You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

1.1 KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Esei ini akan membincangkan tentang perkara-perkara seperti konsep


masyarakat majmuk, sejarah kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia, cabaran-
cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia, usaha-usaha Negara
dalam membentuk hubungan kaum serta perpaduan Negara dan akhir sekali
kesimpulan.

Masyarakat bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem


interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan
sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok
tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu
memerlukan antara satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada
asasnya adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu
tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur serta berkongsi sumber yang ada
dalam kawasan tersebut.1

Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang


hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. 2 Individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan
erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan
bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang
sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu
perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang
berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu mereka yang
ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal
dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakat
tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis
antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang
teguh.

1
https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/

2
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat+majmuk

1
Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama
di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini
pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada
beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat ia
terdiri dari beberapa kumpulan etnik. Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan
manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu
kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di sesuatu tempat
bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.

Manakala masyarakat majmuk bermaksud masyarakat pelbagai kaum yang


merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi
hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk menurut
Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.

Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk ‘’The


Development Of a Plural Society In Malaya’’ 3 beliau menyatakan bahawa
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu
kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut
beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India.
Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga
daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.

Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe “The Sociology Of The


Thirdworld”4. Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih
kurang sama degan kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe
berpendapat kewujudan masyarakat majmuk sejajar dengan penjajah yang datang
ke Tanah Melayu pada masa dulu dengan membawa masuk semua kaum-kaum
tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan di sini.

Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di


tanah jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga
Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian
budaya,pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan

3
Graham E. Saunders, The Development Of a Plural Society In Malaya, Longman, California, 1977, hlm 31.
4
J.E.Goldthorphe, The Sociology Of The Thirdworld, Cambridge University Press, Australia, 1975, hlm 13.

2
kontrak sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi
politik.

1.2 SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan,


pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat
persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan
dan asal usul. Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu
fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi
sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan
penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan
eksploitasi orang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914
merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan
politik masa kini di Semenanjung Malaysia.

Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan


kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan
betapa uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai
wajah sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light


menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786 5, menyebabkan kemasukkan migran
secara besar-besaran daripada luar. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah
Melayu dan ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya
terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia.
Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini
adalah daripada rumpun bangsa yang sama iaitu beragama Islam.

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di


Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor
penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing
yang bertanggungjawab terhadap perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar
5
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970, Penerbitan Multimedia,
2012, hlm 11.

3
dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan
perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India.

Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin
keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. 6 Oleh itu, mereka
terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina
ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang
Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang
berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun
angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan
kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya


proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang
semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah
corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu.
Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu
masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan
mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.


Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan
Madras.7 India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan
penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan
kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain
termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau
Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah
setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan

6
Ibid, hlm 20.
7
Ibid, hlm 21.

4
Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh
daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa,
Kalimantan, Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang
berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang
suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang
dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari
kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak
ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an. Kedatangan berterusan
ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor
utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka. 8

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan


masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan
masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik
serta kehidupan seharian.

2.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA

2.1 PERBEZAAN UNSUR KEBUDAYAAN


8
Ibid, hlm 23.

5
Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan mengeratkan
perpaduan dan hubungan yang baik dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia,
masih terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan
hubungan ini. Keharmonian hubungan etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat
ancaman yang mampu menjejaskan hubungan antara etnik dan perpaduan
masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat berberapa faktor yang menimbulkan
konflik dan ancaman dalam masyarakat kita. Faktor yang pertama ialah perbezaan
unsur kebudayaan.9 Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya
tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendiri
yang menjadi identiti mereka.

2.2 JARAK SOSIAL

Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh
dan dipersoalkan. Faktor yang kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat
kurangnya interaksi.10 Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan
interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak
memahami bahasa lain, ia juga boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak
memahami apa yang diperkatakan.

2.3 PERBEZAAN TEMPAT TINGGAL DAN PEKERJAAN

Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan yang
juga telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara kaum. Ini berlaku apabila
tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau tidak
perkara ini masih lagi wujud.

2.4 KEKELIRUAN DAN KESAMARAN TENTANG SESUATU ISU DALAM


NEGARA

Faktor keempat ialah wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu


isu dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil
langkah segera untuk menerangkan sesuatu isu. Ini bagi mengelakkan pihak tidak
9
Universiti Malaya. Persatuan Antropologi & Sosiologi, Manusia dan masyarakat, Volumes 1-6, Jabatan
Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya, 1978, hlm 44.
10
Bagja Waluya, Sosiologi: Menyelami Fenomena Sosial di Masyarakat, PT Setia Purna Inves, Bandung, 2007,
hlm 55.

6
bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran
rakyat dan masyarakat.

2.5 KEENGGANAN MEMBUKA DUNIA SOSIAL KEPADA KAUM LAIN

Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada masyarakat


lain. Mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika memberi ruang
kepada kaum lain dalam budaya mereka.

2.6 DOMINASI KAUM DALAM SESUATU BIDANG

Faktor terakhir ialah dominasi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari
segi politik, perniagaan atau pembangunan. 11 Setiap kaum akan cuba untuk
mengekalkan dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan
kaum lain tidak dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya
konflik seperti diatas, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan
etnik perlu diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya
cabaran-cabaran yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata.

Terdapat enam cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh
menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini
mungkin nampak kecil dan sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian
megara, namun ia masih menjadi api dalam sekam yang mungkin secara sedikit
demi sedikit menghakis keamanan dan keharmonian hubungan di antara etnik-etnik
di Malaysia. Antara enam cabaran tersebut iaitu dari segi politik, ekonomi, sosial,
globalisasi, perpaduan, kebudayaan dan agama.

2.7 POLITIK

2.7.1 SESETENGAH KAUM TIDAK MAHU MENERIMA KEPIMPINAN DARI KAUM


LAIN

11
https://prezi.com/hkdyffvp_mr7/cabaran-cabaran-dalam-memupuk-integrasi-kaum-di-malaysia/

7
Cabaran dari segi politik ini timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu
menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya
mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan
sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan
kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempunyai pegangan dan prinsip mereka
sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri, namun
begitu terdapat juga parti yang memelihara dan mementingkan perpaduan namun
kebanyakan etnik memilih untuk menyokong parti etnik mereka sahaja.

2.7.2 MENIMBULKAN PERASAAN TIDAK SENANG HATI

Selain itu, politik juga boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu
dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi diperalat oleh
sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, tindakan ini tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

2.8 EKONOMI

2.8.1 PERBEZAAN KAUM DARI SEGI PEKERJAAN

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi
pekerjaan12 di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan
perintah. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan
jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh
British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India
masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan
interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan di tempat kerja dan
sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi
dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama
sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan
menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

12
Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin, Dasar Ekonomi Baru: Intipati, Utusan Publication & Distributors
Sdn.Bhd, 2004, hlm 30.

8
2.9 SOSIAL

2.9.1 KURANG INTERAKSI ANTARA KAUM

Dari segi sosial juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan
hubungan etnik menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan
interaksi sosial antara kaum.13 Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa
kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap kaum dan etnik, apabila kepercayaan ini
telah hilang maka sesuatu hubungan yang baik sukar untuk dibentuk. Kekurangan
ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku dari segi fizikal, pendidikan dan kontrak
sosial.

Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang
memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah ini di tambah lagi oleh dasar
pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana
orang melayu berada di luar bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani
dan ke laut. Orang India pula berada di estet dan ladang untuk bekerja di sana
sedangkan orang Cina berada di bandar untuk melombong dan menjalankan
perniagaan. Pemisahan dari segi pendidikan pula berlaku pada asalnya apabila
kerajaan British memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut
bahasa ibunda masing-masing dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran
mereka. Selain itu, kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka
di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka
wakili, UMNO, MCA dan MIC. Kontrak ini diwujudkan dengan tujunan untuk
menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing – masing. Ia juga
bagi memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan
hak dan kepentingan masing-masing. Oleh itu, apabila bumiputera mendapat
keistimewaan, ini akan mewujudkan rasa curiga dalam kalangan orang Cina dan
India.

Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan


menjadi semakin pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar
dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.
13
Zainudin Maidin, Yang terbaik daripada Awang Selamat: koleksi pilihan 1987-1992, Utusan Publicators &
Distributors, the University of Michigan, 1994, hlm 66.

9
Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya dan
nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem
politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia.

Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang


merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber
manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan
pemikiran barat diterima secara senang ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini
dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat
adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik,
intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang
rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan
etnik di Malaysia.

Cabaran seterusnya dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik di


Malaysia adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amat
penting bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu
jaminan yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di
Malaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya persefahaman antara
rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa. Hal ini kerana, masyarakat yang pelbagai di
Malaysia masih lagi berpegang teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang
terbatas dalam kalangan kaum itu sendiri.

Cabaran dari segi keagamaan dan kebudayaan ini merupakan satu faktor
yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya
dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai semangat yang
menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin
menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka
kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka. Identity bangsa
mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya. Disamping itu, terdapat juga
juga batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil kira kerana perbezaan
budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang
diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain.

3.0 Usaha-usaha Negara dalam membentuk hubungan kaum serta


perpaduan Negara.

10
Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan dan
intergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat
pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang
berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan
strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara. Usaha
dan strategi kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional
didalam negara dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu politik,
ekonomi,dan sosial.

3.2 EKONOMI

3.2.1 DASAR EKONOMI BARU

Usaha dari segi ekonomi telah menunjukkan bahawa kerajaan telah


menggunakan Dasar Ekonomi Baru sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat
untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui Dasar Ekonomi
Baru, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat
diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan
kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi
ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-
kegiatan ekonomi di samping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3.3.2 PENDIDIKAN

Pendidikan adalah penting kerana generasi muda inilah yang akan


membentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnya bersatu
atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalam pendidikan
untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduan melalui sistem
pendidikan di dalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu
sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan sistem sekolah berbilang
bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Perpaduan masyarakat
melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan
kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956
dan Laporan Rahman Talib 1960.

3.3.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

11
Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menjadikan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar yang utama. Bahasa
kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara
yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa
Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaan
mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran
melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris.
Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkan perpaduan dikalangan
pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakan pembelajaran secara
percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah supaya
semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira asal-usul
mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang belajar yang
sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan
salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai
perpaduan dan intergrasi nasional.

3.3.4 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat berinteraksi dan memahami antara


satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan memudahkan lahirnya rasa persefahaman,
toleransi dan perpaduan di kalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut,
kerajaan Malaysia telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur
penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. 14 Unsur-unsur kebudayaan
kaum lain yang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan integrasi nasional kepada
rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar
Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk
mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalam Malaysia untuk saling kunjung-
mengunjung di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan
budaya. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali

14
Abdul Rahman Abdul Aziz, Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad, 2014, hlm 143.

12
budaya dan agama orang lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan
dan integrasi nasional dikalangan rakyat.

3.1 POLITIK

3.1.1 RAKYAT MEMILIH PEMERINTAH

Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui


sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Dalam kerajaan demokrasi
berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui pilihan raya
yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi
dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Parti politik Barisan Nasional
menjadi pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan.
Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri
daripada gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang
melambangkan perpaduan antara tiga-tiga parti etnik di Malaysia.

Parti Barisan Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan
wujudnya perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka
akan mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah
memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini
telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik
Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional.

Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional


akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan
mewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National
bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi
parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah
bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-parti politik ini
menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama

13
walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi
dan saling tolak ansur sesama ahli.

3.3 SOSIAL

3.3.1 RUKUN NEGARA

Usaha dari segi sosial pula, kerajaan menjalankan usaha untuk mengekalkan
perpaduan antara kaum di Malaysia melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan. Rukun Negara penting kerana ia
merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan
hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan
bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan
rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan
perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem
kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa
kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi
nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka
penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin
mereka ke arah perpaduan intergrasi nasional.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan, populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan
agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020,
pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar

14
Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan
etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama
daripada semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat


perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang
kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan
ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan
yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan
datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara
lain untuk menakluki negara kita.

Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar
daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus
tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh
sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat
perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah
negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara
berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

Oleh itu, usaha untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini
bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi
mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan
bijaksana. Jika dilhat bidang pendidikan adalah merupakan salah satu bidang yang
paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan untuk mengeratkan
menyatupadukan serta mengintegrasikan pelbagai kaum. Setiap dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza
daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum
sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar.

Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak
perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya.
Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk
mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang
tidak mungkin dapat dicapai.

15
RUJUKAN

Graham E. Saunders, The Development Of a Plural Society In Malaya,


Longman, California, 1977.

16
J.E.Goldthorphe, The Sociology Of The Thirdworld, Cambridge University
Press, Australia, 1975.

P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga


1970, Penerbitan Multimedia, 2012.

Universiti Malaya. Persatuan Antropologi & Sosiologi, Manusia dan


masyarakat, Volumes 1-6, Jabatan Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya,
1978.

Bagja Waluya, Sosiologi: Menyelami Fenomena Sosial di Masyarakat, PT


Setia Purna Inves, Bandung, 2007.

Abdul Rahman Abdul Aziz, Isu-isu Ketahanan Nasional Malaysia, Institut


Terjemahan & Buku Malaysia Berhad, 2014.

Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaludin, Dasar Ekonomi Baru: Intipati, Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd, 2004.

Zainudin Maidin, Yang terbaik daripada Awang Selamat: koleksi pilihan 1987-
1992, Utusan Publicators & Distributors, the University of Michigan, 1994.

https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-
masyarakat-majmuk-di-malaysia/

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat+majmuk

https://prezi.com/hkdyffvp_mr7/cabaran-cabaran-dalam-memupuk-integrasi-
kaum-di-malaysia/

17

You might also like