You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu baru bukan merupakan satu bentuk pernyataan yang muncul secara
mendadak tetapi lebih merupakan satu pertembungan dari bentuk-bentuk pernyataan yang
memang telah sedia wujud di dalam masyarakat Melayu sebelumnya (Yahaya Ismail, 1976).
Maka, kelahiran kesusasteraan Melayu bukanlah sama sekali dirangsang oleh
kecenderungan untuk menjelmakan pembaharuan langsung dari sesuatu seperti kesedaran
sosiobudaya atau secara sedar timbul dari kesedaran baru terhadap proses penciptaan.
Sastera juga merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan
masyarakat Melayu, Syed Ali Ashraf (Arba’ie Sujud, 2008). Oleh itu, penulisan ini akan
membincangkan sejarah pertumbuhan puisi Melayu moden.

2.0 SEJARAH PERTUMBUHAN PUISI MELAYU MODEN

Puisi ialah satu bentuk dari pengucapan tradisional yang amat popular dan menyeluruh
penggunaannya dalam kalangan setiap lapisan masyarakat dan puisi juga turut berkembang
bersama perkembangan sistem dan pemikiran masyarakat tersebut, (Sejarah Kesusasteraan
Melayu, 1981). Dalam kesusasteraan Melayu, puisi terbahagi kepada dua iaitu, puisi
tradisional dan puisi moden. Puisi Melayu moden ialah sajak yang berbentuk karangan bebas,
dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan
tidak terikat tetapi masih mementingkan pilihan kata untuk membawa kesan yang mendalam.
Perkataan “sajak” dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu saja’ yang bermaksud
persamaan bunyi (Sahlan, 2009). Lahirnya dalam Kesusasteraan Melayu adalah akibat
daripada penentangan terhadap ikatan puisi lama yang menyekat pelahiran fikiran individu
secara bebas dan bernilai seni. Tegasnya penyair-penyair baru tidak mahu lagi diikat dengan
syarat-syarat tertentu yang terdapat pada pantun dan syair.

2.1 SEBELUM MERDEKA

Menurut Ismail Yusoff (2008), kelahiran sajak dalam puisi Melayu disebabkan
pengaruh perkembangan sajak di Indonesia. Hal ini kerana, Penyair2 Melayu sebelum
perang dunia kedua kebanyakan guru Melayu lepasan SITC( Sultan Idris Training
College) sangat biasa dengan bahan bacaan terbitan Indonesia. Antara majalah
tatapan mereka, Bintang Timur, Hindia Belanda, dan Pujangga Baru. Hal ini disokong
oleh Rahman Shaari (2001), yang mengatakan sajak muncul di tanah Melayu pada
tahun 1930-an, manakala di Indonesia muncul sekitar 1920-an.

1
Pada awal tahun 1930-an dikatakan bermulanya pertumbuhan serta perkembangan
puisi Melayu moden. Hal ini demikian kerana, pada tempoh tersebut berlaku
penghasilan karya yang berterusan tanpa berlaku ‘kekosongan’ atau dengan kata lain
ialah tiada penghasilan karya pada tempoh tersebut dan tidak sama dengan tempoh
sebelumnya. Sebagai bukti kepada penghasilan karya yang berterusan pada tempoh
tersebut, sejak awal tahun 1930-an sehingga 1941 telah ditemui pelbagai tema atau
persoalan yang diungkapkan oleh penulis dalam puisi. Antaranya, tema tentang cinta
muda-mudi, cinta tanah air, moral dan pendidikan, introspeksi diri, nasib bangsa dan
perubahan zaman.

Antara pelopor terawal dalam bidang penulisan sajak di Malaysia ialah


Muhammad Yasin Ma’mor, menurut Masuri Salikun (Azman Awang, 2003). Sebagai
bukti, karya beliau yang berjudul “ Di Tengah Segara “ yang telah disiarkan dalam
Majalah Guru Jilid. 10. 12 Disember 1933 sewaktu beliau menjadi ketua pengarang
dalam majalah tersebut ( Arba’ie, 2012). Karyanya tidak tamat di situ sahaja kerana
pada Mac 1934, lima sajak nukilan Pungguk karya beliau disiarkan lagi dalam majalah
yang sama iaitu “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan
Hati”, dan “Ibuku”. Bagaimanapun, puisi yang dihasilkan pada tahun 1940 lebih
tertumpu kepada nasib bangsa. Hal ini demikian kerana tahun tersebut merupakan
tahun terakhir sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Oleh itu, perubahan tema
telah berlaku secara menyeluruh dalam kalangan penulis bagi mempersoalkan nasib
bangsa tentang apa yang akan berlaku. Hal ini ditemui dalam puisi-puisi “Nasib Melayu”
(Majlis, 11 Mac 1940) karya Rajawali, “Bangun dan Sedar” (Warta Ahad, 5 Mei 1940)
karya Abdul Rahman Zainuddin, “Rayuan Tanah Air” Idaman, 1 Mac 1941) dan banyak
lagi.

Keseluruhan isi puisi yang dihasilkan pada tahun 1940 dilatari oleh kesedaran
penyair-penyair tentang keadaan semasa sosial dan politik pada masa itu. Walau
bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa sajak
pertama dihasilkan di Tanah Melayu ialah pada tahun 1913. Lim Swee Tim (2007),
mengatakan sajak pertama di Tanah Melayu berjudul “Angan-angan dengan
Gurindam” karya Omar Mustafa yang disiarkan oleh Utusan Melayu pada 18 Januari
1913. Beberapa tokoh juga mengatakan bahawa Omar Mustafa merupakan pelopor
kepada sajak. Namun demikian, kenyataan Omar Mustafa sebagai pelopor sajak
kurang kukuh kerana tiada keterangan atau puisi-puisi lain yang dihasilkan oleh beliau
pada zaman tersebut. Oleh itu, golongan sarjana tidak dapat mengiktiraf beliau
sebagai pelopor utama sajak.

2
Pada peringkat kedua perkembangan puisi Melayu Moden sebelum merdeka
ialah pada zaman pemerintahan Jepun (1942-1945). Pada zaman ini sekali lagi
pemikiran dan tema yang dihasilkan oleh penulis berubah. Tema sebelumnya yang
melibatkan kasih sayang, cinta muda-mudi dan banyak lagi tidak lagi diketengahkan.
Namun demikian, persoalan yang bertolak dari nasib bangsa agak menonjol dan
dominan. Oleh itu, pemikiran dan tema yang diketengahkan oleh penulis pada waktu
tersebut melibatkan keberanian dan keperwiraan. Hal ini dapat memupuk semangat
perjuangan dalam kalangan masyarakat bagi menuntut hak, maruah dan kedaulatan
tanah air. Salah satu ayat yang diungkapkan dalam puisi ialah “Marilah Bersatu”.

Penulisan yang ingin diterbitkan pada zaman ini harus melalui pihak Jepun
kerana mereka ingin memastikan penulisan tersebut selari dengan kehendak mereka
(Ahmad Kamal Abdullah, 2008). Oleh itu, sajak pada zaman ini lebih kepada
propaganda untuk memihak kepada Jepun semata-mata. Hal ini dikukuhkan lagi
dengan sajak karya Masuri Salikun bertajuk “Perajurit Negara” yang disiarkan dalam
akhbar Berita Malai pada 12 September 1944. Sajak tersebut tidak lain dan tidak bukan
memuji dan memberi sokongan kepada pihak Jepun untuk menghalau British daripada
tanah air dan memberi harapan kepada penduduk Melayu untuk membentuk Asia
Raya.

Menjelang awal 1950-an apabila tertubuhnya Angkatan Sasterawan 50 (ASAS


50), Masuri Salikun dan Tongkat Warrant muncul sebagai tokoh yang penting dalam
pembaharuan puisi. Pembaharuan puisi yang dimulakan oleh Masuri Salikun bertajuk
“Tiada Peduli” dan dilanjutkan dalam puisi “Seribu Harapan” (Mastika, Mac 1951).
Kebanyakan puisi yang dihasilkan mengemukakan persoalan penindasan dan
kemerdekaan. Oleh itu, penyajak mula membangkitkan semangat nasionalis dalam
kalangan masyarakat untuk mula menuntut kemerdekaan demi tanah air.

2.2 SELEPAS MERDEKA (1957-1999)


Pada era selepas merdeka, perkembangan puisi moden bertambah kuat. Hal ini
disebabkan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah aliran
Melayu. Tambahan pula, sastera ini menjadi subjek yang penting dalam peringkat
menengah, maktab perguruan, universiti dan sebagainya (Ismail Yusof, 2008).
Perkembangan ilmu sastera tersebut telah melahirkan banyak tokoh yang terkenal

3
seperti Mohd Taib Osman, Syed Husin Ali dan banyak lagi yang menekankan
kemajuan dalam karya puisi untuk mencapai kematangan pemikiran.

Kemunculan penyajak baharu seperti Abdul Kadir, Shamsuddin Jaafar dan


banyak lagi telah mengakibatkan kegiatan penghasilan sajak berkembang dengan
sangat pesat. Karya yang dihasilkan oleh penyajak tersebut masih membicarakan
tentang nasib masyarakat. Puisi pada zaman awal 1970-an ini juga dihasilkan
cenderung menjerumus kepada kepentingan pernyataan pemikiran yang lebih
analitikal, rasional dan mendalam. Pada zaman ini juga, Zainal Abidin Ahmad (2009),
mengatakan bahawa sajak-sajak tempatan telah mendapat tempat untuk
diterjemahkan di luar negara. Hal ini demikian kerana, sajak tempatan menggunakan
pelbagai kaedah pendekatan antaranya ialah pendekatan pelbagai tema. Sebagai
contoh, tema patriotik seperti yang dinukilkan oleh Usman Awang dalam karya beliau
yang berjudul ‘Tanah Air’. Karya beliau mengetengahkan tema patriotik untuk
memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya,
puisi yang dihasilkan pada zaman selepas merdeka lebih memfokuskan kepada
pemikiran yang kritis untuk keamanan, keharmonian negara dan perpaduan.

3.0 PERKEMBANGAN PERMASALAHAN DAN PEMIKIRAN DALAM PUISI MODEN


Dalam perkembangan puisi moden Melayu, terdapat beberapa pemikiran yang diutarakan
oleh penyajak berdasarkan permasalahan yang berlaku pada waktu tersebut. Oleh itu,
pemikiran yang disampaikan oleh penyajak berbeza pada setiap zaman. Karya yang
dihasilkan lebih tertumpu untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang sesuatu
perkara yang berlaku.

3.1 MENUNTUT KEMERDEKAAN


Pada awal permulaan kepada perkembangan dunia puisi moden pada 1930-an,
pemikiran yang kerap dan menjadi keutamaan untuk diketengahkan ialah untuk
mendapatkan kemerdekaan tanah air. Hal ini demikian kerana pada zaman tersebut
Tanah Melayu berada di bawah jajahan British yang mendorong penyajak untuk
mengetengahkan pemikiran kebebasan tanah air. Namun begitu, muncul satu kuasa
asing yang membawa propaganda untuk Tanah Melayu iaitu Jepun pada tahun 1942-
1945 yang telah mempengaruhi pemikiran dalam puisi moden Melayu. Hal ini
dikukuhkan lagi dengan kenyataan akhbar dalam Utusan Malaysia (11 September
2011), yang menyatakan ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu terdapat
pemikiran baharu dalam sajak yang menyanjung kuasa baharu, kesedaran tentang
kebebasan, bersifat ketuhanan dan banyak lagi. Pemikiran ini diaplikasikan oleh

4
penyajak kepada masyarakat untuk menghalau British daripada tanah air. Kemudian,
menjelang tahun 1950-an perkembangan dalam puisi moden menyebabkan
kematangan berfikir dalam kalangan masyarakat ditekankan. Oleh itu, banyak puisi
dengan pemikiran untuk menuntut kemerdekaan dihasilkan bagi mendorong
masyarakat kepada kemerdekaan (Lim Swee Tin, 2009). Antara sajak yang dihasilkan
oleh penyajak ialah:
i) Damai Tanah airku dan Dunia karya Usman Awang (1955)
ii) Malaya Pasti Merdeka karya Afrini Afham (1955)
iii) Pada Tanah Yang Indah karya A. Samad Said (1956)

3.2 MENGISI KEMERDEKAAN


Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kebanyakan sajak yang dihasilkan
menuntut hak dan keistimewaan masyarakat serta memperjuangkan bahasa. Hal ini
kerana, masalah antara kaum memerlukan perpaduan kaum untuk mewujudkan
suasana harmoni amat penting. Oleh itu, penyajak mengetengahkan pemikiran
tentang menyemai perpaduan seperti memartabatkan bahasa. Antara sajak yang
dihasilkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ialah sajak ‘Bahasa Bonda’ dan
‘Mereka Telah Bangkit’ karya Usman Awang (Dinsman dan Sutung Umar, 1983). Sajak
yang dihasilkan menyampaikan satu mesej yang amat bermakna iaitu perpaduan
kaum dapat dibentuk dengan memartabatkan bahasa.

Bukan itu sahaja pemikiran yang diketengahkan, terdapat beberapa pemikiran


lain seperti pembangunan masyarakat, pertembungan budaya, mengekalkan
keamanan dan sebagainya (Sahlan, 2009). Pemikiran tersebut diketengahkan bagi
membentuk sebuah negara yang maju dan aman bagi mengatasi masalah sosial dan
sebagainya. Selain itu, pemikiran tersebut juga dapat mendorong pembangunan
negara yang maju di samping menjaga keamanan negara.

4.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, puisi moden atau sajak telah berkembang dan diguna pakai sehingga sekarang.
Sajak juga diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi memelihara warisan puisi
Melayu. Sajak dihasilkan penulis untuk meluahkan atau memberi gambaran sesuatu
masyarakat tentang persoalan yang timbul. Persoalan-persoalan ini timbul kerana
kebanyakan puisi moden ditulis dengan seni bahasa dan unsur semantik (Naffi Mat, 2014).
Oleh itu, puisi moden harus difahami dan dijaga supaya medan ilmu dalam bidang penulisan
tidak hilang ditelan zaman. Oleh itu, jelaslah bahawa sajak wajar diterapkan dalam pendidikan
menengah, rendah dan institusi pengajian tinggi.

5
RUJUKAN

Arba'ie Sujud. (2008). Interpretasi Pemikiran dan Teknik Pengungkapan dalam Sajak-Sajak
Dewan Sastera. Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia: Selangor.

Sahlan Mohd Saman & Shaiful Bahri Md. Radzi. 2009. Persuratan Melayu Tradisional Ke
Moden. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad, & Johan Jaafar. 1981. Sejarah Kesusasteraan Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. 2001. Bimbingan istilah sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Azman Awang (2003). Licentia Poetica: puisi Mutakhir Malaysia. Sarawak: Universiti Malaysia
Sarawak

Arba’ie Sujud. (2012). Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Tinta Press

Naffi Mat & Norazimah Zakaria. (2014). Wasilah Mesej Melayu Melalui Penyair Zaman SITC
(1922-1957). Jurnal Melayu, 13, 40-51

Lim Swee Tin (2009). Pemikiran kesusasteraan: Wajah dan Wadah kebudayaan kebangsaan.
Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Yahaya Ismail. 1976. Sejarah Sastra Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar bakti sdn. Bhd.

Abd Rahim Ismail, Dr khairuddin Mohamad. 2008. Kesusasteraan Melayu. Sintok: Universiti
Utara Malaysia.

Lim Swee Tin (2007). Cakerawala Kemerdekaan. Selangor: Citra Kurnia Enterprise.

Ismail Yusof. (2008). Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.

6
DAFTAR KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2

2.0 Sejarah Pertumbuhan Puisi Melayu Moden 2~5

2.1 Sebelum Merdeka


2.2 Selepas Merdeka

3.0 Perkembangan Permasalahan Dan Pemikiran Dalam Puisi Moden 5~6

3.1 Menuntut Kemerdekaan


3.2 Mengisi Kemerdekaan

4.0 Kesimpulan 6

Rujukan 7

You might also like