You are on page 1of 6

Cerpen Hadiah

SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai
hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu
sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-
masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan.
Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah
kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih
kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

            Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana


emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan
kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba
meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa
menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan
duit kepadanya.

            Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya  telah


mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai
hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam
daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang
cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah
terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya.
Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan
dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu
pertandingan.

            Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya


upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan
menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia
ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat
kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan
Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.
TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh
kejayaan.

Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha


untuk menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya,
Azizah telah berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh
kejayaan untuk meneruskan ke peringkat kebangsaan.

PERSOALAN
Persoalan menghargai jasa guru.
i.      Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu
teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan
sambutan Hari Guru.

ii.    Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.


Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih
menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru
kesayangannya. Selain itu,       dia juga gigih dan rajin menghasilkan bahan
yang akan digunakan untuk Pertandingan Kraftangan.

PLOT
i.      Permulaan
Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan
diberikan kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari
Guru.

ii.      Perkembangan
Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan
dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa
kerana ibubapanya tidak mampu untuk memberikan duit kepada Azizah
akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah
mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai
hadiah kepada CIkgu Zaleha.
iii.   Klimaks
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah
daripada Cikgu Zaleha.

iv.   Peleraian
Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat
Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya
menambat hati juri dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu
Zaleha telah Guru Inovatif.

TEKNIK PENCERITAAN
i.      Dialog
       Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.

ii.    Monolog Dalaman


Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan?
Sehelai sapu tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.

iii.   Saspen
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu
Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah
lama-        lama. Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan
"besar" itu.

WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Azizah
i.      Seorang murid yang miskin.
ii.    Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
iii.   Seorang yang terlalu merendah diri.
Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai
serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.
iv.   Seorang murid yang rajin
Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar
yang berdisiplin.

Watak Sampingan
Cikgu Zaleha
I.              Cikgu kepada Azizah
II.            Seorang guru yang berdedikasi

Emak
i           emak  Azizah
ii          seorang yang cacat sebelah kaki
iii         mengambil upah menganyam tikar mengkuang

Bapa
i           bapa Azizah
ii          berkerja sebagai penarik beca

LATAR
Latar Masa
i.           Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang
bersarapan pagi.

ii          Waktu petang
            Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan
kepada Cikgu Zaleha.

iii         Hari Guru


            Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur
untuk memberikan hadiah padanya.
Latar Tempat

i           Kelas
            Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang
bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru
mereka.

ii          Rumah Azizah
            Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk
membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.

iii         Bilik Guru


            Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai
hadiah yang diinginkan oleh Cikgunya itu.

iv         Tapak Perhimpunan
            Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakat
i           Masyarakat Pelajar
ii          Masyarakat yang miskin
iii         Masyarakat Guru

GAYA BAHASA
i           Sinkof
            Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

NILAI
i           Nilai Ketabahan

ii          Nilai Kasih Sayang


            Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu
memuji kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.

iii         Nilai Kerajinan


            Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat
kuat untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

PENGAJARAN
i           Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
ii          Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
iii         Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

You might also like