You are on page 1of 15

1.

1 PENDAHULUAN
1.2 KURIKULUM SEJARAH

Kurikulum sejarah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap relevan dalam
menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dalam masyarakat multi etnik di negara ini. Kita
sepatutnya, mengetahui dan memahami latar belakang kurikulum atau mata pelajaran
sejarah. Kurikulum Sejarah bermula pada zaman penjajahan British.1 Kerajaan British
memperkenalkan kurikulum Sejarah yang berbeza-beza antara sekolah aliran British dan
sekolah aliran Melayu. British telah mengagihkan kurikulum Sejarah negara China kepada
sekolah-sekolah Cina dan kurikulum Sejarah dari India kepada sekolah-sekolah Tamil.
Walaubagaimanapun, Khoo Kay Kim(1992) telah menyatakan Sejarah British diberi
keutamaan dalam kurikulum Sejarah. Seorang lagi tokoh menyokong pernyataan beliau iaitu
Abdul Razaq (2007) yang menjelaskan kurikulum Sejarah lebih menceritakan latar belakang
masyarakat Eropah atau England. Jamaliah pula berpendapat jurang dalam pendidikan
Sejarah antara murid sekolah aliran Inggeris, Cina dan Tamil yang menyebabkan masalah
tersebut. Kesannya identiti dan nilai kerjasama tidak wujud dalam kalangan masyarakat
ketika itu. Pada peringkat awalnya, sekolah aliran Melayu mempelajari Kesusasteraan
Melayu Klasik dan pihak British tidak menekankan sejarah tempatan kerana khuatir
mengugat kepentingan politik dan ekonominya.

Selepas perang dunia kedua kurikulum sejarah memberi penekanan kepada


perpaduan dan integrasi kaum. Siti Zainudin Mat (1988; 1990) mengatakan kurikulum yang
sedia ada dilihat terlalu luas dan tidak bersifat tempatan. Beliau juga menyatakan beberapa
forum seperti Kongres Kebudayaan Malaysia 1971 dan Seminar Sejarah Malaysia 1 dan 11
yang diadakan pada tahun 1973 dan 1974 untuk membincangkan konflik yang timbul. Beliau
lagi tengahkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan pendekatan
“berpusatkan ke-Malaysiaan’ dalam penggubalan sukatan pelajaran dan penulisan buku
teks Sejarah. Pada tahun 1989 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata
pelajaran Sejarah sebagai subjek teras yang wajib diambil oleh pelajar. Aini Hassan (2008)
berpendapat perubahan ini satu anjakan besar dalam falsafah dan konsepsi pengajaran dan
pembelajaran Sejarah di sekolah. Falsafah, matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran telah dinyatakan dengan jelas. Sejarah tempatan telah diberi tumpuan dan
pembahagian tajuk pula dilakukan mengikut tema-tema. Tujuan kurikulum sejarah
ditubuhkan adalah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan

1
Ishak Ramli, Inilah Kurikum Sekolah, PTS Profesional, Kuala Lumpur, hlm 79.

1
nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan di luar bilik darjah. Bagi menjayakan tujuan
tersebut kandungan mata pelajaran sejarah disusun secara sistematik. Kandungan tersebut
membincangkan pengenalan negara dan identitinya, sejarah awal negara dan warisannya
serta kedaulatan dan kejayaan negara.

Selain itu, secara umumnya matlamat kurikulum sejarah adalah menggambarkan


gambaran yang lengkap tentang sejarah Malaysia. Kita dapat mengetahui keperibadian
bangsa, dapat membina semangat patriotik, menghargai tokoh serta sumbangan mereka
dan sebagainya. Bagi memantapkan kurikulum sejarah di sekolah pihak kerajaan telah
mengambil beberapa tindakan. Antaranya, pada peringkat awal tubuhkan Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) dan mengenalkan tawarikh. Selepas itu, Kurikulum Lama Sekolah
2
Rendah (KLSR) digantikan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Matapelajaran tawarikh ditukar sebagai kajian tempatan. Seterusnya, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Matapelajaran kajian tempatan digantikan sebagai matapelajaran sejarah.

1.2 KURIKULUM MATA PELAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Pada peringkat awalnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dikenali


sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sejak Merdeka.
Jawatankuasa Kabinet telah mengenal pasti beberapa kekurangan. Isi kandungan sukatan
pelajaran berulang dan tidak ada kaitan dengan mata pelajaran. Sukatan pelajaran
mengandungi butiran yang terlalu banyak yang membebankan dan membosankan murid
dan guru serta murid terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutamanya apabila
menghadapi peperiksaan. Akhirnya, pengajaran dan pembelajaran (P&P) selalu bergantung
kepada buku teks dan menghadkan penggunaan teknik bagi P&P menjalankan dengan
menarik. Oleh itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah dibentuk sesungguhnya berasaskan
syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1983. Bagi
memupuk semangat perpaduan atau sikap bersatu padu Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR).

2
Ibid, hlm 26.

2
Kurikulum KBSR tersebut berasaskan prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan kepada semua murid dan
akhirnya pendidikan seumur hidup. KBSR ini, menggalakkan pelajar dalam komunikasi,
perkembangan diri individu dan manusia dengan alam sekelilingnya. Kurikulum ini juga
membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif bagi membina insan yang seimbang.
Kementerian Pelajaran Malaysia memerlukan semua pelajar melepasi standard yang
ditetapkan, penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang wajar diukur dengan jelas serta
mengenal pastikan strategi penambahbaikan. Seterusnya, pihak kerajaan juga hendak
murid-murid mengatasi masalah keciciran dalam pembelajaran dan pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah. Oleh itu, KBSR digubalkan lagi kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011.

2.0 ANALISIS KURIKULUM STANDART SEKOLAH RENDAH (KSSR)

2.1 TUNJANG KURIKULUM STANDART SEKOLAH RENDAH

KSSR Sejarah dibina berasaskan dengan enam tunjang3 iaitu ‘Komunikasi’,


‘Kerohanian, Sikap dan Nilai’, ‘Kemanusiaan’, ‘ Literasi Sains dan Teknologi’,
‘Perkembangan Fizikal dan Estetika’ dan ‘Keterampilan Diri’. Tunjang ini merupakan domain
utama bagi pemikiran kritis, kreatif dan inovatif yang membina insan yang seimbang,
harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan.

2.1.1 TUNJANG KOMUNIKASI

Bagi mengukuhkan kemahiran komunikasi, sandaran adalah berdasarkan teori


psikologi pengajaran bahasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) lisan
mestilah diutamakan sebelum mengajar aspek kemahiran bacaan dan penulisan. Kemahiran
dalam lisan memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa para pelajar. Apatah
lagi dari sudut psikolinguistik wujudnya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran.
Pemikiran melibatkan simbol tertentu. Kebiasannya simbol ini ialah lambang-lambang

3
Balasandran Ramiah, Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal (Edisi Kedua), PTS Akademia, Kuala
Lumpur, hlm 397.

3
pertuturan tertentu yang merupakan perkataan. Maksudnya jika murid tidak dapat
menguasai perbendaharaan kata yang luas maka mereka tidak dapat berfikir dengan jelas.

Oleh itu bersandarkan lisan adalah kemahiran asas bagi bahasa pertama yang
dikuasai oleh murid normal. Selain mempelajari kemahiran membaca dan menulis semua
sekolah rendah seluruh negara wajar diberikan penekanan utama dalam kemahiran
komunikasi lisan KSSR. Sementelahan pula kurikulum ini berpaksikan kepada prinsip
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama
untuk semua murid dan berkonsepkan pendidikan seumur hidup.

Dalam komunikasi, penggabung jalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan
lisan semasa berinteraksi menjadi keutamaan guru ketika proses P&P berlangsung dalam
bilik darjah. Sehubungan dengan ini guru sewajarnya berupaya menyampaikan isi pelajaran,
pengetahuan, idea, maklumat, nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dengan tepat tanpa
menimbulkan salah faham, kekeliruan dan kekaburan.yang nyata, sudah semestinya guru
itu menggunakan bahasa yang betul, sesuai dan sempurna tatabahasanya.

Kesimpulannya aspek komunikasi yang menjadi salah satu tunjang utama KSSR
adalah wadah penting dalam transformasi pendidikan ini. Apatah lagi komunikasi ialah
proses penyampian maklumat daripada satu pihak kepada satu pihak lain.
Keberkesanannya bergantung kepada maklum balas dan seterusnya tindak balas antara
guru-murid. Apa yang diharapkan komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah
cara berfikir individu terutamanya dalam perlakuan dan tindak-tanduk seseorang. Dengan ini
natijahnya akan memberikan impak positif dan menggalakkan penglibatan murid-murid
secara aktif dan dinamik.

2.1.2 TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua4 pula menekankan
aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya
mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang
menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang

4
Ibid

4
pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan
nilai. Maka, matapelajaran sejarah ialah bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut
kerana sejarah akan membantu murid-murid untuk menjadi warganegara yang bermoral
tinggi dan bersikap positif.

2.1.3 TUNJANG KEMANUSIAAN

Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan
Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya
memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. 5 Kesedaran
tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan
berterusan dan pembangunan sumber tenaga berterusan. Selain itu, tunjang ini juga
memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu
dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di
samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat
awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk
perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada berkaitannya dengan
bidang ilmu Sains Sosial seperti matapelajaran sejarah.

2.1.4 TUNJANG LITERASI SAINS DAN TEKNOLOGI


Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk Tunjang
Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak
cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi
dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid
perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses
sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep
nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu
murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab.
Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan
mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan
penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman
seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan

5
ibid

5
menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya
kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui
kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan
dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum
supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
semua.

2.1.5 TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika6 pula merupakan tunjang yang


mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin
pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan
kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap
kematangan murid. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.
Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat
digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Bagi aspek estetika pula guru sejarah sepatutnya
boleh merancang, mengurus dan melaksanakan  fizikal dan estetika melalui cara berkreatif
seperti melukis gambar tokoh, drama peristiwa sejarah dan gerakan kreatif ( kuiz sejarah)
dalam P&P.

2.1.6 TUNJANG KETERAMPILAN DIRI

Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
berketrampi. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh,
berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. 7 Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan
dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Fokus tunjang ini adalah untuk mengenali dan
mengurus emosi sendiri seperti berbincang cara untuk mengenali dan menguruskan emosi
sendiri serta orang lain. Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar
pandangan orang lain. Selain itu fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif. Murid
perlu mengetahui cara untuk membina konsep kendiri yang positif serta dapat meningkatkan
semangat serta keyakinan untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan orang lain.
Seterusnya tunjang ini juga untuk membina kemahiran sosial. Murid perlu mengetahui  cara

6
ibid
7
ibid

6
untuk memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain. Tunjang ini diharap dapat
memperkenalkan kepada murid cara berkomunikasi dengan berhemah serta dapat
menghormati hak orang lain di samping mengetahui cara yang betul untuk mengatasi
konflik. Akhir sekali, tunjang ini akan melahirkan warganegara yang berpatriotik.

2.2 ORGANISASI KURIKULUM SEJARAH KSSR

Sebenarnya organisasi KSSR terbahagi kepada dua tahap, tahap I dan tahap II. Tahap I
meliputi darjah satu, dua dan tiga. Tahap II pula meliputi darjah empat, lima dan enam. Bagi
pendidikan Sejarah kita patut merujuk kepada tahap II kerana organisasi KSSR tahap I
mengandungi Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. 8 Manakala,
organisasi KSSR tahap II pula mengandungi Modul Komunikasi, Modul Komunikasi Elektif,
Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai, Modul Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan Teknologi
dan Modul Kemanusiaan. Oleh itu, mata pelajaran Sejarah bermula dari tahap II yang
organisasi kurikulum Sejarah bersepaduan kepada tiga elemen utama. Pertama Kandungan
Kurikulum yang menggunakan pendekatan tematik. Contohnya, Tahun 4 bertemaknan
Sejarah awal negara, Tahun 5 Kedaulatan negara dan tema Tahun 6 ialah Kemakmuran
negara kita. Elemen seterusnya ialah Kewarganegaraan dan Nilai Sivik, elemen ini sebagai
penerapan nilai bagi melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga
sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan
bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegaraan yang cemerlang.
Sebagai contohnya ;

Dimensi Ciri-ciri Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik


Warganegara Warganegara
Perkongsian Mengetahui dan  Berbangga dengan sejarah asal usul negara.
Sejarah memahami sejarah  Menghargai kewujudan dan kegemilangan
pembentukan kerajaan Melayu Melaka tradisional.
Negara  Mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar
ke atas negara.
 Memelihara warisan negara.

Perkongsian Nilai Mengamalkan sikap  Menyanjungi prinsip Rukun Negara.


dan perlakuan yang  Menghormati kepelbagaian agama dan
berhemah kebudayaan.

8
Ralph W. Tyler, Kurikulum Dan Pengajaran, UTM, hlm 65.

7
 Berbangga dengan lambang dan simbol
negara.

Perkongsian Membentuk sikap  Menghormati amalan kepelbagaian kaum,


Kekitaan sepunya dan budaya dan agama.
kebersamaan  Berbangga dengan hari kemerdekaan
 Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan
 Berbangga dengan pencapaian negara.

Perkongsian Masa Membina keyakinan  Menghormati masyarakat pelbagai kaum.


Depan dan  Memakmurkan ekonomi negara.
bertanggungjawab  Mengekalkan warisan negara.
mencorakkan negara
pada masa depan
Kesetiaan Memupuk perasaan  Mentaati Raja dan Negara.
taat dan setia pada  Menghormati pemimpin negara.
Negara  Mematuhi undang-undang dan peraturan
negara.

Tanggungjawab Mengetahui dan  Mempertahankan identiti Negara


Warganegara memahami  Mempertahankan warisan negara
tanggungjawab  Menerima perbezaan kaum, budaya dan
sebagai agama
warganegara
dengan sepenuh hati
Keterikatan Emosi Mempunyai  Menghargai sejarah asal usul negara
kepada Negara perasaan cinta akan  Menghargai warisan negara
negara yang  Menghargai identiti negara
mendalam dan  Menghayati prinsip Rukun Negara
berusaha  Bersyukur dengan keharmonian kaum
mempertahankannya  Bersyukur dengan kemajuan ekonomi
 Berbangga dengan pencapaian Negara

2.3 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

8
Kementerian Pelajaran Malaysia membentuk mata pelajaran Sejarah sebagai teras
struktur disiplin yang sistematik bagi mengembangkan proses pembelajaran dan
pengajaran. Kemahiran yang digunakan adalah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS).9
Kemahiran ini merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang
kompleks dan abstrak dengan bimbingan para guru. Melalui KPS ini pelajar akan lebih
memahami tentang bagaimana sejarawan menggabungkan jalinan dengan menggunakan
bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah pemikirkan kritis
dan kreatif. Akhirnya, KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran
yang sekali gus meningkatkan minat pelajar. Di samping itu, pada peringkat KSSR murid
perlu menguasai asas KPS yang terdiri daripada ‘Elemen Asas Sejarah’, ‘Konsep Masa’,
‘Susunan Masa’, Konversi Masa’, ‘Signifikan Bukti’, ‘Imaginasi’, ‘Isu dan Masalah Masa Lalu’
dan ‘Perbandingan Masa Lalu’.

Dari segi elemen asas sejarah, murid-murid mesti mengetahui tentang tokoh sejarah,
tempat bersejarah, peristiwa sejarah dan tarikh atau masa sesuatu kejadian sejarah.
Keduanya, elemen konsep masa pula murid-murid perlu mengetahui tentang tempoh, jarak
masa dan tarikh spesifik peristiwa sejarah. Selain itu, elemen susunan masa mengandungi
awalan, perkembangan dan akhiran sesuatu peristiwa sejarah serta mengukur dan mengira
kalendar masa. Keempatnya, elemen konversi masa. Elemen tersebut mengandungi
membuat interprestasi garisa masa, menerangkan perubahan dan kesinambungan dalam
urutan masa. Akhir sekali, dari segi elemen isu dan masalah masa lalu murid-murid
hendaklah mengetahui tentang mengaji sebab dan musabab, melihat perubahan dan
keseinambungan dan melihat sebab dab akibat sesuatu peristiwa sejarah.

2.4 KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

Seterusnya kurikulum Sejarah berkembang dengan kemahiran Kreatif dan Inovatif.


Elemen KPS boleh mengkaitkan dengan fasa kreatif seperti fasa persediaan, fasa imaginasi,
fasa perkembangan dan fasa tindakan. Kemahiran kreatif dan inovatif telah dibahagikan
mengikut pemerhatian, analisis, sintesis, penjanaan idea, penambahbaikan, menilai,
pelaksanaan dan amalan berterusan. Kemahiran yang akhirnya ialah pembelajaran
berasaskan inkuiri. Kemahiran inkuiri akan memajukan kemahiran berfikir dan sikap ingin
tahu dalam kalangan murid. Kemahira inkuiri kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid. Para murid bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti
pembelajaran. Menerusi murid, guru juga berperanan sebagai pembimbing untuk

9
Noraini Idris, Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: pengalaman 50 tahun merdeka, Utusan
Publication, Kuala Lumpur, hlm 442.

9
merangsang minat murid menjadi lebih yakin dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.
Terdapat lima peringkat dalam kemahiran inkuiri iaitu mengenal pasti tajuk, menentukan
kaedah, mengumpul maklumat, mengkaji maklumat dan membuat rumusan.

2.5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran


logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif 10. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu
data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula
dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis
dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka
sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam
pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan
wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan
dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan
mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka
lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman
dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

3.1 ANALISIS BUKU TEKS

10
Abdullah Hassan, Kemahiran berfikir aras tinggi: untuk institut pendidikan guru dan university, PTS Millenia,
hlm 186.

10
3.2 ELEMEN PERPADUAN DALAM DSKP

Negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Selain itu, Negara kita juga hendak memelihara
satu cara hidup demokratik dan mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Seterusnya, kerajaan
Malaysia menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak serta membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Oleh itu, dalam DSKP Sejarah Tahun Empat Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan
kepentingan perpaduan dalam kalangan diri setiap murid pada usia yang kecil bagi
menumpukan seluruh tenaga dan usaha mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai rakyat Malaysia yang rasional serta mencapai cita-cita Negara kita tersebut.

3.3 ELEMEN PERPADUAN DALAM BUKU TEKS SEJARAH TAHUN EMPAT


SEKOLAH KEBANGSAAN

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan


keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat
menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan
dapat mencapai kemajuan dengan lebih mudah dan tidak mudah ditakluki kuasa asing.
Inilah kemerdekaan yang perlu dijaga oleh setiap rakyat Malaysia. Merujuk kepada Penyata
Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan kepada sistem persekolahan
yang sama, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama
serta bercorak kebangsaan. Oleh itu, jelaslah bahawa sistem pendidikan negara merupakan
satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.

11
Peranan kurikulum Sejarah dalam mengeratkan integrasi kaum dalam masyarakat
pelbagai etnik di negara ini masih tetap relevan. Berdasarkan pernyataan tersebut, Buku
Teks Sejarah Tahun Empat dapat menekankan elemen perpaduan. Contohnya, dalam muka
surat 14 mereka membincangkan tentang tarian dan alat muzik setiap kaum di Malaysia
seperti tarian Inang, Ngajat, Baratha Natyam, Sumazau dan Tarian Singa. Selain itu, muka
surat itu juga membincangkan tentang alat muzik setiap kaum di Negara ini seperti alat
Sompoton, Sape, Erhu, Tabla dan Gendang.

Seterusnya, dalam muka surat 22 juga menekankan elemen perpaduan. Muka surat
tersebut membincangkan tentang cara panggilan keluarga dalam setiap kaum di Negara
kita. Kedua-dua muka surat ini dapat membantu dan memupuk budaya menghargai warisan
setiap kaum di Negara kita dalam kalangan murid pada usia yang muda. Ini akan membantu
Negara kita untuk mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di
Negara kita.

3.3 BUKU TEKS SEJARAH TAHUN EMPAT DIDAPATI KURANG MENERAPKAN


ELEMEN PERPADUAN

Tujuan buku teks sejarah adalah untuk memupuk dan memperkukuhkan semangat
kesetiaan kepada Negara dan bangsa. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia
menggunakan buku teks sejarah sebagai sebuah alat untuk mewujudkan semangat
perpaduan serta cinta akan bangsa dan Negara.

Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan buku teks sejarah sebagai


salah satu alat untuk memupuk perpaduan, malahan Buku Teks Sejarah Tahun Empat
kurang menekankan elemen perpaduan. Sebagai contohnya, selain daripada unit 1 (Sejarah
Dan Kita) serta unit 2 (Keluarga Harmoni); unit-unit yang lain tidak menerapkan elemen
perpaduan. Unit-unit tersebut lebih menerapkan semangat patriotisme.

Antara nilai-nilai patriotisme yang diterapkan dalam buku teks tersebut ialah
berbangga menjadi rakyat Malaysia, semangat jati diri dan sayang akan Negara serta
menghormati tokoh-tokoh sejarah Negara kita. Sebagai contohnya, muka surat 34 dan 35
(Unit 3) membincangkan tentang kepentingan mengetahui sejarah sekolah. Selain itu, muka
surat 48 dan 49 (Unit 4) mengajar murid-murid untuk mengenali jenis-jenis bentuk muka
bumi di Malaysia.

12
3.4 ELEMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM BUKU TEKS
SEJARAH TAHUN EMPAT

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) membantu murid bebas untuk membanding,
membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut
pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid
boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa
sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta
di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan
dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan
mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka
lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman
dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Elemen KBAT ini dapat menerapkan dalam muka surat 9 (Unit 1) bahagian
cadangan aktiviti. Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk berfikir secara bebas bagi
mencari sebab dan akibat sesuatu peristiwa yang telah berlaku kepada mereka. Selain itu,
dalam muka surat 12 (Unit 1) bahagian cadangan aktiviti juga dapat menerapkan elemen
KBAT dalam kalangan murid-murid. Aktiviti itu menyuruh murid bayangkan dan lakarkan
kenderaan yang akan digunakan pada masa hadapan. Ini akan membantu murid-murid
berfikir secara meluas, kreatif dan inovatif. Walaupun cadangan aktiviti seperti ini membantu
pelajar berfikir dan bertindak secara KBAT, tetapi tidak menerapkan elemen perpaduan.

4.0 PENDAPAT

Dari analisis tentang Buku Teks Sejarah Darjah Empat, didapati elemen perpaduan
adalah sangat kurang diberi penekanan tetapi elemen-elemen yang lain seperti patriotism,
nilai-nilai moral dan sebagainya sangat diberi penekanan. Ini menyebabkan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan kurikulum pelajaran yang boleh
memupuk perpaduan negara tidak tercapai. Bagi mengatasi keadaan ini, perubahan di
dalam isi kandungan buku teks dirasakan amat perlu bagi merealisasikan matlamat
menjadikan kurikulum pelajaran seperti mata pelajaran Sejarah sebagai medium untuk
mewujudkan perpaduan di antara kaum serta di Malayisia.

13
Tema yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan setiap kaum itu dari aspek
politik, ekonomi dan sosial perlulah diberi fokus dalam menyusun kurikulum. Contohnya,
dalam menuntut kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng
Lock dan Tun Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalus daripada perspektif perpaduan,
patriotisme dan integrasi kaum di negara ini. Walaupun terdapat sedikit tentang cerita
perbincangan antara ketiga-tiga tokoh ini dalam perundingan kemerdekaan pada muka surat
9 (Unit 1) tetapi tidak mencukupi. Perkara ini dapat dijadikan model integrasi terbaik
generasi terdahulu dalam membentuk konsep integrasi kaum sebenar. Pelajar akan dapat
menghayati dan mendalami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini dan seterusnya
akan memberi kesedaran kepada mereka tentang proses integrasi yang telah wujud sejak
prakemerdekaan. 

Mohd Rozi (2009) yang turut bersetuju dengan pendapat di atas dan mencadangkan
supaya  kandungan pelajaran Sejarah perlu diubah kerana sumbangan kaum, masyarakat
dan tokoh yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara harus dicakupi secara
menyeluruh dan bukannya dipilih. Peranan ikon pascamerdeka seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan
perlulah dilihat dari sudut perbincangan 1 Malaysia yang seterusnya boleh meningkatkan
perpaduandan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerana isi kandungan buku teks
ini didapati kurang memberi impak kepada pelajar dalam merealisaikan matlamat perpaduan
kaum dan menyemai semangat patriotik di kalangan pelajar.

Dalam buku teks sejarah selain daripada semangat patriotisme, mata pelajaran sejarah
juga mesti memupuk nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan
perkembangan personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan
sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam
mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar. Menurut Rahim Rashid (2000), penerapan
nilai dalam pendidikan Sejarah terbahagi kepada empat iaitu nilai individu, nilai politik, nilai
sosial dan kemasyarakatan serta nilai intelek. Pemahaman dan pengetahuan tentang unsur
nilai ini mempunyai signifikannya dalam memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan
pelajar pelbagai kaum. Hal ini akan dapat membantu mereka memahami pentingnya
mengamalkan nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka
seperti keadilan, kekitaan, kemanusiaan dan semangat bermasyarakat. Nilai-nilai ini
akhirnya akan membantu untuk menanam semangat perpaduan dalam diri setiap murid.

14
RUJUKAN

Ishak Ramli, Inilah Kurikum Sekolah, PTS Profesional, Kuala Lumpur.

Balasandran Ramiah, Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal (Edisi


Kedua), PTS Akademia, Kuala Lumpur.

Ralph W. Tyler, Kurikulum Dan Pengajaran, UTM.

Noraini Idris, Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: pengalaman 50


tahun merdeka, Utusan Publication, Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan, Kemahiran berfikir aras tinggi: untuk institut pendidikan guru dan
university, PTS Millenia.

Dokumen Standart Kurikulum Dan Pentaksiran, Kementerian Pendidikan Malaysia,


Sejarah Tahun Empat.

Buku Teks Sejarah Tahun Empat, Dewan Bahasa Dan Pustaka (KSSR).

Abd Rahim Abd Rashid, Pendidikan Sejarah, Utusan Publication.

Mok Soon Sang, Pengantar Pendidikan Teras, Utusan Publication.

Dr. Ismail bin Said, Kurukulum Sejarah, Penerbitan Multimedia.

15

You might also like