You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu
kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan
seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan
kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR)

KLSR mula dilaksanakan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah
Jawatankuasa Penyemak Mata Pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini
ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu
iaitu, Ordinan Pelajaran 1957.

Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan termasuklah cadangan
Bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya, dibentangkan di Parlimen dan
diluluskan yang mana kemudiannya, telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,
perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan
kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.

Seterusnya, pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah
Inggeris, sekolah Cina dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang
sama telah diwujudkan untuk semua sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada ketika ini, boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu;
Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH / KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

1
Pelaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah
dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah
dilaksanakan sejak merdeka, telah mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.
Antaranya ialah;

i. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama
lain.

ii. sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.

iii. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan.

iv. pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang
bahan bantu lain.

v. aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik
darjah.

Justeru, KBSR telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993 pula, Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) ditukarkan kepada nama baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR). Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti
sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat
menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan
dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran
asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983
dalam KBSR dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh
menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh
mengisi boring-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan
pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KSSR, satu kurikulum baru mula diperkenalkan di semua sekolah di Malaysia bermula pada tahun
ini, 2011. Kurikulum ini dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia di mana, pelaksanaannya yang

2
bermula untuk murid-murid Tahun 1 pada tahun 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan
permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba
maju dan canggih kini.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak akan
menggantikan KBSR tetapi, akan beriringan dengan KBSR. Melalui KSSR, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan modul yang menggantikan buku teks. Ia diharap dapat meningkatkan
penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Di samping itu, KSSR adalah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
pada setiap mata pelajaran iaitu;

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


Penyataan spesifik tentang perkara yang Satu penetapan kriteria atau indikator
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam kualiti pembelajaran dan pencapaian
suatu tempoh persekolahan merangkumi yang boleh diukur bagi setiap standard
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. kandungan.

Pemilihan standard yang berlainan pada setiap mata pelajaran adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti yang berikut;

i. Memastikan semua murid dapat melepasi standard yang ditetapkan.

ii. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

iii. Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

iv. Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

v. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

KSSR membahagikan setiap mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas
Tema dan Modul Asas Elektif. Pembahagian ini adalah seperti berikut;

3
Modul Asas Mata pelajaran / subjek

B. Malaysia, B. Inggeris, B. Cina, B. Tamil, Pend. Agama Islam / Pend.


Teras
Moral, Pend. Jasmani, Pend. Kesihatan dan Matematik.

Tema Dunia Seni Visual, Dunia Muzik, Dunia Sains dan Teknologi.

Elektif B. Cina (SK), B. Tamil (SK), B. Arab

Di samping itu, KSSR juga memperkenalkan Elemen Nilai Tambah yang bertujuan untuk memberi
lebih fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif; mempunyai ciri dan
sikap keusahawanan, serta dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Elemen
merentas kurikulum yang sedia ada telah ditambah nilai dengan memperkenalkan elemen-elemen seperti,
kreativiti dan inovatif, keusahawanan, dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dual Language Programme (DLP) atau Program Dwibahasa adalah satu program di bawah Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di
Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
secara rintis pada tahun 2016 dan ia melibatkan tiga ratus buah sekolah. Program Dual Language memberi
pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran
berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak
langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid
untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta
meningkatkan keboleh pasaran murid di alam pekerjaan.

KESIMPULAN

Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah zaman
selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap
sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama
sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun
banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu
sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk
4
menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

BIBLIOGRAFI

Razali Arof. 1991. Pengantar Kurikulum. Selangor. Percetakan Bahasa dan Pustaka.

Noresah. 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur.
Aini Hayati Mohamed, (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia/

http://www.scribd.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-Pendidikan-Di-Malaysia

www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/mula.htm

http://destalyana.blogspot.com/2007/09/beberapa-pengertian-kurikulum.html

www.ictk-jpnns.net/data/kssr/KSSR.doc

skdarau.tripod.com/kbsr.htm

You might also like