You are on page 1of 2

Cerpen BM Tingkatan 1 - HADIAH

oleh Tie Camar

Sinopsis
Hari Guru kian menjelang. Semua sahabat Azizah bercerita tentang hadiah masing-masing kepada guru
kesayangan mereka. Rahimah ingin menghadiahi Cikgu Khalid bunga di dalam kotak plastik. Zaiton ingin menghadiahkan
novel Shahnon Ahmad kekpada Cikgu Faridah. Hamidah pula, pasu bunga untuk Cikgu Azimah. Aliza, kain tenun sutera
untuk Cikgu Azimah. Cikgu Azimah guru kesayangan mereka. Rashid akan menyuruh Abang Rahim membuat model
masjid daripada kayu-kayu yang bermutu tinggi untuk dihadiahkan kekpada Cikgu Firdaus. Hashim, sehelai tuala muka
untuk Ustazah Salma dan Marina pula akan menghadiahi Cikgu Leong, termos.

Azizah terdiam memikirkan hadiah untuk Cikgu Zaleha. Fikirannya buntu. Keluarganya miskin. Ayahnya penarik
beca. Ibunya, cacat, sekadar mengambil upah menganyam tikar mengkuang. Duit tabung arnab Azizah tinggal seringgit
lapan puluh sen. Azizah cuba meminta wang biaya daripada ibu bapanya. Malangnya, kedua-dua sudah ketiadaan wang
lebih melainkan wang hutang kedai Tong Seng yang perlu dibayar dan yuran pengajian Abang Azman di Universiti
Teknologi Mara.

Sebenarnya, Cikgu Zaleha tidak mengharapkan hadiah daripada Azizah kecuali kejayaan cemerlangnya dalam
UPSR nanti. Akhirnya, keresahan Azizah menjelang Hari Guru dapat diatas. Ibunya telah mencadangkan agar Azizah
menganyam raga, bakul atau tudung saji kecil buat hiasan di dalam rumah lebih-lebih lagi Azizah mewarisi bakat dan
tunjuk ajar seni daripada ibunya.

Jadi, Azizah akan menghadiahi Cikgu Zaleha enam tudung saji hiasan meja dalam empat warna. Hadiah Hari Guru
daripada seorang murid miskin kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Rupa-rupanya, Cikgu Zaleha mengharapkan
hadiah yang lebih besar daripada Azizah, iaitu Hadiah Johan (peringkat daerah), Naib Johan (peringkat negeri) dan
Hadiah Kategori Karya Inovatif (peringkat kebangsaan) kerana Azizah telah berjaya menghasilkan Tudung Saji 20
Beradik. Cikgu Zaleha pula memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru peringkat daerah. Kejayaan Azizah berkat
usaha gigih dan kerajinannya menyahut cabaran Cikgu Zaleha (motivator) sekali gus merupakan hadiah besar bagi Cikgu
Zaleha.

Tema:
Kegigihan, kecekalan dan penghormatan murid kepada guru.

Persoalan:
a. Penghargaan murid terhadap jasa iltizam guru.
b. Kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menempa kejayaan.
c. Kata-kata semangat dan bimbingan ibu bapa penting dalam menyokong anak-anak untuk berjaya.
d. Guru berperanan besar dalam mengembangkan potensi diri murid.
e. Seni kraf tangan bangsa perlu dihargai dan diwarisi zaman-berzaman

1. 7. Tema Persoalan utama yang hendak disampaikan oleh penulis dalam sesebuah karya.
2. 8. Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
3. 9. Persoalan Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya mereka.
4. 10. Persoalan menghargai jasa guru. Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk
memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempena sambutan Hari Guru.
5. 11. Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid. Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu
gigih menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu, dia juga gigih dan
rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.
6. 12. Plot Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita yang terjadi atas SEBAB dan AKIBAT.
7. 13. Permulaan cerita Perkembangan cerita Klimaks/kemuncak cerita Peleraian cerita / penyelesaian masalah
8. 14. i. Permulaan cerita Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru
masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.
9. 15. ii. Perkembangan cerita Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat
membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit
kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada
emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha.
10. 16. iii. Klimaks/kemuncak cerita Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu
Zaleha.
11. 17. iv. Peleraian Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat
negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha
telah Guru Inovatif.
12. 18. Watak dan perwatakan Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau pelakon cereka yang dicipta
oleh seseorang pengarang.
13. 19. Watak Azizah i. Seorang murid yang miskin. ii. Murid kesayangan Cikgu Zaleha. iii. Seorang yang terlalu
merendah diri. Watak cikgu Zaleha i. Cikgu kepada Azizah ii. Seorang guru yang berdedikasi
14. 20. Azizah Cikgu Zaleha
15. 21. Watak emak i. Emak kepada Azizah ii. Seorang yang cacat pada sebelah kakinya iii. mengambil upah menganyam
tikar mengkuang Watak ayah i. Ayah kepada Azizah ii. Bekerja sebagai penarik beca
16. 22. Latar Setting atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana sesuatu peristiwa itu berlaku.
Terbahagi kepada tiga iaitu : latar masa, latar tempat dan latar masyarakat.
17. 23. Latar masa i. Waktu pagi - ketika Azizah bertanyakan ayahnya mengenai duit ketika bersarapan. ii. Waktu petang
ketika Azizah menganyam tudung saji untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. iii. Semasa sambutan Hari Guru
Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikannya hadiah.
18. 24. Latar tempat i. Kelas iii. Di padang sekolah ii. Rumah Azizah iv. Bilik guru Latar masyarakat i. Masyarakat
pelajar - siapa pelajar? ii. Masyarakat miskin - siapa miskin? iii. Masyarakat guru - siapa guru?
19. 25. Gaya bahasa Keindahan bahasa yang digunakan dalam karya
20. 26. Sinkope (penyingkatan bunyi/singkatan perkataan) i. Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja. ii. Zah nak
buat apa duit banyak itu?.
21. 27. Nilai dan pengajaran Nilai. Perbuatan positif yang boleh diteladani oleh pembaca. Pengajaran. Mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman.
22. 28. Nilai. Nilai kasih sayang. Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaiannya
dalam mata pelajaran. Nilai kerajinan. Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat baru untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.
23. 29. Pengajaran. i. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. ii. Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu
kerja. iii. Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru
Recommended

You might also like