You are on page 1of 48

SET TOPIKAL OBJEKTIF TINGKATAN 1

NO TAJUK BIL. SOALAN


1 PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA 20
2 GARISAN 10
3 RUPA 10
4 BENTUK 10
5 JALINAN 10
6 RUANG 10
7 WARNA 10
8 HARMONI 10
9 KONTRA 10
10 PENEGASAN 10
11 KEPELBAGAIAN 10
12 IMBANGAN 10
13 KESATUAN 10
14 IRAMA DAN PERGERAKAN 10
15 TAJUK DAN MESEJ 10
16 MOTIF, IDEA DAN KONSEP 10
17 DESIGNOMIC 10
JUMLAH SOALAN OBJEKTIF 180

1
SOALAN OBJEKTIF

TAJUK 1 : PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA

1 Di antara berikut manakah pertubuhan seni visual yang paling awal bertapak di Malaysia.

A Persatuan Pelukis Malaysia


B Angkatan Pelukis SeMalaysia
C Penang Impressionist Society
D Wednesday Art Group

2 Pilih antara berikut, institusi swasta yang ada menawarkan kursus dalam bidang seni visual.

I The One Academy


II Universiti Lim Kok Wing
III Universiti Teknologi Petronas
IV Universiti Tuanku Abdul Rahman

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Merujuk kepada gambar rajah di bawah, apakah bidang seni yang terlibat ?

A Seni Kraf
B Seni Reka
C Seni Rupa
D Seni Halus

Logo Hari Kebangsaan 1990

4
 Pelukis aliran realisme, khusus dalam bidang potret
 Mendapat gelaran “Pelukis Potret Diraja”

Siapakah tokoh seni yang dimaksudkan tersebut ?

A Abdullah Ariff
B Redza Piyadasa
C Ibrahim Hussein
D Mohamed Hoessein Enas

2
5 Jika anda ingin mendalami bidang animasi, siapakah tokoh yang sepatutnya menjadi bahan
rujukan anda ?

A Zulkifli Haron
B Haji Hashim Hassan
C Ahmad Haji Zainuddin
D Hassan Abdul Muthalib

6 Antara berikut , pilih bidang seni visual yang ditawarkan melalui oleh di bawah.

A Animasi Digital
B Reka Bentuk Pengiklanan
C Seni Lukis dan Seni Reka
D Reka Bentuk Multimedia

7 Senaraikan dua tokoh seni tanah air pada tahun 1930 an

A Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff


B Yong Mun Sen dan Anthony Lau
C Abdullah Ariff dan Khalil Ibrahim
D Khalil Ibrahim dan Chuah Thean Teng

8 Seni Visual merangkumi 3 bidang utama iaitu __________________.

A Lukisan, catan dan cetakan


B Seni kraf, seni halus dan seni reka
C Seni halus, seni reka dan teknologi seni
D Seni halus, seni reka dan seni persembahan

9 Pilih antara tokoh kraf di bawah yang memberi sumbangan dalam bidang kraf seperti di bawah .

A Ishak Kassim
B Yusoff Haji Abdullah
C Zamari Pandak @ Zamri Pandak
D Haji Abdul Rahman Long

3
10 Tokoh di bawah merupakan mereka yang bergiat aktif dalam penghasilan seni arca .

I Juhari Said
II Anthony Lau
III Ramlan Abdullah
IV Dzulkifli Buyong

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 Apakah fungsi utama institusi yang ditunjukkan di bawah ?

A Pameran karya seni visual


B Bengkel dan seminar seni
C Institusi pendidikan seni visual
D Promosi peralatan dan bahan seni

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12 Catan di bawah merupakan karya pelukis tahun 1930an, Abdullah Ariff. Apakah tema yang sesuai
bagi karya catan tersebut ?.

A Sumber mata pencarian


B Aktiviti kehidupan seharian
C Kehidupan bergotong royong
D Pekerjaan utama di kampung

13 Selepas kemerdekaan, berlaku perubahan pesat kepeda konsep seni visual tempatan. Apakah
faktor utama yang menyebabkan perubahan tersebut ?

A Sistem pendidikan yang telah berubah


B Hasil gabungan pelukis timur dan barat
C Pelukis barat datang dan membawa idea baru
D Pelukis tempatan yang mendapat pendidikan di barat

4
14
Beliau merupakan pelopor kepada catan batik

Pernyataan di atas merujuk kepada __________

A Redza Piyadasa
B Anthony Lau
C Chuah Thean Teng
D Mohamed Hoesin Enas

15 Apakah jenis karya dan tokoh yang terlibat bagi karya di bawah ?

A Cetakan - Juhari Said


C Cetakan - Zulkifli Yusoff
B Catan - Ibrahim Hussein
D Catan - Redza Piyadasa

Tajuk: Baju Kurung dan Secawan Kopi

16 Apakah proses paling awal dalam menghasilkan reka bentuk produk seperti di bawah ?

A Kajian warna produk


C Penghasilan model kasut
B Kajian cita rasa dan gaya hidup
D Kos penghasilan dan jenis bahan

Kasut rekaan Jimmy Choo

17 Pilih definisi yang paling tepat untuk Seni Kraf

A Produk kerja tangan warisan turun temurun


C Barang hiasan hasil dari alam semula jadi
B Aktiviti penghasilan produk secara tradisional

5
D Penghasilan produk untuk alatan dan hiasan

18
 Terbabit dalam bidang kraf anyaman
 Mendapat gelaran Adiguru pada tahun1988

Siapakah tokoh kraf yang dimaksudkan di atas ?

A Hajah habibah Zikri


B Aminah Haji Amat
C Hajah Azizah Mohd Yusof
D Hajah Nortipah Abdul Kadir

19 Namakan tokoh animasi yang terbabit dalam penghasilan animasi di bawah ?

A Zulkifli Haron
B Haji Hashim Hassan
C Hassan Abdul Muthalib
D Ahmad Haji Zainuddin

20 Nyatakan peranan utama yang dimainkan oleh institusi di bawah .

A Pusat jualan kraf tradisional


B Pusat pembuatan barangan kraf
C Melahirkan modal insan dalam bidang kraf
D Institusi melahirkan tenaga pengajar bidang kraf

6
SOALAN OBJEKTIF
TAJUK 2 : GARISAN
TAJUK 3 : RUPA

1 Gambar di bawah merupakan sebuah arca .

Apakah jenis garisan yang boleh dikaitkan dengan


Reka bentuk arca tersebut ?

A Garisan lurus
B Garisan tebal
C Garisan berpancar
D Garisan melengkung

2 Apakah pernyataan yang sesuai bagi jenis garisan di bawah ?

A Garisan menghasilkan ton


B Garisan menghasilkan rupa
C Garisan menghasilkan ruang
D Garisan menghasilkan jalinan

3 Garisan-garisan selari yang dilukis semakin rapat akan menghasilkan kesan _____________.

A Ton
B Rupa
C Bentuk
D bayang

4 Apakah unsur seni yang paling ketara dari gubahan garisan di bawah ?

A Rupa
B Warna
C Ruang
D Bentuk

7
5 Pilih pernyataan di bawah , yang menghasilkan kesan pergerakan garisan paling meriah .

A pergerakan air di tasik


B pergerkan air kolam
C pergerakan air terjun
D pergerakan air lombong

6 Gambar yang ditunjukkan di bawah dapat menjelaskan _______________

A Garisan menghasilkan ton


B Garisan menghasilkan motif
C Garisan menghasilkan bentuk
D Garisan menghasilkan ruang

7 Apakah kesan yang terhasil dari garisan yang ditunjukkan di bawah ?

I ton
II jalinan
III ruang
IV bentuk

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 lustrasi di bawah menunjukkan satu karya lukisan.

Apakah teknik yang digunakan dalam menghasilkan


karya tersebut ?

A Teknik garisan selari


B Teknik garisan kontur
C Teknik garisan berombak
D Teknik garisan silang pangkah

9 Pilih olahan garisan di bawah yang menghasilkan pergerakan yang paling hebat .

A Garisan selari
B Garisan silang
C Garisan bergerigi
8
D Garisan berpancar

10 Bagaimanakah mewujudkan unsur bentuk pada lakaran di bawah ?

A Melukis garisan selari


B Melukis beberapa biji buah lagi
C Warnakan dengan pensil warna
D Memasukkan garisan dengan nilai ton

11 Maklumat di bawah menerangkan tentang definisi salah satu unsur seni .

Pertemuan hujung sesuatu garisan dengan permulaannya

Apakah unsur seni tersebut ?

A Rupa
B Bentuk
C Ruang
D Jalinan

12 Ilustrasi di bawah menunjukkan satu rupa motif.

Bagaimanakah ia dihasilkan ?

A Gabungan rupa negatif


B Gabungan rupa simbol
C Gabungan rupa organik
D Gabungan rupa geometri

13 Apakah bidang grafik yang banyak menggunakan unsur rupa ?

I Logo
II Simbol
III Ilustrasi
IV Pembungkusan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9
14 Pilih antara berikut merupakan ciri-ciri rupa organik.

I Rupa bebas
II Rupa bersudut
III Besifat statik
IV Terhasil secara spontan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Bagaimanakah kaedah penghasilan corak pada gambar rajah dibawah ?

A Tindanan
B Penambahan
C Pengurangan
D Percampuran

16 Gambar rajah di bawah menunjukkan logo sebuah syarikat.


Apakah olahan rupa yang diaplikasikan dalam logo tersebut ?

A Rupa positif
B Rupa negatif
C Rupa negatif organik
D Rupa positif dan negatif

17 Manakah unsur seni berikut merupakan dikenali sebagai rupa?

A B C D

10
18 Pilih cara yang betul bagi menghasilkan rupa positif bagi gambar rupa di bawah .

A Warnakan seluruh rupa


B Warnakan latar belakang rupa
D Warnakan rupa dan latar dengan warna berlainan
C Warnakan latar belakang dan masukkan ton pada rupa

19 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan rupa .

I Mempunyai jisim
II Mempunyai isipadu
III Bersifat dua dimensi
IV Tidak mempunyai jisim

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20 Manakah antara simbol berikut yang mengaplikasikan rupa negatif ?

A B C D

11
SOALAN OBJEKTIF
TAJUK 4 : BENTUK
TAJUK 5 : JALINAN

1 Manakah antara teknik berikut yang dapat menghasilkan bentuk konkrit ?

I Luakan
II Lukisan
III Catan
IV Ukiran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Pilih di antara logo berikut yang mempunyai unsur bentuk .

A B C D

3 Di antara berikut yang manakah dikenali sebagai bentuk konkrit ?

A Lukisan kereta
B Kolaj buah-buahan
C Buku kanak-kanak
D Catan pemandangan

12
Hasil
4 Hasil cantuman hamparan seperti gambar di atas akan menghasilkan bentuk ______________ .

A Kon
B Kiub
C Kuboid
D Piramid

5 Di antara senarai bahan di bawah, yang manakah sesuai digunakan bagi membina bentuk konkrit ?
I tanah liat
II dakwat pen
III cat minyak
IV plaster paris

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Ilustrasi yang ditunjukkan pada gambar rajah di bawah amat menekankan ciri ______________ .

A bentuk dengan kesan rupa


B bentuk dengan kesan jalinan
C bentuk dengan kesan garisan
D bentuk dengan kesan perspektif

7 Sebuah bentuk selinder merupaka hasil gabungan di antara __________________ .

A dua rupa bulat dan rupa dua segi empat tepat


B Satu rupa bulat dan satu rupa segi empat tepat
C dua rupa bulat dan satu rupa segi empat tepat
D satu rupa bulat dan tiga rupa segi empat tepat

8 Antara gambar di bawah ini,yang manakah menjelaskan tentang bentuk konkrit ?

13
A B C D

9 Manakah antara berikut ciri-ciri yang terdapat pada bentuk ilusi ?

I Hanya boleh dilihat


II Bersifat dua dimensi
III Wujud pada objek fizikal
IV Boleh dilihat dan disentuh

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Berdasarkan gambar rajah di bawah, nyatakan teknik yang sesuai bagi menghasilkan bentuk konkrit
di bawah.

A Gurisan
B Luakan
C Lipatan
D Anyaman

11 Apakah jenis karya dan jenis jalinan yang terlibat berdasarkan karya di bawah ?

JENIS KARYA JENIS JALINAN


A Catan Sentuh
B Lukisan Tampak
C Cetakan Tampak
D Kolaj Sentuh

14
12 Di antara rajah di bawah , yang mana satukah merupakan jalinan sentuh ?

A B C D

13 Pilih definisi yang paling tepat tentang jalinan .

A Sifat sesuatu bentuk


B Fungsi sesuatu bentuk
C Sifat sesuatu permukaan
D Fungsi sesuatu permukaan

14 Apakah fungsi jalinan berdasarkan gambar yang yang ditunjukkan di bawah ?

A Cengkaman
B Sekadar hiasan
C Untuk kelajuan
D Menaikkan imej

15 Antara berikut yang manakah teknik yang digunakan bagi menghasilkan kesan jalinan di bawah ?

A Kolaj
B Capan
C Tiupan
D Pualaman

15
16 Apakah media yang digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan dalam gambarajah di bawah ?

A warna air
B Pensil warna
C Warna pastel
D Warna poster

17 Apakah fungsi jalinan yang terdapat pada pakaian anggota keselamatan di bawah ?
I perlindungan
II nilai estetika
III kontra dengan alam
IV harmoni dengan alam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Bagaimana cara yang terbaik hendak memindahkan kesan jalinan dari sehelai daun pada sehelai
kertas lukisan ?

A Teknik capan
B Teknik turisan
C Teknik renjisan
D Teknik gosokkan

19 Pilih antara berikut ciri-ciri yang terdapat pada jalinan tampak .

I hanya dilihat secara ilusi


II dapat dirasai melalui deria tangan
III boleh dipindahkan pada permukaan lain
IV dicipta dengan melukis,mencatan dan sebagainya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20 Di antara berikut, pilih bahan yang sesuai bagi menghasilkan jalinan sentuh .

16
A B C D

SOALAN OBJEKTIF
TAJUK 6 : RUANG
TAJUK 7 : WARNA

1 Nyatakan jenis ruang yang terdapat pada gambar di bawah .

A Ruang realiti
B Ruang sempit
C Ruang terbuka
D ruang tertutup

2 Pilih antara karya catan di bawah yang dapat menunjukkan ruang rata .

A B

17
C D

3
Ruang ini terdapat pada karya seni seperti lukisan, catan dan cetakan

Pernyataan di atas merujuk kepada __________________ .

A ruang ilusi
B ruang fizikal
C ruang perspektif
D ruang satu titik lenyap

4 Di sebuah taman permainan , orang yang terdekat pada pandangan kita akan kelihatan
lebih ____________ daripada orang yang jauh dari pandangan mata .

A kecil
B besar
C bersinar
D berpaksi

5 Garisan yang terdapat pada karya lukisan di bawah dikenali sebagai ________________ .

A garisan berfokus
B garisan kaki langit
C garisan ruang dalam
D garisan gred perspektif

6 Dalam karya catan air, bahagian belakang karya diwarnakan cair dan pudar bagi
mengambarkan ____________________ .

A kesan jalinan
B objek dan saiz
C ruang dan kedalaman
D perspektif dan titik lenyap

7 Gambarajah di bawah dikenali sebagai ruang perspektif satu titik lenyap kerana ____________

18
I menunjukkan satu fokus
II menimbulkan dua fokus
III memberikan gambaran atas dan bawah
IV memperlihatkan dengan jelas kedalaman ruang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Gambarajah di bawah menunjukkan bagunan pada kedudukan _____________________ .

A perspektif satu titik lenyap


B perspektif dua titik lenyap
C perspektif tiga titik lenyap
D perspektif empat titik lenyap

9 Apakah kelebihan melihat secara nyata pameran arca seperti di bawah

A Menghayati ruang tertutup


B Boleh menyentuh arca yang dipamer
C Arca boleh dilihat dari pelbagai sudut
D Menampakkan jarak arca dengan arca yang lain

10 Rajah di bawah menunjukkan sebuah logo yang menimbulkan ruang __________ .

A ruang rata
B ruang cetek
C ruang dalam
D ruang fizikal

19
11
Warna yang terletak bersebelahan dengan roda warna

Pernyataan di atas merujuk kepada gubahan warna ______________’

A warna sewarna
B warna harmoni
C warna penggenap
D perspektif warna

12 Manakah pernyatan di bawah yang berkaitan dengan warna tertier .

A Olahan nilai sesuatu warna


B Warna yang menimbulkan kesan pantulan
C Campuran yang dihasilkan dari dua warna asas
D Campuran satu warna asas dengan satu warna sekunder

13 Pilih pernyataan yang paling sesuai bagi menggambarkan fungsi warna di bawah .

A Warna menimbulkan rupa


B Warna menimbulkan ruang
C Warna menimbulkan bentuk
D Warna menimbulkan jalinan

14 Pilih antara berikut definisi yang paling sesuai tentang ton warna ?

A Merujuk kepada warna utama


B Warna bersebelahan dalam roda warna
C Campuran warna dengan penggenapnya
D Nilai kecerahan dan kegelapan sesuatu warna

15 Mengapakah bunga ros di bawah mudah menarik perhatian ?

A Warna bunga bertindak negatif dengan persekitaran


B Warna bunga memberi perasaan kesegaran
C Warna bunga harmoni dengan persekiran
D Warna bunga kontra dengan persekitaran

20
16 Apakah warna yang menjadi tema pada ruang hiasan dalaman di bawah ?

A Warna Tertier
B Kroma warna
C Warna neutral
D Warna bertindak

17 Mengapakah kuning dikategorikan sebagai warna asas ?

A Mempunyai kuasa warna paling panas


B Memberi gambaran kuasa dan meriah
C Tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain
D Boleh dikembangkan kepada pelbagai campuran warna

18 Pilih warna yang sesuai bagi perkataan ‘KAMPUNG PISANG’ supaya dapat menghasilkan warna
bertindak positif .

A Merah
B Hijau
C Jingga
D Unggu

19 Pilih pernyataan yang sesuai yang boleh digunakan pada karya catan di bawah.

I Olahan warna harmoni


II Menimbulkan kesan warna neutral
III Mewujudkan olahan ruang cetek
IV Menggunakan kumpulan warna sejuk

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20 Apakah warna yang terhasil apabila kita mencampurkan warna merah dengan warna jingga ?

21
A Merah kejinggaan
B Jingga kekuningan
C Kuning kemerahan
D Merah kekuningan

SOALAN OBJEKTIF
TAJUK 8 : HARMONI
TAJUK 9 : KONTRA

1 Pilih antara pernyataan di bawah yang dapat menggambarkan prinsip harmoni .

A Kesepaduan antara unsur seni


B Satu penumpuan pada unsur seni
C Pertimbangan yang seimbang dan sepadan
D penggunaan unsur seni secara bertentangan

2 Antara motif di bawah yang manakah dapat menunjukkan prinsip harmoni ?

A B

C D

22
3 Bagaimanakah cara mewujudkan suasana yang harmoni pada ruang tamu ?

I Hiasan yang minima


II Susun atur perabut kemas
III Ulangan perabot yang sama bentuk
IV Dinding dan perabot pada suhu warna yang sama

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Apakah teknik yang digunakan bagi mewujudkan nilai harmoni pada ukiran di bawah ?

A Motif menonjolkan prinsip ruang


B Nilai jalinan digunakan dengan seimbang
C Unsur rupa dan bentuk pada arah yang sama
D Kepelbagaian motif terhasil dari punca yang sama

5 Bagaimanakah prinsip harmoni digunakan dalam catan air di bawah ?

A Unsur rupa seimbang


B Komposisi ruang perspektif
C Bentuk sepadu dengan persekitaran
D Penggunaan gubahan warna sewarna

6 Apakah yang berlaku jika prinsip harmoni sering diulang dalam susun atur ruang dalaman .

A Menimbulkan kebosanan
B Menaikkan status ruang
C Memberi nilai tumpuan
D Menghidupkan ruang

23
7 Bagaimanakah prinsip harmoni wujud dalam olahan corak di bawah ?

A Ulangan unsur rupa


B Jarak antara rupa sekata
C Unsur pergerakan yang seimbang
D Susunan motif pada paksi yang sama

8 Apakah kesan yang timbul hasil penggunaan prinsip harmoni dalam satu rekaan ?

A Kekosongan
B Keselesaan
C Keresahan
D Kecelaruan

9 Arca bentuk bunga yang terdapat di sebuah taman di bawah kelihatan harmoni kerana ___________.

A Bentuk sepadan dengan persekitaran


B Reka bentuk yang menonjol
C Penggunaan warna sejuk
D Bentuk organik yang unik

10 Bagaimanakah prinsip harmoni wujud pada gambar di bawah?

A Pengulangan ruang
B Pengulangan jalinan
C Pengulangan rupa
D Pengulangan bentuk

24
11 Apakah ciri-ciri kontra yang ditunjukkan pada ganbar rajah di bawah ?

A Kontra rupa
B Kontra bentuk
C Kontra garisan
D Kontra jalinan

12 Antara berikut,yang berkaitan dengan fungsi prinsip kontra .

I Meningkatkan nilai pelukis


II Menaikkan harga karya
III Mudah menyampaikan mesej
IV mengelakkan kebosanan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Dalam karya seni, lebih tinggi kadar kontra lebih jelas nilai _______________.

A Harmoni
B Kesatuan
C Imbangan
D Penegasan

14 Antara gambar rajah di bawah yang manakah mengaplikasikan prinsip kontra ?

25
A B

C D

15 Antara berikut yang manakah kumpulan warna yang mempunyai nilai kontra ?

I Warna penggenap
II Warna monokroma
III Warna bertindak negatif
IV Warna bertindak positif

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16 Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa buah tembikar moden.


Apakah prinsip kontra yang ketara pada tembikar tersebut ?

A Kontra rupa
B Kontra ruang
C Kontra bentuk
D Kontra jalinan

17 Bagaimanakah cara untuk mewujudkan kesan kontra pada motif di bawah ?

A Mewarnakan salah satu ulangan rupa


B Menebalkan garisan pada motif rupa
C Besarkan semua saiz motif rupa
26
D Mengasingkan motif rupa

18 Dalam karya seni, lebih tinggi kadar kontra lebih jelas nilai _______________.

A Harmoni
B Kesatuan
C Imbangan
D Penegasan

19 Apakah fungsi kontra bagi simbol jalan raya seperti gambar rajah di bawah ?

A Menjelaskan unsur rupa


B Memberi ketenangan emosi
C Menarik perhatian dan mesej jadi berkesan
D Mewujudkan penegasan dan memberi kelainan

20 Pilih pernyataan yang berkaitan dengan kontra .

I Secawan kopi di atas dulang


II Sekawan kerbau di sawah padi
III Burung-burung gagak terbang di udara
V Seekor burung bangau di atas padang rumput

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27
SOALAN OBJEKTIF
TAJUK 10 : PENEGASAN
TAJUK 11 : KEPELBAGAIAN

1 Pilih pernyataan yang paling tepat tentang unsur penegasan .

A Keseragaman dalam unsur seni


B Kesepadanan dalam elemen seni rupa
C Konsep pengulangan elemen seni visual
D Imej yang lebih ketara berbanding yang lain

2 Antara gambar rajah di bawah yang manakah mengaplikasikan prinsip penegasan ?

A B C D

3 Pilih pernyataan yang dapat menggambarkan tentang prinsip penegasan .

A Sebuah kolam yang dipenuhi ikan talapia


B Pemandangan sawah padi yang menguning
C Sekawan kambing meragut rumput di denai
D Sebiji durian dalam longgokan buah rambutan

4 Antara berikut, bahagian manakah pada poster di bawah dapat menunjukkan unsur penegasan?

28
Jawapan : A

5 Bagaimanakah untuk mewujudkan nilai penegasan pada ulangan garisan di bawah ?

I Semua garisan ditebalkan


II Semua garisan diwarnakan
III Tebalkan salah satu saiz garisan
IV Warnakan merah pada salah satu garisan

A I dan I
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Antara ciri-ciri di bawah pilih yang boleh mewujudkan penegasan.

A Ulangan rupa
B Bentuk yang seimbang
C Warna yang berkontra
D Nilai ruang yang dalam

7 Mengapakah poster di bawah amat memberi kesan dan dapat menarik perhatian ?

I Nilai keterbacaan
II Komposisi yang seimbang
III Menggunakan skema warna panas
IV Warna berkontra dengan persekitaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
29
8 Pilih antara rekaan komunikasi visual di bawah yang mementingkan prinsip penegasan
dalam penghasilannya .

A Pembungkusan
B Motif Jubin lantai
C Corak tikar getah
D Kertas pembalut hadiah

9 Apakah prinsip rekaan yang ditekankan dalam olahan ilustrasi di bawah ?

I Harmoni
II Penegasan
III Pergerakan
IV Kepelbagaian

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Apakah unsur penegasan yang ditekankan pada olahan motif di bawah ?

A Penegasan saiz
B Penegasan warna
C Penegasan bentuk
D Penegasan jalinan

30
11 Prinsip kepelbagaian dalam gubahan boleh dihasilkan melalui ________________.

A Pengulangan rupa yang sama


B Pengulangan bentuk yang sama
C Karya dalam imbangan simetri
D Karya yang berbagai jenis motif

12 Apakah teknik penghasilan kepelbagaian yang digunakan dalam karya cetakan di bawah ?

A Kepelbagaian ton
B Kepelbagaian rupa
C Kepelbagaian media
D Kepelbagaian jalinan

Juhari Said Menarik Kerbau

13 Antara berikut, pilih situasi yang dapat mewujudkan kesan kepelbagaian .

A Flora dan fauna di dalam hutan


B Permukaan laut yang berombak
C Sawah padi sedang menguning
D Dinding bagunan bercat warna panas

14 Berdasarkan catan di bawah, apakah kesan kepelbagaian yang wujud dari catan tersebut ?

I Memberi variasi
II Mewujudkan pergerakan
III Menimbulkan penumpuan
IV Mengelak kebosanan

A I dan II
31
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Objek-objek pada gambar di bawah mempunyai kepelbagaian dari segi ____________ .

A kepelbagaian ton
B kepelbagaian rupa
C kepelbagaian ruang
D kepelbagaian bentuk

16 Lukisan di bawah menunjukkan unsur kepelbagaian dari segi ____________________.

A Warna dan rupa


B Warna dan bentuk
C Warna dan jalinan
D Garisan dan jalinan

17 Antara berikut, pernyataan manakah yang mementingkan unsur kepelbagaian ?

A Susunan kerusi di dalam kelas


B Peralatan tukang di dalam bekas
C Motif ulangan kertas dinding
D Jajaran tiang lampu di tepi jalan

18 Mengapakah kanak-kanak mudah tertarik pada pembungkusan makanan di bawah ?

A Kepelbagaian warna yang menarik


B Tawaran harga yang murah
C Bentuk pembungkusan yang kreatif
D Kanak-kanak gemar memakannya

19 Apakah unsur seni yang menekankan kepelbagaian bagi menghasilkan kesan jauh dan dekat dalam

32
sesebuah karya ?

A Rupa
B Ruang
C Jalinan
D Garisan

20 Kepelbagaian wujud pada gambar di bawah melalui elemen ________________.

A Saiz
B Rupa
C Warna
D Bentuk

SOALAN OBJEKTIF
TAJUK 12 : IMBANGAN
TAJUK 13 : KESATUAN
TAJUK 14 : IRAMA DAN PERGERAKAN

1 Pilih antara berikut pernyataan yang paling tepat tentang imbangan .

A Merujuk kepada timbangan sama berat


B Dua komposisi mempunyai rupa yang sama
C Kesan kontra pada objek yang menjadi paksi utama
D Keadaan seimbang dan sepadan antara dua bahagian

2 Prinsip imbangan yang terdapat pada kraf tembikar di bawah melibatkan imbangan _____________.

A Rupa
B Berat
C Bentuk
D Warna

3 Gubahan susun atur gambar rajah di bawah, menerangkan tentang _________________.

A Komposisi kontra
B Komposisi penegasan
C Imbangan simetri

33
D Imbangan tidak simetri

4 Maklumat di bawah tentang salah satu jenis imbangan .

Ia wujud apabila bahagian sebelah kiri dan kanan kelihatan sama

Apakah jenis imbangan tersebut ?

A Imbangan fizikal
B Imbangan simetri
C Imbangan asimetri
D Imbangan berpaksi

5 Pilih antara gambar rajah di bawah yang dapat menunjukkan imbangan asimetri .

A B C D

6 Gambar rajah di bawah menunjukkan imbangan sebuah logo dari segi ____________.

A Jalinan
B Bentuk
C Ruang
D Rupa

7 Pilih antara alat permainan tradisional berikut yang memerlukan prinsip imbangan .

I Wau
II Congkak
III Batu seremban
IV Gasing

A I dan II

34
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8 Berapakah garisan paksi imbangan yang boleh diwujudkan dari rupa di bawah ?

A 2 garisan
B 3 garisan
C 4 garisan
D 5 garisan

9 Arca taman di bawah mengaplikasikan imbangan _____________dalam reka bentuknya.

A Simetri
B Asimetri
C Organik
D Geometri

10 Prinsip imbangan pada sepasang kasut wujud apabila ________________________.

I Bentuk disebelah kiri dan kanan sama


II mempunyai saiz yang sepadan
III Permukaan tapak kasut kasar
IV Warna berlawanan antara satu sama lain

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 Apakah yang terhasil apabila pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan berjaya disatukan dan kelihatan
amat sempurna.

A Prinsip kontra
35
B Prinsip harmoni
C Prinsip kesatuan
D Prinsip kepelbagaian

12 Ilustrasi di bawah menunjukkan satu karya catan air.


Bagaimanakah kesatuan di aplikasikan dalam catan tersebut ?

A Penumpuan pada satu titik fokus


B Pelbagai elemen digabungkan dalam satu tema
C Gabungan bentuk dan warna yang sempurna
D Gabungan ruang hadapan tengah dan belakang

13 Apakah prinsip rekaan yang terdapat pada ilustrasi di bawah.

I Kesatuan
II Imbangan
III Kepelbagaian
IV Harmoni

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Pilih di antara motif kraf berikut yang mengaplikasikan prinsip kesatuan .

A B C D

15 Antara berikut, pilih pernyataan yang dapat menjelaskan prinsip kesatuan .

A Sekawan anak itik

36
B Susunan buku di atas rak
C Pemandangan kampung nelayan
D Ibu kucing bersama anaknya

16 Apakah mesej kesatuan yang hendak disampaikan dari ilustrasi di bawah ?

A Daya usaha
B Perpaduan
C Kesinambungan
D Kesamarataan

17 Pilih antara prinsip rekaan di bawah yang saling melengkapi .

A Kontra dan harmoni


B Harmoni dan kesatuam
C Harmoni dan penegasan
D Imbangan dan penegasan

18 Apakah ciri-ciri kesatuan pada reka bentuk hiasan dalaman di bawah ?

A Warna dinding
B Bentuk perabot
C Reka bentuk perabot
D Susun atur perabot

19 Ciri-ciri kesatuan yang terdapat dalam sesuatu karya catan menimbulkan ________________.

A suasana selesa
B suasana hangat
C suasana meriah
D suasana tegang

37
20 Apakah prinsip rekaan yang menonjol pada gambar rajah di bawah ?

I Kesatuan
II Imbangan
III Kepelbagaian
IV Harmoni

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21 Bagaimanakah cara untuk mewujudkan irama dan pergerakan dalam karya seni visual ?

A Wujudkan pengulangan motif


B Mewujudkan imbangan simetri
C Memberi penekanan pada ruang belakang
D Penggunaan bahan campuran dalam karya

22 Apakah teknik yang digunakan dalam menghasilkan prinsip irama dan pergerakan pada seni arca di
bawah ?

A Olahan garisan
B Olahan unsur rupa
C Olahan unsur bentuk
D Olahan unsur jalinan

23 Pilih antara berikut yang dapat menghasilkan irama dan pergerakan yang paling hebat .

A Kanak-kanak berlari di taman


B Perlumbaan kereta di litar lumba
C Suasana di dalam dewan makan
D Seorang pemuda berjalan pantas

38
24 Ilustrasi di bawah menunjukkan sebuah poster produk makanan.
Bahagian manakah dapat menunjukkan nilai pergerakan yang paling hebat ?

Jawapan : A

25 Antara berikut, gambar rajah manakah yang dikenali sebagai pergerakan dalam olahan rupa .

A B C D

26 Apakah prinsip rekaan yang terdapat pada arca mobail di bawah ?

I Penegasan
II Kepelbagaian
III Imbangan
IV Pergerakan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27 Apakah fungsi irama dan pergerakan dalam karya catan air di bawah ?

39
A Mewujudkan kesan penegasan
B Mewujudkan kesan titik tumpu
C Menjadikan karya lebih bertenaga
D Menjadikan karya lebih bernilai

28 Irama dan pergerakan yang berbentuk ilusi dapat dilihat melalui ____________.

A Seni tari
B Seni suara
C Seni lakon
D Seni visual

29 Manakah antara berikut yang dapat menjelaskan prinsip irama dan pergerakan ?

A Olahan corak berpancar


B Ulangan rupa geometri
C Ulangan warna yang sama
D Olahan bentuk geometri

30 Ilusi irama dan pergerakan wujud dalam gubahan di bawah kerana _______________.

A Penggunaan warna yang berkontra


B Pembahagian ruang yang seimbang
C Olahan ulangan rupa berbeza saiz
D Kesan gubahan olahan tidak simetri

40
SOALAN OBJEKTIF

TAJUK 15 : TAJUK DAN MESEJ


TAJUK 16 : MOTIF , IDEA DAN KONSEP
TAJUK 17 : DESIGNOMIC

1 Apakah keperluan tajuk bagi sebuah karya seni halus ?

A Mengkaji media dalam sebuah karya


B Memahami proses menghasilkan karya
C Mengaitkan seniman dengan karya yang dihasilkan
D Bagi memahami mesej yang ingin di sampaikan seniman

2 Sesebuah karya di dalam sebuah pameran di berjaya dan berkesan apabila ________________.

A Pelawat dapat bertemu seniman


B Pelawat berjaya melihat semua karya
C Pelawat dapat memahami mesej dalam karya
D Pelawat mampu membeli karya yang dipamerkan

3 Apakah maksud mesej bagi sesebuah karya seni halus ?

A Unsur alam yang wujud dalam karya


41
B Perkara bersifat peribadi hak seniman
C Hal benda yang diaplikasikan di dalam karya
D Makna yang tersurat dan tersirat di dalam karya

4 Apakah keperluan dalam memerhati sesebuah karya seperti di bawah ?

I Melihat keindahan karya


II Melihat nilai harga karya
III Mengkaji sejarah kehidupan pelukis
IV Memahami mesej yang ingin disampaikan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Hoessein enas “Penari Kelantan”

5 Mengapakah teknik kontemporari menjadi kegemaran pengkarya pada masa ini ?

A Karya kelihatan kreatif dan inovatif


B Kos penghasilan karya dapat dikurangkan
C Memudahkan sesuatu tema karya difahami
D Untuk memastikan karya mudah diterima peminat

6 Apakah maksud hal benda berdasarkan karya catan di bawah ?

A Imej yang dipilih : alat pertukangan


B Media yang digunakan : cat minyak
C Mesej dalam karya : kerajinan pekerja
D Jenis karya : karya alam benda

7 Apabila merancang bentuk yang menjadi pilihan dalam penghasilan karya, ia merujuk
kepada ____________________.

42
A Pemilihan media dalam karya
B Objek yang menjadi pilihan pelukis
C Unsur seni dan prinsip rekaan yang digunakan
D Samada karya bersifat simetri atau asimetri

8 Apakah teknik yang digunakan dalam penghasilan karya seni cetakan di bawah ?

A Teknik lama
B Teknik baru
C Teknik konvensional
D Teknik kontemporari

Karya cetakan blok kayu

9 Pilih tiga komponen utama dalam proses pembentukan sebuah karya seni visual .

A Hal benda, bentuk dan kandungan


B Hal benda, kandungan dan media
C Bentuk, kandungan dan kos
D Bentuk, teknik dan mesej

10
Menggunakan media cat minyak dengan sapuan
berus yang teliti dan terkawal.

Dalam sesebuah karya seni visual, pernyataan di atas merujuk kepada _____________.

A Bentuk
B Media
C Hal benda
D Kandungan

43
11
Sebab atau tujuan pereka menghasilkan sesuatu karya

Dalam proses menghasilkan sesebuah karya, maklumat di atas berkaitan dengan ____________ .

A Idea
B Motif
C Konsep
D Media

12 Merujuk kraf ukiran kayu di bawah, apakah motif yang digunakan pada kraf tersebut ?

A Flora
B Fauna
C Organik
D Geometri

13 Persepsi konseptual terhadap sesuatu karya berkait dengan pemerhatian bersifat ____________’

A Imaginasi
B Fizikal
C Hal benda
D Bahan media

14 Apakah idea dan konsep yang digunakan bagi menghasilkan seni arca di bawah ?

A Kepantasan
B Burung Helang
C Cantuman kayu
D Imbangan tidak simetri

44
15
Teknik yang menggabungkan sama ada alat atau pelbagai
bahan dalam proses pembentukan sebuah karya seni

Berdasarkan penyataan di atas apakah jenis konsep yang di maksudkan ?

A Konsep hibrid
B Konsep tradisional
C Konsep konvensional
D Konsep gabungan media

16 Pilih antara berikut sumber inspirasi motif yang digunakan dalam batik canting di bawah.

I Geometri
II Kosmos
III Flora
IV Fauna

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17 Idea yang terbentuk hasil gabungan pelbagai nilai yang dihayati daripada alam sekeliling dikenali
sebagai ______________.
.
A motif
B tujuan
C konsep
D gagasan

18 Antara berikut apakah tema yang ingin di sampaikan oleh pelukis pada karya catan di bawah ?

A Hidup dalam keriangan


B Nilai persahabatan kanak-kanak
C Memori tentang permainan tradisional
D Kerjasama dalam permainan

45
19 Kraf tradisional anyaman di bawah dengan penghasilan produk mengikut citarasa terkini
dikenali sebagai __________________.

A kraf hibrid
B kraf hiliran
C kraf Konvensional
D kraf dimensi baru

20 Apakah maksud nilai estetik dalam pemerhatian kita terhadap sesebuah karya seni visual ?

A Mengkaji konsep penghasilan karya


B Keindahan yang terdapat dalam karya
C Menilai tema yang ingin di sampaikan
D Mendalami teknik penghasilan sesebuah karya

21 Apakah gabungan perkataan yang digunakan bagi membawa maksud designomic ?

A Seni reka dan ekonomi


B Seni reka dan matematik
C Seni reka dan reka cipta
D Seni reka dan konseptual

22 Ciri-ciri utama sesuatu produk mempunyai nilai designomic ialah ___________.

A penggunaan bahan kitar semula


B produk bagi tujuan hiasan sahaja
C keunikan dan kelainan sesuatu produk
D produk menggunakan bahan tempatan

23 Mengapakah produk seperti di bawah mudah menarik minat orang ramai ?

A Warna cerah yang amat menarik


B Jenis bahan yang mudah didapati
C Kreatif dan dapat menyelesaikan masalah
D Ringan,ringkas dan tidak mudah rosak

46
24 Pilih antara berikut ciri-ciri yang perlu ada pada produk designomic .

I Kos minimun
II Bahan kitar semula
III Kebolehgunaan
IV Kebolehpasaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

25 Berdasarkan produk di bawah, apakah yang menjadi fokus kepada produk kraf tersebut ?

A Produk kitar semula


B Produk pelbagai guna
C Produk pelbagai budaya
D Produk dimensi baru

26 Apakah kelainan yang terdapat pada bekas meletak pensil di bawah ?

A Reka bentuk yang seimbang


B Warna yang menarik perhatian
C Produk seperti sebuah karya seni
D Jenis bahan yang mudah didapati

27 Selain unsur seni, apakah perkara yang jadi keutamaan designomic dalam karya seni halus ?

I Kos bahan
II Kemahiran
III Keunikan
IV Kepelbagaian

A I dan II

47
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

28 Selain dapat membantu dalam kehidupan, produk yang mengaplikasikan Designomic perlu
mempunyai nilai __________________.

A rupa
C ruang
B warna
D estetika

29 Apakah kemungkinan yang difikirkan oleh seorang pereka dalam menghasilkan produk
seperti gambar di bawah?

A Jenis pelanggan
B Keselamatan pengguna
C Mengurangkan kos bahan
D Maksimumkan penggunaan ruang

30 Apakah ciri yang menjadi keutamaan bagi penghasilan produk di bawah ?

A Aplikasi prinsip rekaan dan unsur seni


B Penggunaan bahan kitar semula
C Kekemasan dan warna produk
D Kepelbagaian fungsi produk

48

You might also like