Professional Documents
Culture Documents
Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh
dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini sebaiknya menggunakan ayat
tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah
mempunyai LIMA PERKARA yang ditulis dalam satu perenggan:
i. Ayat Tema : merujuk kepada tema karangan
ii. Isu Semasa
iii. Huraian Isu
iv. Pendapat
v. Pendirian Penulis/ Ayat Arah : merujuk kepada skop soalan
Contoh:
(Tema)Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan
televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat
tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap
rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini
memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti.
Oleh sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari
semasa ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan
melalui skrin televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia, `Mentor, `One
In A Milion dan banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan-rancangan tersebut
berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan
ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui
mekanisma yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada
penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini
dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu sambil menyelam minum air. (Skop
soalan)Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada
komuniti di negara kita?
Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi.
PERENGGAN ISI:
Bahagian tubuh karangan atau dikenali sebagai perenggan isi karangan mestilah
dibina secara sekata bagi setiap perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti
mempunyai empat unsur atau perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada:
i. Ayat Fokus : isi utama
ii. Ayat Huraian : 5W1H (MASB2D)
iii. Ayat Contoh : relevan dan terkini
iv. Ayat Simpul : kesimpulan perenggan
Ayat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dan ditulis dalam satu ayat
sahaja. Gunakan ayat penyata yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat
huraian daripada penyataan isi. Gunakan teknik penyoalan 5W1H. Jumlah ayat
huraian tidak terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar. Seterusnya,
pelajar perlu mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas.
Contoh / bukti yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan
daripada majalah atau akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan
ayat kesimpulan.
Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya LIMA ISI yang ditulis dalam lima
perenggan. Setiap perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan
dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam satu perenggan.
Contoh:
(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif
kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini
menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini
melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini
akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut.
(Ayat contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka
dengan sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang
tidak membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa
dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka.
Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang
para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan
mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM1, tetapi para penonton perlu
menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati
mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti
ini membazirkan masa dan wang.
PERENGGAN PENUTUP:
Sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh. Perenggan
penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai
pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah:
i. Ayat Kesimpulan
Ii. Ayat Cadangan
Iii. Ayat Harapan
Iv. Ayat Penegasan
Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum tentang
keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian,
nyatakan cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincangkan.
Sebagai penutup ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian
terhadap keseluruhan isi karangan.
Contoh: