You are on page 1of 46

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL PENTAKSIRAN
KERJA KURSUS

REKA CIPTA
3763/2

MULAI SPM 2018

2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


KANDUNGAN
HALAMAN

BAHAGIAN A - MAKLUMAT AM

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif 1

3.0 Pentaksiran 2
3.1 Pendekatan
3.2 Pembezaan
3.3 Artifak
3.4 Folio
3.5 Penekanan
3.6 Rubrik Penskoran
3.7 Tempoh
3.8 Pengesahan

4.0 Jenis Instrumen 4


4.1 Pelaporan
4.2 Amali

5.0 Persembahan 4
5.1 Folio
5.2 Artifak

6.0 Pengemukaan (Submission) 4


6.1 Tema
6.2 Evidens
6.3 Tarikh
6.4 Pengesahan

7.0 Kaedah Penskoran 5

8.0 Kriteria Reka Ciptaan 5

9.0 Arahan Pelaksanaan Projek Reka Cipta 6

10.0 Maklumat Tambahan 6

i
BAHAGIAN B - AKTIVITI PENSKORAN

11.0 Aspek yang Ditaksir 9

12.0 Rubrik Penskoran 10

BAHAGIAN C - PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

13.0 Pelaksanaan Pentaksiran 15

14.0 Pemantauan 16

15.0 Penyelarasan 17

16.0 Pengurusan Skor Calon 21

LAMPIRAN

Contoh Tema Tugasan Reka Cipta (Lampiran A) 24

Format Pendokumentasian (Lampiran B) 27

Format Kulit Hadapan Folio (Lampiran C) 28

Borang Pentaksiran (Lampiran D) 30

ii
BAHAGIAN
A

MAKLUMAT AM
1.0 PENGENALAN

Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta diwajibkan untuk
melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada keperluan pensijilan
peperiksaan SPM. Calon perlu mengemukakan evidens kerja kursus iaitu Artifak
(Produk) dan Folio (Pendokumentasian) dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kaedah pentaksiran dilaksanakan secara internal oleh pentaksir yang


dilantik oleh sekolah dan dipantau oleh pemantau. Penyelaras akan datang ke
sekolah untuk menyelaras markah yang diambil oleh pentaksir.

Kaedah pentaksiran dilakukan berdasarkan dua elemen iaitu komunikasi


(pendokumentasian folio) dan amali (penghasilan artifak). Kaedah ini mengukur
tahap pencapaian pelajar dalam setiap aspek mengikut konstruk yang telah
ditetapkan.

Manual pentaksiran kerja kursus (MPKK) ini disusun untuk digunakan oleh
guru Reka Cipta dalam proses melaksanakan kerja kursus. Kerja kursus ini
dilaksanakan dalam tempoh satu tahun (bermula April di Tingkatan 4 hingga Mac
di Tingkatan 5).

2.0 OBJEKTIF

Manual ini merupakan dokumen yang digunakan oleh semua pihak yang terlibat
dalam pengurusan dan pengendalian kerja kursus mata pelajaran Reka Cipta
(3763/2) mengikut peraturan berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan.

2.1 Memberi panduan tatacara pelaksanaan pentaksiran kerja kursus


Reka Cipta.

2.2 Memberi panduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyelaras


pengurusan dan pengendalian pentaksiran kerja kursus di negeri masing-
masing.

2.3 Memberi pengetahuan dan panduan kepada pentadbir sekolah dan pentaksir
supaya kaedah pentaksiran ini dijalankan dalam keadaan terselaras.

2.4 Menjustifikasikan kerja-kerja menyelaras.

2.5 Mendapatkan persetujuan yang tinggi antara penyelaras untuk menjamin


keadilan bagi setiap calon dan kewibawaan institusi.

2.6 Memberi panduan tatacara pentadbiran sekolah untuk menguruskan


kemasukan markah secara atas talian.

1
3.0 PENTAKSIRAN

3.1 Pendekatan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan oleh pentaksir yang


dilantik oleh sekolah berdasarkan kepada aspek yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pentaksiran untuk kerja kursus menggunakan pendekatan pengujian


autentik (authentic) iaitu calon dikehendaki mengemukakan kerja
kursus yang dibuat untuk ditaksir.

3.2 Pembezaan (Differentiation)

Pembezaan prestasi calon dalam sistem pentaksiran dibuat


berdasarkan kualiti bahan bukti / evidens yang dikemukakan oleh calon
dalam bentuk berikut:

- Artifak (prototaip atau model)


- Folio (dokumen bertulis atau bercetak tentang penghasilan artifak)

3.3 Artifak

Artifak merupakan produk yang dibina oleh calon dalam usaha


merealisasikan reka ciptaannya yang merupakan penyelesaian kepada
masalah yang telah dikenal pasti.

Artifak mestilah dibina sendiri oleh calon di bawah pengawasan


serta bimbingan guru. Bantuan daripada pihak luar, selain
daripada pengawasan dan bimbingan guru dalam
menghasilkan artifak ini tidak dibenarkan.

Pengemukaan artifak yang dihasilkan daripada jenis alat pasang siap


(ready- made) / kit / tempahan tidak diterima.

Artifak yang diterima:


- Prototaip
- Model berfungsi
- Model

Artifak yang TIDAK diterima:


- Mock up

2
3.4 Folio
Folio merupakan dokumentasi yang berbentuk nota dan lakaran yang
menunjukkan dan mempamerkan kebolehan calon dalam melaksanakan
proses reka cipta dan komunikasi.

Calon hendaklah menunjukkan dalam folio bagaimana:


mengenalpasti dan menganalisis masalah
membuat penyelidikan dan penyiasatan
menjana dan mereka bentuk idea
mengaplikasi rupa bentuk ciptaan
menghasilkan lukisan kerja 2D dan 3D
memasar reka ciptaan

Calon hendaklah menggunakan kaedah grafik yang sesuai semasa


menyediakan folio termasuk lakaran berwarna. Sebarang nota haruslah
ringkas, padat dan tepat untuk menjelaskan perincian tertentu.

3.5 Penekanan
Agihan skor keseluruhan adalah seperti berikut:
Artifak : 30 markah
Folio : 30 markah

3.6 Rubrik Penskoran


Rubrik Penskoran mengandungi:
aspek-aspek yang ditaksir
skor yang berbeza untuk berbagai tahap prestasi pencapaian dan kualiti
bukti (evidence) setiap aspek yang ditaksir.
Aspek penskoran mesti didedahkan oleh guru pentaksir kepada calon yang
mengambil mata pelajaran Reka Cipta.

3.7 Tempoh
Kerja kursus dilaksanakan dalam tempoh satu tahun bermula pada 01 April di
Tingkatan 4 hingga 31 Mac di Tingkatan 5.

3.8 Pengesahan (Authentication)

Semua bukti yang dikemukakan oleh calon pada setiap peringkat memerlukan
perakuan guru yang mengesahkan bahawa aktiviti calon itu sentiasa di bawah
pengawasannya dan sepanjang pengetahuannya dihasilkan sendiri oleh calon
tanpa bantuan daripada pihak luar.

3
4.0 JENIS INSTRUMEN
4.1 Pelaporan (Penulisan Folio)
Calon perlu menghasilkan pelaporan dan mendokumentasi proses reka
cipta dan hasil ciptaan dalam bentuk folio.

4.2 Amali (Penghasilan Artifak)


Calon perlu membina artifak iaitu prototaip, model berfungsi atau model.

5.0 PERSEMBAHAN
5.1 Folio
Calon mesti menggunakan kertas bersaiz A3 dalam bentuk landskap,
ditulis tangan atau cetakan berkomputer.
5.2 Artifak
Prototaip, model berfungsi atau model.

6.0 PENGEMUKAAN (Submission)


Calon dikehendaki mengemukakan kerja kursus berdasarkan tema yang
ditetapkan. Evidens reka ciptaan yang telah disahkan perlu dikemukakan pada
tarikh yang telah ditetapkan.

6.1 Tema
Tema tugasan bagi tahun semasa hendaklah dimuat turun daripada
laman portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.lp.edu.my.

6.2 Evidens
6.2.1 Calon dikehendaki mengemukakan evidens untuk reka
ciptaan yang telah disahkan.
Artifak Prototaip, model berfungsi atau model
Folio Dokumen bertulis tangan atau cetakan
berkomputer berkenaan penghasilan artifak

6.2.2 Pihak sekolah bertanggungjawab:


Merekodkan pengemukaan artifak dan folio dalam Rekod
Pengemukaan Evidens (RPE).
Menyimpan artifak dan folio yang diterima di tempat
yang selamat sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM
diumumkan.

6.3 Tarikh pengemukaan evidens


Pelaksanaan dan pentaksiran kerja kursus diperingkat sekolah berakhir
pada:
31 Mac tahun semasa Tingkatan 5 (SPM)
(1 April Tingkatan 4 hingga 31 Mac Tingkatan 5)

4
6.4 Pengesahan
Setiap evidens yang dikemukakan mestilah disahkan oleh guru pentaksir
dengan menggunakan borang Pengemukaan Evidens Calon iaitu Borang
PEC(A) untuk artifak dan Borang PEC(F) untuk folio.

7.0 KAEDAH PENSKORAN


7.1 Kaedah penskoran adalah berdasarkan Rubrik Penskoran. Skor diberi
berdasarkan prestasi pencapaian dan kualiti bukti (evidence) yang
dikemukakan calon mengikut aspek yang telah ditetapkan.
7.2 Calon wajib menguasai semua rubrik yang dikehendaki pada skor yang
lebih rendah sebelum diberi skor yang lebih tinggi bagi setiap aspek.

Rubrik iii Skor 3

Rubrik ii
Skor 2

Rubrik i
Skor 1

7.2 Gred pencapaian keseluruhan kerja kursus calon adalah seperti berikut:
Jumlah Markah
Gred Tahap Pencapaian
Keseluruhan
A Cemerlang 50 - 60
B Kepujian 40 - 49
C Baik 20 - 39
D Memuaskan 10 - 19
E Gagal 0-9

8.0 KRITERIA REKA CIPTAAN


Reka ciptaan yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri berikut:
mudah digunakan
mudah dikawal
mudah disenggara
selamat digunakan
tahan lasak
saiz bersesuaian
bahan bersesuaian
harga berpatutan
dapat menunjukkan fungsi
berciri teknologi hijau

5
9.0 ARAHAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS REKA CIPTA

9.1 Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) hendaklah dirujuk, digunakan dan
dipatuhi oleh guru yang mengajar Reka Cipta sebagai panduan
pelaksanaan kerja kursus.

9.2 Tema tugasan bagi tahun semasa hendaklah dimuat turun oleh guru
daripada laman portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat
http://www.lp.edu.my dan diedarkan kepada semua calon.

9.3 Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah selama satu tahun (bermula 1 April di
Tingkatan 4 hingga 31 Mac di Tingkatan 5.

9.4 Calon adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan kerja kursus


di bawah bimbingan dan pengawasan guru. Bantuan pihak luar dalam
penghasilan kerja kursus adalah tidak dibenarkan.

9.5 Guru mata pelajaran berperanan sebagai fasilitator dan pentaksir.

9.6 Guru perlu memperakukan dan mengesahkan hasil kerja calon dengan
menggunakan borang yang telah ditetapkan.

9.7 Setiap hasil kerja calon mesti dijilid dengan kemas.

9.8 Segala kos b a h a n yang diperlukan dalam penghasilan kerja kursus


ditanggung oleh calon.

9.9 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas


untuk calon menyiapkan kerja kursus.

9.10 Evidens tahun semasa yang dihasilkan calon tidak boleh didedahkan kepada
umum atau pihak yang tidak berkaitan dalam apa jua bentuk media.

10. MAKLUMAT TAMBAHAN

10.1 Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK) merupakan dokumen panduan


untuk melaksanakan pentaksiran yang digunakan oleh calon, pentaksir,
pemantau dan penyelaras.

10.2 Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta perlu
melaksanakan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

10.3 Pemantau akan mengadakan lawatan dari masa ke semasa untuk


memastikan pentaksiran kerja kursus dilaksanakan mengikut prosedur.

10.4 Penyelaras akan memastikan pentaksiran yang dilaksanakan oleh pentaksir


memenuhi standard yang telah ditetapkan.

6
BAHAGIAN
B

AKTIVITI
PENSKORAN
11.0 ASPEK YANG DITAKSIR

Aspek yang akan ditaksir adalah seperti berikut:

ELEMEN ASPEK

1.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis


Masalah

1.2 Menyelidik Reka Ciptaan Sedia Ada

1.3 Mencipta dan Mereka Bentuk Pelbagai


idea
KOMUNIKASI : PELAPORAN
E 1.0
(PENDOKUMENTASIAN FOLIO) 1.4 Mengaplikasi Rupa Bentuk Ciptaan

1.5 Menghasilkan Lukisan Kerja 2D dan 3D

1.6 Memasar Reka Ciptaan

1.7 Mendokumentasi Reka Ciptaan

2.1 Mengguna Bahan

2.2 Mengamal Keselamatan Bengkel

2.3 Menepati Tema dan Menyelesaikan


Masalah

2.4 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang Asli


AMALI
E 2.0 2.5 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang
(PENGHASILAN ARTIFAK)
Berfungsi

2.6 Menepati Saiz dan Skala

2.7 Menepati Faktor Reka Bentuk

2.8 Menampilkan Ketepatan dan Kehalusan


Kerja

7
12.0 RUBRIK PENSKORAN

RUBRIK PENSKORAN REKA CIPTA (3763/2)

ELEMEN 1 : KOMUNIKASI (PENDOKUMENTASIAN FOLIO)


SKOR
BIL ASPEK RUBRIK PENSKORAN CATATAN SKOR
PENUH
Menganalisis Masalah
Digalakkan
1
i. Menyatakan masalah persembahan secara
grafik / visual
Penerangan pada kata
ii. Menyatakan masalah dengan 2
kunci / sebab / kesan /
jelas
akibat
Disertakan kaedah
Mengenal Pasti pengumpulan data,
dan contoh:
1.1 4
Menganalisis - soal selidik / temubual
iii. Menyatakan masalah dengan 3
Masalah (10 atau lebih
jelas beserta pengumpulan data
responden)
- pemerhatian (5 atau
lebih dapatan) ; dan
jadual pengumpulan data
Disertakan
iv. Menyatakan masalah dengan
persembahan data 4
jelas, pengumpulan data dan
(contoh: graf, carta),
analisis data
huraian dan rumusan
Disertakan gambar
i. Menyatakan reka ciptaan sedia produk dan sumber 1
ada / bahan rujukan rujukan / bahan rujukan
disertakan atau dilakar
Dinyatakan cara produk
ii. Menyatakan reka ciptaan sedia
berfungsi dan sumber
ada / bahan rujukan dan 2
rujukan / dinyatakan
menyatakan fungsi operasinya /
bahagian yang menjadi
fungsi berkaitan
Menyelidik rujukan
iii. Menyatakan reka ciptaan sedia
1.2 Reka Ciptaan Dinyatakan kekuatan 4
ada / bahan rujukan,
Sedia Ada dan kelemahan produk
menyatakan fungsi operasinya / 3
sedia ada / dinyatakan
fungsi berkaitan; dan
aplikasi atau prinsip
menyatakan kekuatan dan
bahan rujukan
kelemahan
iv. Menyatakan reka ciptaan sedia Diterangkan kesan
ada / bahan rujukan, akibat bagi kekuatan
menyatakan fungsi operasinya / dan kelemahan / 4
fungsi berkaitan; dan diterangkan dan dilakar
menganalisis kekuatan dan aplikasi atau prinsipnya
kelemahan dengan jelas

8
Mereka Bentuk, Menilai dan Mencipta Idea Ciptaan Baharu
Lakaran dalam bentuk 1
i. Menghasilkan dua lakaran idea
3D
Idea yang dijana
ii. Menghasilkan dua lakaran idea menjurus kepada 2
yang jelas dan berlabel penyelasaian masalah

iii. Menjana satu lakaran


perkembangan idea bagi setiap Lakaran perkembangan 3
lakaran idea dengan jelas dan idea dilabel
berlabel
iv. Menjana beberapa lakaran
perkembangan idea bagi setiap Setiap lakaran 4
lakaran idea dengan jelas dan perkembangan
berlabel idea dilabel
Menilai kekuatan dan
v. Menjana beberapa lakaran kelemahan hasil akhir
perkembangan idea bagi setiap
perkembangan idea 5
lakaran idea dengan jelas dan
Mencipta dan berlabel serta menilai setiap (dipersembahkan dalam
1.3 Mereka Bentuk hasil akhir perkembangan idea bentuk jadual) 8
Pelbagai Idea
Sintesis merujuk bentuk
vi. Mencipta rekaan baharu dengan atau fungsi;
6
mensintesis hasil akhir lakaran dilabel dengan
perkembangan idea jelas

vii. Mencipta rekaan baharu dengan Dinyatakan sistem /


mensintesis hasil akhir
kaedah yang diaplikasi 7
perkembangan idea; dan
menyatakan sistem / kaedah dalam ciptaan
yang diaplikasi
Diterangkan sistem /
viii. Mencipta rekaan baharu dengan kaedah yang diaplikasi
mensintesis hasil akhir dengan bantuan lakaran
perkembangan idea, atau penerangan yang 8
menerangkan sistem / kaedah jelas dan diterangkan
yang diaplikasi; dan cara reka ciptaan
menerangkan cara beroperasi
beroperasi

9
Mengaplikasi Reka Bentuk Ciptaan
Lakaran merujuk
i. Menghasilkan lakaran 1
persembahan dan berwarna 1.3 (viii)

ii. Menghasilkan lakaran


2
persembahan dengan pandangan
perspektif dan berwarna

Mengaplikasi iii. Menghasilkan lakaran Teknik rendering


persembahan dengan pandangan merujuk pencahayaan, 3
1.4 Rupa Bentuk 4
perspektif dan diwarnakan ton dan bayang
Ciptaan dengan teknik rendering
Lengkap dan tepat
iv. Menghasilkan lakaran merujuk kepada aplikasi
persembahan dengan pandangan pencahayaan, ton, 4
perspektif dan diwarnakan bayang, latar belakang
dengan mengaplikasikan teknik dan muka taip (nama
rendering yang lengkap dan tepat
produk, logo dan slogan)

Lukisan ortografik,
i. Menghasilkan satu lukisan kerja 1
secara manual isometri atau ceraian

ii. Menghasilkan dua lukisan kerja


2
secara manual atau satu lukisan
kerja secara CAD

iii. Menghasilkan tiga lukisan kerja


3
Menghasilkan secara manual atau dua lukisan
kerja secara CAD
1.5 Lukisan Kerja 5
2D dan 3D Lukisan manual
ortografik dan isometri
iv. Menghasilkan tiga lukisan kerja
berdimensi; dan 4
secara manual yang lengkap atau
tiga lukisan kerja secara CAD Lukisan manual ceraian
berlabel

Lukisan ortografik dan


v. Menghasilkan tiga lukisan kerja isometri berdimensi; dan 5
yang lengkap secara CAD Lukisan ceraian berlabel

10
i. Menyenarai bahan pembinaan 1
sebenar

ii. Menyenarai bahan pembinaan


2
sebenar dan menganggarkan
kos pembinaan

iii. Menyenarai bahan pembinaan


sebenar, menganggarkan kos 3
pembinaan dan menghasilkan
brosur

Manual pengguna
mengandungi:
Memasar Arahan pemasangan
1.6 4
Reka Ciptaan Cara penggunaan
Penyelenggaraan
produk
Tips keselamatan
iv. Menyenarai bahan pembinaan
sebenar, menganggar kos
pembinaan, menghasilkan Brosur mengandungi: 4
brosur dan menghasilkan Nama produk
Gambar produk
manual pengguna yang betul
Harga
dan jelas
Logo dan slogan
Maklumat pengeluar
Spesifikasi produk
(fungsi, saiz dan had
muatan /
kemampuan)
Penerangan produk

Mendokumentasi i. Menghasilkan
1.7 pendokumentasian reka ciptaan
1 1
Reka Ciptaan
mengikut format

JUMLAH SKOR ELEMEN 1 : 30

11
ELEMEN 2: AMALI (PENGHASILAN ARTIFAK)
SKOR
BIL ASPEK RUBRIK PENSKORAN CATATAN SKOR
PENUH
Mengaplikasi Bahan Rekaan
i. Menggunakan bahan yang 1
bersesuaian pada artifak
ii. Menggunakan bahan yang
2
bersesuaian pada model
berfungsi
Mengguna
2.1 iii. Menggunakan bahan yang 3 4
Bahan bersesuaian pada prototaip
Bahan berteknologi
iv. Menggunakan bahan yang hijau boleh dikitar
4
bersesuaian dan berteknologi semula, mesra alam dan
hijau pada prototaip kurang mendatangkan
pencemaran
Nilai Amalan Kerja
i. Mematuhi peraturan 1
keselamatan di bengkel
ii. Mematuhi peraturan
keselamatan dan menunjukkan 2
amalan yang baik semasa
melakukan kerja di bengkel
iii. Mematuhi peraturan
Mengamal keselamatan dan menunjukkan
3
2.2 Keselamatan amalan yang baik semasa dan 4
Bengkel selepas melakukan kerja di
bengkel
iv. Mematuhi peraturan
keselamatan dan menunjukkan
amalan yang baik semasa dan
selepas melakukan kerja di 4
bengkel; dan menunjukkan ciri
kepimpinan / sikap proaktif yang
cemerlang / membantu rakan
(coaching)

12
Mencipta dan Mereka Bentuk Artifak
i. Menghasilkan artifak yang 1
bertepatan tema
ii. Menghasilkan artifak yang
Rujuk 1.1(ii) 2
bertepatan tema dan dapat
menyelesaikan masalah
Menepati Tema iii. Menghasilkan artifak yang
dan bertepatan tema dan dapat 3
2.3 menyelesaikan semua masalah
4
Menyelesaikan
dengan berkesan
Masalah
Nilai komersial merujuk
iv. Menghasilkan artifak yang
kepada artifak yang
bertepatan tema, dapat
dihasilkan lebih baik 4
menyelesaikan semua masalah
dengan berkesan dan daripada produk sedia
mempunyai nilai komersial ada di pasaran

1
i. Menghasilkan artifak yang asli

Menghasilkan Hasil reka ciptaan 2


ii. Menghasilkan model berfungsi baharu / tidak
2.4 Reka Ciptaan atau prototaip yang asli menyerupai idea 3
Yang Asli ciptaan lain
iii. Menghasilkan model berfungsi Reka bentuk / kaedah /
3
atau prototaip yang asli dan fungsi yang baharu
kreatif
i. Menghasilkan artifak yang dapat
1
menunjukkan cara fungsi
ii. Menghasilkan model yang dapat 2
menunjukkan sebahagian fungsi
Menghasilkan Disertakan Manual
2.5 Reka Ciptaan iii. Menghasilkan model yang dapat Pengguna dan Brosur 4
menunjukkan fungsi sepenuhnya
Yang Berfungsi 3
atau menghasilkan prototaip
yang dapat menunjukkan
sebahagian fungsi
iv. Menghasilkan prototaip yang
4
berfungsi sepenuhnya
i. Menyatakan nisbah skala pada Nisbah skala ditampal
1
artifak pada artifak
Menepati Saiz ii. Menghasilkan model berfungsi Nisbah skala ditampal
2.6 2 3
dan Skala yang menepati skala nisbah pada artifak

iii. Menghasilkan prototaip bersaiz


Jika tiada rujuk folio 3
sebenar

13
i. Menghasilkan artifak yang 1
mempunyai ciri keselamatan

ii. Menghasilkan artifak yang


2
mempunyai ciri keselamatan dan
rupa bentuk yang seimbang
Menepati Faktor iii. Menghasilkan artifak yang
2.7 4
Reka Bentuk mempunyai ciri keselamatan,
3
rupa bentuk yang seimbang dan
dapat menunjukkan ciri mesra
pengguna
iv. Menghasilkan artifak yang
mempunyai ciri keselamatan, 4
rupa bentuk yang seimbang,
mesra pengguna dan ergonomik
i. Membuat kemasan atau
1
menggunakan warna yang sesuai
ii. Membuat kemasan yang baik
2
dan menggunakan warna dengan
menarik
Menampilkan
iii. Membuat kemasan yang baik,
2.8 Ketepatan dan menggunakan warna dengan
4
3
Kehalusan Kerja menarik dan menunjukkan
ketepatan hasil kerja
iv. Membuat kemasan yang baik,
menggunakan warna dengan
4
menarik, menunjukkan
ketepatan dan kehalusan hasil
kerja

JUMLAH SKOR ELEMEN 2 : 30

JUMLAH SKOR KESELURUHAN (ELEMEN 1 + ELEMEN 2) : 60

2017 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3
2
1

14
BAHAGIAN
C

PENTADBIRAN
PENTAKSIRAN
13.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

13.1 Persediaan Kemudahan Asas

Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan bengkel atau tempat


dalam keadaan baik dan selamat untuk menjalankan kerja-kerja
penyempurnaan kerja kursus. Peralatan dan bahan asas hendaklah
mencukupi bagi membolehkan calon melaksanakan kerja kursus.

13.2 Penjadualan

Pentaksir hendaklah melengkapkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran


supaya pentaksiran dapat dirancang dan dijalankan mengikut tempoh
yang ditetapkan (mulai 1 April di Tingkatan 4 hingga April 30 Mac di
Tingkatan 5).

13.3 Pentaksir

13.3.1 Pihak sekolah mestilah menamakan guru kerja kursus sebagai


pentaksir.

13.3.2 Pentaksir kerja kursus berperanan menjalankan pentaksiran,


merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Calon
(BSC).

13.3.3 Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan


dengan pentaksiran sehinggalah kepada penghantaran skor
secara atas talian kepada Lembaga Peperiksaan.

13.4 Penskoran

13.4.1 Pentaksir mentaksir berdasarkan aspek yang ditetapkan


dalam Rubrik Penskoran.
13.4.2 Semua skor untuk setiap aspek yang ditaksir mesti dicatat
dalam Borang Skor Calon (BSC) untuk setiap calon dan
kemudian dipindahkan ke Borang Skor Kelompok Calon
(BSKC).
13.4.3 Borang BSC dan BSKC yang telah lengkap dengan skor
perlu disimpan dan dipastikan keselamatannya kerana skor
merupakan data peperiksaan di peringkat SPM.

15
35
14.0 PEMANTAUAN
Pemantauan pentaksiran kerja kursus adalah proses memastikan
pentaksiran yang dijalankan oleh pentaksir mematuhi prosedur yang ditetapkan.
14.1 Objektif Pemantauan
14.1.1 Memastikan kerja kursus dilaksanakan oleh semua calon.
14.1.2 Memastikan pentaksiran dilakukan secara adil.
14.1.3 Memastikan tiada unsur penyelewengan dalam proses
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
14.2 Tugas Pemantau
14.2.1 Memastikan kerja kursus dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
14.2.2 Memastikan evidens dan dokumen disimpan di tempat
yang selamat.
14.2.3 Menyediakan laporan untuk perhatian Lembaga Peperiksaan /
Jabatan Pendidikan Negeri.
14.3 Pemantauan dilakukan oleh dua pihak iaitu pemantau dalaman dan
pemantau luaran.
14.3.1 Pemantau Dalaman
14.3.1.1 Pemantau dalaman adalah terdiri daripada
pihak pentadbiran sekolah (Pengetua / Penolong
Kanan / Guru Kanan Teknik dan Vokasional).
14.3.1.2 Tugas pemantau dalaman ialah memastikan
segala aktiviti pentaksiran kerja kursus mematuhi
prosedur dan jadual perancangan pentaksiran yang
ditetapkan.
14.3.1.3 Pemantau dalaman mengesahkan aktiviti pentaksiran
pada ruangan yang disediakan pada BSC.
14.3.1.4 Pemantau dalaman akan mengesahkan kehadiran
penyelaras dengan menggunakan Borang
Pengesahan Kehadiran Penyelaras.
14.3.1.5 Mengambil tindakan susulan terhadap laporan
yang dikemukakan oleh pemantau luaran atau
penyelaras sekiranya ada.

14.3.2 Pemantau Luaran

14.3.2.1 Pemantau luaran terdiri daripada pegawai-pegawai


Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan
Negeri atau Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
14.3.2.2 Pemantau luaran akan hadir ke sekolah yang
ditetapkan pada tarikh yang dijadualkan.

16
36
15.0 PENYELARASAN

Penyelarasan kerja kursus adalah proses bagi memastikan pentaksiran yang


dijalankan oleh pentaksir memenuhi standard yang ditetapkan. Penyelarasan
pentaksiran dilakukan oleh pihak luar yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.

15.1 Petugas Penyelarasan

15.1.1 Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)

Personel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan


mempunyai kemahiran dalam pentadbiran dan pentaksiran bagi
mengurus mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan dan
menyediakan laporan untuk Lembaga Peperiksaan.

15.1.2 Ketua Pentaksir Negeri (KPN)

Personel yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan


mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan
skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab
mengesan kelemahan dan penyelewengan yang
menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.

15.1.3 Ketua Pentaksir Kawasan (KPw)

Personel yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan


mempunyai kemahiran dalam pentaksiran bagi menyelaraskan
skor calon di sekolah. Personel juga bertanggungjawab
mengesan kelemahan dan penyelewengan yang
menimbulkan keraguan dalam pemberian skor calon.

15.1.3 Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Sekolah


Personel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata
pelajaran berkenaan pada tahun peperiksaan serta mahir dalam
tugas pentaksiran. Personel berkenaan bertanggungjawab
menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod
skor, menyimpan evidens, dokumen berkaitan serta menghantar
skor calon yang telah diselaraskan ke Lembaga Peperiksaan
secara atas talian dan salinan bercetak dengan kerjasama
Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

17
37
15.2 Tugas dan Kriteria Penyelaras

PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGAS

Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih.


i. Menghadiri mesyuarat
Pentaksir Lembaga
bersama Pegawai Mata
Kebangsaan Peperiksaan ii. Telah disahkan
Pelajaran, Lembaga
(KPK) dalam jawatan.
Peperiksaan.
iii. Mengajar mata
ii. Mempengerusikan
pelajaran Reka
mesyuarat bersama
Cipta.
Ketua Pentaksir
Negeri.
iv. Berpengalaman
sebagai pentaksir.
iii. Menentukan agenda
mesyuarat.
v. Berkemahiran dalam
pentaksiran.
iv. Mendapatkan laporan
penyelarasan daripada
Ketua Pentaksir Negeri.

v. Menghantar laporan
penyelarasan kepada
Lembaga Peperiksaan.

Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih. i. Menghadiri Mesyuarat


Pentaksir Jabatan Penyelarasan Peringkat
Negeri Pendidikan ii. Telah disahkan Kebangsaan.
(KPN) Negeri dalam jawatan.
ii. Menyelaras skor calon di
iii. Mengajar mata sekolah.
pelajaran Reka
Cipta. iii. Mengarahkan Pentaksir
Sekolah mentaksir semula
iv. Berpengalaman aspek yang berkaitan dalam
sebagai pentaksir. pentaksiran jika ada
keraguan serta
v. Berkemahiran dalam memaklumkan kepada
pentaksiran. Lembaga Peperiksaan.

iv. Menghantar laporan


kepada Penyelaras
Kebangsaan.

v. Menghantar laporan
penyelarasan kepada
Lembaga Peperiksaan.

38
18
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGAS
i. Menghadiri Mesyuarat
Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih. Penyelarasan Peringkat
Pentaksir Jabatan Negeri.
Kawasan Pendidikan ii. Telah disahkan ii. Menyelaras skor calon di
(KPw) Negeri. dalam jawatan. sekolah.
iii. Mengarahkan Pentaksir
iii. Mengajar mata Sekolah mentaksir semula
pelajaran Reka aspek yang berkaitan dalam
Cipta. pentaksiran jika ada keraguan
serta memaklumkan kepada
iv. Berpengalaman Ketua Pentaksir Negeri.
sebagai pentaksir. iv. Menghantar laporan
kepada Ketua
v. Berkemahiran dalam Pentaksir Negeri.
pentaksiran.
i. Menghadiri Mesyuarat
Ketua Dilantik oleh i. Guru terlatih. Penyelarasan Peringkat
Pentaksir Sekolah. Negeri / Kawasan.
Sekolah ii. Telah disahkan
ii. Mentaksir kerja calon.
jawatan
iii. Menyelaras skor calon
iii. Mengajar mata di sekolah
pelajaran iii. Mentaksir semula kerja
Teknikal yang calon jika ada perubahan
berkenaan. selepas diselaraskan oleh
Ketua Pentaksir Negeri /
iv. Berpengalaman KPw.
dalam iv. Menghantar skor ke
pentaksiran. Lembaga Peperiksaan
dan Ketua Pentaksir
v. Berkemahiran Negeri.
dalam vi. Mengendali mesyuarat di
pentaksiran. peringkat sekolah
v. Memastikan borang BSC
setiap murid pindah dihantar
ke sekolah baru.
vi. Menyediakan sijil kerja
projek Teknikal yang
berkenaan bagi setiap
calon.
vii. Menyimpan rekod dan
evidens di tempat
selamat.
x. Bekerjasama dengan
Setiausaha Peperiksaan
Sekolah dalam urusan
penghantaran skor
secara atas talian.
xi. Memberi kerjasama
kepada Penyelaras
Negeri / Kawasan
dalam urusan
penyelarasan

19
39
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGAS

Pentaksir Dilantik oleh i. Guru terlatih. i. Menghadiri Mesyuarat


Sekolah Sekolah. Penyelarasan Peringkat
ii. Mengajar mata Negeri / Kawasan.
pelajaran
Teknikal yang ii. Mentaksir kerja calon. iii.
berkenaan.
Mentaksir semula kerja
iii. Berkemahiran calon jika ada perubahan
dalam selepas diselaraskan
pentaksiran. oleh Ketua Pentaksir
Negeri / KPw.

iv. Menghantar skor ke


Lembaga Peperiksaan
dan Pentaksir Negeri.

v. Memastikan borang BSC


setiap murid pindah
dihantar ke sekolah baru.

vi. Menyediakan sijil kerja


projek Teknikal yang
berkenaan bagi setiap
calon.

vii. Menyimpan rekod dan


evidens di tempat
selamat.
viii. Bekerjasama dengan
Setiausaha Peperiksaan
Sekolah dalam urusan
penghantaran skor
secara atas talian.

ix. Memberi kerjasama


kepada Pentaksir Negeri
/ Kawasan dalam
urusan penyelarasan.

20
40
15.3 Penyelaras dilantik oleh Lembaga Peperiksaan daripada kalangan guru
kerja kursus yang mahir dan berketrampilan.
15.4 Penyelaras akan hadir ke sekolah yang ditetapkan pada tarikh
yang dijadualkan.
15.5 Penyelaras dan pentaksir di sekolah hendaklah mencapai satu
persetujuan tentang pemberian skor serta memenuhi standard yang
ditetapkan.
15.6 Penyelaras akan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran
Penyelaras untuk disahkan oleh pemantau dalaman sekolah yang
diselaraskan.
15.7 Borang Pengesahan Kehadiran Penyelaras Luaran hendaklah
dibuat dalam dua salinan. Salinan pertama disimpan oleh pemantau
dalaman dan salinan kedua diserahkan kepada penyelaras luaran.
15.8 Penyelaras hendaklah mengemukakan laporan bertulis dapatan
daripada penyelarasan yang dijalankan kepada pihak sekolah dan
Jabatan Pendidikan Negeri untuk diambil tindakan sekiranya perlu.

16.0 PENGURUSAN SKOR CALON

Skor calon yang digambarkan oleh gred aspek yang diberi oleh pentaksir
menunjukkan calon telah ditaksir berdasarkan Dokumen Pentaksiran yang
merujuk kepada satu tanda aras yang telah dikenal pasti.

16.1 Pihak sekolah bertanggungjawab menyimpan skor calon di


tempat yang selamat.

16.2 Calon pindah


16.2.1 Calon yang hendak berpindah hendaklah memastikan sekolah
baru yang dipilih menawarkan kerja kursus yang sama dengan
pilihan kerja kursus yang diambil oleh mereka.
16.2.2 Adalah menjadi tanggungjawab calon yang berpindah membawa
rekod, butiran pentaksiran dan skor ke sekolah baru.
16.2.3 Sekolah asal calon bertanggungjawab untuk memastikan rekod,
butiran pentaksiran dan skor calon diterima oleh sekolah baru
calon.
16.2.4 Sekolah baru calon juga bertanggungjawab untuk memastikan
rekod, butiran pentaksiran dan skor calon diterima daripada
sekolah asal calon.

16.3 Pihak sekolah memasukkan skor calon yang telah diselaraskan secara
atas talian pada tarikh yang telah ditetapkan dan menghantar hasil
cetakan komputer ke Jabatan Pendidikan Negeri.

21
41
CARTA PETUGAS PENYELARASAN KERJA KURSUS

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KETUA
PENTAKSIR
KEBANGSAAN

JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI

KETUA PENTAKSIR
NEGERI

KETUA PENTAKSIR
KAWASAN

KETUA PENTAKSIR
SEKOLAH

PENTAKSIR SEKOLAH

42
22
PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BERASASKAN SEKOLAH

Mula

Pentaksir Sekolah memberi


1 skor terhadap hasil kerja
calon

Pentaksir Sekolah menyimpan


2 skor dan evidens untuk tujuan
penyelarasan

Penyelaras Kebangsaan,
3 Penyelaras Negeri dan Penyelaras
Kawasan menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Peringkat
Kebangsaan

Penyelaras Negeri dan


4 Kawasan menyelaras skor
calon di sekolah
Ada
Jika Perlu perubahan
Penyelarasan
BINA GRAF REGREASI
Skor kekal seperti asal dan
Tiada
perubahan Pentaksir Sekolah hantar ke
Lembaga Peperiksaan secara
atas talian dengan kerjasama
Pentaksir Sekolah 5 Setiausaha Peperiksaan
dengan kerjasama Sekolah
Setiausaha Peperiksaan
Sekolah membetulkan
perubahan markah yang
diselaras serta Skor disimpan di
6
menghantar skor secara Peperiksaan
atas talian ke Lembaga
Peperiksaan
Hantar cetakan ke
7 JPN

Tamat

23
43
LAMPIRAN
TERHAD LAMPIRAN A
CONTOH TEMA TUGASAN REKA CIPTA

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2XXX 3763/2


REKA CIPTA
TEMA TUGASAN KERJA KURSUS
Kertas 2
April 2XXX - Mac 2XXX Satu tahun

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.

2. Calon wajib melaksanakan tugasan ini mengikut aspek yang ditetapkan dalam Manual
Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK).

Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3763/2 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3763/2

ARAHAN TUGASAN

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta wajib melaksanakan kerja
kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak
hadir bagi mata pelajaran Reka Cipta.

2. Kertas ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus Reka Cipta.

3. Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah selama satu tahun (bermula 1 April 2XXX
hingga 31 Mac 2XXX).

4. Calon dikehendaki mengemukakan evidens kerja kursus iaitu Artifak (prototaip atau
model) dan Folio (dokumen bertulis atau bercetak tentang penghasilan artifak).

5. Artifak dan folio mestilah dihasilkan sendiri oleh calon dibawah pengawasan serta
bimbingan guru. Pengemukaan artifak yang dihasilkan daripada jenis alat pasang
siap (ready-made) / kit / tempahan adalah tidak diterima.

6. Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Pentaksiran Kerja Kursus (MPKK)
terkini sepanjang penghasilan evidens kerja kursus.

7. Calon hendaklah merancang, melaksana dan mendapatkan bimbingan guru


sepanjang pelaksanaan kerja kursus.

8. Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada


setiap peringkat evidens yang dikemukakan. Calon perlu akur arahan masa
penghantaran yang ditetapkan.

9. Penskoran kerja kursus calon menggunakan Rubrik Penskoran mengikut aspek


yang ditetapkan di dalam MPKK.

10. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas untuk


murid menyiapkan kerja kursus. Evidens calon perlu disimpan di tempat yang
selamat sehingga 6 bulan selepas keputusan SPM diumumkan.

3763/2 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 3 3763/2

TEMA TUGASAN REKA CIPTA


SPM 2XXX

Bencana Alam : Banjir

Saban tahun negara kita dilanda banjir. Namun peristiwa banjir besar yang melanda
beberapa negeri di Malaysia bukanlah musibah biasa kerana telah menjadi bencana alam
yang mengakibatkan banyak kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugiaan
ekonomi, kemusnahan alam sekitar serta memberi kesan kepada emosi mangsa-mangsa
banjir yang terlibat.

Sebagai seorang pereka cipta, anda dikehendaki mereka cipta alat yang dapat
membantu sebelum, semasa atau selepas ditimpa musibah bencana banjir.

TEMA TUGASAN TAMAT

3763/2 2XXX Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


LAMPIRAN B

FORMAT PENDOKUMENTASIAN

A. Susunan

SUSUNAN TAJUK TAJUK KECIL / CATATAN

1 KULIT HADAPAN Rujuk Lampiran C


i. Nama Calon
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
2 MAKLUMAT AM iv. Nama Artifak
v. Tajuk Tema Tugasan
vi. Sinopsis
vii. Gambar Foto Artifak
3 KANDUNGAN
4 PENGHARGAAN
5 PENGENALAN
1.0 PENGENALPASTIAN 1.1 Penyataan Masalah
DAN ANALISIS 1.2 Pengumpulan Data
MASALAH 1.3 Huraian Data dan Rumusan
2.1 Pengumpulan Maklumat
2.0 PENYELIDIKAN REKA 2.2 Penyataan Fungsi Operasi
CIPTAAN SEDIA ADA 2.3 Analisis Kekuatan dan
Kelemahan
3.1 Penjanaan dan
6 3.0 MENCIPTA DAN Perkembangan Idea
MEREKA BENTUK 3.2 Penilaian Idea
(Helaian PELBAGAI IDEA 3.3 Sintesis Idea dan Mereka
Kerja) Bentuk Ciptaan
4.0 APLIKASI RUPA
4.1 Lukisan Persembahan
BENTUK CIPTAAN
5.1 Lukisan Ortografik
5.0 LUKISAN KERJA 2D
5.2 Lukisan Isometri
dan 3D
5.3 Lukisan Ceraian
6.1 Senarai Bahan dan
Anggaran Kos
6.0 PEMASARAN
6.2 Brosur
6.3 Manual Pengguna
71. Rujukan Bertulis
7 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
7.2 Rujukan Internet
8 LAMPIRAN 8.1 Evidens

B. Tulisan dan Lukisan

Penulisan boleh ditulis tangan atau cetakan berkomputer dan menggunakan


kertas bersaiz A3 dalam bentuk landskap.

27
LAMPIRAN C

FORMAT KULIT HADAPAN

Border 2 pt, double line Font Arial saiz 16

Font Arial Font Arial


saiz 36 bold saiz 24 bold

Font Arial saiz 16 Font Arial saiz 16 bold

28
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

FOLIO REKA CIPTA (3763/2)


SPM 2018

NAMA :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. ANGKA GILIRAN :

NAMA ARTIFAK :
LAMPIRAN D

SENARAI BORANG PENTAKSIRAN

Bil Nama Borang Pengguna

1 Borang Skor Calon (BSC) Pentaksir

2 Borang Skor Kelompok Calon (BSKC) Pentaksir

3 Pengesahan Evidens Calon (PEC(A) / PEC(F)) Pentaksir

4 Rekod Pengemukaan Evidens (RPE) Pentaksir

5 Jadual Aktiviti Pemantauan Dan Penyelarasan Pentaksir

30
BSC

CAP SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN NO. PUSAT


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
BORANG SKOR CALON TAHUN
REKA CIPTA (3763/2) /

Nama Calon : ........................................................................ No. KP : ................................. Angka Giliran : ................

ELEMEN 1 : KOMUNIKASI
SKOR SKOR SKOR
BIL CATATAN
PENUH CALON PENYELARAS
ASPEK

1.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis Masalah 4

1.2 Menyelidik Reka Ciptaan Sedia Ada 4

1.3 Mencipta dan Mereka Bentuk Pelbagai Idea 8

1.4 Mengaplikasi Rupa Bentuk Ciptaan 4

1.5 Menghasilkan Lukisan Kerja 2D dan 3D 5

1.6 Memasar Reka Ciptaan 4

1.7 Mendokumentasi Reka Ciptaan 1

JUMLAH SKOR: 30

ELEMEN 2 : AMALI
SKOR SKOR SKOR
BIL CATATAN
PENUH CALON PENYELARAS
ASPEK

2.1 Mengguna Bahan 4

2.2 Mengamal Keselamatan Bengkel 4

2.3 Menepati Tema dan Menyelesaikan Masalah 4

2.4 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang Asli 3

2.5 Menghasilkan Reka Ciptaan Yang Berfungsi 4

2.6 Menepati Saiz dan Skala 3

2.7 Menepati Faktor Reka Bentuk 4

2.8 Menampilkan Ketepatan dan Kehalusan Kerja 4

JUMLAH SKOR: 30

JUMLAH SKOR KESELURUHAN: 60

Saya mengesahkan telah memeriksa artifak dan folio calon di atas.

Tandatangan dan Nama Pentaksir : Pengesahan Pemantau Dalaman


Tandatangan dan Cap :
BSKC

CAP SEKOLAH NO. PUSAT


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN
BORANG SKOR KELOMPOK CALON
/
REKA CIPTA (3763/2)

ANGKA SKOR JUMLAH SKOR


BIL NAMA CALON
GILIRAN KESELURUHAN
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

Saya mengesahkan telah mentaksir dan memeriksa folio dan artifak calon di atas.

Tandatangan Pentaksir : Pengesahan Pemantau Dalaman


Tandatangan dan Cap :
PEC (A)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA cc
BORANG PENGESAHAN EVIDENS CALON (ARTIFAK) cc
REKA CIPTA (3763/2)ccc

Nama Calon : .....................................................................................................................


ANGKA NO. KAD TARIKH TARIKH
NAMA ARTIFAK
GILIRAN PENGENALAN MULA SIAP

Saya mengesahkan bahawa sepanjang pengetahuan saya artifak ini dibina sendiri oleh calon ini.

Tandatangan

Nama Guru CAP SEKOLAH

Tarikh

PEC (F)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA cc
BORANG PENGESAHAN EVIDENS CALON (FOLIO) cc
REKA CIPTA (3763/2)ccc

ANGKA NO. KAD TARIKH TARIKH


NAMA ARTIFAK
GILIRAN PENGENALAN MULA SIAP

Saya mengesahkan bahawa sepanjang pengetahuan saya folio ini dihasil sendiri oleh calon ini.

Tandatangan

Nama Guru CAP SEKOLAH

Tarikh
RPE

NO. PUSAT
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN
REKOD PENGEMUKAAN EVIDENS
/
REKA CIPTA (3763/2)
PENGEMUKAAN TANDA
ANGKA NO. KAD ( Tanda atau X )
BIL. NAMA CALON NAMA ARTIFAK TARIKH TANGAN
GILIRAN PENGENALAN
FOLIO ARTIFAK CALON

Saya mengesahkan telah menerima artifak dan folio daripada calon pada tarikh yang tercatat.

Tandatangan

Nama Guru CAP SEKOLAH

Tarikh
JADUAL AKTIVITI PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN

TARIKH
PENYELARAS TARIKH
KEMASUKAN
BIL. AKTIVITI / PEMANTAU ASPEK PENYELARASAN
SKOR
DALAMAN / PEMANTAUAN
ONLINE

Pengetua /
Guru Penolong
Kanan / Guru
1 PEMANTAUAN 1.1-1.3
Kanan Teknik
dan
Vokasional

Ketua
Pentaksir
PENYELARASAN
2 Negeri / Ketua 1.1-1.4
PERTAMA
Pentaksir
Kawasan

Ketua
Pentaksir
PENYELARASAN
3 Negeri / Ketua 1.5-2.8
KEDUA
Pentaksir
Kawasan
PERBEZAAN PROTOTAIP, MODEL DAN MOCK UP

Artifak Mock up
Bil. Perkara
(Tidak Diterima)
Prototaip Model

Berskala (kecil, sama Dihasilkan tanpa skala


1 Saiz / Skala Sebenar
atau besar) atau ukuran

Bahan membuat model


Contoh: Penggunaan bahan
Kombinasi sponge asas sahaja seperti
(foam bunga) + poly kertas, kadbod,
2 Bahan Sebenar
putty (simen kereta) gabus, polistren, jenis
mounting-board + kayu lembut
sponge + poly putty
fiber dan lain-lain

Keterangan fungsi
Sebenar
perlu ditulis dalam Tidak menunjukkan
3 Fungsi (berfungsi mengikut
folio dan dalam fungsi
spesifikasi sebenar)
manual pengguna

Masih kelihatan bahan


Ketahanan produk Ketahanan produk
asas atau masih
Tambah nilai estetika Tambah nilai estetika
4 Kemasan menampakkan
Tambah nilai Tambah nilai bahagian yang tidak
komersial komersial dibuat kemasan

5 Rupa Sebenar Sebenar Menyerupai sebenar

6 Bentuk Sebenar Sebenar Menyerupai sebenar

7 Warna Sesuai Sesuai Tidak diwarnakan

8 Pengujian Parameter / Makmal Tiada Tidak diuji

Model olokan
Sebelum model
Satu penemuan sebenar atau
baharu prototaip dihasilkan
Satu penemuan
Inovasi Bertujuan untuk
baharu
Boleh dipatenkan menilai atau melihat
9 Catatan Inovasi
Utility innovation reka bentuk
Boleh dipatenkan
Produk ulung sebenar dalam 3D
Boleh diguna Boleh dihasilkan
lebih daripada satu
unit untuk dibuat
perbandingan

36
DAFTAR KATA

Catatan: Daftar kata ini hanya untuk kegunaan mata pelajaran Reka Cipta sahaja.

Artifak : Prototaip / model yang dibina oleh seseorang pereka cipta


dalam usaha untuk merealisasikan reka ciptaannya yang
merupakan penyelesaian kepada masalah yang telah dikenal
pasti.

Bahan kemasan : Bahan penyudah sesuatu projek seperti cat, syelek dan lain-
lain supaya projek kelihatan lebih cantik dan tahan lama.

Bertepatan : Tidak menyimpang / jitu.

Bahan utama : Bahan asas / bahan yang paling banyak digunakan dalam proses
pembinaan.

Data : Butiran atau maklumat terperinci yang diketahui / dikumpulkan


tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk membuat
kajian.

Dimensi : Ukuran saiz sesuatu.

Ergonomik : Sifat-sifat fizikal produk yang memberi keselesaan kepada


pengguna.

Estetika : Nilai keindahan/kecantikan terhadap sesuatu hasil projek.

Folio (Dokumentasi) : Keterangan yang berbentuk nota, lakaran dan lukisan yang
mempamerkan kebolehan calon dalam menangani proses reka
cipta dan komunikasi.

Format : Susun atur pendokumentasian yang telah ditetapkan (mengikut


proses 9P).

Harga berpatutan : Harga yang bersesuaian dengan kos pengeluaran.

Hasil kerja kemasan : Hasil kerja penyudahan sesuatu projek.

Inovasi : Proses pengubahsuaian dengan menambah baik fungsi atau


reka bentuk kepada sesuatu produk.

Isometri : Lukisan yang dirujuk kepada satah ufuk yang bersudut 30 0


serta garisan pinggir yang berterusan pada 1 titik iaitu pusat.

Kaedah : Cara / peraturan membuat sesuatu.

Kehalusan : Hasil kerja yang teliti / kemas.

Kukuh : Tegap / kuat binaannya.

37
Kos pembinaan : Jumlah kos yang terlibat dalam pembinaan meliputi kos
bahan, kos upah dan kos sampingan.

Lakaran pemasangan : Lukisan ceraian / lukisan terburai yang menunjukkan proses


pencantuman.

Lukisan kerja : Lukisan terperinci komponen projek mengikut skala.

Menganalisis : Menghuraikan sesuatu penyelidikan.

Menghuraikan : Membentangkan dan menerangkan.

Mengorganisasi : Menyusun atur (lay-out) / mengatur secara sistematik.

Menjana : Mengeluarkan / mewujudkan / melahirkan idea.

Menjejas : Meninggalkan kesan yang tidak baik.

Mensintesis : Menggabung.

Merumus : Menyatakan sesuatu dengan ringkas dan tepat serta jelas.

Mesra alam : Reka ciptaan yang tidak menjejaskan alam sekitar

Menyatakan : Memaklumkan.

Menyenaraikan : Perkara yang disusun mengikut urutan angka atau abjad (not
in sequence) dari atas ke bawah.

Model Berfungsi : Produk yang dibina dengan menggunakan sama ada


bahan sebenar atau bahan alternatif, bersaiz sebenar atau
diskalakan serta boleh menunjukkan fungsi.

Nilai komersial : Potensi barangan untuk pasaran / dipasarkan.

Perspektif : Gambaran reka bentuk sebenar secara 3D dari pelbagai sudut


(secara 1 titik / 2 titik / 3 titik).

Prinsip : Asas atau dasar (asas yang menjadi dasar pemikiran).

Produk : Barang / benda (hasil) / hasil rekaan / hasil reka bentuk.

Prototaip : Produk utama yang dibina dengan menggunakan bahan dan


saiz sebenar serta berfungsi.

Ready made : Barang pasang-siap yang sedia ada di pasaran.

Reka bentuk : Rancangan/corak/bentuk yang menunjukkan susunan struktur


atau aspek-aspek sesuatu binaan dan sebagainya.

38
Reka cipta : Satu proses atau hasil aktiviti yang melibatkan elemen:

(i) masalah atau keperluan


(ii) siasatan
(iii) penyelesaian

Reka Ciptaan yang asli : Produk yang dihasilkan oleh pereka itu sendiri.

Seimbang : Sepadan / sebanding / simetri / mengekal kestabilan.

Sketsa : Lakaran yang menterjemahkan idea dalam bentuk lukisan yang


dibuat secara kasar dan cepat.

Spesifikasi : Butiran terperinci yang ditentukan untuk sesuatu seperti saiz,


had muatan, fungsi, had kemampuan dan sebagainya.

Teknologi : Memahami ilmu pengetahuan tentang konsep, fungsi, ciri-ciri


bahan, proses pembuatan dan lain-lain untuk menyelesaikan
masalah atau merealisasikan sesuatu artifak.

Ujian makmal : Ujian saintifik untuk menguji sifat ketahanan, tahap keselamatan
dan kualiti prototaip.

Ujian parameter : Menguji kefungsian prototaip di tempat / situasi sebenar.

Evidens : Hasil kerja calon yang dikemukakan untuk ditaksir

53
39

You might also like