You are on page 1of 8

TEROMBA

Definisi :
Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi.
Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan
ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan
serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-
undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan
mengamalkannya.

Ciri Teromba : (Adat Tonggak Nilai)

Dari aspek bentuk

a. Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat


b. Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap
iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris
serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6
baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap
enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris
serangkap.

c. Rima akhir teromba adalah tidak tetap

d. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1


hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:

Rangkap 1, baris 1 .. Tatkala


Rangkap 2, baris 16 Perempuan biasa berusahakan
benang dan kapas
e. Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di
antara 3 hingga
16 ukukata

Contoh,

R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata


R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan
ka/pas 16 sk

a. Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional


yang lain seperti penggunaan peribahasa

Contoh : Bulat air kerana pembetung


Bulat manusia kerana muafakat Rangkap 5

Hidup dikandung adat,


Mati dikandung bumi, Rangkap 5
Ciri dari segi isi :

Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma


hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat
yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang
melahirkan dan mengamalkannya.

Teknik penulisan :

Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat

i. Rangkap teromba :
Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap
iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris
serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6
baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap
enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris
serangkap.
ii. Jumlah perkataan sebaris :
Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1
hingga 6 patah perkataan sebaris
Contoh,
Rangkap 1, baris 1 .. Tatkala
Rangkap 2, baris 16 Perempuan biasa berusahakan
benang dan kapas /
iii. Jumlah suku kata sebaris :
Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara
3 hingga
Contoh,
R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan
ka/pas 16 sk

iv. Maksud teromba


Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup
masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang
diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri
Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih.
Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang
disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai puisi
adat.

Fungsi teromba
a. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau
sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui
adat, peraturan dan undang yang dibentuk.Dalam rangkap
2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti
mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan
setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas
mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan
kaum wanita.
b. Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

TALIBUN

Definisi :

Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek


atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara.

Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas)

Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara

Ciri-ciri :

a. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam


serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris,
jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang
seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima
tertentu.

b. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan


daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair
dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap
sebahagian daripada rangkap talibun.

c. Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan


di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di
dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian
kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan
perlukisan tersebut

d. Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan


pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks.
Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan
sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau
kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam
sesebuah cerita.

e. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam


pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja
wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga
pengulangan seluruh puisi tersebut.

SYAIR

1. Ciri-ciri syair

** Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris


serangkap. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair
mengandungi jumlah baris yang tetap.

** Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan


sebaris

** Suku kata syair sebaris ialah di antara lapan hingga sepuluh


jumlah suku kata.

** Syair mempunyai skema rima akhir baris a-a-a-a

** Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause).

** Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair


yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.Dengan
lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang
berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran,
nasihat dan puji-pujian. Sebab itulah syair ada awalan dan
akhirannya.

. Penggolongan jenis syair

a. Syair yang berupa naratif (cerita) termasuklah

Syair Sejarah cth. Ini Syair Potong Gaji

Syair Romantis cth. Syair Jeragan Budiman dan Jauhar


Manikam

Syair Simbolik/Kiasan cth. Syair Perahu

b. Syair yang berupa bukan cerita (non-naratif) termasuklah


Syair Agama cth. Syair Kiamat

Syair Nasihat cth. Syair Kelebihan Ilmu: Ilmu Itu Bekalan


Hidup

Syair Teka-teki

Fungsi Syair

a. Sebagai hiburan sesuai dengan sifatnya yang demikian


maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu
seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau
dalam upacara-upacara adat.

b. Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu


terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran
agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat,
puasa dan sebagainya. Kemerduan suara tukang lagu dan
kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan
seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.

c. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan


masyarakat/

d. Ketika sambutan maulud/

e. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian


tertentu seperti dalam dabus dan boria

f. Digunakan dalam adat perkahwina


DEFINISI TEROMBA
merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi.puisi ini
dikenali juga sebagi puisi adat.Adat yamg dimksudkan ialah Adat
minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norm-norma
hidup masyarakat khususnya tentang undung-undang adat yang
diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannnya

MAKSUD TEROMBA

Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat


khususnya tentang undung-undang adat yang diamalkan dalalm
kehidupan sosial masyarakat negeri sembilan yang melahirkan dan
mengamalkan adat perpatih .Oleh itu,teroba yang ditulas merupakan
susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai
puisi adat.

JENIS TEROMBA

TEROMBA MERISIK DALAM ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN


TEROMBA PERSEFAHAMAN DAN TOLONG MENOLONG
TEROMBA ADAT SEBENAR ADAT
TEROMBA TONGGAK NILAI

FUNGSI TEROMBA

1. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup dan


hidup masyarakat yang baik seta harmoni melalui
adat,peraturan,dan undangundang yang dibentuk
2. menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut
kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat
3. Uuntuk menggambarkan masyarakat yang mempunyai nilai
estetika

CIRI TEROMBA

sejenis puisi berbentuk bebasdan tidak terikat


mengandungi 7 rangkap
jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap satu mengandungi
14
rangkap 2 ,16 baris serangkap
rangkap 4,6 baris serangkap
rangkap 17,baris serangkap
rangkap 6,7 baris serangkap dan rangkap 7,9 baris serangkap
rima akhir tidak tetap
jumlah perkataan

CONTOH TEROMBA

PERSEFAHAMAN DAN TOLONG MENOLONG

Bulat air kerana pembentung


Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai benar seukur
Bulat segolek ,pipih selayang
Rundingan jangan selisih
mufakat jangan bercanggah

Tuan pada sekata


Berani pada seia
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Yang tidak ada sama dicari
Sama sakit,sama senang
Ke bukit sama mendaki
le luaran sama menuruni sama mengayun sama melangkah

Jika khabar baik diberitahu


Jika khabar buruk serentak didatangani
jika jauh ingat mengingati
Jika dekat temu menuruni

dapat sama labu


hilang sama rugi

You might also like