You are on page 1of 1

Tajuk:Haiwan Kesayangan Saya

Banyak haiwan jinak yang boleh dijadikan haiwan kesayangan . Antara


haiwan yang jinak ialah kucing , arnab dan tikus belanda .

Saya mempunyai haiwan kesayangan . Haiwan kesayangan saya


ialah kucing . Saya memberi nama kucing itu ialah Comel . Bulu Comel
sangat lebat . Warna bulu Comel hitam kekuningan . Saya memelihara
Comel sejak tiga tahun yang lepas .

Kucing peliharaan saya , pada asalnya dibeli di sebuah kedai


kucing peliharaan yang berhampiran dengan rumah saya . Semasa di kedai
saya melihat banyak kucing dijual di
situ . Saya amat tertarik dengan seekor kucing yang dijual di situ , lalu ayah
terus membayarnya dengan harga RM300 kepada penjual kucing itu .

Setiap minggu , saya akan memandikan Comel . Saya juga memberi


Comel makan makanan khas untuk kucing tiga kali sehari . Ibu saya juga
menyediakan tempat khas untuk Comel . Setiap petang , saya akan melapangkan
masa untuk bermain dengan Comel . Setiap kali saya memanggil namanya ,
Comel terus berlari ke arah saya .

Saya sangat menyayangi Comel . Saya akan menjaga Comel


sehingga akhir hayatnya .

You might also like