You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 JENIS-JENIS KURIKULUM

2.1 KURIKULUM LATIHAN SEKOLAH MENENGAH (KLSM)

2.2 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)

2.3 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

3.0 PERBEZAAN KURIKULUM KLSM,KBSM DAN KSSM

3.1 MATA PELAJARAN TERAS

4.0 PENUTUP

RUJUKAN

1
1.0 PENGENALAN

Pengertian kurikulum menurut definisi Kerr, J.F (1968) adalah semua pembelajaran
yang dirancang dan dilaksanakan secara individu ataupun berkelompok, samada di sekolah
dan di luar sekolah. Manakala kurikulum menurut definisi Inlow (1966), mengemukakan
pendapatnya bahawa pengertian kurikulum adalah usaha menyeluruh yang dirancang khusus
oleh pihak sekolah untuk membimbing pelajar bagi memperoleh hasil dari pembelajaran yang
telah ditentukan. Neagley dan Evans (1967), pengertian kurikulum adalah semua
pengalaman yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Untuk membangunkan sesuatu sistem pendidikan ia memerlukan kepada kurikulum.


Peranan kurikulum ini adalah sebagai pengisian untuk menjalankan sistem pendidikan
kepada pelajar. Malah wujudnya sekolah adalah di sebabkan terdapatnya kurikulum. Tetapi
kurikulum ini akan berubah mengikut faktor tertentu. Ianya akan sentiasa dikaji pelaksaannya
kepada pelajar. Ini kerana zaman teknologi perkembangan terlalu cepat, tahap intelek pelajar
juga makin terkehadapan. Di sinilah memerlukan pengubahsuaian mengikut tahap-tahap
persekitan pelajar.

2.0 JENIS-JENIS KURIKULUM

2.1 KURIKULUM LAMA SEKOLAH MENENGAH (KLSM)

Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) mula dilaksanakan sejak negara


mencapai kemerdekaan pada tahun 1960, sebuah Jwatan Kuasa Penyemak Mata pelajaran
telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatan Kuasa ini diketuai oleh
Menteri Pelajaran Ketika itu iaitu Abdul Rahman bin Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan
bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak 1956.

Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan Bahasa


Melayu dijadikan sebagai bahsa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di
parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran
1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan
kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.

Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum

2
seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar
masing-masing. Satu sukatan sama diwujudkan untuk semua sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun iniboleh dibahagikan kepada


tiga tahap iaitu, Tahap Pertama (1963-1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga
(1971-1975). Tahap pertama merupaka tahap pelaksaan rancangan sistem pendidikan yang
telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap
pelaksaan perancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal
dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan social yang timbul dalam tempoh
ini. Anatara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan
kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan
kemudahan pendidikan yang lebih sistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan
taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa
mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan


pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan
ekonomi serta untuk menghasilakan lebih ramai kerja mahir bagi melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan-perubahan sisten pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang
tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat-matlamat
pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai
dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan
tragedy konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

2.2 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)

Reformasi pendidikan yang diperkenalkan adalah melalui Kurikulum Bersepadu


Sekolah Menengah (KBSM) yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). KBSM
telah dilancarkan pada tahun 1988/1989 untuk menangani cabaran-cabaran masa depan.
Pernyataan hasrat FPN ini memperlihatkan satu pendekatan yang seimbang dari aspek
tujuan, matlamat dan objektif pendidikan. lni meliputi beberapa aspek iaitu aspek individu,
sosial, ekonomi, politik, pemodenan dan kefahaman antarabangsa (KPM: 1986).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah rentetan daripada kurikulum


lama sekolah menengah. KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Oleh itu, kandungan kurikulum KBSM

3
merangkumi pengatahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai kerohanian, kemanusian,
kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup (Pukal
Latihan KBSM,1990).

Kesemua aspek-aspek ini harus dicapai melalui penumpuan yang telah digariskan
dalam KBSM. Tumpuan-tumpuan tersebut adalah melalui penerapan nilai-nilai murni
merentas kurikulum, bahasa merentas kurikulum dan kemahiran berfikir, pembinaan insan,
perpaduan, tenaga manusia, bahasa dan budaya ilmu. KBSM juga telah memberi penekanan
kepada penerapan nilai. Sebanyak 16 nilai bersifat sarwajagat telah dikemukakan untuk
disepadukan dalam mata pelajaran di sekolah. lni memperlihatkan keseimbangan dari aspek
isi kandungan yang menitikberatkan bidang kognitif dan afektif.

Satu lagi tumpuan KBSM adalah strategi bersepadu di peringkat menengah. Ia


bertujuan menghubungkait dan menggabungjalinkan mata-mata pelajaran di sekolah agar
sesuatu mata pelajaran itu tidak diajar secara terpisah. Unsur yang utama yang digunakan
untuk mewujudkan kesepaduan adalah unsur nilai. Seterusnya, keseimbangan juga dapat
dilihat dari aspek metodologi pengajaran-pembelajaran. Strategi-strategi yang disarankan
adalah pengajaran-pembelajaran berpusatkan pelajar, penglibatan pelajar secara aktif dalam
proses pembelajaran, peranan guru sebagai perancang, pengurus, pemudah cara,
pembimbing, penerapan sikap cintakan ilmu, suka membaca dan konsep pendidikan seumur
hidup dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran.

2.3 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) adalah penambahbaikan kurikulum


sedia ada bagi menyediakan murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang releven
dengan keperluan dan cabaran abad ke-21. Ia digubal dalam bentuk standard kandungan dan
standard pembelajaran. Standard kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara
yang patut murid ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula
ialah satu penerapan kritiria atau indicator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.

Terdapat lapan ciri asas yang berubah dalam sistem kurikulum KSSM, antaranya
bahan mengajar, peruntukan masa pdp, kandungan sukatan pelajaran, pedagogi,
pentaksiran, pengurusan kurikulum, bentuk dan organisasi. Ke semua lapan eleman ini
merupakan teras bagi perjalanan sistem KSSM. Aspek utama kurikulum ini adalah terdiri dari
tiga eleman, iaitu kandungan untuk penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan
tanda aras antarabangsa. Yang kedua adalah eleman pedagogi, iaitu pendekatan
4
pembelajaran secara mendalam, kontekstual dan berkesan dan yang terakhir adalah eleman
pentaksiran iaitu untuk perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan. Semua
merupakan tunjang bagi asas kurikulum KSSM.

3.0 PERBEZAAN KURIKULUM KLSM,KBSM DAN KSSM

3.1 MATA PELAJARAN TERAS

Setiap kurikulum memainkan peranan masing-masing mengikut kepada perubahan


suasana sekeliling dan juga sejauh manakah keberkesanan kurikulum yang dilaksanakan
mencapai matlamat berdasarkan falsafah pendidikan negara. Setiap kurikulum yang
dilaksanakan juga ditubuhkan jawatankuasa menganalisis sistem pendidikan yang di
perkenalkan. Supaya sistem kurikulum ini yang diajar di sekolah menepati piawaian objektif
pelaksaannya kepada murid.

Pada satu ketika dahulu, iaitu pada tahun 1972 pendidikan siviks merupakan saluran
utama untuk penerapkan nilai-nilai kewarganegaraan selepas kejadian 13 Mei 1969. Namun
demikian, pendidikan siviks tidak menunjukkan keberkesanannya sebagai satu kurikulum
yang penting dalam proses pembinaan bangsa. Ini disebabkan mata pelajaran tersebut tidak
; diperiksa. Berikutan dari itu, guru dan pelajar memandang ringan terhadap kepentingan mata
pelajaran tersebut. Di samping itu, satu kajian menilai buku-buku teks seperti Sejarah,
Geografi , Siviks dan Bahasa oleh Mukherjee dan Ahmad (1984) telah mendapati imej dan
nilai-nilai integrasi nasional tidak dicerminkan di dalam buku-buku tersebut.
Penyelidikpenyelidik telah mendapati bahawa penulis-penulis buku-buku ini tidak sedar akan
tanggungjawab mereka untuk menggambarkan secara tepat mengenai ciri-ciri masyarakat
yang berbilang bangsa.

Dalam mencapai hasrat FPN melalui KBSM, 10 mata pelajaran teras telah ditetapkan
di peringkat menengah rendah dan 7 mata pelajaran teras di peringkat menengah atas.
Berikut adalah senarai mata pelajaran yang telah diwajibkan iaitu bagi menengah rendah
adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sains,
Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Manakala subjek teras menengah atas pula ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Jasmani dan Kesihatan.

Dalam senarai mata pelajaran teras, sejarah telah diberikan kepentingan terutamanya
dalam mencapai objektif menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan kepada pelajar-pelajar.
Sejarah telah dipilih menjadi pendokong utama penerapan unsur perpaduan dan

5
kewarganegaraan kerana kurikulum sejarah mempunyai peristiwa-peristiwa lalu yang dapat
membina ingatan bersama terhadap sejarah bangsa dan perjuangan pemimpin~pemimpin
serta membina satu pemahaman yang kukuh mengenai negara, sejarah pertumbuhannya dan
rasional penggubalan perlembagaan dan dasar utama negara. Oleh itu, jika dibandingkan
dengan mata pelajaran lain seperti Geografi, Bahasa, Sains, Agama dan Moral, pendidikan
sejarah merupakan saluran yang lebih sesuai untuk menerapkan unsur perpaduan dan nilai
kewarganegaraan.

Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard
Sekolah Rendah dan Menengah yang akan dilaksanakan bermula pada tahun ini dan akan
diapditasikan pada tahun hadapan. Perubahan yang ketara berlaku pada Kurikulum Standard
Sekolah Menengah khususnya. Dalam KSSM ini, membolehkan murid mendapat pengalaman
bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi. Ia menggunakan pendekatan inkuiri
melalui aktiviti seperti pembelajaran berasakan projek, pembelajaran berasaskan masalah
dan pendekatan STEM, kea rah penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Kurikulum
ini juga memaplikasikan KBAT dalam p&p semasa pembelajaran secara mendalam.

Mata pelajaran yang menjadi teras bagi KSSM bagi Menengah rendah hanya 6 subjek
iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa inggeris, matematik, sains, sejarah dan pendidikan
Islam/pendidikan moral. Bagi mata pelajaran wajib pula ialah pendididikan jasmani dan
kesihatan, geografi, reka bentuk dan teknologi dan pendidikan seni visual. Bagi subjek
tambahan kesemua bahasa selain subjek bahasa dalam teras. Berbeza dari mata pelajaran
teras bagi Menengah atas, hanya 6 subjek sahaja iaitu B. Melayu, B. Inggeris, matematik,
sains, sejarah dan pendidikan Islam. Manakala bagi subjek wajib hanyalah pendidikan
jasmani dan pendidikan kesihatan sahaja.

Melalui pendidik yang seimbang dan menyeluruh inj, negara berharap generasi baru
yang dilahirkan merupakan satu golongan yang terpelajar, mempunyai ciri warganegara yang
berdisipin, bersikap positif, memahami alam sekitar dan budaya masyarakat Di samping itu,
generasi baru ini juga diharapkan akan menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran
mereka dalam memajukan negara serta mengikatkan persefahaman antarabangsa melalui
pembinaan semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat

6
4.0 PENUTUP

Setiap perubahan yang berlaku dalam kurikulum merupakan satu penambahbaikkan.


Ia merupakan salah satu langkah usaha daripada pihak kerajaan untuk membantu rakyatnya
supaya dengan memperkenalkan idea baru dalam kurikulum dapat membuka corak pemikiran
murid pada era globalisasi ini. Amat malang sekiranya seseorang murid itu masih di tempat
cetek cara pemirikannya. Dengan adanya perubahan dalam sistem pendidkan di Malaysia ini,
di harapkan rakyat yang berbilang kaum dan berbeza agama dapat hidup secara harmonis,
tenang dan aman.

7
RUJUKAN

1. Tai Ai Hoon, Mei 1997 (KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH MENENGAH RENDAH


(KBSM) : SATU KAJIAN TERHADAP PEMIKIRAN GURU MENGENAI PERNYATAAN
HASRAT DAN PELAKSANAANNYA).

2. Abdul Rahim Hamdan. (2007). PENGAJIAN KURIKULUM. Johor Darul Takzim:


Universiti Teknologi Malaysia.

3. Abdullah Sani Tahaya. (2003). PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PTS


Publication & Distributor.

4. http://eprints.utm.my/6575/4/SuhaimiMFPCHAP1.pdf

5. http://studentsrepo.um.edu.my/516/4/BAB_1.pdf

6. https://www.scribd.com/document/487479/Kurikulum-Bersepadu-Sekolah-Menengah

You might also like