You are on page 1of 44

RESPONSIF

Responsif berasal daripada perkataan Inggeris responsive bermaksud receptive, understanding, reacting or replying quickly or favourably, as to a suggestion, initiative and acting to suggestion. (http://dictionary.reference.com) Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, responsif bermaksud segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yang bersifat membantu terhadap sesuatu usaha.

Perubahan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Laporan Kabinet (1979) sehingga PIPP (2013-2025). Perubahan demi perubahan telah membawa kepada peluang kesaksamaan pendidikan dalam sistem pendidikan negara secara teratur dan terancang (Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon, 2011).

Ciri kurikulum yang dibentuk adalah berasaskan Laporan Razak (1956), yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957) dan Laporan Rahman Talib (1960), yang termaktub dalam Akta Pelajaran (1961). Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat atau integrasi nasional melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran iaitu kurikulum yang sama serta penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan.

Reka bentuk kurikulum berdasarkan Laporan Razak (1956) adalah respon kepada perlunya memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masingmasing. Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan pada 1974 dibentuk sebagai respon kepada keperluan Malaysia untuk mempunyai tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, serta memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994).

Laporan JK (1979) juga mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) dimana Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai 1983, diikuti dengan Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. Kurikulum yang dibentuk menekankan kepada penguasaan kemahiran asas 3M dan perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetik dan sosial.

Sebagai kurikulum yang berciri responsif, pelbagai perubahan Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) di bentuk agar Malaysia mampu muncul sebagai negara maju pada tahun 2020. Penstrukturan semula Sekolah Menengah Teknik kepada Sekolah Menengah Vokasional, Third Outline Perspective Plan 2001-2010, Rancangan Malaysia ke-8 (2001-5) dan Rancangan Malaysia ke-9 (2006-10) sebagai rangka reformasi PTV ke arah pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. 22 matapelajaran vokasional juga diperkenalkan di sekolah akademik harian.

Kurikulum Standard Kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara. Usaha Malaysia bagi memastikan murid serta pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global. (http://www.moe.gov.my/bpk). Penanda aras antarabangsa ini memberi penekanan serta respon kepada standard kandungan dan standard pembelajaran.

Merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum. Berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, menekankan inkuiri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek (BPK 2009).

HOLISTIK
Holistik atau holistic bermaksud relating to or concerned with wholes or with complete system (http://www.merriam-webster.com) atau menyeluruh. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, holistik bermaksud saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspekaspek tertentu sahaja.

Kurikulum persekolahan kini mengalami perubahan dari segi bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KPM juga berusaha membangunkan kurikulum yang lebih berpusatkan pelajar, memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang ilmu akademik dengan lebih mendalam dan kurikulum yang menyeronokkan. Perubahan kurikulum yang holistik atau secara menyeluruh juga menekankan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Kurikulum ini juga berciri holistik kerana ia juga bertujuan membentuk modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa sebagai warganegara Malaysia. Perkembangan semasa memperlihatkan kurikulum kebangsaan dikaji semula di peringkat pusat untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua PIPP 2006-2010.

Antara penggubalan tersebut adalah membuat penambahbaikan Program Prasekolah, penambahbaikan Kurikulum Sekolah Rendah dan pembentukan Kurikulum baru iaitu KSSR yang selaras dengan FPK dan berlandaskan prinsipprinsip KBSR (Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon, 2011).

BERSEPADU
Bersepadu atau integrated bermaksud combining or coordinating separate elements so as to provide a harmonious, interrelated whole (http://dictionary.infoplease.com/). Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, bersepadu bermaksud berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb).

Kurikulum Malaysia adalah bersepadu kerana menekankan kesepaduan rakyat pelbagai kaum . Kurikulum juga mengintegrasi pencapaian murid dari semua aspek kehidupan bersandarkan FPK iaitu perkembangan yang menyeluruh aspekaspek intelek, rohani, jasmani, emosi, akhlak, nilai-nilai estetik dan sosial. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR adalah respon daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negara-negara maju yang lain, tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek. Di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kesepaduan diantara kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan dalam kehidupan. Oleh itu, kurikulum yang dibentuk mengintegrasikan nilai kerohanian dan nilai-nilai murni.

RELEVEN
Releven atau Relevant bermaksud closely connected with the subject discussed (Oxford Advanced Learners Dictionary, 7th Edition, 2005). Ada kaitan atau hubungannya (dgn), dapat dikaitkan atau dihubungkan dengan (Kamus Dewan Edisi ketiga).

KOHEREN
Koheren atau Coherent bermaksud logical and well organized; easy to understand and clear of ideas, thoughts, arguments, etc (Oxford Advanced Learners Dictionary, 7th Edition, 2005). Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, koheren ialah berhubungan, bersangkutpaut, ada kesinambungan (keterikatan) antara sat dengan satu yang lain.

Malaysia telah pun melalui era pertanian dan era perindustrian dengan menghasilkan pelbagai inovasi dalam teknologi bidang yang berkaitan. Kini, dalam abad ke-21, Malaysia melalui pula era maklumat. Sistem pentadbiran negara menuntut konsep pendidikan bercorak ke arah bercirikan teknologi. Teknologi maklumat menjadi salah satu pemangkin ke arah kemajuan negara. Kurikulum juga dibina bagi melahirkan masyarakat yang berteknologi, berilmu dan bermoral tinggi.

Pada 1998, mata pelajaran Teknologi Maklumat (TM) telah dijadikan satu mata pelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ditawarkan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000. KPM telah memutuskan untuk menawarkan mata pelajaran Teknologi Maklumat secara percubaan di 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999.

Menurut Taba (1962), kurikulum merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai hasrat penghasilan yang ditentukan. Kurikulum yang relevan dan koheren dengan keadaan semasa serta masa akan datang serta boleh memenuhi matlamat yang ditentukan adalah menjadi keutamaan. Dalam konteks negara Malaysia pula, kurikulum yang relevan dan koheren ialah kurikulum yang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara serta agenda pembangunan kemajuan negara (Abdul Raof Hussin & Sharifah Nor Puteh 2000).

KSSR juga dilaksanakan bagi melonjakkan sistem pendidikan negara. Berdasarkan tanda aras antarabangsa sehingga mampu melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran bagi bersaing di peringkat global kelak. Perubahan kurikulum ini menepati waktu, releven serta sesuai demi menyiapkan modal insan berkualiti di masa hadapan sebagai pemacu negara.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Perkembangan optimum dan seimbang kanakkanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajar sambil bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaran melalui penerokaan dan perbincangan. Pembangunan fizikal dan pergerakan motor, pembangunan sosial dan emosi dengan penggunaan pelbagai pendekatan untuk pembangunan pembelajaran dan bahasa.

Menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993). Akta Pendidikan 1996 memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini.

Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, KPM menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, NGO's dan swasta mulai 1 Januari 2003. Komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioekonomi, komponen perkembangan fizikal, serta komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus Dato Razali Ismail, 2009).

Inisiatif KPM adalah membangunkan panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikan pada tahun 2010 untuk menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Berasaskan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dan kurikulum PERMATA.

Mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat. Kurikulum ini juga berkonsepkan permainan, penerokaan, berfokus dan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut.

KURIKULUM PERMATA
Dirujuk daripada model Pen Green tetapi telah diperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. Mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu perkembangan emosi, rohani dan sosial; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan pra matematik dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran; perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri; dan perkembangan daya kreativiti dan estetika.

Garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanakkanak.

KBSR
Menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu. Pembinaan sikap dan perlakuan baik berpandukan nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA.

Bergaul , menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas. Bidang komunikasi komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik.

Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar Dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang perkembangan diri individu komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Matlamat KBSR - perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Berdasarkan kajian Jawatankuasa Kurikulum (1988), KBSR ditukarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan cita dan hasrat FPK dan Wawasan Pendidikan 2020.

KSSR
KBSR diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah. KBSR disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21, setanding dengan pendidikan global. P&P lebih menarik dan interaktif dengan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

KBSR VS KSSR
KBSR Rekabentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembangan diri individu KSSR Rekabentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan perkembangan fizikal dan estetika Sains & teknologi Keterampilan diri Bahan kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

Bahan Kurikulum: Sukatan pelajaran

Rekabentuk Kurikulum: Linear

Rekabentuk Kurikulum: Modular

KBSR VS KSSR
KBSR Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2, 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5, 6) *Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif KSSR Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2, 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5, 6) *Mata pelajaran Teras dan Elektif

Elemen kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit Fokus: 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

Fokus: 3M (Membaca, menulis, mengira)

KSSR menunjukkan dengan jelas bahawa kurikulum di Malaysia berciri responsif, releven, koheren dan holistik. Melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Tiga elemen nilai tambah (added value) untuk pembentukan modal insan yang berpotensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21 dan Model Ekonomi Baru.

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS


Digubal berdasarkan KSSR. Tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran. Pengubahsuaian dengan meningkatkan kualiti serta penambahan kepada beberapa mata pelajaran supaya P&P lebih teratur dan menepati keperluan golongan tersebut.

Masalah Pendengaran Masalah Penglihatan Masalah Pembelajaran

Mata Pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi (ditambah) Mata Pelajaran BM, BI, PI (diubahsuai)

Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (ditambah) Pendidikan Jasmani dan Dunia Seni Visual (diubahsuai)

Pengurusan Kehidupan Asas 3M (Membaca, menulis, mengira) Seni Kreatif (Seni Visual & Seni Muzik) Pendidikan Islam atau Moral Pendidikan Jasmani (Semua diubahsuai)

KBSM
Dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan dilaksanakan di semua sekolah menengah pada 1989. Kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya diperkembang daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspekaspek pendidikan pra-vokasional (Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979).

Tujuan KBSM di laksanakan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan berakhlak mulia. Dasar KBSM memenuhi tiga keperluan. Keperluan memupuk nilai-nilai kewarganegaraan agar wujud perpaduan rakyat dan identiti bangsa. Keperluan mendidik pelajar supaya berkeupayaan menghadapi cabaran hidup.

Keperluan mengembangkan kemahiran teknologi, sifat keusahawanan, pemikiran kreatif serta pengetahuan mengenai pengurusan masa dan etika kerja supaya pelajar dapat memainkan peranan yang sewajarnya dalam proses pemodenan dan perindustrian. Kurikulum Pendidikan Kewarganegaraan juga digubal bertujuan membina semangat cintakan negara.

Tiga bidang utama. Bidang Komunikasi Bahasa dan Matematik. Bidang Manusia dan Alam Sekeliling - Agama, Moral, Sains dan Kemasyarakatan. Bidang Perkembangan Diri Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Aktiviti Kokurikulum. Nilai-nilai murni diterapkan dalam semua mata pelajaran. Mata Pelajaran dirangka secara bersepadu dan menyeluruh. Dua kumpulan iaitu teras dan elektif.

Peringkat Menengah Rendah (Tingkatan 1-3) Pelajar diwajibkan mengambil semua mata pelajaran teras dan berpeluang memilih satu mata pelajaran tambahan Bahasa Cina atau Tamil. Peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5) Pelajar diwajibkan belajar kesemua tujuh mata pelajaran teras dan memilih dua minimun atau 4 maksimum mata pelajaran elektif daripada Kumpulan I (Kemanusiaan), Kumpulan II (Vokasional & Teknologi), Kumpulan III (Sains) dan Kumpulan IV (Pengajian Islam).

You might also like