You are on page 1of 4

AJARAN DAN FAHAMAN MASYARAKAT CINA.

Menurut dasar fikiran orang cina, seluruh fenomena alam itu dapat dibahagi kepada dua klasifikasi iaitu Yang dan Yin. Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panas, cahaya(siang) dan segala yang bersifat aktif. Manakala Yin pula adalah prinsip seperti wanita,bulan, arah utara,dingin, gelap (malam) dan segala yang bersifat pasif. Orang Cina beranggapan bahawa manusia harus dapat menyesuaikan diri dengan ritme alam semesta. Kehidupan harus harmonis dengan tiga dasar iaitu kehidupan langit, bumi, dan kehidupan manusia itu sendiri. Dalam kehidupan orng Cina, terdapat tiga agama atau ajaran yang mereka anuti iaitu Toisme, Konfusianisme, dan Buddha. Dalam kehidupannya orang Cina sangat toleran terhadap soalsoal agama dan mempunyai banyak kesamaan pandangan dan saling toleran sehinnga ketiga ajaran tersebut berpadu menjadi satu. Toisme. Toisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang diasaskan oleh Loa Tze dan Chuang Tzu sejak akhir Zaman Chunqiu. Ajaran ini adalah satu cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme. Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud cara atau jalan bagi mencapai keharmonian alam semesta. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf. Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh kalangan penduduk di luar Bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai berfahaman confucianisme. Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi. Ajaran Lao Tze hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk

pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi boleh hidup dengan gembira. Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli. Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak menjadi warisan kesusasteraan yang terkenal.Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama. Confucianisme Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga Lu di wilayah Shangtung, dimana tempat beliau dilahirkan. Nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah laku yang baik. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 479SM semasa berusia 72 tahun. Semua ajarannya telah dibukukan oleh pengikut-pengikutnya. Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Jen mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau rukun bangsa. Antara ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat 5 jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu : a. Pemerintah dengan rakyat b. Ibu bapa dengan anak c. Suami dengan isteri d. Abang dan adik e. Kawan dan kawan Menurut beliau setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar. Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat setia kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti. Bagi masyarakat China, mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselesaikan. Beliau yang mewujudkan confucianisme juga mementingkan penyembahan nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah. Agama Buddha Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka. Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula. Sidharta Gautama juga dikenali sebagai Pemberi Cahaya. Ajaran Buddha yang disebarkan oleh beliau bukanlah satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kepada ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika-etika kehidupan. Buddhisme disusun dalam sistem Tri Pitaka atau Tri Ratna iaitu Buddha, Sangha dan Dharma. Ajaran Buddha terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana yang lebih mementingkan kehidupan secara masyarakat dan aliran Mahayana yang lebih mementingkan keupayaan dalam menentukan kehidupannya. Ajaran Buddha menggalakkan penganutnya mengembara untuk mencari ilmu serta pengalaman dalam hidup tetapi dalam proses pengembaraan hanya pakaian yang serba ringkas seperti kain yang berwarna kuning keperangan dan semangkuk sahaja dibawa bersama seperti mana dilakukan oleh Sidharta Gautama dan tidak menyediakan simpanan atau harta untuk esok. Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam Bahasa Pali oleh pengikutpengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran Mulia merangkumi perkara berikut : a. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati. b. Manusia menderita kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk keselesaan hidup. c. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. d. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis. Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan bagi pengikut-pengikutnya. Hokum-hukumnya ialah Pengetahuan ,Pemikiran, Kelakuan,Perkataan, Usaha dan Pertapaan yang baik. Jalan ini mencadangkan jalan tengah untuk mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan jalan yang suci seperti bersedekah, mencari ilmu pengetahuan dan kesucian dan mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan mencuri Selain itu, agama Buddha juga menerima beberapa kepercayaan seperti Nirvana, kelahiran semula dan karma daripada agama Hindu. Matlamat Buddha ialah pencapaian Nirvana, iaitu tahap kebahagiaan yang kekal dan tidak dilahirkan semula selepas beberapa kelahiran. Buddha juga

menentang 2 kepercayaan terutamanya kedudukan istimewa Brahmin dalam masyarakat. Ajaran asal Buddha dipanggil Hinayana. Ajaran ini diubahsuai dan dipindahkan menjadi Mahayana. Agama Buddha ini telah menyebar ke rantau Asia Tenggara, Asia Timur dan sebagainya. Menjelang abad ke-19, negara-negara yang menjadikannya agama rasmi ialah Thailand, Indo-China dan sebagainya. Kesimpulan. Pada dasarnya ajaran dan fahaman orang Cina pada umumnya didasarkan pada keyakinan bahawa di dunua ini manusia merupakan refleksi dari kehidupan alam semesta. Baik Konfusianisme mahupun Taoisme, kedua lebih menekankan pada way of life, bagaimana seharusnya manusia hidup, saling berinteraksi antara satu sama lain.Bangsa cina pada saat ini memeluk agama Katolik, Buddha, dan Hindu namun mereka tetap memegang erat ajaran hidup dan kepercayaan Taoisme dan Konfusianisme yang dipercayai akan menyeimbangkan kehidupan mereka.

You might also like