You are on page 1of 31

BMMB 1104

KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN
MELAYU
SOALAN TUGASAN

Tugasan 1: Penghasilan Produk (30%) - HPP1

Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka


merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu tradisi. Pada peringkat awalnya
puisi-puisi ini disampaikan secara lisan. Namun perubahan masa
menyebabkan puisi-puisi ini semakin dipinggirkan.

Bagi melestarikan karya sastera tradisional, anda dikehendaki menjelaskan


pengertian dan fungsi puisi tradisional dalam mencitrakan manifestasi akal
budi masyarakat Melayu secara infografik anyflip melalui penghasilan produk.
ISI KANDUNGAN
PUISI PANTUN SYAIR
TRADISIONAL Definisi Definisi
Maksud Jenis Jenis
Puisi Melayu Ciri / Bentuk Ciri
Tradisional Fungsi Fungsi
Contoh Contoh

GURINDAM SELOKA
Definisi Definisi
Jenis Jenis
Ciri Ciri
Fungsi Fungsi
Contoh Contoh
MAKSUD PUISI
Puisi merupakan suatu bentuk karya seni yang menggunakan bahasa secara kreatif
untuk menyampaikan perasaan, pemikiran, atau pengalaman. Puisi sering kali
mengutamakan penggunaan gaya bahasa yang kreatif, permainan kata, serta struktur
yang berirama dan bermelodi. Puisi boleh berbentuk bebas atau terikat, dengan ciri-ciri
seperti rima, sajak untuk memberikan kesan estetik kepada pembacanya. Menurut
Zaaba, (1965) mendefinisikan puisi untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa
yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.

Puisi terbahagi kepada dua jenis

Puisi Puisi
Tradisional Moden
PUISI MELAYU TRADISIONAL
Puisi ini dikatakan cerminan masyarakat Melayu lama
kerana menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang
statik dan terikat pada adat, peraturan, dan undang-undang
yang mesti dipatuhi.

Menurut Harun Mat Piah, (1989) memahami puisi melayu


tradisional ini seakan mengenali hati budi yang dimiliki oleh
sesebuah masyarakat itu.
Puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan
yang dapat memenuhi ciri-ciri karya sastera iaitu ciptaan
yang mempunyai nilai-nilai seni bahasa sebagai media.
PUISI TRADISIONAL

Pantun Syair

Gurindam Seloka
PANTUN
DEFINISI PANTUN
Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman-
berzaman lagi.
Menurut Nurul Ain (2011), pantun ialah sebuah satera rakyat yang digunakan dalam
masyarakat Melayu dengan pelbagai tujuan.
Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai
rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian
CIRI PANTUN
JENIS PANTUN BENTUK PANTUN
Mempunyai rangkap
Pantun nasihat Berbentuk terikat 4 baris serangkap
Pantun agama Pantun dua kerat 4 hingga 5 patah
Pantun kepahlawanan Pantun empat kerat perkataan sebaris
Pantun jenaka Pantun enam kerat 8 hingga 12 suku kata
Pantun nasib Pantun lapan kerat dalam sebaris
Pantun kiasan Pantun dua belas kerat Rima akhir a-b-a-b
Pantun peribahasa. Setiap rangkap pantun
Pantun perkenalan memilki kesantunan
Pantun persahabatan fikiran yang lengkap
dan sempurna.
FUNGSI PANTUN
Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan,
dan adat istiadat.
Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti
sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu
upacara atau majlis rasmi.
Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya
pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutamanya sebagai
gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu.
CONTOH PANTUN
PANTUN DUA KERAT

Daun senduduk dau semalu,

Marilah duduk jangan malu

Burung pipit burung kedidi,

Hinggap di pokok di tepi sawah;


PANTUN EMPAT
Jika hidup tidak berbudi,
KERAT
Ibarat pokok tidak berbuah
PANTUN ENAM KERAT

Jalan kaki berbatu-batu,


Pergi mencari si anak kuda,
Lepas lari terus hilang,
Ingatlah pesanan cikgu,
Tuntut ilmu selagi muda,
Bila tua barulah senang.
SYAIR
DEFINISI SYAIR
Syair ialah sejenis puisi berlagu.
Disadur daripada puisi Arab.
Menurut Za’ba ,syair berasal daripada perkataan ‘Syir’ ;
perasaaan dan pengenalan dengan pancaindera yang
selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan
pengalaman dalam bahasa yang indah.
Syair juga berasal dari Persia dan dibawa masuk ke
Nusantara bersama agama Islam (Nurul Laily, 2021)
JENIS SYAIR
Syair Panji- syair panji merupakan syair pelipur lara. Syair ini biasanya bertema
kisah pengembaraan dan peperangan serta terdapat unsur kisah percintaan

Syair Romantis-syair romantis berisi tentang percintaan yang biasanya terdapat


pada cerita pelipur lara hikayat maupun cerita rakyat.

Syair Kiasan- syair kiasan atau disebut syair binatang dan bunga-bungaan
menyampaikan pesan dalam bentuk kiasan. Isinya merupakan sindiran atau
kiasan terhadap suatu peristiwa.

Syair Sejarah-berdasarkan peristiwa sejarah. Sebagian besar syair sejarah berisi


tentang peperangan.

Syair Agama- merupakan syair terpenting serta dibagi menjadi empat iaitu syair
sufi, syair tentang sejarah Islam, syair riwayat cerita nabi dan syair nasihat.
BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR
Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan
dalam 2 atau 3 rangkap).
Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun).
Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris
terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12
suku kata dalam satu baris.
Syair dilafazkan secara berlagu, seperti lagu rakis, Siti Zubaidah,
bangsawan/purbawara, ulik mayang dil.
Keseluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud, isi, kisah, cerita atau peristiwa.
Isi syair berunsur nasihat, pengajaran, pesanan, Ilmu, pendidikan, keagamaan,
dakwah, sejarah, peristiwa dll.
Isi syair bersifat objektif atau kebenaran.
Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair
keagamaan.
FUNGSI SYAIR

Dapat mempersembahkan kepada pembaca tentang tokoh-tokoh


bangsawan yang banyak berjasa ketika beliau hidup.
Pembaca mampu dalam memberi gambaran kepada unsur alam
seperti haiwan dan tumbuh- tumbuhan.
Dapat mendidik pembaca dalam menerima nasihat dengan hati
terbuka.
Sebagai hiburan, ia sering digunakan dalam majlis tertentu seperti
pesta atau dalam upacara-upacara adat.
Syair juga digunakan untuk menyampaikan pengajaran melalui
cerita dan lagu.
CONTOH SYAIR

DENGAR SAHABAT SYAIRKU INI,


Syair nasihat seikhlas hati, SYAIR NASIHAT
Ceritanya tentang hidup kita ini,
Banyak cabaran harus hadapi.
Selama hidup hendaklah setia,
Supaya orang sentiasa percaya,
Buat baik sesama manusia,
Jahat durhaka jauhkan saja.
Bila berkawan jangan bergaduh,
Tiada guna bermusuh-musuh,
Jauhi sekali bersikap angkuh,
Tersisih hidup semakin keruh.
Walaupun kaya jangan menghina,
Kaya dan miskin sama sahaja,
Yang hina jangan ditambah hina,
Kerana hidup seperti roda.
SYAIR PENDIDIKAN Dengarlah wahai anak-anakku
Rajinlah belajar hingga
sepanjang masa
Ilmu tidak akan pernah habis
dieja
sebagai bekal untuk sepanjang
usia
Dengan ilmu engkau akan
terjaga
Dari suramnya waktu dan juga
masa
Cemerlang akan senantiasa
hadir
Menerangi dirimu di masa
dewasa
GURINDAM
DEFINISI GURINDAM
Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang
tidak mengandung sukatan yang tetap. Gurindam
yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri
daripada dua baris serangkap.

Gurindam mengandungi makna yang pelbagai dengan mengikut pandangan


tokoh masing-masing (Rozaidi Yusof, 2013).
Gurindam adalah bentuk puisi Melayu yang tradisional, biasanya terdiri dari
dua bait atau baris dalam setiap bait
Setiap bait biasanya mengandung nasihat moral, petuah bijak, atau pelajaran
hidup.
Gurindam sering kali digunakan sebagai sarana untuk menyampaikan nilai-
nilai etika, norma, dan kearifan lokal dalam budaya Melayu.
Puisi gurindam biasanya ditulis dalam bentuk pantun atau syair, dengan irama
yang khas
JENIS GURINDAM BENTUK
Gurindam berkait GURINDAM
Gurindam yang memiliki teks berkait
antara baris satu dan dua. Begitupun Gurindam ini terdiri daripada lapan
dengan baru selanjutnya terus berkaitan. belas rangkap.
Setiap rangkap mempunyai bilangan
Gurindam berangkai baris yang sama iaitu dua baris
Gurindam ini memiliki kata yang sama serangkap.
pada setiap dua baris. Jadi selain bunyi Gurindam ini ialah puisi terikat atau
konsonan sama, kata awal juga memiliki tidak bebas.
kesamaan. Bilangan kata dalam setiap baris
hampir sama iaitu antara tiga hingga
enam patah perkataan dalam
sebaris.
FUNGSI GURINDAM
Puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan
dan hiburan.
Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran
masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika
serta dayaintelektual masyarakat Melayu.
Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli
masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal
Gurindam berfungsi menyampaikan dakwah dengan tujuan
agar manusia melakukan kebaikan dan senantiasa
menghindari keburukan.
CONTOH GURINDAM

Siapa tak ingin sesat dunia Barang siapa tiada


akhirat. memegang agama,
Maka cepatlah taubat Sekali-kali tiada boleh
sebelum terlambat. dibilangkan nama.
Tapi siapa yang lekas Barang siapa mengenal yang
bertaubat sebelum kiamat. empat,
Maka didapatlah itu yang Maka ia itulah orang yang
namanya selamat. ma'rifat
SELOKA
DEFINISI SELOKA
Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka ialah perkataan yang berasal
daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh,
berjenaka atau menyindir.

Seloka dikenali semasa perkembangan agama Hindu di Asia.

Seloka ialah satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan


berangkap atau bahasa berirama

Seloka lebih merupakan kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan


yang mempunyai unsur jenaka, gurauan, ejekan dan sindiran.
JENIS SELOKA BENTUK SELOKA
Terdiri daripada lima
Seloka sindiran. rangkap
Seloka mengejek. Bilangan katanya dua hingga
Seloka menempelak. enam patah kata
Seloka nasihat. Terdiri daripada 7-14 suku
Seloka pengajaran. kata
Seloka khayal. Berbentuk bebas
Seloka gurau senda. Rangkap pertama ada 5
baris, kedua 7 baris, ketiga
5 baris, keempat 4 baris dan
kelima 2 baris.
FUNGSI SELOKA
Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya
iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan
ketatasusilaan.
Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat.
Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak
seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan
manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang
dan sebagai alat kawalan sosial.
Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap
seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak
Kaduk, Lebai Malang.
CONTOH SELOKA
Seloka Pak Kaduk :
Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk
KESIMPULAN
Tuntasnya, puisi Melayu tradisional ini memainkan
peranan yang penting dalam masyarakat Melayu. Oleh itu,
kita perlulah memartabatkan puisi Melayu tradisional agar
tidak ketinggalan zaman. Puisi Melayu tradisional juga
merupakan satu warisan seni budaya oleh orang Melayu
yang sangat bernilai.
RUJUKAN
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (1965). Ilmu Mengarang Melayu.


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurul Ain. (2011, Ogos 22). Definisi Pantun. Scribd.


https://www.scribd.com/doc/62830826/DEFINISI-PANTUN

Rozaidi Yusof. (2013, Mac 3). Makna Gurindam. Slideshare


https://www.slideshare.net/rozaidiyusof3/makna-gurindam

Nurul Laily. (2021, Desember 10). Pengertian Syair. Katadata.


https://katadata.co.id/safrezi/berita/61b2e9b33d9a1/pengertian-
syair-ciri-ciri-jenis-dan-contohnya

You might also like