You are on page 1of 33

BMMB3033

KESUSASTERAAN
MELAYU
Habibu Morsili
Jabatan Pengajian Melayu
IPGK BATU LINTANG
PUISI MELAYU TRADISIONAL
 Puisi – jenis karangan berangkap
 Puisi tradisi – karangan berangkap- bersifat lisan atau tulisan yang
terhasil sebelum kedatangan bentuk-bentuk baharu dari Barat
(Inggeris) iaitu sajak (poetry)
 Pengkategorian/penjenisan puisi Melayu tradisional timbul kerana
jumlahnya yang amat banyak dan luas tersebar, terdapat sifat-
sifat atau ciri-ciri khususnya (struktur dan unsurnya)
 Pada sesebuah puisi Melayu tradisional ditemui persamaan dan
perbezaan aspek-aspek unsur dan strukturnya (bentuk)
 Ciri-ciri puisi tradisional :
1. Sebagai produks lisan/bertulis
2. Terbahagi dua : puisi rakyat dan puisi tradisional
3. Isi dan bentuk puisi tradisional lebih mudah; sementara puisi
istana (bertulis) lebih rencam dan isinya bersifat kosmopolitan
iaitu memperlihatkan wujudnya pertembungan pelbagai nilai
budaya seperti nilai budaya Hindu dan Arab Parsi
4. Isi puisi tradisional mengandungi nilai etika dan moral
 Jenis puisi tradisional ; dua bentuk – bentuk asli dan bentuk
pinjaman
 Asli – pantun, teka-teki, kata perbilangan, petua, pepatah dan
petitih
 Pinjaman – seloka, gurindam (pengaruh Hindu), syair, nasyid,
nazam (pengaruh Arab Parsi)
PANTUN
 Jenis puisi Melayu tradisional yang kedudukannya amat
popular, diminati, dan berkembang luas dalam pelbagai aktiviti
masyarakat dalam masyarakat Melayu tradisional dan sehingga
kini
 Terdapat pelbagai jenis tema/isi/ pemikiran dalam pantun,
antaranya- pantun kanak-kanak, teka-teki, jenaka, kasih-
sayang, nasihat, adat, keagamaan, kepahlawanan dll
 Setiap pantun mengutamakan kepadatan, dan kehalusan
pernyataannya
 Contoh pantun ; tema/pemikiran tentang nasihat

Tampi melukut di hujung tambak,


Orang kota memasang ranjau;
kalau takut dilambung ombak,
Sayulah mata memandang pulau.

(Bunga Gerimis, 1986:4)


“Tidak ada siapa pun yang dapat mengukur keluasan
pemikiran orang Melayu tanpa memahami pantunnya. Bagi
orang asing pula, jika belum mengenal pantun, boleh
dianggap orang itu belum mengenal jiwa dan jalan fikiran
orang Melayu yang sebenar.”
- R.O Winstedt
 Kedudukan pantun sangat istimewa krn di dalamnya terangkum
kehalusan jiwa dan ketinggian akal-budi pencipta atau
pemiliknya
 Keistimewaan pantun terletak pada ciri-ciri kesederhanaan dan
kepadatannya
 Contoh pantun :

a. Tumbuh lengkuas di rumpun paku, b. Saya tidak hendak berlesung pauh,


Padi benih dimakan tempua; Lesung pauh membuang padi;
Rimba luas jalan berliku, Saya tidak hendak berkasih jauh,
Sungai jernih dicari jua. Berkasih jauh merisaukan hati.
 Pantun (a) , lengkuas yang tumbuh di rumpun paku dan benih
padi yang dimakan tempua – ketinggian serta keluasan
pemikiran yang tepat dan padat menghubungkan dengan makna
pantun tersebut pada baris 3 dan 4
 Dua baris yang membawa makna/pemikirannya – penuh
kehalusan melalui gambaran kata-kata rimba luas, jalan berliku
dan sungai jernih yang akan dicari
 Daripada kata2 ini- tergambar perjuangan mencapai cita-cita
memerlukan ketabahan menghadapi kesulitan dan dugaan
 Pernyataan keetabahan tersebut terangkum pula pemikiran yang
lebih mendalam – tanpa mudah menyesali kehampaan diri dan
tanpa mencurigai orang lain
 Dari cara penyampaian secara halus dan sikap tidak
mencurigai kejayaan orang lain – melambangkan kehalusan
jiwa dan ketinggian budi
 Pantun (b) – kata2 berlesung pauh dan membuang padi –
keluasan pemikiran yang menghubungkan makna pantun
tersebut
 Maksud tersurat - kasih sayang teruna dara dibayangi
kerisauan serta kerinduan apabila berjauhan
 Maksud tersirat – keinginan kepada rasa kekitaan dan
keakraban sbg bentuk hubungan lesung dengan padi
 Isi pantun berkait dengan perasaan/irama pantun tersebut
 Isi pantun tentang nasib manusia – timbul perasaan sedih,
nadanya melankolik (berhiba-hiba)
 Pantun kepahlawanan – perasaannya tenang, tabah, nada
patriotik-penuh ketegasan, keyakinan dan keberanian
 Bentuk pantun pula terdiri daripada struktur fizik atau bentuk
luarannya
 Susunan atau jumlah baris dalam rangkap, jumlah perkataan
dalam baris, pemilihan kata atau diksi dan gaya bahasanya
 Daripada struktur fizik/luarannya ini timbul pula
pengkategorian jenis bentuknya –
1. pantun dua kerat/dua baris serangkap
2. pantun empat kerat,
3. pantun enam kerat,
4. pantun lapan kerat,
5. pantun sepuluh kerat
6. pantun dua belas kerat,
7. pantun berkait
 Ada juga pendapat bahawa pantun yang melebihi empat kerat
juga dikenali sebagai talibun
 Daripada 7 jenis pantun tadi ada 4 persamaan yang jelas
1. dalam rangkap pantun terdiri daripada dua bahagian
(pembayang dan maksud –tema, isi atau pemikiran)
2. Setiap baris mengandungi 4 atau paling banyak 5 patah
perkataan
3. Jumlah perkataan seperti ini menimbulkan dua kesan –
a. jumlah suku kata setiap baris antara 8 hingga 12 suku kata
b. berlaku hentian /jeda di tengah baris apabila membacanya
4. rima akhir baris-baris dalam rangkapnya, kecuali pantun dua
kerat, berselangan atau bertentangan iaitu susunan a b a b; a
b c a b c dan seterusnya
 Pantun berkait – bentuk luarannya yg dasar ialah pantun
empat kerat Cuma perbezaannya dari segi penyusunan
bentuknya
 Pantun berkait tidak lengkap dalam satu rangkap sahaja,
kemungkinan isinya boleh menjadi satu cerita
 Sebahagian daripada baris-barisnya berkait dan bersambung –
baris 2 dan baris 4 dalam rangkap pertama digunakan
menjadi baris 1 dan baris 3 dalam rangkap ke-2
Cth :
Lebah terbebar terbang sekawan,
Hinggap di celah kayu berduri;
Alangkah cabar rupanya tuan,
Dagangan indah tidak terbeli.

Hinggap di celah kayu berduri,


Kepayang di dalam dulang;
Dagangan indah tidak terbeli,
Sayang sungguh nyawanya hilang.

kepayang tumbuh di dalam dulang,


Burung merpati terbang ke awan;
Sayang sungguh nyawanya hilang,
Tidak seperti Raja Pahlawan.

(Bunga Gerimis, 1986:9)


 Contoh2 pantun:
pantun 2 baris/ungkapan bersajak

Pinjam ekor sembilang, Hujung bendul dalam semak,


Pinjam-pinjam hilang. Kerbau mandul banyak lemak.
Merpati membunuh kera, Dahulu parang sekarang besi,
Belum mati belum jera, Dahulu sayang sekarang benci.

Tokok takal muka pintu, Sudah gaharu cendana pula,


Orang nakal memang begitu. Sudah tahu bertanya pula.
Tua-tua keladi, Keli masuk ruan keluar,
Makin tua makin jadi. Matahari masuk bulan keluar.
Gendung gendut tali kecapi, Durian Teluk Emas,
Kenyang perut senang hati. Siapa kemudian dia kemas.
Fungsi Pantun :
1. Sebagai alat komunikasi
- kepelbagaian tema dalam pantun memperlihatkan seluruh
kehidupan masyarakat dapat - digambarkan melalui pantun
- pantun bertemakan kasih sayang – komunikasi tentang
suasana kasih saying - diucapkan secara langsung atau
melalui tulisan
- unsur sindiran – kata halus dan berlapik
2. Media Pendidikan
- Pantun agama dan nasihat – nasihat yang padat dan bernas,
disampaikan secara berhemah, bersopan
- Pengajaran tentang kehidupan bermasyarakat, sarat dengan
ilmu utk mendidik masyarakat
3. Adat-istiadat
- peranan penting pantun dalam upacara yang melibatkan adat – sbg penyeri majlis
- upacara merisik, meminang, akad nikah, persandingan
4. Media Hiburan
- menjadi inti kepada lagu2 spt “Beduan” di Perlis, “Bongai” di Negeri Sembilan, “Dondang
Sayang” di Melaka
- terdapat dalam lirik2 lagu kontemporari
5. Kegiatan Berunsur Upacara
- upacara mengubat penyakit – terdapat nyanyian berbentuk pantun
- cth : ulit mayang – bentuk asalnya ialah tarian pemujaan utk mengubat penyakit
6. Pemanis kata dlm pengacaraan majlis
- memberikan warna2 perasaan dengan lebih berkesan
- cth : ungkapan pantun mengalu-alukan kedatangan tetamu/hadirin, menjemput tetamu dll
Gurindam
 Asal dari Bahasa Sanskrit = ungkapan berima yang
mengandungi bidalan, fikiran dan pengajaran
 Pendapat tokoh :
Za’ba - ” Syair melarat yang tiada tetap rangkapnya, isinya
mengandungi fikiran yang bernas, dengan Bahasa yang riang
dan suka sebagai nyanyian”
Winstedt – “karangan berangkap yang tidak sama barisnya,
tetapi mempunyai rentak irima, rangkap bebas, atau
bidalan dalam bentuk sajak berangkap”
- Raja Ali Haji – “perkataan yang bersajak pada akhir
pasangannya, yang sempurna dengan satu pasangan sahaja,
jadilah seperti sajak, yang pertama syarat, yang kedua
jawab”
- Sutan Takdir Alisjahbana – “Sebuah kalimat majmuk dua
baris bersajak, yang setiap barisnya merupakan sebuah
kalimat. Kedua-duanya, anak kalimat dan induk kalimat
mempunyai hubungan. Bentuknya hampir sama kepada
pepatah atau bidalan”
 Ciri-ciri Gurindam:
- Isi gurindam mempunyai beberapa ciri khusus, antaranya
ialah :
a. Mempunyai anak kalimat dan induk kalimat
b. kedua-dua kalimat membina ayat kompleks yang berangkap
c. rangkapnya dua baris atau lebih
d. mempunyai rima di hujung yang seragam atau bersajak
e. isinya mempunyai motif atau pengajaran
Isi Gurindam (pemikiran)
- Dari satu sudut memperihalkan tentang sesuatu perkara yang
berlaku ada sebab dan akibatnya spt cth :
Kalau cakap tidak cermat (sebab)
Tentu kamu tidak selamat (akibat)
- Dari sudut lain- menjelaskan bahawa sesuatu perlakuan atau
tindakan yang tidak memenuhi “syarat” akan menghasilkan
“kesan” yang kurang elok atau kurang sempurna spt cth :
Kalau anak tidak dilatih (syarat)
Bila besar ibunya letih (kesan)

Kalau tiada emas di pinggang (syarat)


Sanak saudara menjadi rengang (kesan)
Bentuk Gurindam
- Umumnya mempunyai 3 bentuk :
a. Gurindam sebaris
b. Gurindam dua baris
c. Gurindam berlapis
- Gurindam sebaris juga dikenali sebagai pepatah atau bidalan
Gurindam sebaris
Bersatu teguh, bercerai roboh
Bermuafakat bertambah berkat
Bersatu, bertambah mutu
Mengkhianat , akan dilaknat
Alah bisa, tegal biasa
Berbahasa, kita berbangsa
Membunuh, akan dibunuh
Ikut rasa, binasa
Ikut hati, mati
Ikut nafsu, lesu
Ikut sedap, mengidap
Ikut marah, parah
 Gurindam dua baris
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh

Jika kita bersatu


Hidup bertambah mutu
Gurindam Berlapis

kalau suka hisap rokok


kalau duduk di tembok
tentu akal susah tokok

jika benihnya molek


jika tanahnya baik
tentu pokok cepat naik

Jangan suka puji diri


Masuk bakul angkat sendiri
nanti kawan habis lari
 Gurindam empat baris
Pabila mata sudah kabur
Pabila gigi sudah gugur
Pabila uban sudah bertabur
Itulah tanda akan ke kubur

Gurindam lima baris


Jika hutang sudah melekat
Resah risau selalu menyakat
Langkah panjang menjadi singkat
kaki dan tangan akan terikat
Perjalanan pula akan tersekat
Gurindam lapan baris
Pabila mata sudah kabur
pabila kulit sudah kendur
pabila uban sudah bertabur
Pabila gigi sudah gugur
pabila telinga tak dengar-dengar
Pabila badan selalu uzur
Pabila selalu disuap bubur
Itulah tanda akan ke kubur
 Jenis Gurindam
- terbahagi kepada beberapa jenis :
a. Gurindam kanak-kanak
b. Gurindam orang muda
c. Gurindam orang dewasa
Cth gurindam kanak-kanak:
jika kamu nakal-nakal
Nanti kepala kena sakal

Jika kamu buat jahat


Tentu kamu kena sebat

Jika kamu banyak perintah


Semua orang akan bantah
Cth gurindam orang muda
tiada kata secantik bahasa
Nak ku curahkan rasa

Tiada gambar seindah lukisan


Nak ku tunjukkan perasaan

Tiada cahaya seindah bulan


Nak kuberikan misalan
 Cth gurindam orang dewasa
Orang malas hidup sengsara
Orang rajin banyak saudara

kalau otak kita sempit


Hidup kita akan tersepit

Jikalau cakap tak cermat


Tentu kita tidak selamat
Gurindam bertema
 Gurindam juga mempunyai pelbagai tema yg fungsinya sbg
peringatan dan teladan
 sila sediakan contoh)
Tutorial 2
1. Huraikan ciri-ciri pantun dalam masyarakat Melayu.
2. Bincangkan fungsi pantun dalam masyarakat Melayu?
3. Huraikan konsep gurindam dalam kesusasteraan Melayu mengikut
tokoh atau kamus.
4. Huraikan ciri-ciri gurindam yang baik.
5. Pada pendapat anda sejauh manakah gurindam masih berfungsi
dalam masyarakat Melayu?

You might also like