You are on page 1of 17

PEMBENTUKAN

MASYARAKAT
MAJMUK
DIMALAYSIA

PN.K.PUNITHAMALAR

Malaysia pada hari ini didiami oleh


pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan
etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini
berlaku disebabkan oleh perubahan masa
dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap
perubahan struktur politiknya. Sebelum
abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia
tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tahan
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil
bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya

J.S.Furnivall merupakan orang pertama


yang mengemukakan konsep masyarakat
majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia
dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54),
masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat
resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai
kaum berganding bahu di bawah sistem
politik yang sama tetapi kehidupan mereka
adalah berasingan dan interaksi sosial
dalam kalangan mereka amat berkurangan
dan hubungan mereka hanya terbatas
kepada hal ekonomi dalam jual beli.
Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-

Idea Furnivall mengenai masyarakat


majmuk telah banyak dibincangkan oleh
tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian.
M.G. Smith merupakan salah seorang yang
telah memberikan satu analisis yang
panjang lebar mengenai konsep ini. M.G.
Smith juga menganggap masyarakat
majmuk sebagai masyarakat yang
mempunyai pelbagai budaya, perpecahan
sosial dan perselisihan.

Dari segi politik pula, masyarakat


majmuk dikuasai oleh satu kelompok
minoriti yang mempunyai kebudayaan yang
tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa
masyarakat wujud atas dasar konflik dan
paksaan, bukannya atas dasar nilai
bersama. Selain daripada Furnivall dan
Smith, P.L. Van Den Berghe juga
memberikan sumbangan terhadap
perbincangan mengenai konsep masyarakat
majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan
sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada
kelompok korporat dan bukannya budaya
daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik


dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam
masyarakat majmuk. Pendirian ini amat
bertentangan dengan pendekatan fungsional
yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk
wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa
kritikan mengenai idea atau teori masyarakat
majmuk juga datang daripada ahli fungsional.
Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai
kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk
membentuk satu teori secara umum mengenai
hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan
pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu
rangka dasar berbentuk konseptual dan
merupakan satu syarat asas untuk memahami

Sebelum abad ke-18, penduduk di


Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika
itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu
dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi
jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga
kaum pendatang daripada Sumatera,
Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak
masyarakat ketika itu kerana kaum
pendatang ini adalah daripada rumpun
bangsa yang sama (James P. Ongkili,
1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan


dalam struktur masyarakat berlaku di
Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi
dari luar yang berlaku akibat faktor penarik
yang ada di bumi mahupun faktor penolak di
negara asal masing-masing yang
bertanggungjawab mencernakan perubahan
yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah
adalah disebabkan migrasi daripada luar
dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi
ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah
penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya


(1983:159), masyarakat Cina daripada
negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan
dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa
keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu.
Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah
Melayu melalui beberapa cara yang
dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina
sendiri yang telah menetap lama di Tanah
Melayu melalui sistem tiket yang sangat
popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3),
bilangan buruh Cina yang berhijrah memang
ramai dan sentiasa bertambah dari semasa
ke semasa. Namun angka yang tepat sukar

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah


Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada
pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke
Tanah Melayu telah mengubah corak dan
sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan
masyarakat Melayu ke Tanah Melayu
akhirnya telah membentuk satu masyarakat
baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Wujudnya golongan baru ini membawa
kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan
keunikannya pada pandangan masyarakat

Migran kedua terbesar selepas China


adalah kelompok daripada India.
Kebanyakan mereka berasal daripada India
Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.
India juga mengalami masalahnya tersendiri
yang menyebabkan penduduknya berhijrah
ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda
kemiskinan dan kebuluran yang mendorong
penduduknya berhijrah keluar ke negaranegara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika
itu. Migran India datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu
bilangan mereka masih kecil dan bertambah
setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-

Selain migran daripada negara China


dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga menjadi tumpuan daripada
masyarakat luar seperti dari Indonesia dan
Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih
rendah berbanding dengan buruh daripada
China dan India. Kebanyakan pendatang
Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan
(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi
serta beberapa bahagain kepulauan yang
berhampiran dengan Selat Melaka..
Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya
orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.

Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8),


pendatang dari Ceylon kebanyakannya
terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka
datang dari kawasan pantai selatan negara
tersebut. Mereka datang dengan jumlah
yang agak ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan
berterusan ini disebabkan penjajahan British
di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan
faktor utama penghijrahan mereka,
sebaliknya mereka ingin mencari rezeki
yang lebih berbanding apa yang mereka
dapat di negara asal mereka (S.N.
Arseculeratne,1991:10).

Setelah kemasukan migran daripada luar,


bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang.
Proses pembentukan masyarakat pada mulanya
sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan
etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik
yang berlaku dalam proses pembentukan ini
seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik
berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik
berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan
garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh
daripada luar di buat secara tetap sudah pasti
akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan
politik yang lebih membimbangkan dan bagi
mengelak pembentukan masyarakat majmuk
pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana

Campur tangan Inggeris di Tanah


Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786,
menyebabkan kemasukkan migran secara
besar-besaran daripada luar. Dalam jangka
masa yang panjang semasa pemerintahan
kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih
satu ratus lima puluh tahun bermula 1786
hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia
telah diduduki oleh Jepun semasa perang
dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka
masa singkat itu dianggap tidak mempunyai
signifikan yang besar kepada komposisi dan
mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis
Melayu Tanah Melayu telah mengalami

Setelah kemasukan migran dari luar


akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan
Cina dan India yang berasimilasi dengan
budaya tempatan seperti kelompok BabaNyonya yang berketurunan Cina dan
kelompok Chitty yang berketurunan India.
Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila
perkahwinan antara orang asing dengan
penduduk tempatan, maka wujud beberapa
sub-kategori penduduk berdarah campuran
seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed
dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk
Malaysia mempunyai darah kacukan MelayuArab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-

Kesimpulannya, pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia bermula
apabila kemasukan migran daripada luar.
Proses ini berterusan sehingga penjajahan
British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud
masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan
bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompokkelompok ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang kaya dengan budaya, adab
resam, bahasa dan latar berlakang
kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan negara ini
menjadi tarikan masyarakat luar.

You might also like