan perkataan dalam bentuk

Puisi tradisional merujuk kepada

Karangan berangkap yang


digunakan untuk melafazkan

DEFINISI

karangan berangkap
Suatu bentuk pengucapan dalam

fikiran, idea dan perasaan dengan

susunan yang istimewa

dan menunjukkan kecantikan

berbanding dengan pengucapan

bahasa.

penggunaan bahasa yang indah

biasa seperti yang digunakan


dalam pertuturan sehari-hari
serta bahasa yang
mementingkan kebenaran daya
intelektual dan logika (Harun Mat
Piah, 1989:2).

Pantun
Syair
Gurindam
Seloka
Nazam

Terikat pada rima


Tidak menyebut nama penulis
Dibicarakan dari mulut ke mulut
Tidak bebas

disampaikan dalam bentuk


tersirat, pembaca perlu
memahami dengan baik agar
maksud yang ingin disampaikan

tidak disalahtafsirkan.
Menggunakan bahasa kiasan.

Sajak

Pengarangnya diketahui.
Tidak terikat jumlah baris,

rima, dan irama (bebas).


Berkembang secara lisan

dan tertulis (dibukukan).


Gaya bahasanya dinamik

(berubah-ubah).
disampaikan secara terus.

JENIS-JENIS
PUISI

CIRI-CIRI

BENTUK DAN

Makna yag ingin disampaikan

STRUKTUR

dapat difahami dengan mudah

tanpa sebarang bentuk kiasan.


Menggunakan bahasa baku
dan mudah difahami.

KESUSASTERAAN MELAYU | 10

DEFINISI
- merujuk kepada
susunan perkataan
dalam bentuk karangan
berangkap
- pengucapan dalam
susunan yang istimewa
digunakan dalam
pertuturan sehari-hari

BENTUK DAN
STRUKTUR
- disampaikan dalam
bentuk tersirat
- Menggunakan
bahasa kiasan.

JENIS-JENIS PUISI
- Pantun
- Syair
- Gurindam
- Seloka
- Nazam

PUISI
TRADISION
AL

CIRI-CIRI
- Terikat pada rima
- Tidak menyebut nama
penulis
- Dibicarakan dari mulut
ke mulut
- Tidak bebas

KESUSASTERAAN MELAYU | 11

DEFINISI
- Karangan berangkap
yang digunakan untuk
melafazkan fikiran, idea
dan perasaan dengan
penggunaan bahasa
yang indah dan
menunjukkan
kecantikan bahasa.

BENTUK DAN
STRUKTUR
- disampaikan secara
terus. Makna yag ingin
disampaikan dapat
difahami dengan
mudah tanpa
sebarang bentuk
kiasan.
- Menggunakan
bahasa baku dan
mudah difahami.

PUISI
MODE
N

JENIS-JENIS PUISI
- Sajak

CIRI-CIRI
- Pengarangnya
diketahui.
- Tidak terikat jumlah
baris, rima, dan irama
(bebas).
- Berkembang secara
lisan dan tertulis
(dibukukan).
- Gaya bahasanya
dinamik (berubahubah).

1.0 PENGENALAN
Takrif atau definisi kritikan sastera yang dipegang oleh setiap pengkritik sastera
adalah berbeza-beza. Umpamanya, Hashim Awang dalam bukunya Kritikan
KESUSASTERAAN MELAYU | 12

Kesusasteraan: Teori dan Penulisan, (1997) mentakrifkan kritikan kesusasteraan


itu merupakan suatu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang
sasterawan atau penulis sastera dengan cara yang beralasan serta bersistem
dan bertujuan untuk mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi
indah. Beliau juga mengatakan bahawa takrif bagi kritikan sastera itu ialah suatu
kegiatan untuk membuat penilaian, pertimbangan dan penganalisisan terhadap
sesebuah karya sastera.
Menurut Hashim Awang (1985) kritikan sastera merupakan suatu usaha
mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan
sastera merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.
Berdasarkan Glosari Istilah Kesusasteraan (1988 : 163) penjelasan terhadap
kritikan sebagai esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil
seni, biasanya sastera, dengan tujuan menentukan sifat yang dimiliki dan
menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau
sering digunakan. Kritik jauh lebih seirus, adil, dan bijaksana daripada ulasan.
Sementara kritikan pula merupakan cabang pengajian yang berhubungan
dengan hal-hal mendefinisi, mengelaskan, menghurai, dan menilai karya
kesusasteraan.
Sememangnya kegiatan kritikan kesusasteraan itu memiliki tujuan,
peranan, objektif serta fungsi yang tersendiri. Antara fungsi-fungsinya ialah
pertama, kritikan sastera sebagai penyumbang pengetahuan dan seterusnya
mengembangkan pengetahuan itu. Kedua, kritikan sastera itu memberikan
bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan
tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas. Ketiga, kegiatan kritikan
sastera boleh memperlihatkan antara karya sastera yang baik dan kurang baik.
Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif yang
lain, seperti puisi, novel, cerpen dan drama. Kritikan sastera mempunyai peranan
terhadap pembaca dan penulis. Kritikan sastera dapat membantu pembaca atau
khalayak memahami karya dengan lebih baik. Bagi penulis pula, kritikan dapat
membantu penulis menghasilkan karya yang lebih bermutu. Sama seperti
peranan kritikan terhadap hasil kesusasteraan dewasa, kritikan terhadap sastera
remaja juga penting kepada pembaca dan penulisnya.
Antara lain fungsi kegiatan kritikan sastera itu ialah kritikan sastera boleh
membantu pengarang mendidik masyarakat setelah pengarang mengetahui
KESUSASTERAAN MELAYU | 13

kegemaran dan kemahuan para pembaca, yakni jenis atau bentuk karya sastera
yang mereka minati dan ingini. Kritikan sastera juga dapat memberi keterangan
kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan
pembaca. Selain daripada itu dengan ada tulisan kritikan sastera, ia boleh
memberikan perangsang di samping mendidik orang ramai supaya lebih giat
membaca. Tulisan kritikan sastera juga berfungsi sebagai mengahapuskan
prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.
Dalam ilmu kritikan sastera, terdapat jenis-jenis kritikan. Ilmu kritikan
dapat dilihat dari dua penggolongan dasar iaitu Kritikan Teori dan Kritikan Amali.
Kritikan Teori ialah kritikan yang memperkatakan tentang istilah, konsep dan
pelbagai masalah yang berkaitan dengan soal-soal menilai, menimbang,
menafsir dan menganalisis. Manakala Kritikan Amali itu ialah kritikan yang
menggunakan atau menerapkan secara langsung prinsip-prinsip teori yang
diambil dari Kritikan Teori yang terberkenaan dan diaplikasikan kepada karya
atau pengarang sastera. Kemudian dari pembahagian utama itu tadi, jenis
kritikan sastera itu dapat dibahagi-bahagikan lagi. Antara jenis-jenis kritikan
sastera ialah pertama kritikan mimetik, kedua kritikan pragmatis, ketiga kritikan
ekspresif dan kritikan objektif.
Selain itu, antara teori kritikan yang biasa dianalisis oleh penulis atau
pengkritik sastera tergolong kepada beberapa jenis iaitu teori takmilah,
pengkaedahan, semiotik dan psikologi. Teori ini diguna pakai oleh para pengkritik
sastera bertujuan untuk dijadikan panduan kepada penulis mengenai minat dan
kemahuan pembaca tentang suatu penulisan sastera sama ada novel, cerpen
dan sebagainya.

2.0 PEMILIHAN NOVEL Sukar Membawa Tuah


Novel Sukar Membawa Tuah karya Suziana Che Will mengisahkan kehidupan Adit
sebagai seorang anak Orang Asli yang mundur dari segi pelajaran. Kampung
Bakai di kaki Bukit Lokan merupakan penempatan masyarakat Orang Asli suku
Jahut. Terdapat kira-kira 25 keluarga yang menghuni penempatan ini. Masyarakat
Orang di sini masih berpegang kuat pada kepercayaan tradisi dan kurang
berhubung dengan dunia luar. Mereka hidup dalam kemiskinan dan rumah yang
didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif, sekadar untuk berteduh siang
dan malam.
KESUSASTERAAN MELAYU | 14

Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada
hasil hutan untuk menyara keluarganya. Awal-awal pagi, Pak Katan telah
bersedia untuk ke hutan bersama-sama anaknya, Adit. Isterinya, Mak Tawi
menyediakan ubi kayu rebus dan air kopi pahit sebagai sarapan dan bekalan
mereka ke hutan. Sebelum ke hutan, Adit pergi ke sungai dahulu untuk melihat
belat yang dipasang untuk menangkap ikan.
Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untu
bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakat Orang Asli. Adit juga
menyatakan hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan. Adit teringat
akan cerita kawannya, Akeh yang menyatakan keseronokan bersekolah dan
timbul keinginan di hati Adit untuk turut bersekolah. Namun begitu, hasrat Adit
ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu meneruskan tradisi keluarga
dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa dan berdiam diri
semasa berada di rumah.
Perubahan Adit disedari oleh ibu bapanya. Akhirnya Pak Katan memahami
hasrat anaknya untuk bersekolah lalu pergi ke pekan untuk mendaftarkan
persekolahan Adit. Adit diterima oleh pihak sekolah tetapi malangnya Adit tidak
dapat tinggal di asrama kerana tiada kekosongan. Adit berasa kecewa lalu pergi
ke tebing sungai. Di situ, dia berjumpa dengan Tijah. Tijah berjaya memujuk Adit
supaya bersabar.
Suatu malam, ketika hujan lebat, Pak Katan menjumpai seekor rusa dara
yang cedera berteduh di bawah bangsal mereka. Pak Katan menjual rusa
tersebut

kepada

Ah

Tong

dan

wang

yang

diperolehi

digunakan

untuk

menampung perbelanjaan persekolahan Adit dan keluarganya. Ah Tong turut


menawarkan bantuan untuk menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari.
Walau bagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus bangun seawal
empat pagi dan pulang dengan menumpang lori balak. Adit rela demi menuntut
ilmu.
Pak Katan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh. Adit
terpaksa

belajar

bersama

murid

darjah

satu

walaupun

usianya

sudah

menjangkau sepuluh tahun. Namun, Adit tidak berasa malu. Selama dua bulan
Adit perlu bangun awal pagi dan pulang lewat petang kerana menumpang lori
balak Pak Atan. Lama-kelamaan, kesihatan Adit semakin merosot akibat

KESUSASTERAAN MELAYU | 15

kepenatan kerana menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan
pulang dari sekolah tetapi Adit tidak pernah bersunggut.
Pada suatu hari, Mak Tawi berasa berdebar-debar dan berasa seperti
sesuatu yang buruk akan berlaku. Sehingga lewat senja, Adit masih tidak pulang
ke rumah. Mak Tawi dan Pak Katan berasa sangat risau lalu meminta bantuan Tok
Batin Ahboi dan orang kampung untuk mencari Adit. Setelah empat jam mencari,
akhirnya mereka menjumpai Adit di dalam gaung dengan kecederaan parah
pada kaki dan kepalanya manakala Ah Tong pula telah meninggal dunia.
Adit terlantar selama dua bulan di hospital dan akibat kemalangan itu,
kakinya menjadi tempang. Namun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat
Adit untuk belajar. Akhirnya, Adit diterima untuk tinggal di asrama dan berkongsi
katil dengan Akeh. Adit telah memperolehi 3A dalam peperiksaan UPSR dan
ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Walaubagaimanapun, Adit menolak
tawaran itu kerana memikirkan keadaan ibu dan bapanya. Adit dan Akeh telah
membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, hidup mereka akan lebih
bermakna. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.

3.0TEORI KRITIKAN
Pengkritik sastera bertanggungjawab menghuraikan pengalaman pembacaannya
sesudah menghayati dan memahami sesuatu karya sastera. Tulisan kritikan
sastera menampilkan pengalaman dan pengetahuan pengkritik yang berusaha
sacara objektif menghuraikan, mentafsir dan memperjelaskan nilai teks atau
karya sastera. Pengkritik yang baik dan berwibawa dalam usaha meletakkan nilai
sesuatu karya itu, mengetahui poetika pengarang. Sastera dan kritikan sastera
saling

memerlukan

dan

saling

melengkapi

dalam

meningkatkan

dan

memertabatkan kesusasteraan bangsa.


Menurut

Othman

Puteh

(1999),

kritikan

sastera

terbahagi

kepada

beberapa jenis iaitu teori kritikan sastera tempatan dan teori kritikan sastera
Barat. Dalam pada itu, kedua-dua teori ini dapat disimpulkan kepada beberapa
jenis pendekatan kritikan lain seperti teori kritikan Takmilah, teori Pengkaedahan
Melayu, teori Semiotik dan teori Psikologi. Selain itu, terdapat banyak lagi teori
kritikan yang hanya terkenal dikalangan pengkritik sastera seperti kritikan

KESUSASTERAAN MELAYU | 16

sanjungan, kritikan teguran, kritikan saranan, kritikan pendekatan sosiologi,


serta kritikan penganalisisan dan penilaian (Othman Puteh, 1999).
Teori Takmilah merupakan teori yang dipelopori dalam bidang kritikan
sastera tempatan. Teori Takmilah menekankan aspek kritikan yang berkaitan
dengan ciri-ciri islam atau Islamic way iaitu mengaitkan tentang kebesaran
Allah dan mempunyai perkaitan atau hubungan dengan al-Quran dan Hadis (
Mohd. Rosli Saludin, 2007 ). Begitu juga dengan Teori Pengkaedahan Melayu, teori
ini juga merupakan teori yang berasaskan tempatan yang merujuk kepada
kebudayaan dan kehidupan masyarakat Melayu ( Hashim Awang, 1997 ). Teori ini
menceritakan tentang kehidupan masyarakat Melayu yang bergantung kepada
hasil hutan dan hasil lain seperti kraftangan, tembikar dan sebagainya.
Seterusnya, Teori yang berasaskan dari Barat merupakan Teori Semiotik
dan Teori Psikologi. Teori Semiotik adalah teori kritikan pascamoden yang
menekankan aspek satu disiplin ilmu sains umum yang mengkaji sistem
perlambangan yang merangkumi sistem bahasa, tetapi juga merangkum lukisan,
ukiran, fotografi mahupun pementasan drama atau wayang gambar.
Melalui pembacaan saya tentang novel Sukar Membawa Tuah karya
Suziana Che Will, terdapat beberapa aspek yang boleh dikritik dengan
menggunakan teori kritikan sastera sama ada teori tempatan atau teori Barat. Ini
kerana keseluruhan penulisan novel dapat disimpulkan dengan beberapa aspek
pendekatan yang digunakan dalam penulisan novel tersebut termasuklah aspek
sosiologi, aspek semiotik, aspek psikologi dan sebagainya.

4.0 KRITIKAN SASTERA YANG TERDAPAT DALAM NOVEL


4.1 Pendekatan Sosiologi
Kritikan Sosiologi merupakan satu jenis pendekatan dalam kritikan sastera yang
menilai karya dari aspek-aspek sosio-budaya, politik, dan ekonomi. Kesemua
aspek ini adalah sebagaimana yang ada dalam realiti kehidupan dan sering kali
didapati dalam karya sastera dalam dunia pengkaryaan. Pendekatan sosiologi ini
melihat hubungan antara pengarang dengan masyarakat seperti kedudukannya,
pengaruhnya dan status sosialnya. Selain itu, pendekatan ini juga melihat
pengaruh persekitaran (budaya, politik, sosial, ekonomi atau pendidikan)
terhadap diri dan penciptaan pengarang sesebuah karya. Selain itu, ia juga
KESUSASTERAAN MELAYU | 17

memperlihatkan reaksi atau peranan pembaca dan pengaruh pembaca terhadap


penciptaan karya sastera.
Kritikan yang menggunakan pendekatan sosiologi adalah tergolong
sebagai kritikan ekstrinsik iaitu mengandaikan sastera sebagai cerminan
kehidupan masyarakat, mendapat pengaruh dari masyarakat dan juga boleh
mempengaruhi

kehidupan

masyarakat

dan

pengarang

menjadi

anggota

masyarakat.
Dalam novel Sukar Membawa Tuah, aspek sosiologi banyak dipamerkan
dalam penulisan yang dikaryakan oleh pengarang. Antara aspek sosiologi yang
diterapkan oleh pengarang termasuklah aspek-aspek sosio-budaya dan ekonomi
masyarakat di Kampung Bukit Lokan. Contoh yang dapat menunjukkan sosiologi
masyarakat di kampung tersebut termasuklah satu petikan yang terdapat di
halaman dua iaitu :
Kampung Bakai di kaki bukit ini. Rata-rata penduduknya ialah
masyarakat orang Asli berketurunan Jahut. Kehidupan masyarakat
di sini masih mengekalkan cara hidup tradisi.
(halaman
2)
Petikan ini menggambarkan ciri-ciri masyarakat yang tidak mengabaikan
adat resam dan cara hidup tradisi nenek moyang mereka di samping bersamasama mengekalkan kehidupan yang harmoni sesama mereka.
Selain itu, pada halaman 16, situasi yang berbeza tetapi mempunyai
gambaran yang sama ditunjukkan oleh pengarang iaitu mengenai kehidupan
turun-temurun oleh nenek moyang. Petikan yang menyatakan Pak Atan yang
merupakan bapa kepada Adit bekerja sebagai pemungut rotan sejak usianya
sebaya Adit kerana mewarisi pekerjaan sejak turun-temurun. Dan kini, adit pula
dilatih untuk mewarisi pekerjaan tersebut dan bakal meneruskan pekerjaan
memungut rotan setelah ayahnya tidak mampu bekerja lagi.
Dalam karya Suziana Che Will, juga terdapat aspek sosiologi yang
berbentuk persaingan. Jika dilihat pada halaman 31, terdapat aspek sosiologi
iaitu menasihati antara satu sama lain iaitu kata-kata yang diucapkan oleh
pegawai penerangan yang pernah mengunjungi kampung tersebut bersama Unit
Tayangan Gambar Jabatan Penerangan.
KESUSASTERAAN MELAYU | 18

Dunia hari ini menuntut semua masyarakat mengejar ilmu


pengetahuan. Kerajaan menyediakan segala kemudahan yang
lengkap, rakyat harus merebut peluang ini menghantar anak-anak
ke sekolah. Generasi muda inilah yang bakal mengubah nasib kita
semua pada kemudian hari
(halaman
31)
Ucapan yang berbentuk nasihat itu menyedarkan Adit yang serba
kekurangan dari segi ilmu pengetahuan dan persekolahan serta kehidupan pada
masa akan datang tetapi, Adit segan dan enggan menyatakan hasratnya yang
ingin bersekolah. Ini bermakna terdapat sosiologi berbentuk nasihat antara satu
sama lain iaitu pegawai penerangan dan masyarakat kampung.
Selain sosiologi dari segi masyarakat, terdapat juga aspek sosiologi dari
segi ekonomi. Anataranya terdapat pada halaman 35, halaman 57 dan halaman
58.

Pada

halaman

35,

petikan

yang

melambangkan

sosiologi

ekonomi

masyarakat boleh dilihat dalam kalangan Adit dan peniaga-peniaga lain seperti
Ah Tong. Adit yang menjalankan jual beli dengan menjual hasil kutipan rotan
kepada Ah Tong menunjukkan terdapat sosiologi dari segi ekonomi antara mereka
iaitu berjual beli. Selain itu, terdapat juga aktiviti menangkap ikan dengan
adanya belat yang diletakkan di kawasan sungai bertujuan untuk mendapatkan
hasil hidupan seperti ikan dan lain-lain.
Pak Katan jangan susah. Pukul dua petang ada lori balak yang akan
masuk ke sini. Tentang perkara itu, Pak Katan jangan susah. Saya
akan aturkan.
(halaman
57)
Petikan

ujaran

yang

diucapkan

oleh

Ah

Tong

pada

halaman

57

menunjukkan terdapat aktiviti ekonomi seperti pembalakan dengan adanya


kenderaan seperti lori balak yang masuk ke kawasan kampung tersebut. Pada
halaman 58 pula, terdapat satu kegiatan ekonomi iaitu berjual beli yang
dilakukan oleh Adit dan Ah Tong iaitu berjual beli rusa yang dijual oleh Pak Katan
kepada Ah Tong.

KESUSASTERAAN MELAYU | 19

4.2 Teori Semiotik ( Teori kritikan Barat )


Teori semiotik adalah di antara teori kritikan pascamoden yang penting dan
banyak digunakan kini. Teori ini memahami karya sastera melalui tanda-tanda
atau

perlambangan-perlambangan

yang

ditemui

dalam

teks. Teori

ini

berpendapat bahawa dalam sesebuah teks itu terdapat banyak tanda dan
pembaca atau penganalisis harus memahami apa yang dimaksudkan dengan
tanda-tanda tersebut.
Semiotik adalah satu disiplin ilmu sains umum yang mengkaji sistem
perlambangan di setiap bidang kehidupan. Teori ini bukan saja merangkumi
sistem bahasa, tetapi juga merangkum lukisan, ukiran, fotografi mahupun
pementasan drama atau wayang gambar. Ia wujud sebagai teori membaca dan
menilai karya dan merupakan satu displin yang bukan sempit keupayaannya.
Justeru itu teori semiotik boleh dimandatkan ke dalam pelbagai bidang ilmu dan
boleh dijadikan asas kajian sebuah kebudayaan.
Dalam novel Sukar Membawa Tuah, pengarang ada melambangkan
beberapa situasi yang menunjukkan semiotik sama ada dari segi bahasa
mahupun

tanda

atau

gerak

badan

serta

pemikiran.

Jika

dilihat

secara

keseluruhan, unsur semiotik yang paling ketara dapat dilihat adalah bahasa yang
digunakan oleh Adit semasa bercakap dengan ayahnya Pak Katan. Adit
menggunakan bahasa sapaan dirinya sebagai saya apabila berkomunikasi
dengan ayahnya Pak Katan. Jika difikirkan dari segi nilai murni, seorang anak
tidak digalakkan menggunakan bahasa sapaan yang menunjukkan kebiadapan
seorang anak apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa daripada
kita khususnya ibu dan bapa. Antara contohnya termasuklah pada halaman 5
iaitu sudah, pak. Semalam lagi saya sudah siapkan tali itu .
Selain dari bahasa, terdapat juga kritikan semiotik dari segi perlambangan
yang dapat dilihat dari sudut sikap dan sifat Adit. Gerak gaya tubuh yang
ditunjukkan oleh Adit merupakan perlambangan dari segi aspek semiotik dalam
novel Sukar Membawa Tuah ini. Petikan yang terdapat di halaman 26 iaitu
petikan yang menyatakan Adit menundukkan mukanya dan tidak berani
bertentang mata dengan ayahnya. Manakala Pak Atan juga telah menunjukkan
sikap nya yang boleh melambangkan semiotik iaitu mempamerkan riak wajah
yang seperti ingin memarahi Adit kerana hasrat Adit yang ingin bersekolah.

KESUSASTERAAN MELAYU | 20

Adit menundukkan mukanya. Dia tidak berani bertentang mata


dengan ayahnya lagi. Raut wajah Pak Katan menggambarkan
perasaan marahnya.
(halaman
26)
Di halaman 26 juga, terdapat aspek semiotik yang melambangkan
pemikiran individu. Ini menunjukkan pemikiran yang tidak bersikap terbuka
diujarkan oleh Pak Katan mengenai kepentingan ilmu pengetahuan di sekolah.
tidak pernah ada dalam keturunan kita yang belajar di sekolah.
Selama ini kita masih boleh hidup. Hutan di sekeliling cukup untuk
memberikan hasil menampung hidup kita. Kau anak lelaki, bapa
mengharapkan kamu membantu ayah mencari rezeki. Kamu
sepatutnya belajar selok-belok hutan yang menjadi tempat kita
mencari rezeki
(halaman
26)

5.0 RUMUSAN
Menjadi seorang pengkritik bukanlah semudah yang dikatakan, seseorang
pengkritik mestilah mempunyai ilmu yang mendalam, kreatif, kritis serta
bertanggungjawab terhadap apa yang hendak dikritikkan. Penguasaan ilmu
memberikan satu kelebihan kepada pengkritik untuk menentukan apa jenis
kritikan yang ingin digunakan dalam kerja-kerja mengkritik. Peranan para
pengkritik amat penting dan kita mengharapkan para pengkritik dapat memberi
garis panduan kepada pengarang agar dapat menghasilkan suatu hasilan yang
bermutu tinggi yang boleh menjadi kebanggaan bukan buat dirinya juga
malahan masyarakat umumnya.
Secara generalisasi, berdasarkan novel Sukar Membawa Tuah karya
Suziana

Che

Will,

dapat

disimpulkan

bahawa,

kaedah

penulisan

secara

menyeluruh dalam novel ini merupakan kaedah pendekatan kepada sosiologi


dan semiotic. Di dalam novel ini, penulis iaitu Suziana Che Will banyak
menekankan aspek sosiologi yang berkaitan dengan masyarakat orang asli sama
ada dari segi perhubungan sesama mereka mahupun budaya dan ekonomi
KESUSASTERAAN MELAYU | 21

dalam kalangan masyarakat orang asli. Aspek sosiologi yang ditekankan dalam
novel Sukar Membawa Tuah ini dilihat amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat kampung yang tidak terlalu terikat dengan pergaulan yang bebas
seperti yang ditonjolkan oleh Adit yang hanya bergaul dan berinteraksi dengan
mana-mana pihak yang mempunyai ikatan dengannya sahaja. Selain itu, Adit
juga tidak terlalu berlebih-lebih dalam pergaulannya sama ada dengan ibu bapa
atau pun orang disekelilingnya.
Dari aspek semiotik pula, penulis banyak menggunakan perlambangan
terhadap suatu watak yang diceritakan dalam novel Sukar Membawa Tuah.
Aspek semiotik dari segi perlambangan dapat membantu penulis untuk
mengaitkan

ciri-ciri

atau

perwatakan

seseorang

yang

ingin

diceritakan.

Contohnya, penulis melambangkan sikap Adit yang tidak ingin menyakiti hati
kedua ibu bapanya dengan menggunakan bahasa tubuh sebagai perlambangan
iaitu Adit menundukkan muka ketika dimarahi oleh bapanya Pak Katan. Jika
dilihat pada era globalisasi ini, kebanyakan remaja akan mempertahankan
keinginan dan kehendak mereka sehingga sanggup melukai kedua orang tua
mereka sekiranya mereka tidak mendapat keistimewaan atau kehendak yang
mereka inginkan. Jelas sekali, penulis melambangkan sikap dan nilai murni yang
baik kepada pembaca supaya dapat dijadikan contoh teladan.

KESUSASTERAAN MELAYU | 22

You might also like