You are on page 1of 5

Cerpen Tingkatan Satu

Hadiah
(Tie Camar)
Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Azizah yang merupakan seorang pelajar miskin tidak
mampu membeli hadiah untuk guru kesayangannya iaitu Cikgu Zaleha. Azizah
mencuba meminta wang daripada ibu dan bapanya namun hampa. Ibu Azizah
mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan hadiah Hari Guru
untuk Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam tudung saji, Azizah
berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik sebagai hadiah untuk guru
kesayangannya. Pada Hari Guru, setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha,
Azizah dikejutkan oleh Cikgu Zaleha yang menawarkannya supaya menyertai sebuah
pertandingan. Azizah bersetuju lalu berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan
pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Gadis ini berjaya memenangi
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri.
Akhirnya, dia telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan.
Usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Azizah ialah kejayaan Cikgu Azizah
yang terbesar.

Tema
Tema cerpen Hadiah karya Tie Camar ialah kegigihan dan kecekalan seorang murid
yang berjaya memperoleh kejayaan. Watak utama cerpen iaitu Azizah gigih dan cekal
menyiapkan tudung saji untuk Cikgu Zaleha serta menyertai Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah berjaya melayakkan diri ke pertandingan
peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Persoalan

40
Cerpen Tingkatan Satu

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:


i. Penghargaan kepada guru yang telah berjasa
Contoh : Azizah dan rakan-rakannya teruja untuk memberikan hadiah kepada guru
masing-masing yang telah berjasa sempena sambutan Hari Guru.

ii. Persoalan kegigihan dan kerajinan seorang murid


Contoh : Azizah gigih dan rajin menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan
olehnya kepada Cikgu Zaleha. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan
pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik sehingga memenangi Pertandingan
Kraftangan Peringkat Daerah.

iii. Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah


Contoh : Ibu Azizah mencadangkan pembuatan tudung saji sebagai ganti hadiah
untuk Cikgu Zaleha kerana mereka tidak berwang.

Kuih Bakul Limau Mandarin


Sinopsis

41
Cerpen Tingkatan Satu

Cerpen ini mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima
panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu
tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak
perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina itu dipersalahkan atas segala
musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim
Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi
terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca
kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina,
kepulangan Lim Meng disambut oleh kedua-dua orang tuanya dengan perasaan terharu.
Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.
Tema
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin menjadi tema kepada cerpen Kuih Bakul Limau
Mandarin karya Mohd. Helmi Ahmad. Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula
sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:
i. Persoalan kepercayaan pada perkara khurafat
Contoh : Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada
keluarga dan perniagannya.

ii. Persoalan keegoan seorang bapa


Contoh : Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat
bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.

iii. Persoalan keberanian menyuarakan pendapat


Contoh : Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang
berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong
iv. Persoalan keinsafan seorang bapa
Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara
sebenar daripada Sim Pau.

42
Cerpen Tingkatan Satu

Oren
(Saifullizan Yahaya)
Sinopsis

Kehilangan Oren iaitu seekor kucing jantan membimbangkan ayah sekeluarga.


“Aku” berpendapat bahawa kehadiran Kelabu, juga seekor kucing jantan telah
menyebabkan Oren membawa diri. Ayah teringat ketika Oren dibawa pulang olehnya.
Hal ini membuatkan ibu tertanya-tanya kerana ayah tidak suka akan kucing. Kemudian,
pertanyaan ibu terjawab kerana ibu kepada Oren dilanggar oleh ayah tanpa disedari.
Akibat terlalu bimbang, ayah bermimpikan Oren yang pulang ke rumah. Keesokannya,
Anis menemukan Oren yang telah mati. Air menggenangi mata ayah.

Tema

43
Cerpen Tingkatan Satu

Tema cerpen Oren ialah kasih sayang antara manusia dengan haiwan. Ayah membawa
Oren pulang selepas kematian ibu Oren malahan ayah sekeluarga amat bimbang
apabila Oren hilang dari rumah.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:
i. Persoalan belas kasihan terhadap haiwan
Contoh : Ayah membawa Oren pulang ke rumah setelah ibu Oren mati.

ii. Persoalan keprihatinan terhadap haiwan


Contoh : Ayah menunjukkan keprihatinannya terhadap Oren apabila memelihara
Oren selepas kematian ibu Oren.

iii. Persoalan sikap pilih kasih


Contoh : Layanan yang diberikan oleh ayah dan keluarganya terhadap Kelabu
berbeza dengan layanan mereka terhadap Oren. Kelabu lebih mendapat
perhatian mereka berbanding Oren.

44

You might also like