You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 4)

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


(EDUP 3063)
NAMA MUHAMMAD HAKIMI BIN ABD NASER

NO. KAD PENGENALAN 990907055073

ANGKA GILIRAN 2018192340030

KUMPULAN D2

NAMA PENSYARAH AKADEMIK PUAN NORLIYAH BINTI SULAIMAN

TAJUK TUGASAN PROJEK PENULISAN AKADEMIK


TARIKH HANTAR 5 APRIL 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM Tandatangan Pelajar


BALAS DARIPADA PENSYARAH

Tarikh:

3
1.0 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,


mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Seterusnya, hasil pentaksiran tersebut akan
diterjemahkan dalam bentuk skor di mana skor tersebut mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid. Abu Bakar (1986) menyatakan bahawa ciri-ciri
Pentaksiran harus merangkumi aspek kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudah
tadbiran dan kemudah tafsiran. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah kesahan
kandungan iaitu ujian yang mengukur apa yang patut diukur. Oleh hal yang demikian, untuk
mendapatkan kesahan kandungan dalam pembinaan sesuatu ujian, Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) adalah sangat penting. Pembinaan JSU yang sah bertujuan untuk memastikan ujian
yang dibina mengandungi bilangan item dan aras kesukaran yang sesuai dan sejajar dengan
hasrat kurikulum.

Bagi melengkapkan tugasan kerja kursus ini, saya telah membina satu Jadual
Spesifikasi Umum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu tahun 3. Seterusnya, saya juga telah membina 15 item soalan Bahasa Melayu
tahun 3. Pembinaan JSU ini adalah bertujuan untuk memastikan item-item yang telah saya
bina adalah bersesuaian dengan tajuk dan aras kesukaran tertentu. Soalan yang telah saya
bina adalah berbentuk soalan objektif yang mempunyai pilihan jawapan A,B,C dan D.

2.0 JADUAL ANALISIS ITEM

2.1 HASIL DAPATAN ANALISIS ITEM

Bagi membolehkan analisis item dibuat, saya telah mentadbirkan ujian yang telah
saya bina kepada 20 orang murid tahun 6 Al Biruni Sekolah Kebangsaan Baru Parit
Buntar, Perak semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Analisis
item dibuat ke atas 15 item yang telah saya bina dan hasil pentadbiran soalan dapat
dilihat dalam jadual di bawah. Analisis juga melibatkan kumpulan tertinggi dan
terendah. Saya telah mengelaskan 33 peratus murid dalam kumpulan pencapaian
tertinggi dan 33 peratus dalam kumpulan pencapaian terendah iaitu 6 orang murid
dalam kumpulan tertinggi dan 6 orang murid dalam kumpulan terendah. Setelah itu,

4
saya juga telah mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item
soalan dan rumusan bagi kesukaran dan kesesuaian item tersebut.

2.2 INDEKS KESUKARAN ITEM (IK)

Rasional supaya mencari indeks kesukaran bagi sesebuah item itu adalah untuk
menentukan sama ada soalan yang dibina itu adalah pada tahap mudah, sederhana
atau terlalu sukar. Hasil daripada keputusan IK, guru dapat mengenal pasti sama ada
item-item tersebut adalah sesuai atau perlu diubahsuai. Cara kiraan yang diaplikasikan
adalah seperti berikut:

N T +¿N
Indeks Kesukaran = R
¿
N

N T = Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan betul.
N R = Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan betul.
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Indeks Kesukaran (I.K) Pentafsiran Item Keputusan

I.K. < 0.3 Tinggi (Sukar) Ubah suai item


0.3 < I.K. < 0.8 Sederhana Item Sesuai
I.K. > 0.8 Rendah (Mudah) Ubah suai item

Jadual analisis Indeks Kesukaran Items

No. Item Bil. Jawapan Pengiraan IK Pentaksiran Item Penerimaan Item


Betul
1. 19 6+5 Rendah Ubah Suai
IK= =0.92
12
2. 17 6+4 Rendah Ubah Suai
IK= =0.83
12
3. 18 6+4 Rendah Ubah Suai
IK= =0.83
12
4. 19 6+5 Rendah Ubah Suai
IK= =0.92
12
5. 17 5+5 Rendah Ubah Suai
IK= =0.83
12
6. 19 6+5 Rendah Ubah Suai
IK= =0.92
12

5
7. 10 6+1 Sederhana Terima
IK= =0.58
12
8. 12 4+ 1 Sederhana Terima
IK= =0.42
12
9. 7 4+ 1 Sederhana Terima
IK= =0.42
12
10. 11 5+2 Sederhana Terima
IK= =0.58
12
11. 1 0+0 Tinggi Ubah Suai
IK= =0.00
12
12. 10 4+ 2 Sederhana Terima
IK= =0.50
12
13. 7 5+0 Sederhana Terima
IK= =0.42
12
14. 5 3+0 Tinggi Ubah Suai
IK= =0.25
12
15. 8 5+0 Sederhana Terima
IK= =0.42
12

Jadual 2.2

2.2.1 Huraian analisis indeks kesukaran

Jadual 2.2 menunjukkan analisis keseluruhan indeks kesukaran bagi 15 item


berdasarkan jawapan murid-murid. Merujuk jadual, sebanyak 7 item soalan berada
pada tahap sederhana dan item tersebut adalah sesuai dan boleh diterima iaitu dalam
lingkungan IK 0.3 hingga 0.8. Selain itu, terdapat 6 item berada pada tahap rendah
iaitu 0.80 ke atas. Item yang dimaksudkan ialah item soalan 1 hingga 6. Hal ini
menunjukkan hampir keseluruhan murid berjaya menjawab dengan betul soalan-
soalan berikut kerana arasnya yang mudah. Item-item ini perlu disemak semula dan
diubah suai supaya item ini boleh diterima. Akhir sekali, terdapat 2 item iaitu soalan
11 dan 14 berada pada tahap tinggi di mana soalan-soalan ini adalah terlalu sukar dan
hanya beberapa orang murid yang dapat menjawab dengan betul. Item soalan ini perlu
diubahsuai dan tidak boleh disimpan di dalam bank soalan.

2.3 INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)

Bagi membezakan murid yang mewakili kumpulan pada aras tinggi dan kumpulan
pada aras rendah, Indeks Diskrminasi perlu diaplikasikan. Abdul Rashid (1980)
berpendapat bahawa item yang baik akan dapat membezakan atau

6
mendiskriminasikan antara murid yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan
tinggi. Julat ID boleh berada dalam lingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang
positif menunjukkan bahawa item tersebut boleh dijawab oleh ramai murid kumpulan
tinggi tetapi ramai murid kumpulan rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan
betul. Diskriminasi yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh
dijawab oleh ramai murid kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang boleh
menjawabnya. Jalan pengiraan bagi mencari Indeks Diskriminasi adalah seperti di
berikut:

N T−¿ N R
¿
I.D. = 1
N
2

N T = Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan


betul.
N R = Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan
betul.
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah.

Indeks Diskriminasi (I.D) Pentafsiran Item Keputusan

ID > 0.4 Amat Diskriminasi Item amat sesuai diterima


0.20−0.39 Diskriminasi sederhana Item perlu diubahsuai dan
dicuba sekali lagi
0.10−0.19 Diskriminasi rendah Item perlu disemak semula
ID < 0.1 Kurang diskriminasi Item perlu dibuang

Jadual analisis indeks diskriminasi

No. Item Bil. Jawapan Pengiraan IK Pentaksiran Item Penerimaan Item


Betul
1. 19 6−5 Diskriminasi rendah Semak semula
ID= =0.17
6
2. 17 6−4 Diskriminasi sederhana Diubah suai
ID= =0.33
6
3. 18 6−4 Diskriminasi sederhana Diubah suai
ID= =0.33
6
4. 19 6−5 Diskriminasi rendah Semak semula
ID= =0.17
6

7
5. 17 5−5 Kurang diskriminasi Perlu dibuang
ID= =0.00
6
6. 19 6−5 Diskriminasi rendah Semak semula
ID= =0.17
6
7. 10 6−1 Amat Diskriminasi Amat sesuai diterima
ID= =0.83
6
8. 12 4−1 Amat Diskriminasi Amat sesuai diterima
ID= =0.50
6
9. 7 4−1 Amat Diskriminasi Amat sesuai diterima
ID= =0.50
6
10. 11 5−2 Amat Diskriminasi Amat sesuai diterima
ID= =0.50
6
11. 1 0−0 Kurang Diskriminasi Perlu dibuang
ID= =0.00
6
12. 10 4−2 Diskriminasi sederhana Diubah suai
ID= =0.33
6
13. 7 5−0 Amat Diskriminasi Amat sesuai diterima
ID= =0.83
6
14. 5 3−0 Amat Diskriminasi Amat sesuai diterima
ID= =0.50
6
15. 8 5−0 Amat Diskriminasi Amat sesuai diterima
ID= =0.83
6

Jadual 2.3

2.3.1 Huraian Analisis Indeks Diskriminasi Item

Berdasarkan jadual 2.3, saya mendapati bahawa 7 item iaitu soalan 7, 8, 9, 10, 13, 14
dan 15 berada pada tahap diskriminasi yang sangat tinggi iaitu melebihi ID 0.4. Hal
ini menunjukkan bahawa item-item ini adalah item yang sangat baik kerana mampu
membezakan tahap pencapaian murid kumpulan tertinggi dan kumpulan terendah
dengan sangat jelas. Oleh itu, item-item ini dianggap sangat sesuai dan diterima serta
dapat disimpan di dalam bank soalan untuk digunakan pada masa hadapan.

Seterusnya, terdapat 3 item soalan berada pada tahap diskriminasi sederhana


iaitu item 2, 3 dan 12. Mengikut rujukan standard ID, item-item ini perlu diubahsuai
dan dicuba sekali lagi untuk memastikan indeks diskriminasi berada pada tahap yang
tinggi serta menjadikan item tersebut lebih berkualiti. Di samping itu, terdapat 3 item
berada pada tahap diskriminasi yang rendah dan perlu disemak semula. Item tersebut
ialah item 1, 4 dan 6. Item-item ini perlu disemak serta digubal semula supaya

8
menjadikan ID berada pada tahap positif yang tinggi. Namun begitu, pada pendapat
saya, item 1 tidak perlu digubal semula kerana merujuk JSU, item tersebut berada
pada aras rendah iaitu pengetahuan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa item ini tidak
perlu diubah dan boleh diterima kerana ID dan IK adalah bersesuaian dengan aras
soalan iaitu aras pengetahuan.

Akhir sekali, terdapat dua item yang perlu dibuang kerana tiada diskriminasi
iaitu ID pada tahap kurang daripada 0.1. Item tersebut ialah item 5 dan item 11.
Kedua-dua item ini tidak menunjukkan sebarang diskriminasi kerana ID berada pada
tahap 0.00. Oleh hal yang demikian, item-item ini perlu dibuang dan digantikan
dengan item baharu yang lebih berkualiti dan mampu menunjukkan perbezaan tahap
pencapaian murid kumpulan tertinggi dengan kumpulan terendah.

2.4 ANALISIS DISTRAKTOR

Analisis distraktor dijalankan adalah untuk menentukan keberkesanan pengganggu


dalam pilihan jawapan objektif bagi setiap item. Nilai ID perlu diperhatikan bagi
menganalisis pengganggu yang baik kerana nilai ID yang besar menunjukkan
keberkesanan pengganggu yang baik dalam setiap item soalan. Berikut saya sertakan
contoh bagi analisis distraktor bagi beberapa soalan yang mempunyai nilai ID yang
tinggi.

Item 7 dengan Indek Diskriminasi 0.83.

9
Item Kumpulan A B C D
Tinggi 6
7 Rendah 2 3 1
RUMUSAN
Distraktor yang agak baik kerana beberapa murid lemah yang memilih
A
jawapan ini
Distraktor yang baik dan berkesan kerana ramai murid lemah yang memilih
B
jawapan ini
D Distraktor yang lemah kerana tiada murid yang memilih jawapan ini

Distraktor B merupakan distraktor yang baik dan berkesan kerana ramai murid memilih
jawapan ini. Walau bagaimanapun, distraktor A juga merupakan distraktor yang agak baik
kerana 2 orang murid yang lemah telah memilih jawapan ini. Pada pandangan saya, kedua-
dua distraktor ini menjadi berkesan kerana murid-murid sering mendengar dalam perbualan
bahasa pasar yang menggunakan kata ganti nama awak dan anda. Tambahan pula, mungkin
mereka jarang mendengar penggunaan kata ganti nama yang betul bagi situasi ini iaitu kalian.
Oleh itu, mereka terkeliru sama ada mahu memilih jawapan anda atau awak sedangkan
jawapan yang sebenar ialah kalian.

Item 15 dengan indeks diskriminasi 0.83.

Item Kumpulan A B C D
15 Tinggi 1 5

10
Rendah 1 1 4
RUMUSAN
Distraktor yang agak baik kerana ada murid lemah yang memilih jawapan
A
ini
Distraktor yang agak baik kerana ada murid lemah yang memilih jawapan
B
ini
Distraktor yang sangat baik dan berkesan kerana ramai murid lemah dan
C
seorang murid tertinggi yang memilih jawapan ini

Distraktor A dan B merupakan distraktor yang agak baik kerana ada murid yang memilih
jawapan tersebut. Distraktor C merupakan distraktor yang paling baik kerana kebanyak murid
yang salah telah memilih jawapan ini. Pada pendapat saya, kebanyakan murid menjawab
salah kerana mereka terlepas pandang atau tidak perasan akan kehadiran perkataan kecuali
dalam soalan. Oleh hal yang demikian, mereka telah memilih jawapan yang disangka betul
iaitu pilihan jawapan C.

3.0 ANALISIS ITEM

3.0 ANALISIS PENCAPAIAN MURID DALAM ITEM KATEGORI TERLALU


SUKAR

Berdasarkan analisis indeks kesukaran yang telah dibuat, item soalan yang terlalu sukar
dengan nilai IK 0.00 ialah soalan 11.

11
Berdasarkan item soalan ini, tahap kesukarannya telah selari dengan aras soalan iaitu
menganalisis. Namun begitu, soalan ini menjadi terlalu sukar sehingga hanya beberapa orang
murid sahaja yang dapat menjawab soalan ini. Pada pendapat saya, murid-murid telah
mempelajari dan menguasai tentang kata ganti nama dengan baik. Namun, saya yakin bahawa
murid-murid merasakan bahawa pilihan ayat yang pertama adalah salah kerana mereka
beranggapan ayat yang betul ialah “Saya tersepak batu itu”. Oleh itu, mereka memilih
jawapan lain iaitu D padahal ayat “Batu itu saya tersepak” merupakan ayat yang betul yang
hanya disongsangkan mengikut hukum dalam bahasa Melayu yang betul. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa pilihan ayat yang pertama perlu diubah kerana mungkin murid-murid
tidak dapat menjangkakan kehadiran ayat-ayat seperti ini. Selain itu, mereka juga mungkin
belum menguasai tentang ayat songsang. Oleh itu, saya bersetuju bahawa item soalan ini
hanya perlu diubah suai dan boleh diperbaiki.

4.0 ANALISIS PENCAPAIAN MURID DALAM ITEM KATEGORI TERLALU


MUDAH

12
Berdasarkan analisis IK yang telah dibuat, salah satu item soalan yang dikategorikan sebgaai
terlalu mudah ialah soalan 1 yang mempunyai nilai IK yang rendah iaitu 0.92.

Berdasarkan nilai IK bagi soalan ini, indeks kesukarannya adalah setaraf dengan aras soalan
iaitu pengetahuan. Hampir keseluruhan murid dapat menjawab soalan ini dengan betul. Hal
ini kerana pilihan jawapan yang diberikan adalah sangat jelas dan tiada distraktor yang baik
dalam pilihan jawapan tersebut. Murid-murid dapat menjawab dengan mudah tambahan pula
bantuan gambar rajah diberikan. Dengan itu, murid-murid dapat terus menjawab soalan ini
tanpa perlu memikirkan atau menganalisis sesuatu. Namun begitu, saya berpendapat bahawa
soalan ini adalah sangat sesuai dengan aras pengetahuan mengikut kehendak JSU. Oleh itu,
soalan ini tidak perlu dibuang tetapi perlu diubah suai dengan menukar pilihan jawapan agar
dapat mewujudkan kehadiran distraktor supaya indeks kesukarannya dapat ditingkatkan.

13
5.0 ITEM SOALAN YANG TELAH DIUBAHSUAI

Item 1

14
Item 11

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, melalui pengiraan indeks kesukaran saya telah dapat melihat secara umum
tahap kesukaran sesebuah item yang talah saya bina manakala melalui pengiraan indeks
diskriminasi pula saya dapat melihat dengan lebih jelas pencapaian skor dan kesesuaian item
berdasarkan murid berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah. Kedua-dua indeks
ini adalah sangat penting dalam penganalisisan item dalam memastikan item soalan yang
dibina adalah bersesuaian dengan tahap pemikiran dan pencapaian murid. Oleh itu, setiap
guru perlulah mengambil berat serta peka kepada tahap pemikiran murid dalam menyediakan
satu kertas soalan supaya kertas soalan yang dihasilkan adalah sesuai untuk dijawab dan
mampu memberi kesan serta pengetahuan kepada murid-murid.

15
RUJUKAN

Abd Rashid Johar. 1980. Prinsip-prinsip asas pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
moden akademik. Selangor Darul Ehsan: Malaysia Heinemann Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas penilaian pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Malaysia
Heinermann Sdn. Bhd.

Arsaythamby Veloo. (2011). Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam


Pembelajaran Journal of Governance and Development. Pusat Pengajian Pendidikan
dan Bahasa Moden. Universiti Utara Malaysia: Vol.7, 2011 (8 - 15).

Boon Pong Ying, Lee Heh Hong & Lawrence Aloysius Aeria. 2017. Pentaksiran dalam
pendidikan: siri pendidikan guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah


Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.

16
17

You might also like