You are on page 1of 7

MAKSUD RANGKAP PANTUN

Rangkap 1
Setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan berkait rapat dengan sifat seseorang itu sendiri.

Rangkap 2
Orang yang asyik berselimut akan menjadi orang yang kuat tidur.

Rangkap3
Walaupun diri seseorang itu mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan tersendiri.

Rangkap 4
Seseorang yang tidak mahu berusaha atau berikhtiar akan gagal.

Rangkap 5
Kesungguhan dan kecekalan dalam melakukan pelbagai tugas atau kerjaya.

Tema
Nasihat yang dapat membina diri seseorang ke arah kebaikan.

Persoalan

1. Sifat manusia itu akan terserlah pada setiap tingkah lakunya.


2. Orang yang kuat tidur tidak aktif dan tidak produktif.
3. Kekurangan diri bukan penghalang untuk berjaya dan menyumbang sesuatu yang berfaedah.

Bentuk

1. Pantun dua kerat - bentuk terikat.


2. Mempunyai lima rangkap.
3. Setiap rangkap mempunyai dua baris.
4. Baris pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud.
5. Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata.
6. Terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan dalam sebaris.
7. Rima akhirnya aa.
Unsur Bunyi

Asonansi
Pengulangan vokal u

 Buah sintang buah senikul

Pengulangan vokal a

 Berapa jauh wujud dengan sifat


 Sarang semut dalam gelap
 Emas, perak, tembaga suasa

Aliterasi
Pengulangan konsonan m

 Satu memegang satu memikul

Pengulangan konsonan t

 Sejauh lutut dengan pelipat

Gaya Bahasa

Imej Alam:
buah sintang, buah senikul, emas, perak, tembaga, suasa

Repitisi:

Buah sintang buah senikul,


Satu memegang satu memikul.

Responsi
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Nilai

1. Berhati- hati
2. Kerajinan
3. Keredaan
4. Kesungguhan
5. Kecekalan

Pengajaran

1. Kita harus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindakan kita.


2. Kita harus mengelakkan diri daripada banyak tidur.
3. Kita janganlah kecewa akan kekurangan diri.
4. Kita hendaklah rajin berusaha demi mencapai kejayaan.
5. kita hendaklah memiliki daya usaha yang tinggi.

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah
membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia
telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik
kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu
yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya
Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

Binaan Plot

(a) Permulaan – Ayah “aku” bertanya tentang Oren, iaitu kucing peliharaannya yang tidak pulang ke rumah. Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren turut
mendapat perhatian anggota keluarganya.

(b) Perkembangan – Ayah “aku” telah melanggar ibu Oren sehingga menyebabkan ibu Oren mati. Ayah “aku” telah membawa Oren pulang ke rumahnya. Ibu
“aku” mengerti sebab Oren dibawa pulang setelah mendengar alasan ayah “aku. Kemudian, ayah “aku” membawa Kelabu pulang ke
rumahnya, iaitu seekor anak kucing yang telah mengekorinya ke kereta. Kelabu lebih manja dan pandai menarik perhatian anggota keluarga ayah “aku”. Oren pula
bersikap pasif dan suka menyendiri.

(c) Klimaks – Lebih seminggu Oren masih tidak pulang ke rumah. Ayah “aku” berasa bersalah dan gelisah akan kehilangan Oren. Kehilangan Oren telah terbawa-
bawa dalam mimpi ayah “aku”.

(d) Peleraian – Ayah “aku” menceritakan mimpinya kepada anggota keluarga di meja makan. Tiba-tiba, Anis masuk ke dapur dengan membawa bangkai Oren.
Oren telah mati dan ditemukan di celah-celah pokok tua yang tumbang semalam. Semua anggota keluarga tertumpu kepada ayah “aku” dan matanya mulai berkaca.

TEMA

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing
untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

PERSOALAN

i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan


Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-
sisa makanan Kelabu.

iii. Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

TEKNIK PENCERITAAN
i. Pemerian
Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.

ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.

iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari.

iv. Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang
dilanggarnya itu adalah ibu Oren.

v. Imbas Kembali
Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.

vi. Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua
yang sudah tumbang.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Ayah
i. Seorang ayah yang penyayang
ii. Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu
iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren
iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren
v. Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren
vi. Menangisi kematian Oren

Watak Sampingan
1. Oren
i. Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren
ii. Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya
iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu

2. Kelabu
i. Salah seekor daripada kucing belaan ayah
ii. Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu
iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v. Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

LATAR
Latar Masa
i. Kehilangan Oren selama empat hari
ii. Sudah seminggu hujan turun
iii. Setiap malam
iv. Hujung pertengahan Disember
v. Makan malam
vi. Dua hari yang lalu

Latar Tempat/ Ruang


i. Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah
ii. Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya

Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu

GAYA BAHASA
i. Simile – seperti ada yang membersihkannya
ii. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
iii. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
iv. Sinkope – tika (ketika)

NILAI
i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya
iii. Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.

You might also like