You are on page 1of 21

GURINDAM

DEFINISIGURINDAM
•Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri
daripada dua baris serangkap.
•Gurindam ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera
Hindu.
•Gurindam juga berasal daripada bahasa Sanskrit menerusi
bahasa Tamil iaitu ‘kirindam’ yang bermaksud perumpamaan.
•Baris pertama dipanggil syarat dan baris kedua dipanggil jawab.
JENISGURINDAM
• Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi
serangkap.
• Isinya mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat.
• Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis:

i. Gurindam serangkap dua baris


ii. Gurindam serangkap empat baris
iii. Gurindam bebas
i. Gurindam serangkap dua baris
• Berbentuk asli
• Baris pertama menjadi buah fikiran
kepada buah fikiran seterusnya
dalam baris kedua.
• Nasihat yang baik dan indah
terbentuk daripada irama akhir
sama.
Contoh gurindam serangkap dua baris:

Apabila banyak berkata-kata,


Di situlah jalan masukdusta.

Apabila mendengar akan khabar,


Menerimanya itu hendaklahsabar.
ii. Gurindam serangkap empat baris

• Empat baris kalimat atau ayat


• Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak
tetap.
• Rima akhir seperti puisi pantun ab,ab
• Isinya tentang nasihat
Contoh gurindam serangkap empat baris:

Tiada siapa yang besar,


Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Jangan takut dan gentar,


Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
iii. Gurindam bebas

• Bilangan baris ayat pada rangkap tidak


terhad
• Persamaan rima akhir tidak dipentingkan
• Isinya tetap mempunyai nasihat
Contoh gurindam bebas:

Pangkalnya sama dipupuk,


Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Kelurah samadituruni,
Ke laut sama direnangkan.
CIRI-CIRIGURINDAM
Merupakan puisi bebas, tidak terikat (bebas) / terikat ( 2 baris)

Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau


beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap
merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan
baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa
makna yang lengkap.

Perkataan : jumlah perkataan sebaris tidak tetap.

Sukukata : jumlah suku kata tidak tetap.

Rima : a,a / a,b


FUNGSI GURINDAM
• Didikan
• Hiburan
• Gambaran masyarakat Melayu lama
• Digunakan dalam majlis-majlis formal
• Unsur pendidikan yang diketengahkan ialah moral yang
baik
SELOKA
SELOKA
Kata ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit ‘shloka’.
 Puisi jenis ini digunakan di dalam epik
Mahabharata dan Ramayana.
 Namun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka Sanskrit.
 Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang
mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll).
 Mengandungi banyak peribahasa yang disusun dengan
cara senada atau mempunyai
irama, hingga kadang kala sama dengan
peribahasa berirama.
CIRI- CIRI SELOKA

Karangan berangkap yang memakai


pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
 Terbahagi kepada unit pembayang (induk
kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)
 Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan
dalam bentuk berangkap.
 Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
 Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
PERANAN DAN FUNGSI

Seloka berperanan sebagai alat


yang berfungsi untuk :
Menyindir
Mengejek
Bergurau senda
Berjenaka
JENIS : SELOKA BERBENTUK
BEBAS
• Contoh seloka bentuk bebas :
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.

(Anak Laut, hlm. 9)


CIRI-CIRI SELOKA BEBAS
 Ditulissecara berangkap-berangkap .
 Sejenis puisi bebas.
 Rangkapnya tidak tetap.
 Tidak tetap jumlah baris serangkap.
 Tidak tetap jumlah perkataan sebaris.
 Tidak berima.
 Tidak mempunyai pembayang.
 Berbentuk naratif (cerita)
 Bahasa penceritaan yang meleret-leret dan
lanjut, sindiran yang tajam seperti
mengejek, menyindir dan menempelak, dan
mengandungi perasaan yang hiba.
JENIS : SELOKA BERBENTUK
TERIKAT
 Empat baris serangkap
 Empat patah perkataan sebaris
 8-12 suku kata sebaris
 Skema rima tengah / hujung ab;ab
atau aa;aa
 Ada pembahagian pembayang dan
maksud atau seluruhnya maksud
 Contoh :

Seloka bentuk pantun

Apa guna pergi ke pasar


Kalau tidak bawa keranjang
Apa guna berkereta besar
Kalau hutang keliling pinggang

 (Dibina
dengan baris pembayang dan
maksud, skima rima ab;ab, bernada jenaka)

You might also like