You are on page 1of 7

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan bagi melahirkan generasi yang
berilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam
bidang pendidikan sains dan matematik, matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang
penting di mana penguasaan dan kecemerlangan matematik menjadi asas kepada sesebuah
negara yang maju (Hamdan Said, 2000). Kepentingan matematik dalam pendidikan di Malaysia
juga boleh dilihat apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan matematik
sebagai mata pelajaran wajib dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2004). Matlamat pendidikan matematik adalah dari segi perkembangan murid dalam
konsep nombor dan kemahiran asas mengira seterusnya membina kefahaman. Secara
langsungnya, murid dapat mempelajari kemahiran numerasi, membuat penaakulan, belajar cara
berfikir serta penyelesaian masalah melalui pembelajaran matematik dan mengaplikasikannya
mengikut situasi dengan betul.

Selain itu, program matematik sekolah juga memberi tumpuan dalam menguasai
kemahiran mengira iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi supaya murid dapat
menyelesaikan masalah harian secara berkesan. Sukatan Pelajaran dan kurikulum Matematik
juga memberi penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang
berteraskan penyelesaian masalah (Nik Azis, 2000). Sehubungan dengan itu, pembelajaran
matematik kini sangat menekankan kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT) dan kerajaan juga
telah mewujudkan program-program yang boleh menjadi kayu ukur kepada kurikulum
Matematik Malaysia seperti TIMMS, PISA, STEM dan sebagainya. Justeru, dalam tugasan ini
akan membincangkan tentang dua trenda dan isu kurikulum matematik iaitu Programme for
International Student Assesment (PISA) dan TIMSS.
2.0 TRENDA DAN ISU DALAM KURIKULUM MATEMATIK

Berdasarkan bahan bacaan ilmiah Matematik yang menerangkan trenda dan isu dalam
kurikulum Matematik iaitu PISA dan TIMSS, berikut merupakan rumusan yang dapat dibuat.

2.1 PROGRAMME FOR INTERNATIONAL STUDENT ASSESMENT (PISA)

Programme For Intenational Student Assesment (PISA) merupakan satu program anjuran The
Organisation For Economic Co-operation and Development (OECD). Program ini akan
dilaksanakan tiga tahun sekali. Objektif program PISA ini ialah untuk mengukur sejauh mana
murid telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan
mereka mengambil bahagian sepenuhnya dalam masyarakat moden. Fokus utama PISA juga
ialah matematik, sains, bacaan dan penyelesaian masalah. Kumpulan sasaran yang disasarkan
PISA ialah remaja yang berumur 15 tahun, 164 sekolah 35 pelajar untuk setiap sekolah,
sekolah jenis berasrama penuh, sekolah swasta, sekolah agama, sekolah antarabangsa dan
sebagainya. Ujian ini juga akan berlangsung selama 2 jam dan jenis soalan yang akan
diberikan ialah gabungan soalan terbuka (open-ended) dan pelbagai pilihan jawapan (multiple
choice).

2.2 TRENDS IN INTERNASIONAL MATHEMATICS and SCIENCE STUDY

Trends In International Mathematics and Science Study (TIMSS) diperkenalkan oleh


International Associaion for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). TIMSS
merupakan satu penilaian berskala besar yang mana Pentaksiran antarabangsa berasaskan
kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Penilaian ini juga merupakan satu
projek penyelidikan bertujuan mengukur tahap prestasi pelajar gred 4 (Tahun 4) dan Gred 8
(Tingkatan 2) yang meliputi dua aspek iaitu pengetahuan kandungan dan penaakulan. Menurut
Preushchoff (2011), sebanyak lebih daripada 60 buah negara di seluruh negara yang terlibat
dalam penyertaan penilaian tersebut. Penilaian dilaksanakan bermula pada tahun 1995.
Malaysia juga turut menjadi salah sebuah negara yang menyertai TIMSS pada ketika itu yang
hanya melibatkan murid Tingkatan 2 sahaja.

Apa yang dapat disimpulkan PISA dan TIMSS akan menguji keupayaan murid-murid
dari segi membina rumus, menggunakan dan mentafsir matematik dalam pelbagai konteks.
Selain itu, murid akan diuji untuk memberikan hujah secara matematik di samping mengguna
konsep, prosedur, fakta dan alat matematik untuk menghurai, menerang dan meramal
fenomena. Murid-murid juga akan diuji untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang

2
kukuh sebagai warga yang konstruktif, prihatin dan reflektif. Tambahan lagi, murid juga akan
dicabar dengan situasi untuk membantu individu mengenai peranan yang dimainkan oleh
Matematik dalam kehidupan.

2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN MATEMATIK

Laporan Razak pada 1956 merupakan langka awal perkembangan kurikulum matematik di
8Malaysia. Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956
selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau
bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu.
Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970. Projek Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif
projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras
dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju (Asiah Abu, 1982). Hanya
terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau
bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-
penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah
rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.

Seterusnya, Program Matematik Moden pada 1970 diperkenalkan ke sekolah rendah


dan menengah. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu
seperti teori set, statistik dan vektor yang dipermudahkan. Strategi pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi dalam program ini. Tambahan lagi,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar
daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan
matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi
kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan
kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran
asas matematik. Seterusnya, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan
kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994.
Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan
untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira .

3
3.0 AGENDA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TERHADAP ISU YANG
DIPILIH

Berdasarkan isu-isu yang dipilih, agenda KPM bagi PISA ialah bertujuan untuk menjadi sebagai
penanda aras kepada kurikulum Matematik di Malaysia (Nina Farzuin, 2016). Hal ini kerana,
peperiksaan PISA ini mampu menjadi satu platform bagi menilai keberkesanan dasar
pendidikan sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk membuat penambahbaikan.
Sebagai contoh, sekiranya negara Malaysia menunjukkan penurunan skor yang ketara, maka
hal ini akan mencetuskan pelbagai inisiatif oleh kerajaan untuk membuat penambahbaikan
kurikulum, pembelajaran dan pengajaran, serta latihan guru dan Pentaksiran di peringkat
kebangsaan. Tambahan lagi, penyertaan Malaysia dalam PISA ini sangat memberi manfaat
kepada perancangan penambahbaikan sistem pendidikan negara sejajar agenda Malaysia
untuk menyediakan modal insan yang dapat bersaing di peringkat global di samping satu usaha
agar kualiti pendidikan negara tidak ketinggalan (Siti Aisyah, 2016).

Seterusnya, agenda KPM menyertai TIMSS termasuklah untuk menambah baik corak
sistem pendidikan negara supaya setanding dan mampu menyaingi negara maju lain. Menurut
Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, Malaysia mengambil bahagian dalam
Pentaksiran dan kajian melalui TIMSS dan PISA bagi mencapai objektif tersebut (Nina, 2016).
Menurut beliau juga, antara objektif sistem pendidikan termasuklah memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan. Perancangan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) hasil dapatan daripada TIMSS berlaku perubahan
yang komprehensif dalam sistem pendidikan negara kita.

Selain itu, Menurut Martin et.al (2012), TIMSS dapat menerapkan keupayaan murid
dalam pengetahuan Matematik, Sains dan kemahiran mengikut konteks kehidupan sebenar
yang diajar di sekolah. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dapat
menentukan refleksi kekuatan serta kelemahan yang dibuat secara bandingan. Hal ini kerana
negara kita boleh menilai tahap pendidikan negara dengan membuat perbandingan dengan
kejayaan negara yang juga menyertai TIMSS tersebut.

4
4.0 RUMUSAN

Apa yang dapat disimpulkan, kurikulum ialah rancangan yang disediakan untuk satu proses
pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur
yang di terjemah ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah satu proses di mana
nilainya di terjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Justeru, guru-guru
perlulah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum termasuklah
menginterpretasi, merancang, memodafikasi dan melaksanakan kurikulum.

5
RUJUKAN

Asiah Abu Samar. (1982). Perkembangan Kurikulum Matematik Sekolah di Malaysia. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamdan Said. (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik di Sekolah Menengah. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Modul 1 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran


Matematik KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Khair Mohamad. (2016). Malaysia memperbaiki prestasi dalam kajian TIMSS & PISA. Mstars.
Dipetik dari https://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016.

Nik Azis Nik Pa. (2000). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Nina Farzuin Md. Sharom. (2016). TIMSS, PISA jadi kayu ukur untuk penambahbaik sistem
pendidikan negara. GPS Bestari, Dipetik dari
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/timss-pisa-jadi-kayu-ukur-untuk-tambah-baik-
sistem-pendidikan-negara-1.590594

Noor Shah Saad. (2010). Pengajaran Matematik Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah:
Teori Dan Pengkaedahan. Petaling Jaya: Harmoni Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Siti Aisyah Sukaimi. (2016). Menanda aras pendidikan negara. MyMetro, Dipetik dari
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/11/184564/menanda-aras-pendidikan-negara

Mullis I V S, Martin MO et al. (2012). TIMSS 2011 international mathematics report. Boston:

Boston College, International Study Center.

Ahmad Zaid Hamidi. (2018). Sistem pendidikan mampu lahir modal insan berkualiti. Zahid in
Mohammed Farid Noh, BH Online. Kuala Lumpur. New Straits Times Press (M) Bhd.
dipetik dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/387010/sistem-pendidikan-
mampu-lahir-modal-insan-berkualiti-zahid

6
7

You might also like